Monday, February 25, 2013

complicated

   Pernah kau rasa hidup kau susah? Susah dari segi segala.. makan susah, kerja susah, cinta susah, keluarga susah dan macam-macam lagi. Ya, aku pasti kau pernah rasa. Tapi jangan khuatir, apa yang kau rasa itu mungkin tak sampai secubit pun kesusahan yang orang lain hadap. Jangan berhenti berharap pada Dia. Dia tak sombong, tapi Dia Maha segala2. Mungkin kita ini terlalu alpa,terlalu manja, terlalu mengada- ngada... jadi Dia turunkan ujian untuk kita sedar apa itu erti bersyukur, dan apa itu erti berusaha.

good luck semua.

Sunday, February 24, 2013

harlem shake ? or haram shit?

  Salam readers. Ok, ini entry pendek... tak de ape sangat pun nak cakap, tapi pasal harlem shake ni dah jadi viral sangat dah. Habis semua orang nak buat kan? Melayu muslim pun apa kurangnya. Teruja sangat kononnya, dapat buat apa yang masyarakat buat. Ceh..Dulu fenomena joget ramai-ramai atau dikenali sebagai " flash mob ". Then Gangnam style punye dance.. Sekarang, harlem shake.

Ouh ya, aku lupa sesetengah,
Malaysian kita ni tak kreatif, kuat meniru..
Malaysian kita ni suka hiburan,bukan ilmu..
Malaysian kita ni bukan semua melayu,
Melayu kita ni bukan semua islam,
Islam kita ni bukan semua faham dan amalkan.
Tapi pelik, bila tanya lepas mati nak ke mana,
semua nak ke syurga.

  Nanti, konfem akan ada yang tanya pasal harlem shake dengan Ustaz Azhar Idrus tu. Konfem.. Ouh aku lupe... Kita ni malas fikir, malas nak kait-kaitkan.Padahal level tu sama je dengan gangnam style tu. Cuma tahu minta-minta.

setempet atas muka.setempet.

Saturday, February 16, 2013

Malaysia kita negara kapitalis



  Aku pernah terdetik, untuk tidak mahu pulang ke negara sendiri. Ya, aku pernah terdetik. Aku tak rasa aku mampu untuk hidup dalam negara sebegini . Dengan politik sampah yang tak berkesudahan. Dengan mentaliti najis rakyat kita yang masih tak sedar diri. Yang paling utama, ekonomi yang semakin meningkat.. tapi gaji yang tak naik-naik.

  Aku bukan orang senang dan aku rasa perlu ke aku nak balik dan hidup di negara yang akan buat hidup aku makin susah akan datang? Aku tak nampak kemungkinan aku akan dapat hidup dengan senang lenang di Malaysia. Kalau lari dalam hutan sekalipun, tak lama nanti akan datang tauke-tauke balak... dan macam video kat atas ni, memang banyak homeless lah nanti malaysia ni. Aku tengok Jepun pun sama... homeless di sana sini. Itu kerana mereka dah tua, kena tinggal ngan anak-anak, baru lepas muflis, atau memang xde kudrat. Kita? Rasanya semua orang tahu kot...yang sudah ramai Malaysian yang jatuh muflis pada usia muda. Tak lama lagi.. aku konfem.. umur 30 dah ramai yang akan homeless.Sebab dah memang ada ramalan pada masa akan datang, semua rumah-rumah di negara ini... adalah rumah yang tak mampu milik.

  Tapi patut ke aku tak balik?  jawapannya tak patut. Sebab nasik yang aku makan hari ni.. bukan 100% mak ayah aku yang sponsorkan. Makanya, aku ... kita  memang perlu bersedia lah untuk hidup susah pada masa akan datang.
  

Thursday, February 14, 2013

Valentine itu bisnes.

 Salam readers! Apa citer hari ni? dah ada tempah tiket ke neraka? (sinis). Jangan disambut ye. Aku cakap jangan disambut. Mahu penerangan panjang lebar? Nun di blog lain , di wall fb banyak dah kot penerangan pasal hukum sambut valentine ni. x gitu? hehe

 So apa kaitan Valentine dengan bisnes? Ini cerita valentine di Jepun la.. Disini, setiap kali valentine ... girls kadang-kadang akan bagi coklat kepada boys yang mereka rapat-rapat atau  kepada boyfriend dieorang. Tapi boys takkan bagi apa-apa pada girls. Just terima. Untung kan? Tapi tak adil la kan bagi girls kan? tak gitu? haha.. Oleh kerana itu, si japanis ni berpakat untuk wujudkan "white day" yang jatuh pada 14 March setiap tahun. Fungsi hari itu sama saja seperti Valentine day.

