Tuesday, December 27, 2011

daripada marah,lebih baik sabar


kau..
kau boleh buat aku macam tunggul
berbulan-bulan menunggu
tanpa khabar berita

kau..
kau boleh buat aku macam badut
sindir-sindir aku di alam maya
biar semua orang tahu

kau..
kau boleh buat semua tu..
Tapi semua orang tahu
dari perangai tuan punya status..

Tapi satu saja
kau jangan buat aku ni macam "lembu"
datang dan pergi bila kau mahu
aku tegur silap kau
langsung kau tak fikirkan
marahkan aku ada lah..
marahkan aku macam aku tak ada maruah diri
tak ada malu
tak ada perasaan
macam aku nih orang biasa
tak terpacak dalam hati kau tu

tapi setelah sekian lama
kau datang,buat muka selamba
tanpa sebarang perubahan

"rindu awak!"

haha.. ape kejadah semua ni?
macam aku ini tak ada perasaan

tapi aku dah biasa telan..sebab aku sayang
dan aku boleh telan lagi,sebab aku sayang
tapi sebab aku sayang juga..
aku rela biar kau terbang sendiri

aku tak mahu kehilangan kau
tapi aku lebih risau
hati aku aku jadi hitam
kerana terlalu banyak amarah terpendam
sabarku ada batasannya



terbanglah kau..




*cinta juga perlukan hormat.. sekian

10 comments:

  1. Cinta bukan setakat menuntut hormat..more than that..loyal, trust,sincere, sharing, caring, loving..what else ..ing?

    ReplyDelete
  2. memang bukan setakat, tapi perlu ada walau sedikit.. kalau tidak apa bezanya? :)

    ReplyDelete
  3. hormat adalah perkara yang manusia sering abaikan dalam peradaban cinta.. mungkin terlebih hadam apa itu hormat..

    ReplyDelete
  4. @API : Mungkin juga..ntah,aku pun tak tahu

    ReplyDelete
  5. mengucap & ishtifar byk2 :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/gaban-pun-tak-sebizi-aku-haha.html

    ReplyDelete
  6. @c'axoera: ye..tq atas nasihat tu.hehe ;)

    ReplyDelete
  7. Tak der kepak mcm mana nak terbang. :p, lari bleh r

    ReplyDelete
  8. @lizzie Yasmin : boleh la.. (muke ketat)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...