Tuesday, June 26, 2012

aku lihat layu dalam Melayu




Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

#klau aku masih dibangku sekolah time ni,serius time persembahan untuk hari sambutan kemerdekaan aku nak nyanyi lagu nih.seriuss

Friday, June 22, 2012

mengusha perempuan tak bermakna mahu mengorat

  Ade seorang perempuan yang aku suke usha...honestly,aku langsung tak ada perasaan sampai nak mengorat bagai,ape tah lagi nak jadi kan teman hidup yg serius.. Cume kadang-kadang aku rase terkenangkan pada orang yg lain bila aku tengok dia nih. perangai sebijik.. kata-kata pun sebijik.. muke? ntah.. aku tak pernah tengok smpai situ..

 Aku memang jenis yg banyak termenung... kadang-kadang,aku hanya bertemankan sebiji kamera,lepak sorg-sorg di tengah kawasan yg sibuk macam bukit bintang,petaling street..dan ye.. di jepun ini pun,same. Buat ape? Usha orang la...Dunia ini terlalu luas untuk aku hanya melihat pada alam ciptaan-Nya sahaja. Manusia itu sendiri macam mana? Sebaik-baik kejadian bukan?

 Haha..tergelak aku sorg-sorg kadang-kadang. Aku nih dah betul-betul jatuh hati dengan topik "manusia".
Duduk lepak-lepak pun usha manusia. Nak ambil gmbr pun? gmbr manusia (snap). Research aku skrg ni pun? Ya,pasal manusia... (biomedical engineering).

 Berbalik pada cerita perempuan td, dan ye..gua xde rase nk mngorat pun.. Die buat aku teringat kat kawan aku.. Try la, mungkin kau pun akan jumpe juga.Orang yg karenahnye sebijik macam adik kau ke... kawan kau.. atau mungkin pakwe kau.. haha. Adios..

Wednesday, June 20, 2012

YOU'RE UP TO YOUR SAME OLD TRICKS AGAIN, DUDE.

 Salam readers.. haha.No love-love for today.. Oh tuhan..apakah dugaan aku jmpa makhluk homosapiens seperti ini? Cis.. Sungguh aku rasa mahu belasah kau.Walaupun pada realitinya kau tua dari aku. Sampai bila nak berubah?  Haih.. mengeluh panjang bila aku tengok kau buat perkara sama lagi dan lagi.. Macam parasit.

 Kenapa parasit? Kau buat perbuatan yg terkutuk...then sekelompok kawan-kawan yg baik dengan kau tahu.. then kau lari tinggalkan mereka. Then cari kelompok yg lain pula.. bagi mknn,bg pnjm wang beribu2.. and then bila kelompok baru pulak tahu cerita yg sama..kau cari newbies2 yg innocent plak dah.. wow. Bijak strategi kau. Nak rasa marah tu ade..Tapi aku rase kesian pada org-org yg ditinggalkan..Seolah-olah,mereka pulak yg melakukan kesilapan. Tapi bila aku dengar nasihat para senior yg lain.. Aku lagi kesian kan kau, wahai senior paparazit.

"Biarlah die,dah lame takde kawan...biarlah die berkawan."

Sunday, June 17, 2012

I Don't Think About You Anymore But, I Don't Think About You Anyless

 Salam readers. Salam Isra' Mikraj untuk semua readers yg beragama islam :) Apa amalan2 sunatnye? banyak... bulan rejab kan~ Tapi,g cari sendiri la.. banyak je skrg nih. Kat status Fb pun berlambak je aku rase.hehe

 Aku tertarik bila baca satu blog ni, yg entrinya psl Ex.. haha. Menarik sbnrnye..ex.. Ramai orang yg ade ex,tapi smpai sekarang,dia masih dalam proses untuk menambah ex mereka. Kau faham maksud aku bukan? Kesimpulannya,semakin banyak kau bermain cinta,semakin banyak lah ex kau.

 Tapi boleh ke kau lupakan? Konfem x kan? Lagi2 dgn negara Malaysia nih yg tak sebesar benua Afrika.. break hari ni,entah2 esok luse ketemu lagi. Bagi yg bnyk bermain-main cinta nih.Hentikan lah. Iya,betul pengalaman itu penting.Tapi apa yg lagi penting kau tu sendiri.

 Tak perlu nk guna alasan,"aku tak jumpa lagi jodoh yg betul". Sbb apa yg aku fhm berdasarkn pengalaman dengan manusia sekitar aku, bukan pasangan kau yg bermasalah..kau sendiri yg bermasalah. Kalah dengan nafsu. Klau time bercinta pun anda lemah, tak mustahil bila dah sampai ke alam perkahwinan nnt pun,anda boleh break..dan ikut lelaki atau perempuan lain.

