Tuesday, December 31, 2013

resolusi tahun baru

1. Nak jadi orang baik-baik.
2. Kurangkan mencarut.
3. Kurangkan marah-marah.
4. Nak belajar rajin-rajin.
5. Taat kepada ibubapa
6. Bangun sebelum subuh
7. Nak qiam paling kurang seminggu sekali
*
*
*
12454. Tak nak jadi macam bobo, syasya , dan kak ton.
*
*
*
120009203898. Nak jadi anak yang soleh.



 Selalunya macam tu lah. Tapi last-last.. haha. Tuhan saja yang tahu. InsyaAllah, aku nak try skydiving . Ehem, minta derma sikit. Nak beli go pro. haha

p/s : Azam tak sama dengan angan-angan. Azam perlu ditunaikan, paling kurang pun cuba untuk menunaikan. Kalau cuba pun tak, jadi lah angan-angan.

Monday, December 30, 2013

russian roulette

Kadang-kadang letih jadi orang yang terlalu nak menjaga hati orang. Hati sendiri termakan. Bila diluahkan, kita juga yang disalahkan. Gelak dalam kecewa bila aku dengar "kata-kata dulu" yang diupdate. Ye lah.. keadaan berubah kan.. dulu "dia" dlm keadaan lain, kini "dia" dalam keadaan lain. Aku je yang selalu berpegang sangat pada kata-kata. Pegang sangat pada janji. Entah lah, mungkin sbb aku ni yang naif sangat. Mungkin aku ni yang baik sangat. Mungkin jugak aku ni yang terlalu "kurang pentingkan diri". ouh whathehell... hati tgh mengeras agaknya ni... dah banyak dah kot titik-titik hitam. Harap titik hitam tu tak sampai ke mata. risau, kalau nanti terus aku tak nampak segala.

Thursday, December 26, 2013

poser

  Rasanya ramai je Malaysian kita yang ada kamera khas untuk sukan2 lasak iaitu GO PRO. Tak kira la version baru ka lama ka. Tapi, setakat ni lah... aku rasa mereka yang upload video guna GO PRO ni, boleh kata kebarangkalian untuk upload video sukan lasak tu hampir 0%. Budak-budak belajar kat sini pun ade je yang beli. Tapi.. hurmmm.. setakat main snowboard, yang langsung tak ada aksi ekstrem, then jatuh tergolek-tergolek je , pastu buat peace2 je banyak...Abam rasa awk tak perlukan go pro kot kalau setakat nak amek video macam tu. pakai kamera henset pun boleh. Pastu sikit-sikit camwhore guna go pro. Hish.. tak faham abam. Dasar poser betul. Do more lah.

macam yang ini. bukan video dari poser. 


Saturday, December 21, 2013

tips pakaian untuk melancong ke jepun time winter.

 Salam readers. Disebabkan baru balik berjalan, dan mata masih segar... aku nak share skit la tips kalau nak datang  melancong ke negara sejuk time2 winter ni. First..tak payah habiskan duit banyak-banyak beli baju tebal kat Malaysia. Kalau nak beli pun, beli sarung tangan ,mafla, atau baju heattech uniqlo tu je. Memadai dengan hanya sweater biasa. Bukan sebab winter tu tak sejuk. Sejuk giler kot. Tapi di Malaysia , rata-rata pakaian yang dijual tu memang jenis yang berjenama lah kan. So, konfem mahal. Plus, kita tak tahu negara yang kita nak pergi nanti tu sejuk macam mana. Sejuk sangat ke... atau gila vavi punya sejuk ke... kan. Aku before datang dulu pun beli jugak.. harga rm200. Hah.. sanggup beli. Last2, bila sampai sini... pakai dalam 2,3 kali je sebab tebal giler. Besar gedabak pulak tu. Plus.. design baju tu macam dah 5thun kebelakang dah. Tapi dekat mesia mana lah kita tahu design baru ke design lama kan... salesgirl tu pulak cucuk2 je.. last2 beli je la. takut sejuk kat sana. Senior2 aku yang paling tua pun tak pakai baju lagu tuh.
 kalau korang datang melancong.. mesti lah nak kelihatan hensem dan lawa kan? So, beli aje kat jepun tu terus. Trust me, harga tak beza mana pun. Kalau bernasib baik, boleh dapat lagi murah, design baru,dan lagi selesa. Dan di sini ada butik under uniqlo , GU namanya.. barang2 lagi murah. Cuma kualiti tu 80% je la dari uniqlo. Ok lah tu kan.. itu yang ada jenama. Kalau mahu yang cikai2 lagi, boleh je cari di mall biasa. boleh je dpt harga dalam tak sampai rm90~150. kan da jimat tu..

Tuesday, December 17, 2013

beef rendang.

 Awak... Abam nak bagitahu satu ni. Awak tu dah la gemok. Muka dah la tak lawa.. Jangan la buat perangai tak molek kat public atau kat alam maya ni. Nanti tak ada orang nak backup awak nanti. Ye lah.. dah la "aset" ape pun takde. Perangai buruk pulak tu. Kalau awak tu lembu boleh jugak abam sembelih, masak buat rendang. Tapi hurmm.. apa pun takde. lemak je banyak.

kalau mahu orang respek kau, make sure kau respek diri kau tu dulu. 

Monday, December 16, 2013

Sebiji tomatos story. Mangsa

  Minyak, elektrik, toll semua mahu naikkan? tapi aku pelik dengan sesetengah orang ni senang-senang maki hamun "peniaga" yang menaikkan harga barangnya. Kata mereka, memang lah minyak letrik naik, gaji kami ni bukan naik pun.  Der, dalam dunia ni, takde siapa nak hidup susah. Kalau abah kau tu peniaga, konfem abah kau akan naikkan harga jugak walau sedikit. Iya lah, takkan lah disebabkan taknak PEMBELI hidup susah, abah kau nak kurangkan gaji dia yang sekarang nih..

 Contoh yang kalau lembu boleh membaca pun lembu tu boleh faham lah, Pak mael ni tanam tomato. dulu dia jual tomato sebijik 20sen. Nak tanam tomato tu, perlu baja. Dulu baja tu rm15/kg. Sekarang ni dah jadi rm20/kg. Jadi, nak taknak.. Pak mael naikkan lah harga sebijik tomato dia tu kepada 22sen sebijik. 

 Pak Kamal pulak, pemborong tomato dari pak mael ni. Dia beli tomato tu, then dia jual kat pasar raya Eng Hong kat tepi stadium kuantan tu. Dari rumah pak Kamal nak ke Pak Mael makan masa dalam 15minit jugak la kalau pergi dengan van dia tu. Dulu kos minyak untuk perjalan dari rumah pak mael ke rumah adalah dalam rm5. Sekarang dah bertambah dah, jadi rm6.50. Itu baru ke rumah Pak mael, belum lagi kos minyak untuk sampai ke pasara Eng Hong tu.  Dulu, Pak kamal ni jual kat pasaraya Eng Hong, 25sen sebijik. Sekarang ni, terpaksa lah dia jual dalam 35sen sebijik. 

 So, Cheng ni tauke pasaraya Eng Hong lah.. Dia pun pasrah aje la kan, kalau tak beli dengan Pak kamal tu, kat lain lagi lah mahal. Eletrik naik, air pun naik.. Dulu kalau Cheng jual tomato tu 30sen sebijik, sekarang ni terpaksa lah dia jual 40sen sebijk. Tapi kesian la kat Cheng. Yang orang satu kuantan tu nampak, Cheng ni cekik darah. Dasar cine tak guna kata mereka. Tahi betul.

  Faham tak? kalau dah benda keperluan asas yang naik harga.. semua benda akan naik. Logik je. Kalau kereta ferrari sahaja yang tiba-tiba naik harga 20% sebab tiba-tiba jadi kegilaan minah kpop. Barang-barang kat Malaysia tak akan naik kot. Itu bukan keperluan asas. Itu saja. 

 Aku bukan nak angkat kaum cina. Just nak bagi contoh aje la.. macam mana pemikiran tipikal rakyat kita sekarang ni macam mana. Dulu gaji Pak mail yang tanam tomato tu, rm1000/bln. Tapi kalau la dia tak naikkan harga tomato 2sen sebijik tu..pendapatan dia mungkin berkurang jadi rm 800/bln. Dia pulak hidup makin susah. Sedangkan dia pun guna eletrik, gula, petrol dan lain-lain.  Ini point aku. Jangan lah asyik tunding jari kepada peniaga. Mereka pun sama macam kita. Mangsa.


Friday, December 13, 2013

fucking fucking kitchen nightmare.

Kalau lah Gordon Ramsay ni datang buat rancangan kitchen nightmare kat Malaysia, hurmm macam mana agaknya. Mungkin da lama kena belasah agaknya, tak pun siap kena santau sekali. Ye lah, Malaysian kita ni bukan jenis penyabar sangat. haha.. Tapi macam bagus juga kalau ada rancangan macam ni kat Malaysia. Mesti awesome.

Thursday, December 12, 2013

majerin di jepun

 Salam readers. Kat sini kalau nak makan jajan apa-apa, roti ke, mmg boleh tahan susah la jugak. Kalau ade 10 produk di rak tu.. kemungkinan hanya 3 produk yang boleh makan. Dan salah satu sebabnya ialah majerin. Apa yang kita ( atau hanya aku ) faham, majerin ni diperbuat daripada tumbuhan. Iya lah, macam planta dan daisy tu kan? diperbuat daripada kelapa sawit. Tapi berbeza di Jepun. Mana nak cari pokok kelapa sawit kat sini. So, boleh dikatakan majerin mereka ni ada juga yang diperbuat daripada lemak tumbuhan, lemak babi, lemak lembu, dan juga lemak ikan paus.  Dan kebanyakkannya guna lemak babi lah. paling murah... So sebab itu lah, kalau makanan tu berasaskan majerin, better elakkan.

 Last but not least, takde kaitan dengan majerin. Just nak bagitahu sesuatu yang segelintir  Malaysian sekarang ni suka makan tapi kat sini sebenarnya tak halal. Mee segera dari korea sebenarnya. Tapi aku tak tahu lah kalau di malaysia macam mana pulak prosesnya. Tiba-tiba jadi halal ke ..kan? Tapi macam was - was sangat. Yang kat sini, mee segera yang sama ni (packing dalam bahasa jepun ) , aku check ada babi, ada ayam, ada lembu. Cukup lengkap. So, tak payah nak kpop sangat lah. pergi check dulu. Kalau tak faham apa tulis kat belakang tu... bahan-bahan dia ke... pergi tanya. Takkan duduk negara islam pun nak terrrmakan babi jugak kan. Bodo ke ape.


