Thursday, August 9, 2012

get a life dude!

 Aku kat sini dah hampir 3tahun setengah menghadap kerenah masyarakat jepang kat sini. Entah kenapa, aku jenis yang bukan akan cenderung untuk berbaik-baik dengan orang yang nerd-nerd,baik-baik. haha, bukan lah aku tak suka..Tapi bagi aku, aku suka dengan kerenah orang-orang yang sedikit samseng nih. Aku tak ke sekolah asrama penuh dulu pun pasal ini. Tak nak hidup bosan. Budak SBP mana ada kaki rempit..xde kan? ada ke budak perempuan yang jadi minah rempit? xde.. setakat bertumbuk tu ade lah kot.. samseng-samseng sikit. Aku sendiri pun pernah terlibat.Maklumlah, bila jadi pengawas nih..bila garang sikit ramai orang tak suka kan?  Itu yang aku suka. Eh-eh..terkeluar dari topik utama dah..

 Well, aku kat sini memang dikelilingi oleh orang jepun. Kiri kanan depan belakang memang orang jepun. Aku faham, ramai rakyat malaysia kat tanah air aku nih jakun sangat dengan budaya jepun dan korea nih. Oh ya, mereka memang banyak nilai-nilai moral yang baik.

"kadang-kadang aku nampak mereka lebih islamik dari aku"

 Tapi, oleh kerana dah hidup disini.. lama kelamaan aku faham,kenapa agama itu begitu penting dalam kehidupan seharian kita.Di sini kebanyakkan mereka adalah atheist.. sampai aku mula datang ke jepun dulu.. mula-mula nak buat kawan. Kawan aku tanye, tuhan tu macam mana? tuhan tu ape? Faham tak betapa susahnya kau nak explain tentang agama kau kepada seseorang yang langsung tak tahu menahu tentang agama? Well, mungkin drpd keturunannya memang atheist,dan dia ini generasi yang ikut saja, bukan salah dia lah. Mungkin tak ramai yang tahu, yang kebanyakkan orang jepun disini.. berkahwin digereja ikut agama kristian walaupun dia bukan kristian,tapi bila mati .. ade yang mayatnya dibakar ikut adat nenek moyang mereka. Nampak tak betapa terpesongnya mereka ni? Dan mereka memang tak ada sebarang masalah untuk menyambut sebarang perayaan. Krismas mereka sambut, tahun baru buddha pun dia sambut, depavali je tak sambut..sbb tak ramai orang india disini.

 Sedih jugak ... sedangkan kehidupan dieorang lebih islamik dari kita. Tak perlu aku hurai banyak lah pasal level islamik mereka nih. Cakap pasal masa pun semua orang tahu. Tapi oleh kerana, mereka bukan jenis yang faham agama, tak amalkan agama dalam kehidupan.. hidup mereka meaningless. dull. kosong! sentiasa mencari kepuasan dalam hati. Pergi minum di bar... hangout dengan gadis-gadis,flirting-flirting, dan apa yang menakutkn, disini.. kes jenayahnya, banyak yang psiko.Mungkin sampai satu tahap kau dah tak tahu cara nk melepaskan tekanan, begitulah jadinya. Malaysia kita macam mana? Aku nampak kita semua dah ke arah situ jugak. Masyarakat kita boleh dikatakan semua beragama, tapi macam lebih kurang je aku rasa.mungkin level kita lg rendah dari mereka. mereka tak fhm agama, kita?

 Kawan satu lab ngan aku selalu ajak aku keluar malam selepas buat-buat kerja di lab. Dia beranggapan , yang aku nih xde life.. ye la, balik lab..duduk rumah. Mereka? keluar minum-minum lah. kejadahnya..dan ade jugak yang ajak berparti di nightclub.. kata senior aku..

 " nanti boleh la flirt ngan budak sekolah weyh, siap boleh buat balik rumah tu..jom le"

Kejadahnye.

 

5 comments:

  1. gambatte kudesai! ehh betul ke reply saya dengan tema entry ni...hihi

    ReplyDelete
  2. Okeh.. aku dah baca kisah masyarakat jepung dari sudut pandangan kau- yg duduk di jepung masa ini.. aku ada kawan maya nama AKIKO dulu... Aku rasa ada juga org jepun yg minat untuk beragama :D

    http://lovingustory.blogspot.com/2012/02/akiko.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...wah,nice! betul lah tu.. kadang-kadang orang-orang jepun nih selalu je datang ke masjid-masjid. khususnya "wanita".kenapa? nanti aku cter dlm entri.. nk cter kat sini panjang sngt.huhu

      Delete
    2. baik.. sila la cerita aku berminat juga nak baca :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...