  Sebenarnya aku sendiri pun ade dapat coklat dari senior perempuan (jepun) tadi. Aku kalau dapat makanan mana pernah tak happy. haha. Kalau nak tahu, japan made punye coklat saja dah dekat 7 syarikat rasanya. Satu syarikat mungkin akan hasilkan 3~10 produk. Itu tak campur lagi coklat-coklat dari seantero dunia. Kalau di mall, rak sepanjang 7meter yang tingginya 2meter..hanya dipenuhi coklat. Kau bayangkan banyak mane jenis coklat yang dijual.

  Nama pun hari valentine tu hari kekasih kan? So hari-hari macam ni lah dieorang akan dating-dating di restoren khelass-khelass, beli bunga, beli wain, tempah hotel untuk bergusti bersama (18sx) , dan lain-lain lagi. Kata seorang japanis veteran di sini... valentine day dan white day disini hanyalah lebih kepada tujuan bisnes. Alhamdulillah, di Malaysia masih lagi selamat. Tapi ramai je yang debab-debab. ok, takde kaitan. bye

*untuk mek tam

Wednesday, February 13, 2013

Gentleman atau Pak turut?


  Salam readers. Moga semua sihat-sihat belaka. Kau baca tajuk..kau tahu apa aku mahu katakan. First..kalau kau perempuan,ingin aku ingatkan yang aku ni lelaki , yang bercakap guna akal lelaki. Kalau kau lelaki, kau rasa...kau gentleman atau pak turut? Aku tak bercakap soal cinta, tapi aku hanya mahu bercakap tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Kau tahu, kadang-kadang kita ada rasa malu...kadang-kadang kita ada rasa suka... dan kadang-kadang kita memang lemah dengan kaum yang gender berlawanan. 

  Bagi aku, gentleman ni sesuatu yang kau buat tak kira lah terhadap siapa-siapa pun...tapi terutamanya pada wanita, kau buat bukan kerana disuruh. Tapi kerana kau mahu... Tetapi, sebaliknya dengan Pak turut. Pak Turut ni, kau akan ikut semua kata-kata wanita ni. Well, mungkin sebab sayang. Mungkin juga sebab terpaksa.Sebagai contoh...

Kisah si gentleman yang mahu mengoder makanan di McG
Gentleman : wah, ramainye orang...kena beratur lama ni. Konfem nak makan sini?
girlfriend : hehe..takpe la, ok je...banyak masa lagi kan?
Gentleman : hehe..takpe, you cakap je nak ape.. biar I je yang beratur. You duduk rehat ye
girlfriend : alaa tak pe ke? 
Gentleman : Iye la comel. Da, gi duduk sana
girlfriend : ( happy )


Kisah si Pak Turut yang mahu mengoder makanan di McG
Pak Turut : Wah, ramainye orang..kena beratur lama ni.
girlfriend : You orderkan la eh.hehe... saya nak duduk.
Pak Turut : okke. hehe... 
girlfriend : Ouh ya, orderkan sekali untuk sha, aiman, ngan jez. You bayarkan dulu ye
Pak Turut : okke2.
girlfriend : ( happy )


 Akhir cerita, girlfriend gentleman,girlfriend pak turut memang happy. hehe.. Ini sebagai contoh aje la.. Sebab aku sendiri ada pengalaman, dan banyak memerhatikan orang (lelaki) yang berada dalam situasi (pak turut)  macam ni. Perempuan memang suka lelaki yang gentleman...tapi kadang-kadang aku rasa ade sesetengah lelaki tu yang lebih kepada pak turut sebenarnya. Apa yang perempuan minta tolong buatkan... buat, apa yang perempuan nak... bagi (sampai berhutang-hutang) . Salah perempuan? tak jugak... Mungkin sebab terlalu sayang, atau respect. Mungkin lah.Tapi bukanlah salah kalau jadi pak turut... ye lah, kita ni tak sempurna, mungkin perlu diperintah baru buat...cuma kena sedarlah tanggungjawab lelaki tu kat mana, sebagai ketua keluarga yang memimpin... atau hanya sebagai ketua keluarga yang menurut perintah.




Friday, February 8, 2013

Part time [ full story HD 1080p ]



  Alhamdulillah. Bangun je pagi ni, dapat tengok youtube pasal ni. Melayu yang bela anjing. Apa tanggapan anda sekalian? Kebanyakkan melayu kita ni... anti kaw-kaw dengan babi dan anjing. Ada yang anti nya tu bersebab logik, ada yang bersebab diri yang tak cukup ilmu dan dia bertaklid saja.

  Ada yang anti nya tu bersebab logik itu , kerana malas nk samak..dan, takut kena gigit. Ada yang bersebab diri yang tak cukup ilmu dan dia bertaklid itu... dia faham, babi dan anjing ini..binatang yang serba serbi haram. Yelah, nama pun najis katanya. Kita, orang melayu kena betulkan perspeksi sebegini..kerana ape? kerana kata-kata macam ni lah yang akan buatkan Non-muslim fikirkan islam itu susah, terpegang anjing terus dapat dosa, dan islam ni pembenci anjing dan babi. Sedangkan dalam kita duk kecoh cakap islam mengajar penganutnya untuk sayang kepada semua makhluk-makhluk Allah.

