Monday, April 28, 2014

MLM !!ヽ(゚д゚ヽ)(ノ゚д゚)ノ!!

dengar cerita awak aktif ajak orang MLM sana sini.

hari-hari kutuk melayu yang malas bekerja tapi nak duit.

tapi, dah 4tahun rasenye awk duk promote MLM awk tu.

kenapa last year baru dapat pakai kereta?

buat loan pulak tewww... hiks.

ingt ke masuk hari ni, bulan depan da dapat pakai Brabus.

ayam.

     ayam gua, waktu petang tu kalau nak halau-halau supaya dia masuk dalam reban memang mimpi la. selagi tak puas dia duk kais-kais pasir tu, selagi la dia takkan masuk reban. tapi bila maghrib je, semua masing-masing da pandai duk dalam reban, tunggu aku tutupkan pintu je. Alhamdulillah, ayam aku ni baik jantan atau betina.. pandai-pandai. Tapi awk ni, duk bertonggek-tonggek tepi jalan ni kenapa? nak tunggu lori pasir datang sapu?

Wednesday, April 23, 2014

korokmung

cis.

delay.

delay.

delay.

payment da buat, kerja lembab jugak.

awak ingat, saya ni tok awak ke?

saya bayar awk.

awak buat kerja.

then saya dapat barang saya.

ontime.

bukan lambat macam ni.

haramjadahkorokmung

Tuesday, April 22, 2014

ampunkan dosa ku.

"sedang nabi pun ampunkan umat dia... ini kan kita manusia biasa"

ayat feymes drama.

ayat orang suka buat salah, then minta maaf dgn harapan org lain akan maafkan dia serta merta.

ayat orang yang ingat org yg dia buat khianat tu sama level ngan para nabi, berhati suci murni.

dey.

betul. maaf memaafkan tu perkara mulia. Tapi kau kena ingat, hati manusia ni kompleks. lagi2 hati orang tua. gila babun komplikated gitu bak hang. awok pun tahu kan.... dosa ngan manusia ni, slagi manusia tu x ampun kan kita, sampai tu la kita berdosa ngan die. neraka, neraka la.

nak salahkn die yg kita buat khianat tu , tak maafkan kita? apa hak kita si pesalah bila si teranayia tu tetap tak mahu maafkan? TAKDE HAK.

Sebab tu, ustad kan selalu pesan, ckp dengan orang..jgn sebarang cakap. tuduh org, jangan sebarang tuduh. Maki orang, jangan sebarang maki. Bila terlebih nanti, orang tak maafkan, macam mana? takkan nk g belasah dia sebab dia tak maafkan kau plak kan...

fikir sendiri.

Wednesday, April 16, 2014

puase maggi

    Salam readers. ape citer ni? ape citer ni? sihat ke tidok? hehe. pejam celik pejam celik... da hampir 3 minggu berada di malaysia. Hampir 3 minggu jugak aku tak sentuh maggi. haha.. kalau masa belajar dulu.. seminggu paling kurang sekali. Mana nak sihat.haha.
   Kalau bercerita, mesti ada yang akan cakap aku mengada kan. Tapi, apa aku kesah. haha. Sesungguhnya aku da mula rindu dengan pemandu berhemah negara matahari terbit tu. Sesungguhnya aku da mula rindu dengan layanan pekerja bank jepun yang sentiasa senyum ,senyum, senyum.
    Sebenarnya kejutan budaya jugak la bagi aku. Walaupun boleh dikatakan hmpir setiap raya aku balik.. but... entah lah, dah biasa hidup cara jepun kot. Takpe la... sampai bila nk jd manja kan? lols

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...