Sunday, December 8, 2013

jutaan terima kasih

   Jutaan terima kasih lah kepada pemberi bantuan-bantuan kepada orang-orang kampung , saudara mara , serta keluarga aku sendiri yang rumahnya dilanda banjir. Terima kasih, walaupun time kami tengah darurat tu, kau sibuk bersidang ke ape ke... terima kasih lah. Yang paling aku nak berterima kasih sekali, kepada mereka-mereka yang menjadi orang tengah dalam mengagihkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir nih. Terima kasih sebab sesetengah diantara kamu tu amanah. Aku ulang. AMANAH. 

 Sedih bila aku dengar mak aku cerita... ade tauke restoran ni sponsor 100bungkus nasi lemak untuk mangsa banjir yang terpaksa tinggal di dewan. Tapi sebaliknya, mereka-mereka yang pasukan "RELA" ( erti kata lain, mereka bukan mangsa ) ini pulak yang siap tanpa segan silu bawa balik berbungkus-bungkus nasi lemak yang tauke restoran tu berikan untuk mangsa. Tapi Allah tu maha besar kan? Esoknya, tauke tu sendiri datang dewan... dan dia kepelikkan, ramai diantara mangsa tu ckp xde pun nasik lemak.. dan ramai lah yang nampak pada malam sebelum tu pasukan "rela " tu bawak balik makanan berbungkus-bungkus. Ya, aku tahu..kau boleh cakap.. eleh, nasik lemak pun nak kecoh. 

Kau tahu tak, mangsa-mangsa ni kebuluran. Kau tahu tak amanah tu apa? 

 Itu baru kes nasik lemak. Kes tok penghulu yang rumah tak tenggelam pun sama-sama ambil sekotak bantuan masuk bonet kereta pukul 1pagi tu apa cerita? Kes si pengagih bantuan makanan yang double standard dengan anak beranak dia tu apa cerita? Tauke mall pulak nak habiskan stok lama-lama dia... hampir semua brg yg dia jual kat mall hari ni expired bln ni, harga barang ade yang naik lebih dari seringgit...  

Sungguh aku kesian dengan keluarga aku kat sana. Aku harap sangat lah kepada mereka-mereka yang dipertanggung jawabkan untuk buat kerja-kerja mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa ni, tolong lah amanah. Kau jangan fikir bab amanah tu kecik. Bantuan tu untuk mereka-mereka yang memerlukan, bukan untuk orang yang rumah tak tenggelam, then bekerja untuk mengagihkan bantuan tu. Kalau rasa tak penting, ni je nasihat aku.

 " sediakan jawapan terbaik kau untuk temuduga diakhirat nanti  "

Monday, November 25, 2013

cakap saja tak guna.

Kau kutuk pengurusan zakat Malaysia.
Kau celakakan cara "orang besar" mentadbir negara.
Tapi kau sedar?
Kalau esok, orang besar itu jadi petani, kemudiannya kau pula yang mentadbir negara.
Kau dengan mereka sebenarnya tak ada beza. 

Kau tengok kawan kau yang susah, ade kau pergi tolong?
Bukan maksud aku , kawan kau yang sudah minta pertolongan.
Maksud aku, ada tak kau pergi tolong mereka yang dimata kau susah.
Pernah kau pergi tolong mereka sebelum mereka bersuara?

Aku yakin tak ramai.
Kebanyakkannya kita menunggu.
Orang minta tolong, baru kita pergi menolong.
Tapi sedar tak... benda yang kita buat tu.
Sama je lah macam nak pohon bantuan daripada badan-badan kebajikan lain.
Kena isi borang, then jumpa orang tu, orang ini.
lepas tu baru dapat bantuan.

Ya, betul. Tak usaha mana nak dapat.
Kau pernah hidup susah tak?
Pernah makan nasi kosong dengan berlaukkan budu sahaja?
Pernah? 

Mereka dah susah, tapi kau mahu susahkan lagi mereka nak dapatkan bantuan.
Kau mahu mereka meronta minta tolong, baru kau nak bagi pertolongan.
Sedangkan engkau mampu.
Sedangkan kau ada mata untuk memantau keadaan manusia sekeliling.

Kalau setakat berkata kepada mereka yang susah macam ni..
"kalau nak apa-apa pertolongan, dalam bentuk tenaga ke, duit ke, bagitahu lah "
itu maknanya, kau hanya cakap niat kau.
Sama la macam berlagak. 

Kau cakap nak tolong, tapi lepas tu keadaan si susah ni pun kau tak pantau.
Nanti esok hari kau jumpa lagi, kau cakap benda sama. 
untuk apa? oh ya, niat saja dapat pahala kan?
Tapi bukan kah lebih baik kalau kau bawa terus 1kg beras, bagi pada mereka.
Buka dompet, hulur terus 2,3 keping pada mereka.

Cakap saja tak guna.
Meminta-minta pada manusia itu bukan cara islam.
Tapi memberi, ya.

Sebab itu aku cakap, cakap saja tak guna. 





Wednesday, November 20, 2013

Encik Shahido

Shahido : Mari-mari encik, tengok kereta baru keluaran Protest. Protest Sagu 5 namanya.
Kamal : Wah.... smartnya. Boleh saya try masuk dalam?
Shahido : Eh, boleh-boleh..sila-sila. Ini semua baru ni.. design baru, enjin pun baru.
Kamal : Oh ye ke... berapa ya harga kereta ni?
Shahido : Kereta ni kereta buatan Malaysia 100% ya Encik Kamal. Tayar untuk kereta ni kita tempah khas dari Jepun, harga rm1000 untuk empat biji tayar tu. 
Kamal : Ouh iye ke.. Habis tu berapa harga kereta ni?
Bumbastik : Apa orang ini.. ketiak ko masam. (lompat-lompat atas bumbung kereta)
Shahido : Bos syarikat tayar ni sebenarnya ada datang Malaysia. Saya ada belanja dia makan burger bakar kat ampang hari tu. Happy dia tiba-tiba joe flizziew duk sebut-sebut pasal ampang dalam lagu HAVOC dia tu. Saya suka kalau burger bakar tu taruk sos lada hitam banyak-banyak.
Bumbastik : LOLOLOLOL... walaweyhhhh.. aku nak ngorat sheila nih. boleh tak? 
Kamal : ok... tapi..
Shahido : Tapi itu baru sos. Kalau daging dia tu tebal 1 inci perghh. mak saya selalu buat macam tu. Saya la kena beli daging cincang kat pasar pagi-pagi. Takde dah orang lain. Adik saya tu nak spm kan... harap-harap la dia skor tahun ni. Haaa... tapi kalau nak tahu, nanti adik saya datang juga sini. Jalan-jalan katanya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bukan puak yang aku cerca.
Tapi engkau dengan cara engkau.
Engkau sebagai pemimpin
Tunjukkanlah contoh yang baik.
Kalau betul, tunjukkan bukti.
Kalau salah, mengaku.
Mereka tanya dalam Bahasa Malaysia.
Bukan guna bahasa BBNU.
tak susah kot nak faham.
Tak perlu buat meleret-leret sangat.
tak perlu nak belit-belit.

Tuesday, November 12, 2013

jolly shandy shakalaka beybeyh

Senang - senang je agama kita dipersenda kan.
Celaka carlsberg.. ini kerja tauke cina kapir lah ni
Then berkait dengan parti politik pulak....
dan bla bla bla.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Dey. Kau ade otak?
Aku harap sangat kau ada.
Kau pandai membaca?
Aku harap sangat kau pandai membaca.
Kau jaga haram halal tak?
Aku harap sangat kau jaga.

Acu baca di tin tu tulis apa?
Sekarang ni, tauke cina ,carlsberg yang bodoh?
Atau tukang minum, atau penjaga yang tak ambil cakna?
Sekarang kau sibuk menggelupur tunding jari.


Aku rasa ramai aje kot melayu islam yang bantai semua sushi yang dijual di malaysia tu.
Aku rasa ramai  aje kot melayu islam yang telan saje "ramen" di Malaysia.
Aku rasa ramai aje kot melayu islam yang tanpa was - was makan di restoren "cina".


Aku tanya kawan "chantik" di Malaysia... " ramen yang kau makan kat restoren tu halal tak ?"
jawab dia " eh, halal la kot..malaysia kan. haha.. entah, tak tahu la. halal kot. huhu "


HALAL KOT KEPALA HOTAK DIA



#fyi - shandy itu minuman daripada "jus buah or minuman berkarbonat" yang dicampur dengan "beer". So, siapa yang bodoh sebenarnya ni ?




Monday, November 11, 2013

gelap


Dunia semakin gelap.
Aku kata , aku sempat siap ni.
Sebelum bulan datang, aku sempat balik.
Tapi celaka tak siapa yang tahu.

Bila bulan dah mengetuk pintu.
Baru aku sedar.
Aku tersilap buat sesuatu.
Ada celaka tengah hari tadi.

Dunia semakin gelap.
Aku masih terpaksa disini.
ulang balik langkah sama,baiki celaka tadi.
Beratnya kepala jangan ditanya.

Kenapa sekarang , bukan tengah hari tadi?
Fuck.
Rungut aku dalam hati.
Haih.Dugaan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

okey la tu.
Ada masa lagi kan?
Sekarang sedar, better dari esok baru sedar.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih ingatkan aku.
Aku lupa, aku kena sabar.

dan untuk kau, kau,kau di sana.
keep your chin up.
keep a positive attitude.
smile.





Sunday, November 10, 2013

macam chomel je.


Perasaan "tidak suka" melihat syasya awek legoland buat video " macam chomel je " tidak segampang melihat video-video parody yang anda sekalian buat. Ye la... dia duk tergedik-gedik pun, muka boleh tahan "market" la jugak. kalau tak, takkan la follower kat instagram smpai 2K ye dak . (giler stalker..haha ) Kalau audition nak jadi pelakon tambahan dalam cerita gerak khas tu senang sangat lah nak dapat. Tapi, mereka yang buat parody tu.. , kalau lembu tengok pun mengucap panjang agaknya. Dah "perangai buruk", muka " buruk", buat pulak benda "buruk".  Ish ish.. apa nak jadi ni. Kalakar sangat la tu duk parody kan orang.




Thursday, November 7, 2013

babi.

" Abang nak marshmallow yang plastik ungu tuu" ..
" Ishh.. yang tu tak boleh makan la danish "
" Alaa.... abang ni... nak jugak! nak jugak! "
" Danish!! tak boleh! "

" hish.. kamu ni Daniel, ambilkan je la.. Ayah yang bayarkan kot "
" Ayah... marshmallow tu gelatin yang asalnya dari kulit babi..  "
" ooo ye ke.. alahai, dah tu adik kamu tu dah menangis dah tu"
" Haram kan.. nak buat macam mana "

"tak kot.. bukannya seekor babi dieorang guna untuk buat gelatin tu "
"err.... boleh fikir macam tu ke? "
"eh mesti lah, daripada kita dapat malu adik kamu buat hal kat sini. Lagi pun kecik sangat.takpe "
" Laaa ye ke. Kalau macam tu Daniel nak ambil hot dog cap cutepig la"
"kamu ni bangang ke ape? sosej tu kan dibuat pakai usus babi "
"ala... sikit aje kot"

" Ayah cakap bahasa melayu pun tak faham ka, Mohd Daniel bin Normen kru ?"
"ye lahh... "


konsert artis luarnegara di malaysia. Baik artis sexy, artis metal, atau artis kpop. Babi tetap babi, dude. Kenapa mesti ada pilihan?



