Friday, August 3, 2012

stay calm and "mengucap banyak-banyak"

 Perasaan ini kadang-kadang buat diri ini jadi kurang stabil..perasaan marah, jeles, meluat, dengki,tak puas hati.. dan lain-lain. Aku sedar satu perkara , tak ada apa yang perlu di panjang-panjangkan kalau bergaduh dengan yang tersayang. Just stay calm, and mengucap banyak-banyak. Jangan terlalu sibuk merebut title juara debate antara orang tersayang,baik mak ayah, adik beradik, pasangan suami isteri, kekasih, mahupun kawan-kawan. Percayalah, hubungan yang anda bina itu lebih berharga dari segala-galanya. Memang betul, kata orang..kalau tak diluahkan, nanti bernanah lah hati tu. Tapi bukan itu masalahnya.. masalahnya bagaimana cara kita menghadapi masalah itu, dan cara kita mengatasi. 

 Kau tahu bukan, setiap orang lain perwatakan, lain permikirannya.. Jadi lain cara yang kau gunakan untuk meluahkan ketidakpuashati kau tu, lain lah keputusan yang akan kau dapat. Sebagai contoh, girlfriend kau ni seorang sangat mudah terasa, tak boleh berkasar sedikit. Tetapi kau pula sebaliknya..boyfriend yang sedikit kasar orangnya. Nampak tak, bagaimana cetusan-cetusan api ini sangat mudah nak terhasil? sedikit sahaja kesilapan, tak mustahil.. hubungan cinta mereka ni boleh berakhir. So bagaimana? Perlu ke si boyfriend marah dengan lantangnya girlfriendnya jika girlfriendnye melakukan satu kesilapan? dan Perlu ke si girlfriend terus nak emo dan sentap sahaja,tanpa memikirkan isi yang ditegur oleh si boyfriendnya? 

 Kita masing-masing punya akal. Sebelum kita bergerak untuk melakukan sesuatu yang melebihi batas, fikir dahulu apa cara,dan isi yg hendak disampaikan atau diterima. Itu baru matang namanya.

 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...