Friday, October 28, 2011

eargasm di pagi hari

Bangun awal pagi
bukak youtube
dan aku suka
ini




#bukan hanya lagu,tapi cerita berdarah..

Wednesday, October 26, 2011

hanya dia

kau..
kau ingat lagi tak kisah hangat dalam 'sensasi' dulu?
alah..yang tu..
kau dah tak ingat ke ?
'usia hanyalah angka katanya'
aku setuju kate makcik tue tu
kalau kau tulis pun..
memang nombor lah yang keluar kan?
tua muda pulak macam mana?
itu bukan nombor..
tapai hanyalah perkataan
perkataan itu pun hanya terbina
dek kerana adanya huruf itu
hanya kerana huruf
okey...
kita tengok engkau pulak,
kita tengok engkau
kau bangga kau urat dawai otot besi?
besi-besi kau itu ,
dawai-dawai kau itu
hanyalah himpunan sel-sel
sel itu pula..
hanya...
hanya...
*..............
terlalu kecil sampai aku sendiri tak tahu
kenapa berlagak?
kenapa sombong?
kenapa sayang?
berdirinya engkau hanyalah kerana sesuatu yang amat kecil
bukan kerana engkau yang seketul
dan wujudnya yang kecil itu
kerana DIA
bukan engkau
bukan.

Wednesday, October 12, 2011

Hanset cap ayam emas, otak tuan cap tahi ayam jua


Yo!! Wahsap ladies and gentlemen sekalian. Tetiba jari-jari terasa mahu bergerak pantas la pulak malam ni.keh3.. bukan sebab ada masa terluang,esok pagi gua ade kelas..cume rasa mahu menaip je...al-maklumlah,idea sedang bergolek-golek lereng otak kecil ini..keh3


korang tahu ape itu hanset? Tipu sangatlah kan klau tak tahu kan? Blog aku boleh pulak kau bukak..melayari internet..bukak youtube..bukak fb bagai kan?? ouh..mungkin anda tak panggil hanset..anda panggil handphone..hehe


Aku nih bukanlah mat gadget sangat..langsung tak bernafsu terhadap bende-bende macam tu.... kalau boleh,lagi murah lagi bagus.Henset yang aku pakai sekarang pun CSL.keh2 time tuh rm200 je.. touch skrin plak tuh... sama taraf la ngan iphone kan? hahaha


"ade hanset,tapi tak reti nak reply msg on time"

Yang nih,aku bukan nak cakap lebih la kan..aku pun selalu je..lambat reply mesej org.Itu pun disebabkan aku tgh kelas ke... (kdg2 duk depan,nak mampos ke reply mesej dpn lecturer?)..tgh diskusi ngan kawan-kawan ke..tgh drive ke... dan mungkin aku tengah berak.

"penting sangat ke?"

Of kos la penting bhai...... cuba kau fikir, mungkin itu mesej yang akan menentukan masa depan kau..macam peluang perkejaan ke,kawen ke,dll..dan mungkin juga,itu mesej terakhir yang kau akan dapat dari seseorang...tapi kau lambat reply,dia dah pergi. Itu baru mesej,kalau call? Aku pasti...konfem kau akan menyesal seumur hidup kalau kau tak alert..

"bendanya nampak remeh,tapi efeknya besar"

Sesetengah orang suka buat "silent mode" dan "non-vibrate mode".. kalau dalam meeting ke..exam ke..kelas ke..kerja ke..okke la kan? klau da tgh bersahaja pun guna mode yang sama.Ape cer? kau call 50kali pun belum tentu lagi kau perasan.. kan? 

"pakai henset mahal-mahal,panggilan tak dapat jawab jugak"

what the fuck? takde maknenye la kan? nampak sangat buta teknologi... takde bezanya klau kau pakai hanset,atau tak pakai kan? ke aku yang salah?

"hanset mahal,boleh touch2,baru boleh berlagak"

pergi mampus.

