Sunday, January 29, 2012

worried shoes


 "Allah saja nak tunjuk"

 Aku percaya ada hikmahnya.. haha.Lawak pun ada.. Bayangkan bila terkantoi kes sorg nih,terus nampak kelibat-kelibat plastik yang berhampiran dengan kau. Orang yang dulu kau rase die "masuk" dengan kau,rupa-rupanya bermuka plastik. Well,mungkin dieorang tak mahu tunjuk sangat ketidaksukaan itu..atau dengan sebab lain..

"Takut untuk berterus terang.Pengecut"

 Tak apa lah.. aku dah boleh nampak la permainan sorang-sorang macam mana.Terima kasih daun keladi.Buat la lagi.. 


#addict plak dgn lagu nih..feeling abes


Friday, January 27, 2012

Disedut menanah , dihembus berdarah .. apa lagi?

 Dugaan..dugaan...  haish. Makin hari makin banyak cerita najis....shit nya rasa. Aku sekarang terfaktab sendiri. Tapi takpe, Allah maha besar kan? Apa mau takut.. Persetankan apa org kata. Aku akan buat apa yang patut..

Thursday, January 26, 2012

upacara tikam belakang (versi no back-up)

 Dears readers,Assalamualaikum and Salam sejahtera. Exam semakin hampir.. makin hampir. Tapi,MashaAllah.. tuhan saja yang tahu , betapa hancurnya kepercayaan aku terhadap "seorang" yang aku anggap macam adik, boleh buat aku macam ni. Tak sangka..

"shit"

 Tu lah ayat yg tersembur dr mulut aku bila si kawan aku bukak cerita ni. Baru beberapa hari lepas,aku komen di blog  seorg blogger ini cakap nak buat entry pasal tikam belakang.. tut..tut.. nah,terbongkar segala nanah,najis,bangkai yang orang simpan.

 Ini cerita pasal  si "S" . Aku bukan bercerita pasal mahu buka aib si "S". Tapi, supaya ramai org boleh berfikir,boleh bertindak jika terjadi perkara yg sama. Aku anggap S ni macam adik aku sendiri. Layanan tu, mungkin lebih sikit dari orang lain.Iye lah,nama pun rapatkan? Rapat tu bukanlah ada hubungan mcm sepasang merpati..tapi seakan-akan kawan yang hubungannya tuh baik. Mana silapnya aku tegur..nama pun adik kan? Of kos la sayang..

 Tapi aku tak sangka, orang yg selama ni aku back-up tak kiralah ape orang buruk sampai si S ni, aku yg "sound" balik dieorg. Rupa-rupanya... selama ni aku back-up penjenayah rupanya. Songlap sana songlap sini.. kau buat ayat manis depan aku.. rupa-rupanya di belakang,kau baling tahi.

 Apa tahi tu? alasan untuk songlap... "sebab selalu ikut aku keluar jalan-jalan" . Lawak, memang lawak.. aku yg keluar bersama pun tak pernah short of money. Makan pun byr asing. Minyak? sentiasa aku yang tanggung. Tapi bila terkantoi... alasan untuk "songlap" itu.. aku? nak cakap kau belikan hadiah untuk aku "ROLEX" tak juga. Sekali pun tak pernah dapat hadiah.. tak pernah la plak aku nak berharapnye kan?

 Banyak agenda tersembunyi rupanya.... pada si A lain cerita kau,pada si B lain cerita kau..pada aku? cerita manis... rupa-rupanya..ini taktik nk tutup "kerja" kau rupanya... Haih, dugaan. Sekarang ni, tak pasal-pasal nama aku sendiri dah buruk macam bangkai depan kawan-kawan aku semua.Oleh sebab apa? sebab aku dulunya "back-up" sngt si S.

"No more back-up "S".. salah tetap salah"

 Marah? bodoh ape kau tak marah kan? untuk maafkan... boleh.Untuk terima balik.... mungkin tidak. Ini aib org ke? tak kan.... "yong" ni pun bukan nama sebenar... apetah lg "S".. pengajarannya,bukan semua orang kita boleh percaya.Kalau syg,tegur,ajar... bukan back up. So, nah rasekan seketul ajaran dr aku nnt.

