Wednesday, January 4, 2012

emo serupa tahik

 Dear readers.Assalamualaikum. :)  aku taw..sekarang nih tgh musim gadis-gadis menangis kat malaysia tuh. Mamat-mamat hati kaca pun ade jugak yg join sekaki kan? musim ombak rindu lah katekan.. haha.Tapi this time aku bkn nak buat review pasal citer jiwang lah kan.. cukuplah.. jiwang-jiwang pun biarlah berpada-pada.

"Daripada air mata kau gugur atas keyboard,lebih baik air mata kau gugur atas sejadah"

 Aku yakin,dah ramai yang tahu cerita pasal amalina kan? Kalau tak tahu jugak..pergi lah cari sekarang kat internet.jangan jadi bebal sangat.. Aku bukannye nak defend si amalina nih pun.Langsung tak terfikir..malahan aku berharap sangat-sangat supaya die kembali ke pangkal jalan (kalau betul lah berita ni),dan aku harap yang aku tak jadi macam tu.Al maklumlah ..keadaan aku sama aja dengan dia. Pelajar tajaan ke luar negara..

" bestnye die boleh belajar di oversea "

 Best ke? belajar...biasa lah,kat mana-mana pun sama...yang berbezanya,cara ,persekitaran, dan bahasa. Itu belajar.. BELAJAR BUKAN MELANCONG. Ramai kawan-kawan aku suke cakap,bestnye ko belajar kat sane... dan dot dot dot (sebab tgok gambar aku main salji ,pergi laut cantek gile dll) . Faham?

 Untuk kau melancong di negara asing sememangnya perkara yang BEST dan MUDAH, tetapi untuk kau hidup di negara asing, lebih-lebih lagi di negara bukan negara islam, adatnya jauh berbeza dengan kita ,pemikiran kita.. itu juga BEST tapi SANGAT SUSAH. Dah ramai genius-genius malaysia kecundang.. Sebab apa jadi macam tu? Nak cakap kurang didikan agama... sebelum fly bersongkok,bertudung bagai.. tapi.. selang saja beberapa tahun. Nah,tahi kau berikan..

 Dugaan di luar negara nih kuat. Betul aku tak tipu... Ada yang dah tolak halal haram dan makan minum. Ada yang babi je kau tak makan,yang lain semua kau telan. Ada yang sanggup tinggal solat demi party, kawan-kawan. Ada yang tinggal puasa kerana tak tahan dugaan. Ada yang dah tidur sekatil tanpa ikatan. Ada yang jatuh hati batang sama batang,lubang sama lubang...see?

 Dugaan di luar sini memang lagi kuat dari kau duduk di Malaysia. Banyak masalah macam mana pun.. paling cikai pun, kau masih dengar azan berkumandang... di mata kau masih banyak yang beragama daripada yang tak beragama. Di luar sini? Atheist..

"hidup hanya sekali,enjoylah sampai mati"

 Tapi , Alhamdulillah la aku masih lagi dalam keadaan sedar... aku ada kawan-kawan yang baik kat sini. Tapi bagaimana warga malaysia, melayu khususnya yang di campak seorang di satu negeri ke... di satu daerah ke... Dugaan itu sangat besar. percayalah.. Mungkin ramai orang tak faham, sebab bukan ahli keluarga mereka yang  berada disini.

 Bila aku tahu berita si amalina nih,aku takde lah nak terkejut sangat.. sebab perkara nih dah bnyk berlaku. Orang kecohkan pasal dia,hanya sebab die nih pelajar terbaik spm kan?  Tapi jangan lupe, die nih manusia biasa aje..  bukannye stok-stok ustazah. Kan lebih baik doakan die kembali ke pangkal daripada kutuk maki, siap suruh kerajaan tarik balik biasiswa,siap suruh bayar bagai.. puihhh.. emo serupa tahik.

"kat luar..dugaan kuat, mana yang tak kuat.. ini lah hasilnya.. tapi di malaysia.. dugaan rasanya tak lah sekuat diluar, tapi hasilnya lebih kurang"

amacam geng-geng kampung pisang? sentap?

10 comments:

  1. wowowoooo.. terbaek! eyda tgk ombak rindu tak nangis ponggg.. ntah hape hapeee.. hahakk

    sal oversea tu plak, memang tak aarrr nak blaja sane. dulu penah dapat offer jugak, tapi malas pegi interview. sebab nak study sini jep. hiks! tapi nanti kalo da kawen, kalo suami keje oversea, memang nak ikot arr.. ehekk! :")

    ReplyDelete
  2. @Eyda Syahida : hahaha,ye ke tak nangis? kalau da kawen tuh duk ngan hubby kat oversea...wah,macam tiap2 hari berhoneymoon.kan?haha

    ReplyDelete
  3. ha, betol tu, ombak rindu, ramai yang kata citer tu teruk, tapi ramai je yang tengok.. semoga diriku xterjebak u menonton citer ni, rasa nyer, citer ni bakal mencetuskan revolusi baru dalam industri perfileman, artis2 skang akan jadi lebih berani u melakukan benda2 yang xsepatut nye,,nauzubillah...
    yang pasal Amalina tu, sokong sgt2, ramai pegi oversea balik jadi sampah, tapi ada je yang ok terus, my schoolmates, dorang still camtu..act. its all about our mind right?

    (^___^)

    ReplyDelete
  4. hal inilah yang aku katakan lewat malam tadi kepada kawan2 aku. spesis Amalina ni dah banyak sangat, bezanya dia dapat 17A. Dan aku rasa hal dia ni bukan penting sangat untuk dikisahkan sbb masing2 punya dosa pun tak tertnggung kan. berdoa sahajalah dia berubah dan yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  5. @Athirah Zain : yup! jati diri mesti tegar.Klau tak tegar...asal hulu,baru ke pekan pun dah boleh culture shock.tak perlu ke oversea.

    ReplyDelete
  6. @hanaahamad : kan? hal die nih sekecil-kecil hal.banyak lagi yang kena fikir.. aku sbg laki,saudara-saudara perempuan aku semua dah cukup tutup aurat ke belom? tak takut ke kena tarik nanti?hah...itu lagi penting.Perempuan pulak? fikirlah sendiri ye..hehe

    ReplyDelete
  7. Aku tak tegezut pun dengan Amalina...banyak lagi rasanya kes yg lebih sentap dari dia...kes dia kebaboom sebab dia best student...ahh itu kecik jer..yang penting jati diri dan akar umbi agama mesti kukuh...nescaya kalau tiang agama yang lima waktu sehari semalam tu terlaksana sentiasa..insyaAllah betullah perjalanan hidup..nak2 lagi u all yg study kat obersi sana kan...

    ReplyDelete
  8. @lady windsor : yup.betul tu...kita jaga yg Dia,insyaAllah dia jaga semua yang kita

    ReplyDelete
  9. a.. kes amalina tu.. erm.. sayanglah kan sebab tak ramai sgt best student kaum melayu, bila ada boleh pula jadi macam tu.. tapi harapnya jadi iktibar lah kat semua.

    oh.. baca n3 ni baru tahu yg kamu dok oversea.. mana tu ah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...