Saturday, November 2, 2013

ini cerita pisang. bukan cerita lucah nih.

 Dalam setandan pisang itu,
walau masak ranum macam mana pun,
cantik macam mana pun,
mesti ada buruknya.
mesti ada.



tengok cermin.


tanya sendiri


Kau da nampak belum pisang buruk kau?



nah, lagu tidur malam.

Tuesday, October 29, 2013

Pos Malaysia ni memang celaka kadang-kadang.

" insyaAllah, kalau pos pakai udara ni dalam masa seminggu sampai la (sampai jepun) "

Itu ayat biasa la kakitangan pejabat pos yang cakap. Ouh kalau guna udara ni dalam seminggu aje ye? Tapi setakat ni la... selama aku hantar barang dari Malaysia pakai pos udara, selalunya tak pernah sampai kurang dari seminggu. Kebiasaan hampir 2 minggu. Bila check tracking number dekat dieorang punya website, seminggu selepas membuat pembayaran, barang tu masih lagi Kuala Lumpur. What the hell. Aku tak bayar beratus-ratus untuk menunggu sampai berminggu weyh. Jangan lah munafik sangat. Janji lain buat lain.

 Yang peliknya..  bila barang tu sampai aje di Jepun ni, dalam masa sehari dua je.. barang yang di pos dari Malaysia tu terus sampai ke tangan aku. Satu lagi... kalau aku pos barang dari Jepun ke Malaysia. Paling lama seminggu. Paling laju 3 hari. Kau bayangkan laju mana kerja dieorang. Bukanlah sengaja nak bandingkan, tapi disebabkan bayarannya pun macam lebih kurang je, sama mahal, sepatutnya servisnya sepatutnya sama lah. Tak kira lah ada cuti umum apa2.. barang selalu sampai tak akan lebih dari seminggu. Tapi Pos Malaysia ni... haish. Bayar dah mahal, kerja macam haram. Ibarat upah orang yang tak pandai bancuh simen untuk buatkan kita sebijik banglo. 


Monday, October 21, 2013

dimensi lain.

Ulang-ulang.
Kondominium mungkin.
Penimbang berat elektronik.
Hot plate elektronik.
Iphone 5 di koridor.
Aku tekan-tekan.
Kerosakkan yang sama.
Hari lain.
Masih ulang benda sama.
Aku masih tak dapat tangkap.

Friday, October 18, 2013

jumaat.

Aku ternampak, dan aku masih tak puas nak cakap balik.


" Tolong la jaga saf bila sembahyang! "


sekian.



Friday, October 11, 2013

firaun moden.

 Aku tak akan bantu kau, bukan kau yang sokong aku, bantu aku untuk naik memerintah..  Aku hanya akan tolong mereka yang membantu aku. Tapi kamu semua wajib bayar cukai. Sistem penghambaan yang semakin menjadi-jadi. Aku tak tahu, samada itu strategi pemerintah untuk menarik perhatian rakyat supaya semua sujud syukur kepada "pemerintah" atau provokasi atau mereka lupa soal amanah yang sebenarnya. Bukan bercakap pasal parti, tapi you know..  tanggungjawab. Sebenar hal ini aku da story disini. Bayang aja lah macam ni..

 Your bapak kawen dua. Then your bapak nak kawen satu lagi. Your mama disagree tapi your mamamadu number 2 agree. Then your bapak kawen je la satu lagi. After that, your bapak dah tak tanggung your mama and your adik-beradik sebab you all bukan sokong dia kawen lagi satu pun. Tapi your mama tetap kena jadi isteri macam biasa, bersih pakaian-pakaian dia, sediakan minuman, melayan nafsu your daddy setiap kali sampai turn tido di rumah you. Kalau marah,kalau tegur.. daddy akan kata keluar saja dari rumah ni kalau tak suka cara dia. Begitu la perumpaannya. Sebab aku tahu, meleis ni pantang kalau bercakap pasal mak bapak. haha.. harap terserap ke sanubari.


Thursday, October 10, 2013

dasar gemok tak sedar diri. pui

 Kita semua suka short cut. Sebab itu kalau di Malaysia saja pun, berlambak-lambak produk untuk kurus tanpa senaman. Makan je, togok je terus kurus. Pergi ke kelas, jawab exam.. fail.fail.fail.. so shortcutnya..pergi makan kismis minda, bacaan air2 doa yang di jual di pasaran. Lastly.. short cut yang paling umum.. short cut untuk cepat kaya. skim cepat kaya, gores dan menang, kerja apa pun tak buat tapi nak jugak komisen ( mereka yang berjawatan tinggi dan berpangkat dalam pentadbiran khususnya ), dan juga rasuah. Mungkin dunia sekarang ni berputar terlalu laju sehingga menyebabkan kita semua tak sempat nak kejar kalau guna jalan "panjang"... atau kita sebenarnya yang semakin malas dan tak sedar diri tapi kalah dengan nafsu.

 Short cut tu tak ada sebarang kebaikan pun. tak ada.. mereka yang makan duit rasuah sebab mahu kaya, or "tolong melayu" kononnya.. nanti terperangkap di neraka. mereka yang mahu kurus tapi makan macam2 produk untuk kurus.. nanti bila da tua tunggu la penyakitnya. So itu saja. Nak capai sesuatu, takdak jalan mudah bro n sis.


Monday, October 7, 2013

dari mata jatuh ke hati.

 Aku suka kau.. aku suka kat kau sebab hati kau. Kata dia. Kata manusia kebanyakkan. Kata aku juga. hihi.. sorry mektam. Tapi bila kau fikir dalam-dalam, kita sebenarnya tak kira la sesuci mana pun hati tuh.. selagi kau ada mata yang mampu melihat,kau akan tetap tengok luaran dulu. Selepas tu, baru kau kenal hati seseorang. Kau takkan dapat tipu diri kau punye. Kau cuma boleh tipu2 manja kat orang yang tersayang je. Ala, nama pun nak sweet2 kan? Tapi secara realitinya macam tu la. Macam mana pun muka pasangan @ crush kau sekarang ni.... bukan sebab dia memang cantik dan menepati taste2 semua manusia lain, tapi dia betul2 cantik,hensem, katang di hati kau. Then , barulah kau ambil masa untuk mengenali hatinya. Then, baru boleh maju ke babak  ehem2 seterusnya.tak gitew?

kadang-kadang aku terfikir, macam mana orang yang tak mampu melihat boleh jatuh hati. hebat.


## katang tu taff kalau nak tahu. taff tu berotot ketul-ketul .haha

Friday, October 4, 2013

Don't be that guy...




Sesuatu yang nice untuk di kongsi.
Pergi ke majlis untuk jadi jurukamera atau tetamu?
tanya diri sendiri.
Kamon..kasik chan la pengantin nak dapat gambar lawa-lawa skit.
( cakap sedap )




Tuesday, September 24, 2013

kisah dayus dan pakcik.

 Dulu masa kecik-kecik, mak ayah hantar pergi sekolah.. suruh belajar sungguh-sungguh Bahasa Melayu, Pendidikan Agama dan macam-macam subjek lagi. Tapi terbukti lah... sia-sia. Kalau dah kawen pun masih tak tahu apa itu maksud dayus. Dayus ni.... memang la tepat penggunaannya pada lelaki. Tetapi, bukannya lelaki yang langsung tak ada kaitan pertalian darah dengan kau tuh. Kalau guard yang kawen dengan kau pun tidak.. bapak kau pun tidak... Penggunaan "DAYUS" tu salah. Itu lah, malas sangat nak belajar Bahasa Melayu sungguh-sungguh . Kan dah terserlah kebodohan sejati yang terpendam tu. Aku tahu, ramai lagi perempuan yang jenis gatal mulut suka-suka hati duk cakap lelaki itu ini dayus.. sedangkan penggunaan langsung terpesong.

 Untuk kes bini mat yo ni... perempuan tu memang tak patut la kot nak provoke pakcik guard tu. Siapa yang salah, tak tahu lah kan.. sbb video sekerat je. Dah la guna perkataan tak tepat.. buat malu ja weyhhh..  Malu Mat yo.




Sunday, September 22, 2013

maafkan aku..terpaksa poligami.

 Maafkan aku, kerana bersikap begini. Aku kenal dia 7tahun lepas. Dulu kenal macam biasa saja... Perasaan cuma mahu menjadi kenalan.. bukan sampai level kawan. Tapi kini, dalam-dalam aku benci dia, aku sedar yang sudah jatuh cinta. Makin lama rasa makin tak sanggup nak melepaskan. Ada macam-macam tentang dia yang aku suka. Manis yang tiada kau tak ada pada dia, tapi cantik yang tiada padakau ada pada dia. Aku sedar yang aku sudah jatuh cinta. Pada dia dan engkau. Aku tak kata, kerana dia aku mahu tinggalkan kau. Aku mahu dua-dua. Aku cinta dua-dua. Tapi aku mahu kau tahu, aku sayang kau lebih. Maafkan aku sebab terpaksa madu kan kau dengan Jepun, Malaysia.


Monday, September 9, 2013

suatu petang dan dot dot dot

 Pada suatu petang, aku dengan sepupu-sepupu aku nih main sorok-sorok. Oleh kerana semua masih kecik-kecik lagi time tu, kami dengan selamba badaknya tanpa rasa takut langsung menyorok kat dalam hutan. Maklum lah, kampung kan. Sebenarnya, hutan kat rumah kite orang tu.. harimau pun selalu je jalan-jalan cari makan. Tapi itu la.. disebabkan masih kecik lagi, degil .. rasa takut tu tak ada langsung, Tahu main je.

 Then ada la satu masa tu, aku dengan sepupu aku yang sorang ni... menyorok kat belakang semak yang satu ni. Entah kenapa, tangan aku gatal sangat nak petik satu daun ni.. daun ni warna merah, sedangkan daun lain yang satu pokok tu semua hijau. Then aku ambil, then aku gatal-gatal pulak nak pergi makan. Rasa masam, dan manis. Pelik. Langsung tak ada rasa pahit.

 Tak lama lepas tu, aku dengan sepupu aku ni jalan-jalan ke belakang sikit. Then, kau tahu apa aku jumpa.. sarang tebuan yang tingginya hampir 3 kaki (nak sama tinggi dengan aku). Aku tercegat..terkejut sampai jatuh rebah ke belakang. Then kami lari lintang pukang. Takut jugak kot-kot kena kejar. Then bila sampai rumah, aku check la jugak.. kot2 dapat superpower ke ape. Yela, dah makan daun "pelik" tu kan? haha.. tapi takde..kena marah dengan mak je sbb main dalam hutan. hishh.. So, oleh kerana tak puas hati, selepas beberapa hari tu, aku pergi balik tempat tu. Pergi sorang je tu. Berani gilo.

