Sunday, November 25, 2012

Jika Ada Peluang

 Salam readers. Bila dah umur semakin meningkat nih..aku akui yang aku semakin merasakan apa yang maa dan abah aku rasa.Nak di pendekkan cerita, apa yang orang yang dah banyak makan garam dari kita tu rasa lah. Selalu nya kita akan dengar macam-macam nasihat dari mereka kan? ade yang baik ade yang tak baik... Ade jugak jenis yang bagi nasihat yang tak baik tu.. serius ade.

 Nasihat tu... macam-macam puncanya...pengalaman sendiri...nasihat dari orang lain... dan yang paling kuatnya penyesalan. Nasihat yang berpunca dari penyesalan sendiri. Aku ada seorang kenalan yang dulunya bukannya tak bijak.Handal jugak... Kalau usahanya terus kekal, aku yakin paling kurang dia boleh masuk universiti. Tapi apa boleh buatkan? rezeki masing-masing. Tapi tak bermakna aku cakap hidup dia nih dah tak bermakna. Bukan... Dia tetap ada "pengalaman" yang mahal. Dia ada "nasihat" yang mahal untuk anak-anak dia. Terpulanglah dia nak gunakan atau tidak.

 Sebagaimana abah dan maa aku..Maa aku yang dahulunya dapat tawaran ke oversea tapi terhalang kerana pimikiran orang-orang zaman tu,abah pula yang mahukan ilmu tapi tak dapat dek kemiskinan yang melampau. Apa yang abah aku pesan, "abah tak nak mung jadi macam abah..kalau abah nelayan,mung paling kurang jadi tauke". Kau faham maksudnya... Mereka mahu kau ada kehidupan yang lagi baik dari mereka.Itu saja.. mereka marah,rotan sampai nak patah rotan itu sebabnya. 

 Ada cerita dari mulut ke telinga aku ni, cakap pasal kenalan tu.Alhamdulillah, dah ada cahaya mata. Sama umur dengan aku , dah jadi ayah orang. Katanya satu saja... "aku nak kerja keras mulai sekarang, aku nak bagi yang terbaik untuk anak aku".Kagum aku.. harap kau bahagia.

 Jika ada peluang untuk kembali buat balik apa yang kau tak mampu dulu. Semua orang mahu kan? Tapi sememangnya peluang macam tu tak wujud. Peluang yang ada hanya satu. "ubah sekarang".

Friday, November 23, 2012

Ayah Ngah Buat Lawak

 Biasanya aku tiap-tiap kali raya aku mesti pergi kubur bersih cucikan kubur-kubur arwah tokki, tok, mak(nenek) aku tu. Kadang-kadang kalau sempat,sebelum balik U balik, aku terjah jugak sekejap.Hehe... Tapi hari tu lain plak ceritanya, pak-pak sedara berpakat kumpulkan duit nak buat pagar batu kat tepi kubur tu. First time lah jugak sebenarnya buat benda-benda macam ni. Siapa saja yang datang time tu.. aku adik beradik dengan 2 orang bapak saudara aku je. Takpe lah...bukannya susah sangat pun kan?

 Well, dah habis pasang-pasang semua.. on the way balik tu, kiteorang berhenti minum-minum la sekejap. Kat sini lah yang kelakarnya...haih, setiap kali teringat mesti nak pecah perut.

Waiter : ye,nak minum ape?
Aku : teh beng!
Abah : Nescafe satu..
Ayah ngah : Air KOLO satu!
Waiter : %$*()*())%$#@#_)(
Ayah ngah : Air KOLO... kopi campur milo
Waiter : ouh... Neslo la nih? cakap je la Neslo ( gelak-gelak )
Ayah ngah : Tak... tu nescafe campur milo. Saya nak kopi campur milo.
Waiter : ouh... kopi tu takde lah pulak..
Ayah ngah : takde?? hurmm...xpe la, Nescafe O satu.

 Aku ngan abah blur-blur je dengan Ayah ngah aku sorang nih...Haih, perangai tak ubah-ubah. Haha..kesian Waiter. haha...

Terfikir aku, kalau kita dah meninggal nanti... agak-agak anak yang kita didik tu,datang melawat kubur kita tak nanti?Terfikir je.. sebab aku tengok,banyak kubur yang yang cuma nampak tanah berumput yang berbonggol-bonggol,tak ada yang bersihkan. Well, mungkin banyak sebabnya kan? :)

Wednesday, November 21, 2012

secawan milo sebelum subuh

 Salam readers!! Long time no see kan? haha... Kalau dalam bahasa Jepun,cakaplah.. "Ohisashiburi!!" maksud dia lebih kurang lah.. Hari semalam memang seperti ada meeting,dan biasa lah memang takkan tidur untuk malam semalamnya (isnin). Habis aje meeting,cepat-cepat aku bersiap nak pulang ke rumah.Tapi yang peliknya tak mengantuk....well,mungkin keberkesanan livita yang aku minum petang Isnin tu kot.. Tapi............... Letak je kepala atas bantal.Terus gelap....hahaha.Bateri habis dah agaknya.

