Sunday, December 30, 2012

Lagu Putus Cinta



    Lawak. Entah mengapa.... waktu aku tengah krisis dan kearah mahu break dengan ex aku yg dulu tu... lagu nih yang buat aku tersenyum. Bro's dekat sini jugak yang banyak tenangkan aku..ingatkan aku , bahawa ada banyak lagi benda penting yang perlu aku laksanakan berbanding terus frust dengan cinta basi tu. Tanggungjawab aku sebagai muslim, anak , dan juga rakyat Malaysia yang dibayar untuk "bekerja sebagai pelajar" disini. Yang tak leyh blah... siap bagi ayat. Ko tak yah risau lah.. kau hensem kot, tak susah lah nak dapat yang baru. 

   Bagi aku, itu yang dinamakan kawan. Ada time kau susah. Sampai sekarang aku dengar lagu ni, mesti aku teringatkan kisah lama. haha.

masakan ibu VS masakan isteri

  Salam readers, dah makan? saya belum... sebab tak kawen lagi.sobss... hehe. Aku just terlintas la tadi. Orang cakap, masakan ibu, masakan yang terbaik kan? sapa-sapa pun mesti akan cakap macam tu.. baik laki-laki atau perempuan. Tapi aku konfem....bila dah berkahwin, si isteri mesti sedih giler, atau rasa nak makan orang, bila si suami ni....membanding-bandingkan masakan isteri dengan masakan mak die...macam..

" eiiii... masak ape ni? tak macam masakan emak pun!"

" Amende kari ade bawang ketul-ketul nehh? dah la manis. Nih kari kelantan style eh? "

  Mesti panas kan?? hahaha...silap hari bulan tak masak seminggu. Sekarangkan musim orang kawen...so aku just terfikir aje la. Susah jugak nak biasakan lidah dengan masakan si isteri kan? Lagi-lagi lelaki yang jenis, dari kecik sampai besar duk makan masakan mak die je... tak pernah duduk asrama, balaja tinggi2 pun masih stay dengan mak, kerja pun stay dengan mak... so lidah tu memang tersangat2 "kalih" dengan masakan mak..hah! cammano nak sesuaikan. Kena pulak, orang yang berlainan negeri macam kelantan yg suka manis dengan negori yang pedasnya tak ingat.

 Tapi aku tengok pak cik aku.... dan yang paling dekat Abah aku la, takde pun eh, sampai makan tak abes. Menambah 2,3 kali ade la. Komplen masak tak sedap pun takde. Tapi kalau setakat komplen mak aku masak banyak then tak abes tu ade la. haha..

"mungkinkah ini yang dinamakan cinta?"

Kita suka masakan mak, then kita cakap masakan mak sedap. Tapi pernah rasa masakan mak orang lain? Ada yang langsung tak sedap kan? Tapi anak-anak dia suka. Laki dia pun suka.. sebabnya bukan pasal sedap tak sedap dah.. Tapi pasal kita ni dah makan dari kecik lagi, lidah dah terbiasa. Si suami pun, sama..dah terbiasa. So perihal perempuan tak pandai masak, then xnak masak...nak makan luar je nnt bila dah kawen tu..tak yah le buat macam tu. Kalau laki kau tu sayangkan kau, die pejam mata je makan nanti. Walaupun terpaksa cirit birit tengah malam. haha. Ok, bye.


*kucing jiran ni muka tak malu skit.


Tuesday, December 25, 2012

Islam di jepun 1

 Salam readers... sebenarnya dah terlalu lama aku pendam nak cerita pasal ni setelah sekian lama. Aku yakin mesti ramai orang yang nak tahu, macam mana gayanya hidup sebagai muslim di negara yang bukan majoritinya muslim, atau lebih tepat lagi.. majoritinya atheist. Kenapa atheist?
  
  Satu contoh yang nyata, mereka ini orang jepun di ruangan agama pada identity card nya buddha, shinto.. tetapi selalunya hanya akan pergi ke kuil sekali setahun...iaitu 1hb Januari setiap tahun untuk bersembahyang. Tarikh tu kiranya seperti tarikh Raya cina sebenarnya...tapi diubah, dan ditetapkan pada tarikh yang sama pada setiap tahun supaya senang segala urusan. Ye lah, kalau dah setiap tahun tarikh raya berubah-ubah macam kita... susah lah dieorang nak bekerja secara produktif..agaknya. 