Aku dah tak jumpa sarang tebuan tu. Pokok yang paling hampir dengan sarang tebuan tu pun macam dah tak ada. Pelik. Sangat pelik. Then, aku nampak ada pokok yang daunnya macam yang hari tu, warna merah. Tapi bila rasa..pergh,kelat macam peria. Haih, entah lah.. misteri jugak sebenarnye. Aku pun tak tahu kenapa aku cerita psl ni. haha.. Tapi yang aku selalu dengar orang tua cakap.. Kalau jumpa sarang tebuan besar atau ular besar dalam hutan, itu maknanya tempat tu berpenghuni. Jaga-jaga.



Sunday, September 1, 2013

serabut

 Banyak sangat dugaan nih. Tak terdaya rasa nak tanggung. Silap saja satu langkah, dah cukup syarat untuk diklasifikasikan sebagai kalah perang. Tak faham jugak? Kalau tak faham.. anggap la sekarang ni, terperangkap dalam stor yang dindingnya di cat hitam, yang gelap, tiada langsung cahaya, yang di dalam tanah tertanam periuk api. Tapi.. kalau.. selagi tak pernah masuk stor tu, macam mana nak faham kan?

Harap dipermudahkan segala urusan.

Saturday, August 31, 2013

saya cinta kamu, mare-sya

 Malam-malam merdeka semalam, kitew duduk rumah jew... makan maggi tomyam. Sambil-sambil tu tengok "now you see me" kat laptop. Tengok kat TL twitter, di fb.. ewah.. ramai yang keluar berjimba ye? Patriotiknyew.

 Hari-hari merdeka macam ni, kitew pergi 7e, beli onigiri untuk lunch.. dan beli kopi. Then pergi mall, cari ayam halal untuk masak nasik lemak ayam berempah malam ni. Tak patriotiknyew rase. ish2.. tak apa la, lapar. Jum masak.

tiada kaitan.

Monday, August 26, 2013

What's up miskinerssss!

 Salam readers. How is your Ahad? Penuh dengan aktiviti menarik ke tak? hehe.. aku penuh jugak. Perut yang penuh. Ok, tak lawak.. Biasa la, nama pun ahad. Lepak-lepak rumah aje la. Kalau sabtu macam semalam tu, kita berjimba sampai pagi. tak gitu? Sementara tergolong dalam golongan Tan Sri lagi ni. (Tanpa Isteri)

 Semalam, aku keluar la dengan teman-teman semua tu. Saje, ambil angin malam.. then tiba-tiba keluar satu soalan dari mulut si teman ni. " kau bila plak nak angkat skyline ni? ".. aku senyum saja. Sebenarnya, itu soalan lazim la kalau budak-budak datang berlajar di jepun ni. Kononnya, kereta kat sini murah katanya. Ya, memang murah. Tapi itu untuk kereta 2nd hand aje la. first hand tetap mahal. Yang bezanya, dia punya firsthand masih lagi dalam keadaan tiptop. rata-ratanya begitu lah. Itu yang menyebabkan ramai pelajar yang grad di jepun ni, bawa balik kereta ke Malaysia.

 Untung tu memang untung, tapi banyak jugak yang tak untungnya. Mindset sesetengah orang melayu ni, bila datang sini.. nak buat balik Nissan Skyline, Subaru WRC, Mazda RX8 dan lain-lain. Kadang-kadang aku tertanya jugak, dieorang ni.. balik kerja dengan kilang jepun, bukan gaji bersih terus smpai 4~5K pun tiap-tiap bulan. Paling tinggi aku dengar dalam 3.5K je.. fresh graduate kan? biasa la tu. Minyak makin naik hari ke hari. Last-last kereta tu jadi hiasan kat rumah, sebab tak mampu nak pkai. Benda ni dah bnyk jadi kat senior-senior aku tu. Bukan aku cakap kosong. Masa mula-mula tu boleh la berlagak kot.. "engineer grad jepun" lah katekan. Tapi lama-lama, nak bayar minyak pun sakit.

 For your information, jepun dah lama dah tak pakai kereta-kereta sedan macam tu. kalau ade 1000 kereta kat lot parking tu, mungkin tak  sampai 50 buah kereta 2000cc dan keatas. Kebiasaannya mereka akan pakai K-car (kereta yang cc nya rendah) yang macam produa kancil, kenari or myvi. Pasal space tu memang la satu hal. Tapi pasal minyak dan kos penyelanggaraan tu yang lagi penting sebenarnya. Aku tanya senior jepun aku tu, kenapa tak beli je kereta size sedan? "tak ada keperluan, nak buat apa? membazir je". Jepun ni dalam-dalam celaka dia, zuhud jugak rupanya.

 Nak berlagak, biar mampu. Buat apa berlagak pakai Nissan Skyline R34 tapi aset lain apa pun tak ada, nak kawen pun kena buat loan kan? Oh lupe, tapi kalau rasa diri tu anak orang kaya berada, umur da 20 tahun keatas tapi tak segan silu minta duit belanja kat parents.. No hal. Pakai la. Aku cakap ni kepada orang-orang "miskin" yang gaji bersih sebulan 5K kebawah je.


Wednesday, August 21, 2013

tipikal.

 Mereka ini, didepan kau kata-kata manis diluahkan.. nampak jujur dan ikhlas. Baik orangnya. Tapi jaga-jaga, bila mereka dah telan arak... masa tu kita tengok peribadi sebenar. Pagi tadi puji-puji, selepas minum-minum keluar kahak hitam yang jauh dia simpan dalam hati. Nice. Tipikal mereka ini, bukan hanya orang asing seperti aku yang tak suka, mereka sendiri sama sendiri pun tak suka.. tapi masing-masing buat diam. 

 Ada seorang mamat dari bangladesh, yang dulunya bekerja di sini tapi sekarang buka restoran halal berdekatan dengan masjid Itaewon, korea. Katanya, dia tak mampu nak hidup dengan masyarakat macam ni. "they are sick inside" .. shit, aku ingat lagi apa dia cakap. Mungkin mereka sudah faham, sudah masak dengan budaya sebegitu. Jaga hati, mungkin.. atau penakut. Benarlah kata guru bahasa aku dulu... 10tahun kau berkawan dengan dia.. belum tentu dia mengaku kau tu kawan. Hati mereka ni berlapis-lapis.. Kau takkan dapat agak apa sebenarnya yang mereka rasa, fikir pasal kau. Itu,Si Jepun.

 Aku tak suka orang macam ni, tapi fikir-fikir perangai mereka ni.. lebih kepada sabar, jaga hati, jaga perpaduan.. Mereka melepaskan kahak itu pun, setelah mabuk macam bangang. Kalau tak mabuk, aku rasa maintain aje kot. Simpan dalam hati. Well, mereka bukan islam, that is why mereka minum. No hal lah. Tapi, kita nih dah la islam, tak minum pun level sama macam si jepun yang mabuk. Kalau lah "mabuk" itu dibenarkan dalam islam agaknya, macam mana lah kita. Hurm? macam mana? 

 

Sunday, August 18, 2013

blood rain

 Kau tahu apa yang terjadi sekarang di sana? Atau kau sekarang hanya sibuk ke open house melantak sampai nak pecah perut je? Oh ya, aku kat sini tak beraya mana.. foreber alone la katekan.. free,sbb tu aku tahu..eh,tapi... takkan kau langsung tak ambil peduli lagi ni..

 Jangan jadi macam orang jepun. Bila aku tanya, kau tahu tak kat negara ni ade kes itu kes ini... eh, kau tahu tak negara ni ade buat benda ni benda itu.... jawapan mereka semua tak tahu. Aku tanya lagi, kenapa jepun selalu tak ambil tahu tentang perkembangan dunia luar... internet punya laju.. jawapannya sama, dari zaman senior kepada senior aku, sampai sekarang...

 kami ni orang pulau, jadi pemikiran orang pulau ni macam-macam mana pun akan lebih tertumpu kepada dalam pulau tu sahaja la. Dulu moyang kami susah , sumber apa lah sangat yang ada kat sini, kalau tak usaha keras untuk pulau ni... macam mana nak hidup? Jadi, sebab tu lah kami tak rasa hal negara luar itu terlalu penting... hal negara kami ini lagi penting. Kami memang ternyata lebih patriotik berbanding orang-orang dari negara lain. Negara kami dah ada segala-galanya, buat apa nak sibuk hal negara lain.

Itu jawapan mereka.

 Sebab itu aku nak tanya kau.. kau tahu tak pasal apa yang terjadi di Mesir, Palestin, egypt, ni? Eh, ini soalan yang umum.. aku tak tanya "hanya" pada kau yang muslim. Kalau yang bukan muslim pun, tanya la diri sendiri... Kau tahu tak apa yang terjadi kat sana? Atau tahu, then lupe-lupe... then senyap. Nanti kecoh balik..  macam musim buah zmn dulu. sthn sekali.

 Tanya diri sendiri la..  bkn hanya pasal "ambil tahu" atau tak ambil tahu. Tapi juga apa usaha kita untuk bantu mereka. Paling kurang pun ingat mereka dalam doa. Tak perlu pun sampai nak kena berflasmob-flashmob tengah panas macam group budak-budak usrah selalu buat tu. Jangan sampai, level kau sama aje dengan orang jepun ni. Mereka kebanyakkannya atheist.. orang pulau pulak tu..

nah, cermin.

Monday, August 12, 2013

nak rendang daging je. duit raya tak mau.

 Salam readers, and happy raya day untuk semua yang menyambut..Bagi yang tak menyambut, jangan malu-malu ke open house mana-mana. Makan sampai boyot ye.

  Haih, dah berape hari dah beraya... rendang pun tak merasa lagi. Damn.... serius raya tahun nih rasa macam loneleyhh kaw-kaw. Mana tak nye, bebudak lain semua dah caw... yang tggl berapa kerat je, pulak tu semua jantan... pandai mengidam aje la, nk buat malas. haha... Naseb baiklah minta awal2 family hantarkan biskut raya. haha.. tak lah sedih sangat ye dak?ade la 0.1% feel raya tu.

 Tapi ceritanya sekarang, lepas je sembahyang raya tu, makan-makan sikit, aku terus ke pejabat imegresen..ade urusan perlu disetelkan (kononnya). Boleh je pergi hari lain, tapi kerana nak buangkan rasa "sepi" dalam hati tu... aku pun buat-buat lah sibuk.haha.... bila sampai rumah, jumpe junior. Mereka pun sama.. keluar jalan-jalan kat 2,3 buah shoping complex. Mungkin sebab kebiasaan hari raya kita semua pergi ziarah-menziarah rumah saudara mara, jiran-jiran.. so bila duduk diam tu, rasa serba tak kena lah.. haha. Tapi ok lah, ade jugak teman nak bertakbir raya tu.. keh2.  pengalaman semua ni. pengalaman.