 Haih, satu benda yang paling penting bila kita sedang sibuk dengan sesuatu perkara ialah..jangan sesekali lupa orang yang tersayang.Yang paling penting:

No 0.000000000   Allah SWT
No 0.000010000   Keluarga tercinta (Ibu Ayah Adik Abg Kakak)
No 0.000000002   Orang selain daripada No 0.000010000

 Kenapa banyak sngt titik perpuluhan itu ye? Well,saya bakal engineer...setiap apa yang saya buat haruslah tepat.Paling kurang pun mesti yang paling persis. Yang paling penting.. Yang atas sekali tu. Kita nih...hidup dah diakhir zaman.Kadang-kadang terleka,terlupa yang mana satu lebih penting.Terlupa seketika Dia yang bagi kita segal keperluan untuk hidup..untuk bernafas.. untuk melihat,mendengar dan sebagainya. Kadang-kadang kita terlupa pada keluarga yang sentiasa bersama -sama kita bila kita susah,IbuAyah yang menanggung kita dari sebesar tapak tangan, kita terlupa pada orang-orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Kita leka kadang-kadang.

 Ya,kat atas tu aku tulis, Allah tu No 0.000000000. Tapi perasan tak? kadang-kadang dekat No "0" yang belakang sekali , kita tukar dengan nombor lain,yang bermakna nombor tu dah tak jadi nombor yang paling tinggi,yang menjadikan Allah tu bukan lagi yang teratas. Gadget...McD-McD... facebook... Wawa zainal... dll. Bukanlah  sampai tak boleh kita nih nak pakai Galaxy Note 2 tu.. Tapi ketaksuban kita tu kearah mana?

 Yang penting...susunan nombor tu. Ada orang sampai sanggup belakangkan keluarga demi cinta pada abang bangla, ada yang sampai tak g solat jumaat sebab nak berdating... belakangkan Allah SWT.Bukanlah aku nih ustaz untuk aku buat entry sebegini,aku just nak sampaikan.Benda-benda macam ni...kalau kita tak mendengar,kita kena membaca... dan yang paling efisyen. Kita bercakap. Cakap..dan cakap.. Cakap pasal kebesaran Allah...

 Okehlah teman sekalian, hamba nak subuh... jangan lupa,doakan saudara kita kat gaza juga ye. tata

Tuesday, November 13, 2012

forever young


 Ketagih aku dengan Band nih...dari Iceland kot. Lagi-lagi dengan video nih...entah, nak cakap kelakar ada...happy ada.. terfikirkan hari-hari tua nnt pun ada. Tak faham pun apa lyric lagu nih, tapi for sure memang pasal happiness la kan? Ni antara band2 yang akan menjajah malaya time Urbanscape nnt...

Monday, November 5, 2012

Jet setter ,Go getter ,Nothing better

 Salam readers.. lama benar dah rasanya tak update. sempat jengok-jengok je.. Nak BlogWalking pun xdan.. sorry ya teman-teman sekalian. Busy skit la semenjak akhir-akhir nih. Tido pun entah kemana, inikan pulak nak aktif berblogging.hehe...

 Aku demam sebenarnye nih... Haih, demam-demam pun kena pergi lab. Aku pun dah rasa aku nih lebih dari kerja dah. Gaya macam kerja sebagai doktor yang kerja 20jam nonstop . Tapi kalau kerja doctor sekalipun, lapar-lapar senang nak makan. Aku? hanya 2,3 jenis onigiri (nasi kepal jepun) je yg boleh makan kat 7e sini..seminggu sekali takpe la.. main hampir tiap-tiap hari... boleh muntah pelangi.

 Sebenarnya entry ni xde isi ape pun.. saje je nak menaip.haha... oh ya, ade lagu sedap. Lagu yang dah berapa tahun dah keluar, tapi aku baru dengar.hahaha... sangatlah ketinggalan zaman. Nak buat macam mana, dulu saya indie. Mana layan mainstream... Tapi ari tu dengar cam best la pulak. Rase macam nak buat cover.InsyaAllah...nanti.huhu. Agak-agak kalau aku buat dance macam dalam video ni time majlis kawen, boleh tak? haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...