Tuesday, January 24, 2012

vavi la lida - COLDPLOY


"Jangan sampai semua cakap busuk, baru nak berhenti"

mulut kau...  berbahasa
kerana kotak suara?
kerana lidah?
bukan..

"kita bercakap,sebab kita boleh bercakap"

Tapi,aku sendiri kadang-kadang lupa

"lagikan kentut jangan bersepah,inikan pula kata-kata"

kerana mulut
rosak segala
kau.. aku.. dia.. semua.

vavi la lida(h).

Saturday, January 21, 2012

anak mak dan ayah

 Salam readers yg di sayangi sekalian.. Lama tak buat entry.Al-maklum lah,dah nak final,bizi sikit..hehe.Tetiba jari nih gatal lah sangatkan nak menaip malam nih.haha..padahal,seminggu je lagi nak final.Bak kata Bill Gates..

" amalkan study last minit,sebab ia akan melatihkan diri anda melakukan sesuatu yang produktif dalam masa yang singkat"  *lebih kurang

 Haha... Tapi sedar diri lah sikitkan? Kalau dah rase hati tuh keras,tebal hitam macam jalan tar kat depan rumah kau tu...banyak-banyakkan lah bertaubat.. buat persediaan awal sikit.kan? Ingat sikit kat mak ayah kamu..InsyaAllah,kamu tahu apa yang kamu harus buat..

"mak ayah"

 Serius,aku rindu.. sobs. Betullah kata orang,bila dah jauh...baru tahu sayang tuh takat mana.

"nak, pergi tengok-tengok buku sikit.. asyik tengok TV je"

"nak,cepat bangun...subuh dah nak abes dah nih"

"nak,lepas makan basuhkan pinggan semua kat dapur tuh"

"nak,nanti tolong kopekkan kelapa ye"

"nak,nanti tolong belikan roti untuk sarapan esok"

"nak,kemas sikit bilik tu..dah macam tempat jin bertendang"

"nak,tolong angkatkan pasu bunga nih"

"nak,cucikan muntah kucing kat luar tuh"

 Ya,dulu serius aku macam , " arghhhh,tak leh tengok orang senang sikit" . Sekarang? MashaAllah, hanya tuhan yang tahu, aku "sangap" bunyi-bunyian nih.

 "sayangi ibubapa anda,tak kiralah siapa mereka"



Monday, January 16, 2012

terima kasih gadis

si gadis
aku kenal kau
dari kau agak liar
hingga kau sekarang,
"wanita solehah"

kata-kata kau 
masih terkesan
sampai sekarang
sampai aku leka
buat aku jatuh bergelimpangan atas tar
betul,aku tak tipu
haha
lawak
tapi  itulah kenyataan
dalam,padat

"kalau lah aku mati dalam keadaan macam tu,malu aku.."

dia kata.
ingatan buat aku 

sentiasa.



*anda rasa anda NAK mati dalam keadaan yang macam mana?

Friday, January 13, 2012

jom ikut abang jalan-jalan satu hari,satu malam... bawa selimut.


Dear readers
assalamualaikum
Oleh kerana dah ade beberapa orang yang tanya 
aku nih kat mana kan..
so...nah tengok video bawah ni
spesial sempena esok hari jumaat


analisis sendiri..
simpan jawapan senyap-senyap
nih rahsia kita je ye. ;)

Monday, January 9, 2012

bukan pasal parut kelapa @ kukoq nyioq


parut
buruk kan..
kau suka?
mesti lah tak kan?
kenapa?
pasal nampak buruk?
pasal takut jatuh saham?

hari tu aku jatuh basikal
kening pecah
spek pecah
nasib kepala je tak join pecah sekali
dan sekarang banyak gile parut kat tangan
nasib baik parut kat kening tak nampak
nasib baik lah aku nih jantan
tak lah rasa part jatuh saham
tak lah rasa part nampak buruk

takpe lah,kalau nak hilangkan parut tuh
sekarangkan dah banyak krim
beli lah

Tapi...kalau parutnya di hati? 
aku rela biarkan
untuk pengajaran
untuk diri sendiri

parut itu lebih elok dibiarkan



"bones may heal,but scars tells stories"

Sunday, January 8, 2012

ombak rindu (rindu dendam version)


pernah gaduh?
aku pernah gaduh 
gaduh dengan awek
4bln gaduh..
masing-masing ego
masing-masing buat senyap
tanpa sebarang kontek
marah
tapi tak mahu dimarahi
malu
tapi tak mahu dimalui 
(eh ade ke?)

tiba-tiba

"BOOM"

happy ending.