 Bagi yang beraya di Malaysia tu, bersyukur la. Nikmati nikmat tu sementara ada. Bunyi mercun... bunyi meriam... bunyi kena marah dengan mak sebab tak tolong dia kat dapur tapi kita gi main mercun.. dan lain-lain.. ok la, selamat hari raya. Maaf kalau ada reader(s) yang pernah terkecil hati ke dengan gaya penulisan kitew ni. Jemput la datang lagi. haha


Sunday, August 4, 2013

serangkap pantun khas yang di cipta oleh maa.


Pok itam nana, Pok kasim dogol,
Pok itam tak kenal,Pok kasim tak tegor...


  ouh.. ape jenis pantun lah yang maa aku reka ni.haha... tapi itu lah, ayat yang aku rindu- rindu sentiasa. Ade je nak buat aku nih "gelekekk" ketawa. Tahun ni... beraya jauh di perantauan lagi. Tapi sebenarnya untung jugak raya jauh-jauh ni... minta baju raya dapat, minta biskut raya pun dapat. Naseb baik la tak mintak bini raye. Muahaha..  Tapi... 

  Tak apa lah. Bukan rezeki aku lagi tahun ni nak beraya bersama. Bila fikir-fkirkan balik.. situasinya sama saja,tak kisah jauh atau dekat. Sebab nanti bila dah kawen, dah kerja... kau ada komitmen baru yang kau nak kena jaga. Ramai je yang kena bekerja pada hari raya 1~3 tu kan? maa dengan abah aku pun tak terlepas. Kami adik beradik biasa sangat dah handle raya pertama tu sendiri - sendiri. Sesetengah makcik-makcik akan ada la yang cakap macam ni kat kami...

 " alah mak mung nih, raya-raya pun kerja"

 Itu je punca rezeki kami makcik-makcik sekalian.. maa dan abah kami ni bukannye kerja makan gaji buta... Orang-orang macam makcik tak apa lah, tanah berekar-ekar,rumah sewa bertempet-tempet.. cuti plak sepanjang tahun ( fulltime surirumah ).Tapi....tak apa lah makcik-makcik sekalian.. saya faham je, ibarat katak di bawah tempurung,tak pernah tengok dunia luar... mana lah katak tu nak tahu kerja swasta tu lagu mana susahnya nak dapat cuti kan? Lagi-lagi time cuti perayaan macam tu.. Tapi tak apa lah. kami faham.

 Kami ni semua lelaki. Aku sebenarnya bangga lah jugak dengan "kami" ni. Lelaki serba boleh.. kalau lah hantaran tu, girls yang nak kena bagi kat pihak laki.. aku pun nak jugak letak hantaran rm30k. haha... ye lah, kerja-kerja bersihkan rumah kami yang setelkan... kerja untuk memasak pun kami-kami yang boleh setelkan. Tapi maa tu, bukannye nak bagi kami buat semua. Sebab tu la kami tolong sikit-sikit je.haha... Tapi ... dah 2 tahun dah ni, tak dapat join geng "kami" ni. Kesian kat adik aku 2 org ni. Tak ape lah...next year aku raging kau orang balik. 

 Nak tanya sikit ni.Apa sebenarnya pengertian hari raya yang kau orang faham? kalau bermaaf-maafan saja... hari biasa pun boleh.Tak payah tunggu hari raya.. kalau setakat nak berjumpa dengan keluarga.. hari krismas pun buat, kalau setakat nak duit raya, raya cina pun boleh dapat... kalau setakat nak berlagak dengan biskut-biskut raya, baju mahal, hari biasa pun boleh berlagak. Untuk apa sebenarnya kita menyambut hari raya ni? Apa tujuan dia? kadang-kadang aku pun mati akal nak bagi penjelasan kat manusia-manusia sepet yang berfikiran lojik semata ni. 

#bini raya

Friday, August 2, 2013

saja aku ingatkan.



untuk kau,kau,kau... jangan buat macam ni.
sekarang ni musim nak raya... musim kita asyik bershopping sakan.
Malaysia kita pun makin lama makin panas.
Tak mustahil boleh jadi juga.
Kecuaian anda, hilang nyawa orang yang anda sayang.
baik baby macam ni, mahupun warga emas yg tak mampu apa-apa

Selamat "bersiap" untuk hari raya.

Wednesday, July 31, 2013

Rambut Raya?

 

 Salam ramadhan makcik pakcik sekalian. hehe.. Topik hari ni adalah mens hairstyle. Well, mungkin ade sesetengah orang jenis yang tak ambil kisah sangat  pasal hairstyle ni, tapi aku kisah jugak la skit2. Haha.. tak ade lah nak cakap diri ni metroseksual pun. Cuma nak cakap, apa yang aku perasan la... style rambut ni berubah ikut keadaan semasa dan "keberanian" yang ada pada diri anda untuk memperagakan style tu. Contohnya macam style diatas ni... rasanya sekarang dah jadi trend golongan muda kot kat Malaysia sekarang ni. Aku sendiri pun tak terkecuali.haha.... undercut slickback namanya.

  Kalau mak aku tahu rambut macam ni, konfem nanti kena ugut.. dulu masa rambut "helmet" ala - ala noh hujan pun mak da ugut nakbotak kan kepala aku time aku tidur.. haha.Tak tidor lena aku dibuatnya. Mentang-mentang la aku ni jenis yang tidor mati.  Dulu aku masa sekolah rendah rambut tak pernah panjang lebih dari 1 inci.  Sentiasa kemas macam askar. Tapi bila dah masuk ke sekolah menengah, style rambut tu dah mula berubah.. maklum lah, dah bebas sikit kan?

   Masa form 1, band-band spoon,scoin, spin,newboyz tu baru nak feymes...so buat la rambut macam dieorang jugak.. lepas  tu pulak zaman Linkinpark,Limpbizkit,korn tengah nak naik... buat la rambut pacak-pacak. semangat beli gel. tak kira dah cap apa, asal boleh buat rambut keras terpacak macam duri pun da ok. Then bila makin lama, minat sudah mula ke arah muzik-muzik bergenre "punk" seperti greenday, sex pistol, rancid dan lain-lain... so, rambut pun berubah la ke arah punk pulak... style die takyah cakap lah, selalu kena tegur dengan cikgu. Mana taknya.. dah la pengawas, exco agama plak tu. hahahaha. 

 Then, bila dah abes spm... band-band indie mula melanda..mulalah simpan rambut panjang. yang penting bahagian sideburn tu paling kurang kena lebih 1 inci dari cuping telinga. kalau pendek dari tu, lu tak cukup indie lagi la bro... dan aku kekal dengan rambut macam tu dari zaman persedian ,sampai lah datang ke jepun ni. Berkali-kali jugak kena tegur dengan pensyarah, siap kena tindakan disiplin lagi. haha.. gua berjiwa indie, nak buat macam mana.haha ..
  
  Jepun ni, negara lelaki-lelakinya 70% metroseksual... bukan gay, tapi metroseksual. Mereka sangat-sangat menjaga penampilan diri, sampaikan kuku pun manicure. kita ade ke? haha...  Then, ade la jugak terikut-ikut buat jugak rambut style jepun tu. Tapi lama kelamaan, jadi malas. Yelah, lecer... buang masa je nak pakai wax dekat 5minit. So sekarang aku tekad dengan undercut slickback ni. hensem bergaya tanpa membuang masa. Plus, kat tepi kepala tu nipis..so, dah boleh kurangkan sakit kepala kan? sap! sap! 1minit dah siap..

  Nanti bila dah tua, macam mana lah pulak gaya rambutnye ye? Afro kot... haha.

 Tapi yang aku perasan satu je.... dari budak-budak satu batch dengan aku, sampailah junior-junior aku sekarang ni. Waktu persedian dekat Malaysia, waktu mula-mula sampai jepun... rambut pendek,kemas je. Sangat behave la ceritanya. Tapi bila sampai jepun tak sampai stgh tahun, mula dah nmpk macam kambing baru terlepas kandang. Ada yang karatkan rambut , ada yang straight kan rambut, ada jugak yang pergi kerintingkan rambut, dan lain-lain... dan yang pastinya, budak-budak belajar oversea ni memang trademark dah kot... simpan rambut panjang-panjang. Muka tak kena pun tak kisah dah.. nak jugak. yela, dulu-dulu takut kena marah gamaknya. Tunggu je la, nanti raya ni... kalau ade saudara mara yang belajar oversea (lelaki) tu, tengok rambut dia macam mana. 

  
 

Wednesday, July 24, 2013

The exploited

  Aku nak bagi tahu sikit la kat semua adik manis-adik manis, akak manis- akak manis, abang hensem-abang hensem sekalian. Dunia sekarang ni , you all tak yah belajar sungguh-sungguh dah. Tak payah usaha sungguh-sungguh dah kalau nak kaya. I ni nak cerita idea I je ni. You all nak ikut, ikut la.... Haaaaa. Senang je nak jadi kaya sekarang ni. You see... sekeliling you tu, banyak manusia yang tak pakai sangat akal dia tu. Banyak yang malas-malas. Semua nak segera. So, you kena keluarkan usaha sikit je. Secoet je usahanya... nak?

 Okke ini ideanya... you all, pergi ambil kelapa ke... jajan ke..... baju-baju yang dah tak nak guna ke... burger bakar yang tak abis makan untuk sahur semalam ke.. kan. Then, letak depan muka you... lagi dekat lagi bagus lah... You zikir la. Baca 3 qul ka... khatam 30juzuk lagi bagus. Then , pergi jual dekat pasar. Buat la... adenya orang beli. You bleh jadi usahawan berjaya ni. Kalau you nak lagi cepat kaya, buat la iklan kat majalah - majalah wanita ke... mangga ke.. kan? konfem laris punya lah.  Nanti bila dah kaya, boleh la jual kat oversea... kat Jepun ke, Italy ke, Jamaica ke...

  Don't worry.Ramai lagi manusia yang tak pakai akal dan berjaya macam you. Mereka semua tak guna agama lagi untuk kaya. Mereka guna kudrat sendiri, dan berdoa je. Anda masih berpeluang untuk jadi orang "ALIM EKSPRESS", dan kaya. Come on bebeh.



Saturday, July 13, 2013

MattS logic

  Hari ini, para pelajar Sekolah Kebangsaan Ketam Masak Lemak Ehem mula mendaftarkan diri untuk Unit beruniform masing-masing. Jack, Lewwis, MattS,Askarov, Murni , Jenny, Janet jackson dan ChanChongCheng adalah para pelajar tahun 5 Kelabu ..boleh kitakan samseng lah jugak, geng-geng kepala besar, dan anak manja daddy-daddy mereka. Mereka berminat untuk mendaftarkan diri mereka untuk Persatuan Bulan Gerhana Merah. Katanya uniform dia smart.. hitam putih.. macam band greendeyh.

