Salam readers... sebenarnya dah terlalu lama aku pendam nak cerita pasal ni setelah sekian lama. Aku yakin mesti ramai orang yang nak tahu, macam mana gayanya hidup sebagai muslim di negara yang bukan majoritinya muslim, atau lebih tepat lagi.. majoritinya atheist. Kenapa atheist?
Satu contoh yang nyata, mereka ini orang jepun di ruangan agama pada identity card nya buddha, shinto.. tetapi selalunya hanya akan pergi ke kuil sekali setahun...iaitu 1hb Januari setiap tahun untuk bersembahyang. Tarikh tu kiranya seperti tarikh Raya cina sebenarnya...tapi diubah, dan ditetapkan pada tarikh yang sama pada setiap tahun supaya senang segala urusan. Ye lah, kalau dah setiap tahun tarikh raya berubah-ubah macam kita... susah lah dieorang nak bekerja secara produktif..agaknya.
Contoh yang kedua, hari ni..hari krismas. Mereka buddha, tapi krismas mereka sambut aja. Haraplah negara mereka nih majoritinya rakyat jepun.Kalaulah seperti negara kita? semua perayaan mereka sambut. Aku pernah ditanya oleh seorang kawan jepun, time aku mula-mula sampai sini.. dia tanya, "kau agama islam eh?".... " tuhan tu apa? macam mana? " ... aku dengan bahasa jepun yang agak terbatas (baru mula-mula sampai kan~) , explain macam-macam pun dia tak faham. Yang aku terkejut, bukan dia seorang yang bertanya sedemikian...dan bukan aku seorang yang ditanya sedemikian. Lama-lama aku faham... betapa susahnya nak faham tentang agama , dan konsep tuhan tu macam mana dari kaca mata seorang atheist ni. Ibarat seperti kau tak boleh nak bayangkan macam mana rasa makanan yg kawan kau gembar gembur kan.. sebab kau langsung tak pernah dengar cerita, rasa apa tah lagi..
Banyak sebab mereka atheist. Bukan berpunca dari kehendak sendiri jugak...tapi lebih kepada keturunan...alah,mcm kita lah agama yang diwaris-waris. Punca utama Jepun ramai yang atheist adalah bermula pada selepas kalah perang dunia kedua. Ini cerita dari sensei (cikgu) jepun aku sendiri lah... zaman dahulu, orang jepun ni punyelah menghormati maharaja dieorang sampaikan menganggap raja tu seaakan-akan Tuhan. So, selepas melalui kekalahan perang... mereka di bom atomkan, dari situ timbul rasa tak percaya pada maharaja.Secara automatiknya...dah tidak percaya pada tuhan. Daripada bangsa yang percaya pada tuhan...bertukar kepada bangsa yang hanya percaya pada kudrat sendiri. Kau tak hairan ke macam mana mereka boleh membangun dengan pesat selepas kena bom tu?
Tambahan, aku ade lah kenalah seorang rakan jepun yang sememangnya keturunan samurai. Samurai betul.. ada lagi pedang warisannya. Die cerita pada aku, selepas tamat perang... orang jepun ni dah hilang jati diri. Semangat samurai sebagai orang jepun ini hilang... semua hilang. So tak mustahil lah kalau kau datang ke jepun, hampir 90% daripada muda-mudi jepun ni berambut perang dan mengamalkan budaya hidup barat. " fuck!!! " kata rakan aku tu.. marah betul dia. Sehingga kan ada satu dokumentari US pasal muzik yang dibuat di jepun mengatakan.. "mereka ini terlalu teruja dengan budaya barat". Sahabat baik pun cakap macam tu.. hehe
So, macam mana islam boleh berkembang di negara Atheist ni? First..jangan lah terkejut atau cakap propaganda freemanson ke ape.. islam sememangnya bertapak di jepun sebelum perang dunia kedua lagi. Masjid kobe adalah bukti yang nyata... dan, jangan terkejut jugak bahawa ade je askar-askar jepun pada waktu itu yang sudah beragama islam.Tetapi, ada yang cakap.. dipaksa untuk kembali pada agama asal.. ada yang cakap, tak ada apa-apa paksaan. Aku pun tak sure sangat part tu. Macam mana islam datang ke jepun tu... aku tak tahu lah. Sebab aku pun tak tanya menanya sampai ke situ. Aku cerita ni pun hanya berlandaskan pengetahuan yang sedia ada dan pengalaman sendiri.
So, okke, setakat ni dulu...kalau ikut nak story.. memang tak grad lah aku tahun ni..haha. sebab asyik berblogging aje. ok, caw.. sambung next time.