#sekarang iphone 4s da nak kluar..jum tempah yukkk


satu-satunya lagu yang selalu buat aku rasa nak menitis air mata 
emo ke aku nih?
haha

"sayangi ibu bapa anda"

Friday, October 7, 2011

AKU JUMPE HANA TAJIMA BERSEPAH TEPI JALAN


Rakyat Malaysia,khususnya hari ini sudah pandai berfesyen..cheewahhh ayat..skema la pulak.haha .. tapi betul la kan?? Rakyat2 malaysia sekarang sudah hebat berfesyen.. baik perempuan mahupun lelaki.semua da up tu date kan?

Tapi hari ni,aku nak sentuh pasal hana tajima.. pergh,ari tu aku ke KL sentral..Hana Tajima bersepah… nak g toilet pun jmpe..nak g surau pun jmpe… nak masuk mcD pun jmpe.. mak aihh,bukan main lagi lg berfesyen ye? Cantik… aku suke tengok pompuan2 pandai berhias macam ni.. maksud aku.. cantik. Anugerah tu.. sampai tengok x berkelip mata pun ade.. maaf ,ladies2 sekalian..jika anda terasa aku ni stalker..(memang pun)..aku hanya seorang lelaki yang suka tengok perempuan cantek…nape? Korang suke lelaki yang tengok 'lelaki cantek' ke? ….Okke.. dah menyimpang plak dah~


Para ladies sekalian, aku tahu memang adablah kalau seorang wanita itu berhias.. x salah pun..dan ia satu perkara yang baik.. dan kau tanya la lelaki mana sekali pun.. "sekiranya ade dua wanita, kembar seiras,perwatakan sama,pemikiran yang sama…tapi hanya satu saja yang berbeza,hanya salah seorang daripadanya itu suka berhias.yang mana kau pilih?" aku yakin ,tak ramai yang akan pilih yang x suka berhias itu..percayalah. Berhias tak semestinya sampai kau nampak cantik jelita,tapi cukup sekadar kau nampak kemas.. lebih2 lagi anak2 dara..gelap lah masa depan kau..


Aku rasa,korg tahu aje kan adab2 berhias tu… time aku dulu,ade bab tu dalam mata pelajaran pendidikan islam tingkatan5..kot.



"nak berhias tu berhias lah,tapi aurat tu
tetap kena jaga cik adek oii~ "

  
Aku bukanlah nak cakap ramai perempuan hari ini tak tutup aurat..bukan….Tapi,ramai diantara kalian.. "balut" aurat itu.. bukan tutup. Anda pakai skinny ketat2,leggings sampai nampak bontot berkerutu,baju ketat nak mampos,pakai shawl pun main belit2 sampai lupe fungsi sebenar "tudung" itu… anda betul2 hanya membalut.. bukan menutup..

"itu hak kami,suka hati kami lah kami nak pakai ape pun!! Bwekkk :P "

 

Ye..betul,memang hak anda para ladies sekalian nak pakai ape pun..aku takde hak nak suruh kau pakai spinder kaler ape ke..bentuk cam mane ke..mmg aku xde hak pun sayang oii~



"kalau tak suka,tak payah la gatal-gatal nak tengok~ huh!mencik!!"


Aku rase aku nih normal.. lelaki dan perempuan memang ade tarikan semulajadi.Bila dah tertengok..mata kata "mesti mau",otak kata "boleh dipertimbangkan",hati kata "subhanallah.. barang sedap..semua mahu kan?lagi2 free..ape ke jadah die pakai baju lagu neh ni?? ".. tapi mata masih melihat ke arah itu.. nak buat macam mana sayang,iman abang nih tak kuat macam alim ulama..



Jaga2 ladies2 sekalian…aku menaip bukan atas dasar diskriminasi sebab aku nih lelaki..Tapi atas sebab ape yang aku nampak sendiri hari ini…anda menyajikan kami hidangan2 segar untuk tiket ke neraka.. jangan jual murah… nanti senang orang pakai buang..