 So tibalah masanya, untuk memilih jawatan dari pengerusi, hinggalah ke ahli jawatan kuasa mereka. Rezeki MattS, dengan sokongan 8 orang kawan dia tu dia berjaya menjadi AJK KECERIAAN Bilik persatuan tersebut. Tapi, MattS tak puas hati... Ada 20 orang ahli dalam persatuan itu.. "12 orang lagi ini bukan dalam golongan aku". Maka, kutipan yuran tahunan pun dikutip.. setiap seorang harus membayar "samah" setiap bulan. So, MattS sebagai ajk keceriaan pun dipertanggungjawab la untuk menghiaskan bilik persatuan PBGM ini supaya lebih harmoni,makmur, dan bahagia. So, MattS pun diberikan wang sebanyak 3riyal untuk setelkan tugas-tugas dia tu.

 Tapi apa yang MattS buat, lain pulak jadinya... kerja keceriaan yang diamanahkan itu dijalankan, tetapi hanya terhadap tempat dudduk kerusi dan meja kawan-kawan dia yang 8 orang itu aja lah. Bijak MattS ni.. tak sangka. Haih.... maka, keadaan itu berterusan.. Setiap ahli membayar "samah" setiap bulan dan MattS mendapat duit peruntukkan sebanyak 3riyal , dan cara perlaksanaannya tetap sama. Kata Marsha kepada 12 orang ahli lain tu..

" Itu lah... kau tak undi MattS dulu , sape suruh weyh "
******
" eh, awak ni siapa? ada kad identiti pelajar? "
*******
" ada..nah, baru je dapat last week, Askarov buatkan"
*********




"jeng.jeng.jeng"



p/s : sedikit update...patut la semua tak faham entry ni. haha.. aku silat type rupenya. Tapi kalau tak faham jugak.. ini hint nya. Terengganu.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan di bumi matahari terbit

 Salam readers. First.. selamat berpuasa untuk semua bagi mereka yang beragama islam. Bagi yang bukan, selamat menikmati juadah-juadah sedap yang dijual di bazar-bazar ramadhan atau kalau rasa nak cuba berpuasa, apa salahnya.

 Ramadhan kali ini, mungkin ramadhan yang sedikit mencabar bagi aku. Mungkin aku bakal tidur paling lama 4 jam saja. Sekarang sudah masuk musim panas di sini, dan panas di jepun ni lain macam sikit... sepanas-panas Malaysia, aku masih boleh tahan. Tapi insyaAllah, bila kenang-kenang tahun lepas punya Ramadhan okke aje. Boleh aje berpuasa dengan jayanya. Yang berbezanya, aku sekarang sibukk tak ingat.  Jangan nanti esok lusa aku terminum air depan kawan-kawan jepun aku tu  dah la. Malu kot. Mereka pun tahu, bulan ramadhan, muslim tak makan di siang hari. Apa nak explain pulak nnt kan?

 Kat sini  tak ade la bazar-bazar bagai tu kan... tapi insyaAllah la, akan di buat majlis berbuka puasa atau nama lainnya iftar akan dibuat sepanjang ramadhan. Alhamdulillah. Murah rezeki. Semoga ramadhan kali ini diberkati. Aku disini berjuang, tapi yang pasti susah macam mana pun perjuangan aku ini takkan sampai adanya darah jatuh membasah tanah. Semoga, mereka yang sekarang masih berjuang di Syria, Mesir, Palestin dll ..teruskan perjuangan. Sebak dada bila teringatkan mereka, dalam masa yang sama aku kagum. Bertahun-tahun berjuang tapi tak pernah ada jemu. Ganbatte.

 Last, untuk si muslim.. tak perlu lah nak maki hamun pada si non muslim kalau depa pun nak menyibuk sama kat bazar tu. bazar tu bukan Hak awak pun, bukan Hak Melayu pun, bukan Hak Ayah awak pun. Biar la, mereka nak join sama. Mana tahu, ada rezeki.. terbukak hati ke selepas tengok perangai-perangai ELOK kita yang muslim di bazar ramadhan tu ke. Kan?


 Selamat menahan diri. Semoga selepas ini kita mampu jadi insan yang lebih baik. 

Sunday, June 30, 2013

tanggungjawab tak datang bergolek


 Teringat satu cerita,  "baby and I" . Cerita korea, kisah student yang menjadi daddy secara tiba-tiba sebab dia ditinggalkan seorang baby cumil oleh orang yang tidak diketahui. err... maksudnya tiba2 ja baby tu ada, dan dia kena bertanggungjawab kat baby tu la. Yang menariknya, ada part macam mana "lelaki" mula bersedia untuk jadi "daddy". Tahu2 jela cerita negara kpops ni..mengarut aje banyak kan? tapi part mula bersedia nak jadi daddy tu aku suka. Sebab itu betul-betul perkara realiti kan? 

 Susah kan nak besar kan anak? Aku kadang-kadang borak jugak dengan maa aku. Punya lah susah nak besar kan aku dulu.. (anak sulong,xde adik lg time tu, umur dlm 1 thun rasanya), sampai terpaksa tinggalkan aku kat rumah arwah nenek aku, sementara maa abah nak pergi kerja. Sampai mengalir air mata.. ish, aku plak yang hiba. Keluarga memang sangat-sangat susah. 

 Tapi itu la orang cakap.. bila kau dah ada anak, tenaga, masa semua tu dah tak kisah dah.. yang penting perut anak, kesihatan anak tu. Kau kerja sakit habis urat2 pun tak apa.  Bila aku cerminkan diri aku yang sekarang nih.. haih, macam mana la orang yang pkol 5 pagi da siap-siap nak kerja... aku ni subuh pun kadang2 subuh gajah, kadang2 terbabas teruk (jujur). Macam mana la orang yang gaji tak sampai 1000 tu boleh besarkan anak 2,3 orang lagi. Aku yang dulu dpt elaun 350 sebulan pun boleh licin. Kata kenalan dari Johor, semua tu datang bila kau sedar kau da ade tanggung jawab nak kena pikul. Pukul 3pagi, 4 pagi pun, kau boleh gagahkan diri untuk bangun pergi kerja. No hal punye la. 

 Tetiba rasa nervous nak jadi daddy. eh


ini la baby dalam cerita tu. kiup macam saya kecik2 dulu.

Saturday, June 22, 2013

sekilas



" kita takkan dapat apa yang kita nak "

" kita tak semestinya akan dapat apa yang kita usaha "

" kita hanya akan dapat sesuatu yang terbaik, sesuatu yang sememangnya ditetapkan untuk kita "


  Ada orang , bercinta bagai nak rak... bila masuk meminang, bapak si gegurl tak setuju. Terus putus. Ada orang hari ini jumpa, minggu depan terus nikah, terus bunting pelamin. Ada orang, awek ramai, pakwe ramai, tapi sampai umur 50 pun tak kawen lagi.

 Ada orang , punya lah nak buat family planing dengan usaha pakai getah macam-macam.. tapi setahun dua kali beranak isterinya,kembar pulak tu. Ada orang usaha punya kuat, makan ubat kuat macam-macam, bertahun-tahun masih tak ada cahaya mata. Ada orang, dapat berita gembira ketika si isteri mula-mula nak mual, tapi bila ketumban dah pecah, berita tak sedap pulak yang ada.

 Ada orang, kumpul duit berbulan-bulan buat bayar muka kereta subaru brz.. sempat pakai sehari terus terhumban dalam gaung. Ada orang, dapat myvi dengan cabutan bertuah kopi tongkat ali, guna sampai 5,6 tahun. Ada orang, beli 5 bijik kereta, 4 bijik kena tarik. 

 Ada orang, hidup susah, papa kedana, nak makan nasik pun sekali sehari je, tapi sakit paling kronik pun demam panas je. Ada orang, duit tak abes, derma pun dah banyak, haji 3,4 kali dah.. tapi sakit macam-macam. Ada orang, harta tak ada, rokok daun , tembakau dan penyakit aje yang ada.

 Ada orang, mata buta, tapi setakat nak buat game untuk iphone, seminggu boleh siap. Ada orang,dulu sihat semua panca indera, tapi apa pun da tak boleh, kaki putus, eksiden masa rempit. Ada orang, spm pun semua credit saje, tapi dapat jd CEO akhirnya.

Hidup kau itu tak segampang yang kau rasa. 

Cahaya itu ada.Kena usaha dan teruskan percaya pada Dia.

Bersyukurlah. (pada Dia) 

Sunday, June 9, 2013

hai bakal jenazah, apa khabar dengan mu?


Sos Kim Ball : Ahjushi...

Cha Bong Gull :  Gapo dio mek?

Sos Kim Ball : Ahjushi, kitew mati tak kekgi?

Cha Bong Gull : Yeah baby, lepas uncle abes type dialog ni pun boleh. Tidak lewat, tidak awal.. mati yang pasti tu akan datang. 

Sos Kim Ball : ermmm... ermmm. Ari tu kan, ustazah cakap.. kalau kita mengucap time nak mati tu, konfem2 syurga bagi kita.

Cha Bong Gull : Hehe.. ustazah kamu tu lawa tak? hikhik.. betul la tu.

Sos Kim Ball : a'a.. kim pun selalu tengok scene macam tu kat tv. Lagi2 cerita melayu.. macam senang ,semua boleh je mengucap time nak mati tu.

Cha Bong Gull : Senang kepala hotak kamu ! Tok imam sendiri pun belum tentu boleh mengucap time nak mati nanti. Tahu x? Kalau dalam hati penuh dengan kpop ngan citer runningman je, bajet mampu ke nak mengucap nanti?

Sos Kim Ball : ermmmmm *sentap. 



Monday, June 3, 2013

naive

 Bila tengok drama korea.. mereka kata. Wah, bestnye.... Lelaki kacak2, badan tegap, comel2... romantik plak tu. Pakai seluar warna-warni pun masih hensem. Ade je benda sweet yang dieorang buat. Mana nak jumpa lelaki macam tu kat Malaysia ni? Lelaki Malaysia semua hampeh.. Tak gentleman langsung. da la muka semua berkerutu. huh! Bila la nak dapat pakwe korea sorang ni?

 Bila tengok drama korea... mereka kata. Wah, bestnye... Perempuan semua comel2, pakai ape pun comel, perangai pun comel, body semua solid2. serba serbi comel lah. Ade je benda comel yang dieorang ni buat. Semua puteh2. Mana nak jumpa perempuan macam tu kat Malaysia? Perempuan Malaysia ni dah la muke berjerawat, gedek pulak tu (gemuk + pendek). huh! Bila la nak dapat makwe korea sorang ni.

Tapi.