   Aku yakin, semua orang pernah dengar cerita seorang pelacur yang berikan air kepada anjing yang tengah kehausan,dan pelacur tu masuk syurga.kan? Maknanya disini.. anjing dan babi ni.. hanya Haram di makan. Haram kalau solat kau tak samak dulu sebelum tu. Haram anjing dan babi ni.. tak sama macam haramnya arak. Arak, kalau kau hanya sebagai driver lori sekali pun kau dah dapat tiket ke neraka. Pegang babi dan anjing, tak macam tu.

  Kita ni hamba, bukan demigod.. apetah lagi tuhan. Apa hak kita untuk pandang hina pada dua binatang ni? Allah tak cipta dua binatang ni saja-saja. Allah cipta binatang ini pun, adalah sebabnya. Tak saja-saja.

  Entri sebelum ni, aku ade story pasal part time aku yang kena basuh-basuh pinggan di dewan makan tu. Reaksi orang melayu yang kini berada di malaysia? kebanyakkannya terus cakap haram.   Kita, belajar pendidikan islam di malaysia ni, sangat lah banyak ilmu yang berlubang. Ilmu situ tak cukup...ilmu sini tak cukup. Dah la tak cukup, skip pulak tu. Bukan aku nak kata ustaz or ustazah yang mengajar tu tak bagus. Tapi apa yang aku perasan, apa yang aku belajar dalam kelas tentang sesuatu topik kecil.. ustazah aku hanya akan terangkan mungkin 15%. kadang-kadang terlalu umum, sehinggakan benda tu jadi salah faham dan menjadi pegangan serong . Sebagai contoh la... soal solat jamak qasar, solat sunat sebelum dan selepas yang solat wajib tu, dan soal haramnya babi dan anjing.

  Tapi, ape-ape pun... itu sebenarnya tanggungjawab diri sendiri lah jugak nak mencari ilmunya kan? Dan bila berada di negara bukan islam. Benda-benda kecik ni lah yang akan lagi jelas kita nampak. Ok.. untuk keadaan aku. Macam aku cerita tadi.. part time aku tu kena basuh pinggan, main-main la skit dengan sisa mknn yang ada babi tu. Bila bercerita pada kawan yang ini... ada la sesetengah yang akan cakap..eh, mana boleh...babikan haram. xhalal duit yang kau dapat tu nanti.

   Kita, orang melayu.. jangan sampai jadikan sebab kita yang tak faham islam,  kaum india, cina pandang serong kat islam. Aku kat sini lagi susah nak bagi si atheist-atheist ni faham bab hukum hakam agama kita ni. Nak samak susah? Susah ke malas? sekarang ni kita dah siap ada sabun tanah dah.. so alasan "susah nak samak" tu da tak valid. oh ya, soal video kat atas ni...

"entah solat ke tidak tuh?"
"dah la mak cik tu tak tutup aurat!"

 Syurga neraka mereka, bukan kau yang tetapkan.

Wednesday, February 6, 2013

KFC Golden Wrap Chicken , nak?


 Aku tak rasa lagi...tp kalau tengok review para blogger,semua duk sumpah seranah. Hahaha.. laaa... yang tak pakai otak sangat tu kenapa malaysian sekalian. Memang la gambar iklan tu die akan buat ayam tu nampak lagi besor kaw-kaw dari roti bun, air revive tu. Hape kau ingat kfc nak bagi kau ayam turkey? Aku rasa mana-mana fastfood punye iklan pun macam ni. So, kalau nak makan fastfood tu...xyah le demand. Faham-faham sendiri je. Ini makan mcd punye nugget pun nak komplen.. kecik..mahal katenye. Next week pergi, beli lagi. ceh, go die.

  Benda tu memang mahal, dan tak berbaloi. Tak menyihatkan pulak tu. Kau sumpah seranah pun, tak pergi mana jugak. Yang terbukak nya kebodohan diri sendiri je... ikhlas dari saya, yong.

Saturday, February 2, 2013

part time [ abstrak ]

 Oleh kerana mahu terus survive di sini dengan jayanya... maka aku rasa part time adalah jalan terbaik untuk mencari wang. Hehe... dan aku dah dapat. Part basuh pinggan di dewan makan U. gaji? agak lumayan.. boleh cecah 1K sebulan. Tapi nama pun cuci pinggan. Maka bermain-main la dengan BABY.

" demi sesuap nasik , apeadehal"

don't you ever have a hard time?




   Bila dengar bro katang yang perli-perli si homeless, rasa marah. Tapi tengok lah..Hati tak sekeras otot besi dia nampaknya.  Tapi mungkin perlinya itu bukan perli bersahaja. Mungkin perli dia tu berniat untuk sedarkan homeless ini supaya sedar untuk bangkit, berubah.Bila dengar pakcik tua tu yang  berbicara.. aku yakin dia pun pernah hidup susah.

"kau tak pernah rasa, apa kau tahu?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...