Friday, January 31, 2014

bakat.

 Aku tengok ramai je orang yang tak berbakat melukis, tapi tak habis-habis nak mendoodle situ sini. Salah seorangnya, aku lah kot. Aku tak tahu, tapi aku dan adik beradik memang waktu kecik-kecik, maa cakap... benda first yang aku adik beradik paling suka adalah kertas dengan pensil. Kalau tinggalkan saja aku dengan pensil dan kertas, aku duk sorang-sorang kat rumah pun tak apa. Sampaikan kalau parents aku nak keluar ke mana-mana, dieorang bawakkan buku dan pensil. Aku lah hardcore sikit.. tapi behave. Adik-adik aku nih... tak cukup kertas, abes dinding rumah di conteng nya dengan gambar lori. ye. Lori... aku tak faham kenapa, tapi setiap kali dieorang melukis "lori" tu.. imaginasi tu meleret sampai buat bunyi lori. Padahal lori lukis pun tak siap lagi. Serius... imaginasi tahap dewa adik-adik aku ni. 
  Tapi itu lah... bila dah besar-besar ni rasa "minat melukis" tu dah hilang... "bakat"? aku tak sure... time sekolah, boleh la "dikatakan mat kreatif".. Tapi, aku prektis aje kot. Sekarang ni xdak masa da nak prektis2. Kalau la diberikan pensil dan kertas sekarang ni agaknya, lukis lambang nike pun fail agaknya. Aku kagum la dengan anda-anda sekalian yang tak pernah hilang minat dalam mengasahkan bakat seni tu. Bagus la.. teruskan. Memang tak semua orang dilahirkan dengan bakat pun. Nak terrer kena usaha asah sendiri. 

Sunday, January 26, 2014

awwwww.... so sweet. tahi

 Untuk mencapai level orang sekeliling kau cakap kau "lelaki sweet" pada gf/bini/mak atau "perempuan sweet"  pada " bf/bini/abah" kau tu, kau kena cukup satu syarat. Cukup je satu syarat ni, konfem orang sekeliling kau akan cakap benda macam tu. Jangan risau. Nak tahu ape syaratnya. Syaratnya, kau dan pasangan kau, atau paling-paling kurang salah seorang kau tu mestilah memiliki wajah yang cantik, hensem, pandai bergaya, berbadan slim, sasa, dan sudah pasti mempunyai ramai peminat. Sebab.. pernah ke kau tengok orang komen.. "waaa sweetnya".. kat artis2 yang tak hensem  ? ade ke orang cakap macam tu kat mereka yang gemok,debab tu? pernah? tak kan.. aku malas la nak cakap nama artis. kena saman nanti. susah. haha... Tapi itu la aku nak bagitahu. Kita skrg ni hidup dlm dunia yang serba serbi pandang rupa. Bullshit lah kau tak pandang rupa. Cuba check ig.. ade tak follow artis-artis yang muka tak seberapa? mesti follow semua yang cun-cun , hensem-hensem aje kan... haha.

 Well ..takpe la.. bagi anda-anda yang merasakan diri tak seberapa tu sekalian, tak perlu down. Awk ber romantik-romantik kepada pasangan bukan sebab nak orang tengok atau cakap "sweetnye mek atidoharis " .. kan. Buat untuk happykan pasangan la. That's better. Last-last semua tu untuk hubungan awak dengan pasangan awk jugak. Dunia teknologi ni buatkan kita terlalu mengharapkan "pujaan" orang. Masak cekodok ikan bilis pun nak bagitahu satu fb. whatthehell..  ok. itu saje.

Thursday, January 23, 2014

KYREN THOMAS - Selamat Pagi Sayang



 Kalau la aku boleh main gitar macam ni gayanya. Dah lama boleh buat duit sampingan dengan busking tepi jalan. Catchy habes.. 

Selamat pagi, ouh sayang ku.
kembalikan lah cintaku, mulai lah hari baru.

cewah.

Sunday, January 19, 2014

ilmu kawen. meh-meh.