 Bila si korean datang Malaysia.. Mak aih, kotornya negara. ishh... ape la perempuan ni pakai atas kepala tu. Apsal ramai sangat sigems2 ni? euww... da la itam-itam semua. Ada hati nak jadi kpops. dasar anjing asia!

 Bila si korean pulang ke korea. Ada si Suparman dari indonesia, minta tunjukkan jalan ke sesuatu tempat. Si korean itu mengelak, larikan diri, buat-buat tengah rushing. Begitu jugak dengan si korean lain.Kesian si Suparman, berjam-jam tunggu masih tiada bantuan.

 Tapi bila si David dari negara barat, tinggi lampai, rambut blonde yang minta si korean tunjukkan jalan, sekejap saja sudah dapat sampai ke destinasi. Mereka siap beramah mesra lagi. Nak cakap si david ni hensem sangat, tak juga. biasa je.

 Dua perenggan di atas ni daripada rancangan rancangan realiti tv korea sebenarnya. Aku ubah namanya sedikit, agar senang kau nak hadam. Aku sendiri pernah sampai korea. Gadis-gadis mereka yang cantik tu.. semuanya hanya yang berjaya masuk tv aje. Aku jumpa di 7e, restoran, muzium2.. rata-rata semua muka langsung tak capai lawa level amatur. Begitu juga si lelaki. Tak semua hensem-hensem pun. Biasa saja.

 Pasal anjing asia? Itu cerita kawan aku yang fasih bahasa korea... dan dia terdengar perbualan 2 orang pelancong korea di negara kita. Mereka sedap mengutuk-ngutuk negara kita, katanya.. dasar anjing asia! dan dot dot dot.. iya.. negara anjing asia = negara-negara asia tenggara ( serta negara yg masih tak maju seperti mereka). Maka si korean itu diperli balik oleh kawan aku tu dalam bahasa korea lah. Terbaik kan? Kpoppers mampu? tak punye.. kpoppers hnya mampu nyanyi lagu kpop aje la.

 So macam mana? nak angkat mereka lagi? Terpulanglah.

Sunday, June 2, 2013

untukmu yang kini sedang enak dibuai mimpi



macam mana nak tahu
yang kau itu sedang dilamun cinta?

kau rasa bahagia "luar biasa" bila bersama si dia.

macam mana nak tahu
yang kau masih dilamun cinta, pada dia?

kau pernah marah, kau pernah terasa, tapi kau tak kisah .
yang kau tahu hanya satu.

kau mahu dia.


aku. mahu kamu.


Monday, May 27, 2013

meh sini meh, abam nak cakap sikit.

  Salam readers. Aku rasa ini video yang sangat bagus untuk aku dan kau untuk tonton. Tak salah kan? Sejam aje. Majlis ilmu ni.. meh,meh tengok sini. Satu percakapan yang sangat nice. Untuk masa sekarang, dan untuk masa akan datang.

  Let me tell you something. Untuk bangun solat subuh berjemaah tu pun, kalau kau tak terpilih untuk bangun (kalau Dia tak pilih), kau takkan berada dalam jemaah subuh tu. Sama juga untuk berbuat kebaikan. Sama juga dengan mencari kebaikan. Untuk kau hadir ke majlis-majlis ilmu pun.. kalau kau tak terpilih ( terpilih ni dalam erti kata lain, hidayah la), majlis sebelah rumah pun kau takkan berupaya nak jejak kaki. Aku tak rasa apa yang aku cakap ni terlalu susah difahami.. dan aku dah check aku tak ada buat typo apa-apa. So, itu aje la aku nak cakap.. selebihnya, boleh click video ni sendiri. May Allah bless you all.


Wednesday, May 22, 2013

Aku Harun, Pelakon Blockbuster.

  Harun, lelaki kacak bergaya. Wanita keliling pinggang, wang tak muat poket, rumah 4 tingkat menghadap laut ala-ala rumah tony setak, ada sportkar lamborgitu, perari,dan sebiji helikopter jenama apple .Dia cukup segala-gala.. dan dia jugak merupakan Seterikaman. Dengan teknologi itu, Seterikaman ada kuasa api, halilintar dan juga boleh melompat merentas masa macam dalam cerita jumper. Dan baju Harun tak pernah berkedut.

 Suatu hari, Harun pergi dating dengan aweknya, Surti. Surti ni sekali pandang macam Tasha Shila, dua kali pandang macam Taylor Swift. Sedang- sedang asyik berdating, maka datang lah seorang atau seekor makhluk asin bernama Vijay yang bermisai lebat dan memakai seluar kecik di peha, baju terbuka di dada ... Vijay mencabar kejantanan Harun the Seterikaman. Kalau Harun tak sahut, Vijay ugut untuk menangkap Surti dan akan menyiksanya zahir dan batin. Siapa tak panas, maka si Harun the seterikaman terus balik ke rumah sekejap untuk mengambil kostum dia. Maklum lah...  tadi si Surti tu mengada sangat, siap suruh Harun kelekkan handbag 50L dia tu.. bawak satu set pinggan mangkuk agaknya. Harun bagi balik handbeg 50L tu kat Surti dan berkata....

" Things are different now, I have to protect the one thing 
that I can't live without. That's you Surti Marcello"

 Maka bermula lah pertarungan antara Harun the Seterikaman dan Vijay. Pada mulanya, Harun memang bergaya..dengan kostum yang berteknologi tinggi itu, sekali Penampar Seterika Panas hingap di muka Vijay, Vijay sudah tidak larat untuk bangun. dan berulang-ulang la benda sama.. Vijay hampir mengalah. Tapi malang tak berbau.. tiba-tiba, bateri kostum Harun habis... dia terlupa nak cas dulu sebab terlalu tergesa-gesa tadi. Maka, Si Vijay pun terus bangkit dan berkata..

"I'm gonna offer the choice : do you want an empty life, 
or a meaningful death .. dowh?  "

  Tak sempat Harun menjawab, penumbuk Vijay dah hingap dulu di muka Harun. Harun pun tercampak nak jatuh tersungkur.. Tapi belum sempat Harun jatuh menyentuh tanah, kaki Vijay dah hingap dulu di perut Harun.. Then baru lah Harun berjaya mendarat. Tapi sebelum Harun berjaya bangun berdiri, tiba-tiba hanset Harun berdering, ade incoming call dari Ibu. Rindu agaknya, dah seminggu tak skype. Tapi belum sempat Harun jawab call, hanset Harun habis bateri. Harun lupa yang Harun sedang bertarung dengan Vijay. Tapi Harun sedar-sedar je, Vijay dah hilang... Surti pun hilang. Harun perasan ade satu memo melekat kat tepi kerusi tu... memo dari Surti.

" I keluar dengan Vijay... dia ajak makan takoyaki. Awak tak pernah belanja
 saya makan takoyaki. Kedekut. byebye Harun. XOXO"

  Harun tension, sebab dugaan yang datang tak putus-putus. Harun pergi ambil wudhuk, buat solat sunat. Harun teringat pesan abah dia yang merupakan kaki pancing... sabar lah walau banyak mana dugaan yang kita lalui......Maka abes lah cerita, Harun the Seterikaman.







Friday, May 17, 2013

sayang apa khabar dengan mu?

Makcik Jenab : Lai Lai.. mari beli ubat urat.
Wak Karman : Waduh... sebotol berapa ya?
Makcik Jenab : Sebotol 20 ringgit aja..
Wak Karman : Waduh- waduh.. mahal gilo. Wakluuuu!
Makcik Jenab : Ubat ini homemade lah... saaayangggggg.
......kerik2....kerik2.....
Wak Karman : Okay.Gimme 5 botol . 

  Berlaku siang tadi...aceh. Bukan lah nak besar-besarkan... tapi , serius aku sedikit kurang faham dengan manusia yang jenis panggil siapa-siapa saja "sayang" ni. Aku tahu ada yang memang dah biasa macam tu kan? Mungkin readers aku pun adalah salah seorang dari mereka yang aku cakap ni kan? hehe... it's okay. Aku bukannya nak maki hamun siapa-siapa. Just meluahkan pendapat . Kalau ade yang terasa, mohon maaf... dan dialu-alukan untuk karang novel di ruangan komen nanti. Aku cakap awal-awal ni hah.. no problem.

  Bukan apa... seriously? kau panggil orang yang tak dikenali pun  dengan panggilan "sayang"? Well.. kalau girl sama girl.. tukang jual barang khususnya, biasa la kot.. Tapi kalau girl yang panggil boy sayang atau sebaliknya. Itu dah pelik. Bagi aku lah.. Sebab, bukan ke sepatutnya panggilan "sayang" itu lebih baik di simpan untuk orang istimewa aje? kan? Katekan Makcik Jenab ni dah berkahwin anak 5, laki ada lagi... kalau customer dia, dia panggil sayang, apa panggilan yang dia guna untuk suami dia? well mungkin "sayang kuasa 10" kot..

 Kesan yang tak eloknya ialah kau mungkin boleh memberi harapan palsu. Baik girl atau boy.. sama saja. Yang keduanya ialah.. dengan perbuatan sebegini, anda merendahkan sedikit maruah anda tu. Letak tinggi-tinggi sikit ya. Yang ketiga, keempat dan seterusnya, aku tak tahu.. fikir lah sendiri.


Sunday, May 12, 2013

budak dan bapak budak

  Salam readers. Bagaimana hari anda hari ni? dah wish selamat hari ibu kat ibu anda? Bagi yang masih ada, wish la... walaupun dengan hanya sekeping sms. Mungkin dengan sekeping sms tu cukup untuk buat ibu mu tersenyum sepanjang hari. Hehe.. Sebenarnya, bukan itu topik yang aku nak cerita.Cerita pasal ibu pada hari ibu itu terlalu mainstream. hihi

  Aku tengok sekarang nih lah.... sesetengah budak-budak sekarang ni, lebih gemarkan gadget berbanding mainan. Mungkin zaman pun dah mula berubah kan? Masa zaman aku dulu.... rasanya, kalau girls tak habes-habes la dengan patung yang mata automatik terbukak and tertutup tu, dengan main masak-masak, dan boys dengan kereta dashankuro nya , dengan figura-figura power rangers,ultraman, masked rider..kan? Tapi budak- budak sekarang dah tak layan dah semua tu. Umur 3,4 tahun pun dah nak pegang ipad aje. Dah tak minat benda-benda yang kita minat dulu-dulu.

 Tapi yang peliknya sekarang, ada la jugak sesetengah diantara aku ni.. yang sebaya, mahupun lebih tua.. masih lagi berminat dengan mainan-mainan seperti remote car, figura-figura, dan lain-lain. Terutamanya LELAKI. Aku tak tahu lah nak describe orang macam ni macam mana. Apa yang mereka buat tu rasanya tak salah, dan tak menggangu orang kot. Tapi..... aku terfikir, nanti kalau anak dia ni dah besar.. anak dia nih macam mana ya? Ayah minat mainan.. Adakah anak akan minat mainan jugak?

