Kau tahu tak? Aku ade cerita pasal hutang. Mungkin ade yang pernah dengar, mungkin first time. Ceritanya lebih kurang macam ini lah. Ade la si polan ini hidup di zaman Rasulullah SAW... dan nak dijadikan cerita ajal dia sampai. Bila tiba waktu untuk solat jenazah, Rasulullah SAW sendiri TAKNAK menjadi imam untuk solat jenazahnya. TAK NAK. faham kan? kerana apa? Arwah si polan ni masih lagi ada hutang yang masih belum dijelaskan. Bayangkan, dimana kedudukan orang berhutang di mata Baginda?
Mungkin hidup dalam dunia sekarang ni memang kita tak boleh nak elak dah dengan berhutang nih. Tapi Berhutang itu tak berdosa. Yang menjadi berdosanyaseseorang itu ialah, apabila kita mampu untuk menjelaskan hutang, tapi kita sengaja melengah-lengah kan atau langsung tak membayarnya. Orang yang sengaja melengah-lengah kan hutangnya ni.. tahu saja la. Dia akan tanggung dosa sepanjang tempoh dia melengahkan hutang dia tu. Benda ni besar, tapi sesetengah orang tutup mata seolah-olah benda ini kecil. Contoh paling mudah, yang paling senang nak nampak... PTPTN. aku tahu, ramai yang mahu dimansuhkan PTPTN tu kan? takpe la.. itu topik lain. Sekarang ni, PTPTN itu dikira hutang la kan sebab dikira sebagai pinjaman kan? berapa ramai yang tidak liat nak membayar PTPTN dia tu? fikir sendiri...
Biar mati dalam keadaan papa, jangan mati tinggalkan hutang kat anak bini suruh mereka pulak yang bayar. Itu, bangsat namanya.
*cerita pasal Rasullah SAW imamkan solat jenazah tadi tu ade lagi, tapi aku lupa ending dia..
PTPTN..let put it this way..kesian la kat penjamin..jangan tunggu mansuh2 ni la..kalau mereka menang..kan dia janji nak pulangkan balik..tapi kalau yg sedia ada ni kekal lagi..kan dah bertambah bunga tu lagi..bayar2..hutang ni bawa ke mati.
ReplyDeletebetul tu dhagi. tak kisah la PTPTN ke ape. pinjam duit kawan rm1 , kalau si kawan x halalkan pun dah cukup syarat untuk dapat penginapan kat neraka tu.
Delete