Kalau "baru kawen" memang kena post gmbr peluk2/gmbr over intim ngan laki bini ke facebook or twitter or instagram atau lain-lain lagi?  Citer la.. nak jugak tips-tips. Ye lah. Dah dpt "greenlight" kan. Ramai je kawan kitew yang baru kawen buat gitewww. Kitewww tak kawen lagi. Kitew nak kawen jugak nanti. Kalau perlu, nanti kitew nak tambahan satu dulang hantaran topup mobile internet je kat bakal bini. em em.







Friday, January 17, 2014

groupie and the spirit of asabiyah

 Aku pelik dengan "designer baju" sekarang ni. Adakah kau dah terlalu "tak kreatif" sehinggakan masih meneruskan idea untuk design baju "negeri". Sekarang pulak, dah bergerak ke "group" yang lagi kecil. Tadi aku jumpe T-shirt "BESUT". Lawak la korang ni. Jadi designer, tapi idea semua nak sama. Oh ya, akan datang ni akan ada lah mereka buat T-shirt kampung pulak agaknya. "UNCLE FROG VILLAGE", "KUANG HILL", "SNAKE RIVERer" dan lain-lain... do more lah! cukup-cukup lah tu meniru. Hentikan kebullshitan ini.

Wednesday, January 8, 2014

jepun, masa, kibishii

Aku tengah rendam mee segera yang aku beli kat koperasi td. Then ade la senior jepun sorang ni pun makan mee segera jugak. Tak lama lepas tu, aku pun terus la bukak .. start nak makan. Pastu dia nih tanya.. "weh, kejap giler. tak sampai lagi 3 minit "... aku macam ternganga tanpa kata. haha. Rilek la wei..mee segera je pun. Takkan nak rendam mee segera aje pun. huishhh..  kibishii sungguh. 

kibishii = tegas 

Tuesday, January 7, 2014

pbsm, cpr, capati dan pondan

    Aku dulu sekolah rendah, pbsm je.Entah kenapa, mungkin sebab parents aku tak berkenan sangat dengan pengakap nih, pastu dari kecik duk suruh jadi doktor. Mungkin sebab tu aku masuk PBSM kot. Ok lah.. dapat lah jawatan as komander time kawad tu. Darjah 6 kot. Ape lah sangat.

   Tapi bila masuk sekolah menengah, start masuk kadet polis. Tapi oleh kerana cikgu yang handle kadet polis nih jenis yang macam berat sebelah, mereka yang berpangkat pula menipu mereka yang muda-muda, maka kami ramai-ramai lari dari kadet polis next year tu ( time tu form 3) . Mana taknya, kawad kaki setiap petang. Katanya, nanti nak ada latihan menembak guna M-16. So, semangat lah kan semua. Asal dapat menembak, baru lah dapat berlagak dengan budak PKBM. Last-last, hanya mereka yang berpangkat sahaja akan pergi latihan menembak tersebut. Hampeh, janji dah dicapati.

   Last, bila form 4~5 aku join st.john ambulance. Motif dia sbb baju dia smart.. lol.. Tapi ok lah. Aku rasa time tu lah kot baru rasa ilmu yang belajar dalam unit beruniform tu berguna. Sebagai contoh, berapa ramai yang tahu buat cpr. Maksud aku dengan cara yg betul. Bukan main push2 dada, then comolot2 mulut mangsa tu je. Kalau lah mangsa tu ada 20% je lagi chance nak hidup, dengan cpr kau yang silap tekniknya tu.. kau mungkin sebenarnya boleh membunuh dia. Jaga-jaga brader.

  Tapi aku pelik la jugak. Bila jumpa geng2 waktu persediaan before dtg jepun dulu..kaw2 kena bahan bila ckp dulunya pbsm or st.john ambulance. Katanya, geng2 pondan. Tapi sekolah aku, semua jenis taff2 je semua yg masuk st.john ambulance ni. Macam mana tu? haha

Thursday, January 2, 2014

get ready.

 Aku penuhkan hampir separuh hari pertama untuk 2014 ini diatas katil. Ouh yeah..... cuddle-cuddle ngan batal busuk je. Then bangun, makan.. layan supernatural season 8. Then bersihkan dapur, siang ayam 2 ekor, masak dan makan, then layan balik supernatural. Muahaha. produktif la tu kan? Calon menantu pilihan makcik-makcik satu malaya ni.

#tiada kaitan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...