 Bukan apa... Aku hidup dekat sini, yang terlalu ramai golongan otaku. Setakat figura gundam tu tak ada apa sangat lah. Ade yang sampai satu bilik dia tu penuh dengan figura-figura aje. Then aku terfikir la... Nanti kalau dah kawen, macam mana.... la tu. Nanti kalau dah ada anak .. macam mana..... la tu.
 
  Oh ya, nak habaq skit.. otaku tu.. bukan hanya bermaksud golongan yang taksub kat anime aje. Tapi bermaksud, "golongan-golongan yang terlalu obses terhadap sesuatu"...  Kat malaysia kita pun banyak jugak otaku.si pakcik2 yang tak abes-abes berkempen politik, gegurl yang tak pernah puas beli kasut... tak perasan ke? hahahahahahaha. ok bye

Monday, May 6, 2013

Mari ke japang you ollss

 MAS tengah buat promosi giler hari ni.. RM 83 dari KL ke OSAKA. Amacam? Takdak sapa-sapa yang rasa nak datang jepun ka? haaaa... Kalau nak, pergi grab cepat2.  murah yang teramat tu.. Mana nak cari? Setakat RM83 tu.. selalunya kalau takdak rm100 dalam tangan, domestic flight dari Kuantan ke KL pun tak lepas bro.. ini kau sampai dapat ke Jepun Hah. Lai, Lai.. cepat datang sini. Abam hensem menunggu... swinggggggggg!


Sunday, May 5, 2013

Risau tahap gaban

  Tak tenang hati malam nih.. aiseh. Pasal PRU la nih.. ceh.. lepas2 magrib aku caw ambil angin dengan skuter aku yang meletop-letop nih. Rileks aje parking dalam taman yang tak boleh bawak masuk kenderaan kat dalam tu.Ambil angin malam kan? sorang-sorang pulak tu sambil risaukan insan tersayang. tuu dia.

  Aku risau tentang apa yang akan terjadi esok, luse... dan 5 tahun akan datang selepas ini. Segala isu yang aku timbulkan di blog ini sekali pun, tak ada kait-kait sangat dengan pihak mana-mana. Tapi hanya pandangan dari akal sendiri untuk kesedaran masing-masing tentang apa yang kita lalui sekarang dan bakal lalui kalau benda ini berterusan. Aku risau nasib agama aku, nasib kehidupan aku dan family aku akan datang. Itu saja. Kalau lah aku nak berpolitik betul-betul, dah lama aku tukar warna blog ni jd warna biru atau hijau atau mana-mana lah. Tapi gua tak buat macam tu, sebab bukan itu matlamat gua duk potpet kat sini. Sila bezakan.

  Tadi kecoh pasal video tragedi berdarah tu.. Haih, tengok lah... itu belum lagi tahu keputusan PRU. Kalau dah tahu keputusan PRU nanti, macam mana lah agaknya. Sepatutnya kau bertindak guna akal yang bijak, bukan emosi. Aku tak tahu lah nanti macam mana. Mungkin boleh cetus perang. I mean, perang betul.. mungkin akan main golok dan kapak. Serius.. tak mustahil,aku sedih dengan politik kita. Semua orang jadi emosional, cepat panas baran, cepat maki hamun, cepat sebarkan maklumat yang belum tahu sahih ke tidak.. dan akhirnya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis untuk didengar. Apa-apa pun, kita tunggu aje.

demi masa depan 

Saturday, May 4, 2013

halal di negara bukan islam

 Salam readers.. first of all, aku nak ucap elok2 la drive kepada sesiapa yang nak balik mengundi tu ye. Biar lambat asal selamat. Memandangkan kau orang pun mesti dah tepu dengan berita - berita politik kan, rasanya tak salah kalau aku buat entry menyimpang skit hari nih. haha.. lagi pun.. gegurl kitew kan..gegurl kite kan... ok takde ape-ape. Okke... Makanan halal ye? Aku pelik jugak.. Sesetengah orang nih sangat risau bila ke luar negara, then tak ada benda halal untuk dimakan. Tapi yang lagi pelik, kenapa bila berada dinegara sendiri, di negara islam... tiada pulak rajinnya nak check halal atau haramnya sesuatu makanan tu. Bukan babi dengan arak je la weyh.. kamon la. Fikir luas-luas sikit. Jangan cetek sangat.

 Kalau kau pergi makan di hotel, pernah kau persoalkan tentang masakan-masakannya tuhalal ke haram? Masakan western khususnya. Aku tahu cerita ni, sebab mak aku bekerja di sebuah hotel.. then hotel tu pernah kantoi menggunakan wain dalam masakan spagetti , steak dll. Itu benda yang besar.. arak. kan? Then pernah tak kau fikir, pinggan-pinggan tu semua bercampur atau tidak? pinggan si cina yang makan babi, steak babi la misalnya.. then di basuh, digunakan untuk hidang nasik goreng kampung untuk kau yang berharga rm30:00 sepinggan tu.. pernah fikir tak? sudu-sudu nya... gelas-gelas nya... giler ke ape dieorang nak samak-samak. Tapi mengapa ya? bila ada kawan2, atau saudara mara kau dah ke oversea, kau punya alim tu... kalah ustaz. Macam-macam kau soal selidik si polan tu tentang halal haram. ceh

 Aku nak cakap satu... kalau di negara islam, kau langsung tak pernah rasa nak menjaga halal haram makanan kau tu.. Kau jangan rasa  kau akan selamat kalau kau dicampakkan ke negara bukan islam macam jepun, china, korea bagai. Kau tahu, kami-kami disini... sentiasa menhantar emel-emel kepada syarikat mknn tersebut, then tanya.. apa bahan yang mereka guna untuk buat produk mereka ni. Sama ada, menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan, atau haiwan. Dari situ, atas pendirian masing-masing lah. Yakin atau tidak. Nak tunggu ade cop halal? itu perkara lawak, kau tahu.. Kau rasa logo halal kat dunia ni, bila start tercipta? Sebelum-sebelum tu.. orang islam makan ape? Susahnya jadi orang islam time tu ye? ye? Come on... ilmu ada, sila guna. tak tahu, cari.

 Ya, memang atas keyakinan kau bila kau dah di luar negara macam ni.. semua atas keyakinan kau (berlandaskan ilmu, pengalaman yang ada). Di sini pun, ramai jugak yang jenis kurang ambil berat soal halal haram... babi je dieorang tak telan. Serius.. aku tak tipu. Mentang-mentang lah ade beer yang 0.00% alkohol katenye, terus dibeli.. dan di teguk. Kate mereka, just nak test.. lagi pun 0.00% kan? Well, tengok daripada perangai mereka ni.. aku rasa.. Malaysian kan? keluar je "barbican" di malaysia dulu, semua nak cuba minum.So kat sini tak dapat barbican, try la yg 0.00% alkohol pulak.Tapi yang betul-betul menjaga, pun ramai. Aku? aku tak berani nak cakap yang aku betul-betul jaga, tapi aku cuba seboleh-bolehnya untuk menjaga.

 Tapi bila kau dah berada ni negara bukan islam ni, mustahil lah kalau kau nak jaga halal makanan kau tu, sama macam kau jaga halal makanan kau di negara islam dengan perfect. Mustahil.. Ouh ya, ade orang cakap.. kalau keluar mana-mana, bawa lah bekal. Kalau kau kena pergi ke sesuatu tempat selama seminggu? Kau nak bawak lauk, nasik semua dalam satu tupperware 45 liter? Giler ke ape? Kemudahan dalam islam itu ada.. Kena cari, dan faham. Contoh senang la... aku sekarang di oversea, dan aku nak order spageti la kononnya. Kalau ade wain.. tolak.. kalau ade ayam,daging, ham,babi ke.. tolak.. soal pinggan tu, tak perlu lah fikir sampai ke situ. Ok? Tapi ini fikah untuk kau berada di negara yang bukan majoritinya islam lah. Kalau kau berada di Malaysia, sila ambil berat.

 Tapi ade jugak yang betul menjaga halal makanan mereka diluar negara ni, sampai langsung tak pernah makan luar. Aku cukup kagum... but.. selalunya mereka nih semuanya dah kawen lah. Isteri yang masakan. saya ulang, isteri ye. haha.. ok, takde kaitan. So, kesimpulannya di sini.. tak kisah lah dimana saja kau berada, sila ambil berat soal halal makanan anda tu.. jangan main telan je. Nanti jadi darah daging, turun kat anak-anak. Salah siapa?

Thursday, May 2, 2013

カラス

メンドクサイ
でも、まだやりたい。まだ行ける。
きっと大丈夫。


やるしかないなぁー


さぁー最後の最後まで頑張ろうぜ!!



Monday, April 29, 2013

dear my beloved anak kampung.

 Korang konvoi ramai-ramai sempena pilihan raya ni dengan guna motor  yang abah kau bawak pergi kerja yang gajinya langsung tak sampai 10K sebulan. Pakai otak sikit lah adik-adik.. kot ye pun nak duit minyak, duit belanja. Aku tak kisah kau nak sokong siapa. Tapi ade diantara kau orang ni tak layak pun lagi nak mengundinya. So apa yang kau nak gelabah? Duduk rumah belajar add math sampai dapat A lagi bagus. Ini sibuk nak konvoi sana situ.

 Ouh ya, aku faham je... anak kampung ni sesetengahnya memang jiwa rempit. Asal dapat duit belanja sikit pun da ok. Alah, aku tahu je korang tu bukannya berpolitik sangat pun. Korang memang suka konvoi2 ni... kan? Aku pun asal kampung. Aku kenal jiwa-jiwa anak kampung macam mana. Kebanyakkan tak ada wawasan, dan ramai lagi yang tak matang. Darah panas pulak tu.. banyak geng-geng kononnya. Kuat la kot.. tenaga orang muda kan?  Tapi tengoklah.. kau jatuh motor, seorang geng kau pun tak tolong kau. Kau kena sedar, bukan tu cara dia. Tak kira lah kau nak sokong mana. Tapi banyak lagi cara nak berhibur wahai anak kampung.

Tu naseb baik jatuh macam tu...cedera pun tak ada. kalau kau mati, kau nak salahkan siapa?

eh, kalau da mati, mati katak je la.



 Biar mekar jadi bunga yang wangi..jangan jadi bangkai kemudian hari. Kelak menyesal.


kucha lana



Harap si ibu dan si bapa terus bersabar ye.
Sudah le tu buat adegan sedih-sedih.
Ya aku tahu kamu berdua rindu.
Rindu yang hanya anak dan ibu n bapa ini saja yang faham.
Homosapiens lain takkan faham.
Kalau putus kepala kena pancung pun aku tetap akan bawa balik kertas keramat tu.
As soon as possible.



kamu, terima kasih untuk segala.
harap kamu juga bersabar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...