Kenapa ya, setiap kali kita cuba untuk setia...datang pelbagai dugaan. Haha.. ouh, bukan maksud kes si gadis aku yang curang, tapi ex-ex serta kawan-kawan perempuan yang seakan-akan cuba mendekati tu datang mendekatiku.Yang ini datang minta aku kembali, yang ini cuba untuk tarik balik perhatian, yang kawan pula macam-macam lagi lah.. yang anehnye,time aku single mingle.. takde plak nak datang,tengok muke aku pun tak nak.Tapi bila aku dah mulakan step untuk mengejar seseorang yang aku mahu hidup bersama ( alhamdulillah,sekarang masih bersama,harap cepat dapat kawen & berkekalan sampai jannah ) tiba-tiba ramai plak yang datang cuba untuk menarik-narik. Damn..
Bukanlah maksud aku, aku ini hot giler, sampai orang perempuan kejar mengejar cari aku. bukan. Aku just terfikir, mungkin ini dugaan..salah satu ujian cinta ni,kita akan diuji melalui kesetian la. Sebabnya, dalam dunia nih..bilangan perempuan makin bertambah.. and for sure, bilangan gadis-gadis cantik,ayu,baik perwatakan,comel lotte juga bertambah. Kalau dengan yang "sekarang" ini pun kau tak boleh nak setia, nanti bila dah kahwin.. Lagi susah hidup kau. Lagi-lagi bila dah ada anak,dan time tuh hati kau start nak goyang suka kat minah tu la,janda nih la.. satu perkara je yang aku pegang dari dulu sampai sekarang...
" kau tak boleh halang orang lain untuk suka pada kau, tapi kau boleh halang diri kau sendiri daripada berperasaan suka,cinta terhadap orang lain"
Akan ada yang cakap, "soal hati nih mana boleh paksa-paksa" "cinta nih kadang-kadang tak boleh dikawal, dia datang dengan tiba-tiba" then lepas tu keluar lah statement daripada mulut si suami/si isteri yang sudah beranak 5 orang.. " kami sudah tiada perasaan antara satu sama lain" .Itu statement yang dibina atas dasar melepaskan diri kerana nafsu kau aja.
Mungkin kali ini, hubungan aku dengan sigadis ni lebih underground. Berbalas-balas komen di FB pun tidak,apetah lagi nak buat status in a relationship with si gadis bagai tu. So, ramai yang tak tahu, aku dah tak single. KOT. muehehe..perasan betul.
oo dah berpunye yer? bagus!
ReplyDeleteerkk... lain macam je bunyi =..=
DeleteOooooo.. :D
ReplyDelete-..-'
DeleteHati kau sedang diduga, maka berkuatlah untuk pertahankan cinta yang sedang ada.
ReplyDeleteinsyaAllah. :)
Delete