Nasihat tu... macam-macam puncanya...pengalaman sendiri...nasihat dari orang lain... dan yang paling kuatnya penyesalan. Nasihat yang berpunca dari penyesalan sendiri. Aku ada seorang kenalan yang dulunya bukannya tak bijak.Handal jugak... Kalau usahanya terus kekal, aku yakin paling kurang dia boleh masuk universiti. Tapi apa boleh buatkan? rezeki masing-masing. Tapi tak bermakna aku cakap hidup dia nih dah tak bermakna. Bukan... Dia tetap ada "pengalaman" yang mahal. Dia ada "nasihat" yang mahal untuk anak-anak dia. Terpulanglah dia nak gunakan atau tidak.
Sebagaimana abah dan maa aku..Maa aku yang dahulunya dapat tawaran ke oversea tapi terhalang kerana pimikiran orang-orang zaman tu,abah pula yang mahukan ilmu tapi tak dapat dek kemiskinan yang melampau. Apa yang abah aku pesan, "abah tak nak mung jadi macam abah..kalau abah nelayan,mung paling kurang jadi tauke". Kau faham maksudnya... Mereka mahu kau ada kehidupan yang lagi baik dari mereka.Itu saja.. mereka marah,rotan sampai nak patah rotan itu sebabnya.
Ada cerita dari mulut ke telinga aku ni, cakap pasal kenalan tu.Alhamdulillah, dah ada cahaya mata. Sama umur dengan aku , dah jadi ayah orang. Katanya satu saja... "aku nak kerja keras mulai sekarang, aku nak bagi yang terbaik untuk anak aku".Kagum aku.. harap kau bahagia.
Jika ada peluang untuk kembali buat balik apa yang kau tak mampu dulu. Semua orang mahu kan? Tapi sememangnya peluang macam tu tak wujud. Peluang yang ada hanya satu. "ubah sekarang".
aku nak komen tapi tak terkata-kata sebab kau dah sebut semua yang aku nak kata...
ReplyDelete~nong Andy~
nong yang dah ada anak mesti fikir lagi dalam kan? hehe
Deleteya.. sekarang masa untuk berubah.. kita tak boleh ubah masa silam.. tapi kita boleh ubah masa depan In Shaa Allah
ReplyDeletebetul.aku setuju
Deletemari kejar dengan masa bila penat biar masa ubah semuanya.
ReplyDeletekejar sekarang
DeleteYang lepas tidak boleh dikejar cuma boleh belajar daripadanya. ceh, gua pun tak tahu bila aku nak rajin untuk bekerja keras ni. haha
ReplyDeletehehe.jawapannya..."sekarang".
Delete