*boleh buat drama 50 episod kan?

Wednesday, January 4, 2012

emo serupa tahik

 Dear readers.Assalamualaikum. :)  aku taw..sekarang nih tgh musim gadis-gadis menangis kat malaysia tuh. Mamat-mamat hati kaca pun ade jugak yg join sekaki kan? musim ombak rindu lah katekan.. haha.Tapi this time aku bkn nak buat review pasal citer jiwang lah kan.. cukuplah.. jiwang-jiwang pun biarlah berpada-pada.

"Daripada air mata kau gugur atas keyboard,lebih baik air mata kau gugur atas sejadah"

 Aku yakin,dah ramai yang tahu cerita pasal amalina kan? Kalau tak tahu jugak..pergi lah cari sekarang kat internet.jangan jadi bebal sangat.. Aku bukannye nak defend si amalina nih pun.Langsung tak terfikir..malahan aku berharap sangat-sangat supaya die kembali ke pangkal jalan (kalau betul lah berita ni),dan aku harap yang aku tak jadi macam tu.Al maklumlah ..keadaan aku sama aja dengan dia. Pelajar tajaan ke luar negara..

" bestnye die boleh belajar di oversea "

 Best ke? belajar...biasa lah,kat mana-mana pun sama...yang berbezanya,cara ,persekitaran, dan bahasa. Itu belajar.. BELAJAR BUKAN MELANCONG. Ramai kawan-kawan aku suke cakap,bestnye ko belajar kat sane... dan dot dot dot (sebab tgok gambar aku main salji ,pergi laut cantek gile dll) . Faham?

 Untuk kau melancong di negara asing sememangnya perkara yang BEST dan MUDAH, tetapi untuk kau hidup di negara asing, lebih-lebih lagi di negara bukan negara islam, adatnya jauh berbeza dengan kita ,pemikiran kita.. itu juga BEST tapi SANGAT SUSAH. Dah ramai genius-genius malaysia kecundang.. Sebab apa jadi macam tu? Nak cakap kurang didikan agama... sebelum fly bersongkok,bertudung bagai.. tapi.. selang saja beberapa tahun. Nah,tahi kau berikan..

 Dugaan di luar negara nih kuat. Betul aku tak tipu... Ada yang dah tolak halal haram dan makan minum. Ada yang babi je kau tak makan,yang lain semua kau telan. Ada yang sanggup tinggal solat demi party, kawan-kawan. Ada yang tinggal puasa kerana tak tahan dugaan. Ada yang dah tidur sekatil tanpa ikatan. Ada yang jatuh hati batang sama batang,lubang sama lubang...see?

 Dugaan di luar sini memang lagi kuat dari kau duduk di Malaysia. Banyak masalah macam mana pun.. paling cikai pun, kau masih dengar azan berkumandang... di mata kau masih banyak yang beragama daripada yang tak beragama. Di luar sini? Atheist..

"hidup hanya sekali,enjoylah sampai mati"

 Tapi , Alhamdulillah la aku masih lagi dalam keadaan sedar... aku ada kawan-kawan yang baik kat sini. Tapi bagaimana warga malaysia, melayu khususnya yang di campak seorang di satu negeri ke... di satu daerah ke... Dugaan itu sangat besar. percayalah.. Mungkin ramai orang tak faham, sebab bukan ahli keluarga mereka yang  berada disini.

 Bila aku tahu berita si amalina nih,aku takde lah nak terkejut sangat.. sebab perkara nih dah bnyk berlaku. Orang kecohkan pasal dia,hanya sebab die nih pelajar terbaik spm kan?  Tapi jangan lupe, die nih manusia biasa aje..  bukannye stok-stok ustazah. Kan lebih baik doakan die kembali ke pangkal daripada kutuk maki, siap suruh kerajaan tarik balik biasiswa,siap suruh bayar bagai.. puihhh.. emo serupa tahik.

"kat luar..dugaan kuat, mana yang tak kuat.. ini lah hasilnya.. tapi di malaysia.. dugaan rasanya tak lah sekuat diluar, tapi hasilnya lebih kurang"

amacam geng-geng kampung pisang? sentap?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...