Aku pernah terdetik, untuk tidak mahu pulang ke negara sendiri. Ya, aku pernah terdetik. Aku tak rasa aku mampu untuk hidup dalam negara sebegini . Dengan politik sampah yang tak berkesudahan. Dengan mentaliti najis rakyat kita yang masih tak sedar diri. Yang paling utama, ekonomi yang semakin meningkat.. tapi gaji yang tak naik-naik.
Aku bukan orang senang dan aku rasa perlu ke aku nak balik dan hidup di negara yang akan buat hidup aku makin susah akan datang? Aku tak nampak kemungkinan aku akan dapat hidup dengan senang lenang di Malaysia. Kalau lari dalam hutan sekalipun, tak lama nanti akan datang tauke-tauke balak... dan macam video kat atas ni, memang banyak homeless lah nanti malaysia ni. Aku tengok Jepun pun sama... homeless di sana sini. Itu kerana mereka dah tua, kena tinggal ngan anak-anak, baru lepas muflis, atau memang xde kudrat. Kita? Rasanya semua orang tahu kot...yang sudah ramai Malaysian yang jatuh muflis pada usia muda. Tak lama lagi.. aku konfem.. umur 30 dah ramai yang akan homeless.Sebab dah memang ada ramalan pada masa akan datang, semua rumah-rumah di negara ini... adalah rumah yang tak mampu milik.
Tapi patut ke aku tak balik? jawapannya tak patut. Sebab nasik yang aku makan hari ni.. bukan 100% mak ayah aku yang sponsorkan. Makanya, aku ... kita memang perlu bersedia lah untuk hidup susah pada masa akan datang.
Yong
ReplyDeleteKalau aku jadi ko kan..aku kerja dulu sekejap kat Jepun tu, ambil pengalaman...memag org kata hujan batu di negeri sendiri lebih baik berbanding hujan emas di negara orang...tapi skang dgn segala bagai benda suck kat negara kita ni..ada baiknya ko keje dan dok sana dulu...acane?
memang ade fikir macam tu.. tapi biasalah, anak sulong. Setiap keputusan, melibatkan nasib orang-orang tersayang. Buat masa ni... susah sikit la.
DeleteHujan batu di negeri sendiri..jangan lupa..kita demokrasi..pemimpin boleh berubah dalam yang sama atau yang berbeza parti..begitu juga pada masa hadapan..fikir positif k..tugas kita untuk majukan negara kita sendiri..belajar la sejauh mana..timbalah ilmu sebanyak mana..jangan lupa tanah tumpah darah kita sendiri..err..bukan kat Malaysia ni ada seseorang yang sedang menanti ke? Yang namanya buah hati? hahaha
ReplyDeleteyup, betul tu dezee. *tabik. Aku ni ditanggung oleh rakyat , maka tak salah kalau aku balik untuk balas budi "rakyat".
DeleteTimba pengalaman dulu di sana sebolehnya.Balik Malaysia dgn bekal terbaik inshaAllah ada tempatnya.Stay sana pun okay.
ReplyDeleteikut kan hati, begitulah hendaknya.. tapi bila ikutkan keadaan... susah.
DeleteYong... balik la.... :)
ReplyDeletehehe..iye nong.balik la ni
Delete