  Contoh yang kedua, hari ni..hari krismas. Mereka buddha, tapi krismas mereka sambut aja. Haraplah negara mereka nih majoritinya rakyat jepun.Kalaulah seperti negara kita? semua perayaan mereka sambut. Aku pernah ditanya oleh seorang kawan jepun, time aku mula-mula sampai sini.. dia tanya, "kau agama islam eh?".... " tuhan tu apa? macam mana? " ... aku dengan bahasa jepun yang agak terbatas (baru mula-mula sampai kan~) , explain macam-macam pun dia tak faham. Yang aku terkejut, bukan dia seorang yang bertanya sedemikian...dan bukan aku seorang yang ditanya sedemikian. Lama-lama aku faham... betapa susahnya nak faham tentang agama , dan konsep tuhan tu macam mana dari kaca mata seorang atheist ni. Ibarat seperti kau tak boleh nak bayangkan macam mana rasa makanan yg kawan kau gembar gembur kan.. sebab kau langsung tak pernah dengar cerita, rasa apa tah lagi..

 Banyak sebab mereka atheist. Bukan berpunca dari kehendak sendiri jugak...tapi lebih kepada keturunan...alah,mcm kita lah agama yang diwaris-waris. Punca utama Jepun ramai yang atheist adalah bermula pada selepas kalah perang dunia kedua. Ini cerita dari sensei (cikgu) jepun aku sendiri lah... zaman dahulu, orang jepun ni punyelah menghormati maharaja dieorang sampaikan menganggap raja tu seaakan-akan Tuhan. So, selepas melalui kekalahan perang... mereka di bom atomkan, dari situ timbul rasa tak percaya pada maharaja.Secara automatiknya...dah tidak percaya pada tuhan. Daripada bangsa yang percaya pada tuhan...bertukar kepada bangsa yang hanya percaya pada kudrat sendiri. Kau tak hairan ke macam mana mereka boleh membangun dengan pesat selepas kena bom tu? 

 Tambahan, aku ade lah kenalah seorang rakan jepun yang sememangnya keturunan samurai. Samurai betul.. ada lagi pedang warisannya. Die cerita pada aku, selepas tamat perang... orang jepun ni dah hilang jati diri. Semangat samurai sebagai orang jepun ini hilang... semua hilang. So tak mustahil lah kalau kau datang ke jepun, hampir 90% daripada muda-mudi jepun ni berambut perang dan mengamalkan budaya hidup barat.  " fuck!!! " kata rakan aku tu.. marah betul dia. Sehingga kan ada satu dokumentari US pasal muzik yang dibuat di jepun mengatakan.. "mereka ini terlalu teruja dengan budaya barat". Sahabat baik pun cakap macam tu.. hehe

 So, macam mana islam boleh berkembang di negara Atheist ni? First..jangan lah terkejut atau cakap propaganda freemanson ke ape.. islam sememangnya bertapak di jepun sebelum perang dunia kedua lagi. Masjid kobe adalah bukti yang nyata... dan, jangan terkejut jugak bahawa ade je askar-askar jepun pada waktu itu yang sudah beragama islam.Tetapi, ada yang cakap.. dipaksa untuk kembali pada agama asal.. ada yang cakap, tak ada apa-apa paksaan. Aku pun tak sure sangat part tu. Macam mana islam datang ke jepun tu... aku tak tahu lah. Sebab aku pun tak tanya menanya sampai ke situ. Aku cerita ni pun hanya berlandaskan pengetahuan yang sedia ada dan pengalaman sendiri.

 So, okke, setakat ni dulu...kalau ikut nak story.. memang tak grad lah aku tahun ni..haha. sebab asyik berblogging aje. ok, caw.. sambung next time.



 

Sunday, December 23, 2012

cun

Bukan kerana awek ini cun,atau kiup.
isinya aku suka.
isinya..
douzo!


Saturday, December 22, 2012

Always dare to be different.

  Durian crepe. Kau tahu durian crepe kan? Memang tengah hangat kaw-kaw dekat Malaysia sekarang ni...Tapi sebenarnya kat Indonesia dieorg panggil  durian pancake aje.. Sama aje dua-dua negara.Nak pakai nama luar bagi nampak kelas kan? kenapa tak bagi nama kuih durian bungkus aje kan?lagi lojik dan boleh diterima akal. Sebabnya kuih nih langsung tak nampak macam crepe.apetah lagi pancake!kan? haha.. Tapi cerita aku bukan pasal nama kuih ni la..

  Tak tahu lah siapa yang cipta resepi untuk durian crepe ni. Tak ade lah pulak aku nak survey pasal ni. Cuma aku nak cerita kat sini... Nak berjaya dalam apa-apa saja..kau memang kena lain dari yang lain. Maksud aku semua.. Idea kau..pemikiran kau.. tingkah laku kau.. dan lain-lain la. Tapi bergantunglah ke arah mana kan? . Contohlah.. orang kita nih. Dulu ada satu musim, semua orang nak jual nasi kukus. Orang yang mula-mula melopori idea menjual nasi kukus untung lah. Boleh dapat nama lagi...semua orang kenal.Untung pun kasar-kasar. Tapi selepas tu,10 restoren jual nasik kukus, then 40 restoren jual nasi kukus. Masa tu dah tak laku dah. Sama juga lah dengan durian crepe. mungkin 4,5 bulan lepas nih.. durian crepe tu dah jadi mcm benda yang sudah tidak rare.