 Itu mukadimah aje la... haha. Kau tahu.. kajian ade menyatakan bahawa.. rata-rata pasangan akan berasa kurang selesa bila pasangannya berckp-ckp tentang kisah ex nya. Ape yg aku boleh kata.. perasaan jeles dan rasa tidak selamat tu wujud la. Tak salah sebenarnye untuk kita bercerita tentang ex pd org bru yg datang dlm hidup kita tu. Sebab ia juga salah satu nk test psngn kita tu, open minded ke tidak. Sekurang-kurangnya die tahu kita tak suka org mcm ex kita tu kan? tp,klau bukak sikit da meletop,fikir bkn-bkn..baik kau blah je awal-awal.haha

 Tapi tak bermakna kita boleh berckp ttg ini setiap masa. Bodoh namanye.. Seriusly bodoh. Tak ada psngn yg akan gembira bila dgr cerita psl cinta kau dgn ex kau dulu tu. Ibarat kau sedang mendengar mak ayah kau sedang membandingkan kau dgn anak jiran yg englishnya A1, kau pula E. Sebagaimana kau yg x suka dgr, psngn kau pun x suka dgr.So buat ape nk bercerita tentang itu kan?

 Ramai psngn beranggapan, bila die bercerita tentang keburukan ex die, die boleh tutup psl keburukan diri dia.haha.. No, Allah tu Maha Besar... nnt Die tolong bukakkan cerita keburukkan kau tu sendiri kat ex kau. Dan mungkin proses tu berulang-ulang sampai kau insaf. Ada satu cara untuk elakkan perkara-perkara mcm ni drpd berlaku..yg paling afdal la aku nk bagitahu.

" Kawal Nafsu Kau dan Sentiasa Muhasabah Diri ... dan BERUBAH"

 Secara lojiknya,bila kau tiada ex,maka tiada la kisah "ex" yg kau nk ceritakan pd psngn kau kan? Tapi zmn skrg nih, ssh dah nk jmpe org yg xde awek,pakwe nye.. semua pakat-pakat  nak ade. Walaupun muke tak hensem mcm aku pun x terkecuali. uihh.. Tapi itu dulu la. keh3... sekian terima kasih.



Wednesday, June 13, 2012

berkata dengan jari


Aku lelaki,
Tapi aku juga manusia.
Aku gagah perkasa,
Ya,aku tetap manusia.
Aku tiada apa,
kerana aku hanya manusia.

maafkan aku.
adinda.

 #

Monday, June 4, 2012

Spinder di kepala!

Assalamualaikum readers.. wah, terasa letih sekali.. Letih perjalanan Osaka--Yamaguchi masa terasa.. iye lah, smpai pkol 7.. Pkol 9 dah siap2 nak ke lab. Terbaikkkk

Kenapa spinder?? Hahahaha.. aku teringat something td bila aku duk berborak dgn seseorang td. Bukan spinder tiga segi yang aku maksud kan.. Tapi Sepak takraw weyh!! haha.

Dulu masa aku form 1 , aku ada la main takraw.. wakil dorm aje. Keh3. Then ade la senior yg giler2 sikit. Nama team aku "spinder". Ape ke bangan aku pun setuju je time tu pun aku tak tahu. Semangat... Siap buat banner bagai.. kain ikat kat kepala kaler kuning, ada tulisan spinder kaler merah pun kami buat.. rosak... Rosak...

Tp alhamdulillah, dpt la jgak no 1. kah3..

Saturday, June 2, 2012

Tiada wang,Tak boleh kerja

 Assalamualaikum..



 Oh ya,lama aku tak menaip...terlalu busy dgn kehidupan realiti.Aku tengok blogger-blogger lain aktif je menaip,eh korang nih takde kerja ke? huhu..jeles aku,banyak betul masa korg smpai boleh buat 3,4 entry satu hari. Tapi sejujurnya,bila aku tengok org buat entri smpai 3,4 entry satu hari...takdelah aku akan bace pun..aku tengok tajuk je...sebab aku tahu,blogger tu konfem bnyk mengarut. BANGG!!!!!

  Sekarang sedang busy untuk mencari kerja actually. Ke situ...ke sini... wah,pokai duit aku. Last week,baru ke Tokyo. Malam ni ke Osaka.Next week ke Tokyo balik.. tiap2 minggu outstation. Harap2 la usaha-usaha aku nih berhasil. Bnyk kot habis duit nih.. klau dah perbelanjaan ke tokyo saja dah RM1000 plus2. Cam mane tak pokai ? Gilerrr

  InsyaAllah,kejayan itu milik manusia yg berusaha bukan? hehe.. kat bawah ni,gmbr yg aku ambil time kat tokyo... wah,letih..letih..letih..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...