 So, ceritanya disini.. nak berjaya,memang kena lain dari yang lain. Aku pun tak faham jugak dengan orang kita ni..warung sebelah buat nasi kukus... eh2, warung ni pun nak buat nasi kukus juga. Then bila tak laku, orang tak datang...mule lah mcm-mcm fitnah pula yang keluar. Sedangkan, nasi kukus tu dah terlalu mainstream sangat dah. kat KL pun berlambak dah. Kalau anda sekarang ni seorang pengusaha durian crepe, Sekarang ni..fikir-fikir lah idea kuih baru plak. Ruginya kalau kau hidup hanya sebagai pengikut. Tapi tak pernah nak jadi pelopor. rugi.. 

"idea rare yang dah jadi idea mainstream takkan kekal lama"


Sunday, December 16, 2012

Bukan cerita hipster yg berlagak dengan durian crepe warna warni teww

 Salam readers. Rindu betul aku nak menulis..akhirnya malam ini abru aku benar-benar free nak menaip. Sebenarnya malam ni genap setahun peristiwa hitam tahun lepas..dimana seorang kawan aku hampir nak bunuh diri disebabkan masalah "cinta". Kesannya sampai sekarang aku rasa nak bagi penumbuk di muka dia nih. Usrahnya kuat tapi bila bercinta,kau macam sama dengan jepun yang makan babi. Aku sendiri yang kusut dengan masalah cinta jarak jauh aku ni pun tak pernah terfikir sampai macam ni. Aku tak tahu la kalau malam ni kau nak buat anniversary ke apa.Lantak kau lah.. cukuplah tahun lepas aku berlari dalam kesejukkan bwh 10celcius,dlm keadaan kaki yg dah sememangnya terseliuh.Lantak kau lah.. Aku dah letih.

 Aku cuma tak faham,macam mana dengan begitu mudah sesetengah orang nih tiba2 jadi insan yg lemah bila masuk bab bercinta.Mana usrah kau? Mana solat2 5 waktu yg kau jaga? mana? Aku sikit tak hairan kalau si jepun yang teguk arak,makan babi ,dan atheist ni yang lemah dan cepat rasa nak bunuh diri bila tertekan.Tapi aku langsung tak faham dengan kita orang islam boleh ada fikiran sebegitu rupa.

 Aku ni,tak ada niat nak buka aib si kawan ni. Cerita ni aku nak jadikan cerita umum...supaya orang ambil iktibar. Cinta tu datang dan pergi.Kau tak perlu risau..sebab kalau kau dengan dia ade jodoh sekalipun ,nnt bila kau mati....cinta kau untuk dia pun pergi ke alam lain. Dia pun mungkin kawen lain.Ini semua sementara.. Dulu saat ex aku tu nak kena pinang ,dan ayahnye setuju pun aku dah tak tahu nak buat apa dah..tapi alhamdulillah,aku tak da la fikir sampai nak bunuh diri ke apa.

 Satu je nasihat aku, fahami balik rukun imam,dan rukun islam tu... Rukun negara tu kau takyah hafal pun tak apa.InsyaAllah la, kalau kau cuba faham, dan pegang 2 perkara tu betul2...insyaAllah la,kau takkan pernah give up untuk hidup kalau dugaan dtg sebesar mana pun.Come on lah pemuda-pemudi sekalian,setakat masalah cinta pun kau dah nak give up untuk hidup? Apa kau ingt anak-anak kecil kat Gaza yang tengok mak ayah dieorg kena bunuh depan mata tu lemah macam kau orang? Come on.

 Kita ni hidup sebagai hamba.Kita tak ada hak untuk buat apa-apa perkara dengan sewenang-wenangnya. Kalau dah hamba tu, hidup memang susah. Tapi percaya lah, Tuan kita ni Maha baik. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.kita usaha saja. Jangan kau ingat kalau sekarang kau mati sendiri, kau senang untuk alam selepasnya.

"kita usaha saja sampai mati"

Saturday, December 1, 2012

zionist

 yeah, don't give a damn fuck about the Palestinian.Tunggu mak ayah kau yang mati kena tembak ngan zionist baru kau kisah ye?

 ish, rasa nak kasik pelempang je sebijik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...