"bukan kah seharusnya anda itu eksklusif??"


Ape bezanya jika kau jadi isteri aku dengan paris Hilton dalam tv tu? Tak kawen dengan paris Hilton pun aku da boleh tengok hampir keseluruhan tubuhnya.. bukan aku sorang.. lelaki2 lain pun.. dah tak eksklusif untuk insan tersayanglah macam tu..kau faham maksud aku kan?



"paras rupa itu tak penting,orang sekarang tengok hati"

Banyak lah kau.. aku tengok je.. aku orang sekarang jugak..haha..melawak jap. Kalau lah benar paras rupa itu tak penting,maka tak turun lah pulak arahan untuk kita semua yang beragama islam ini menutup aurat kan? Gi sekolah pakai bikini pun okke~



Siapa idola kau?? Hana tajima? Yuna? Sukahati kau la…. Yang kena soal di akhirat nanti anda jugak.
Berhiaslah wahai wanita yang aku hormati sekalian..tapi ingat akan auratmu…. Ingat.."tutup" itu tidak pernah sama dengan "balut"… maaf jika entry aku agak kasar.. aku hanya menaip sekadar menyampaikan isi hati.salam

Tuesday, October 4, 2011

Aku si pecinta DSLR

Salam readers yang kiut miut sekalian.. rase macam lame x menaip lah! Haha..

DSLR.. korang mesti taw kan DSLR tuh menatang ape? Tipu ler x taw kan?? Blog walking punye ganas..punye la sanggup beli broadband yang laju.. tapi DSLR pun kau x taw~  DSLR atau kamera digital besar gedabak kini menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia… Best ke amek gambar guna DSLR nih?
Bagi aku yang sememangnya minat mengambil gambar..of kos la ye! Guna DSLR memang best..di samping kualiti gambar yang agak mantap..ia juga BERGAYA.

“stylo giller kot! “


Cube kau bayangkan,kau pergi reunion sekolah ke mana2 ke…then kau bawak la DSLR kebanggaan kau tu. Sekejap je..nanti mesti ade bebudak yang  tanya psl DSLR tu..kan? kena pulak dengan lense yang panjang nak mampus tuh..perghhhh.

“tapi bila ambil gambar… fail”


So,nampak sangatlah DSLR itu hanya lah sebagai bahan untuk BERLAGAK kan? Bukan nak cakap lebih2.. tapi aku taip apa yang aku nampak..serius.Aku ade je kenalan yang main DSLR ni.. tapi gambar2 yg diambil.. teruk.Teruk sangat-sangat.. angle pun tak betul..gambar yang aku ambil guna DIGITAL CAMERA ni lagi berkualiti..ape cer?? 

“masuk pasar ikan pun bawak DSLR?”


Tak sayang kamera ke kak?? Dengan penutup lensenye tak pakai.. huihhh.. ganas sangat nih. Tak kisah lah ape yang anda nak buat dengan DSLR anda tu..tapi tak bertempat rasenye. Belajar lah ambil gambar betul2..nanti2 boleh buat bisnes amek gambar orang kawen..dapat duit bnyk tu kak.

“lazimnya,aku tak mampu lagi nak beli benda alah tuh”


Ye..betul sangat2.. sebab tuh aku buat entry nih.aku jeles.. haha  

Saturday, October 1, 2011

saya baru seharian jagung..kalau salah tolong cerealkan

yo! wahsappp malaysian2 sekalian dan assalamualaikum ;). First skali..terima kasih la sebab sudi berkunjung ke sini ye .. baru je buat blog nih ekceli.hehe...
Ape tujuan aku buat blog nih? entah le.. aku nih suka duk perhatikan gelagat orang sekeliling.. dan aku lebih suka tengok "anda" dan nilai anda dari sudut  yang lain dari orang lain..kawan2 aku selalu cakap aku nih pelik.. pelik ke? tak kot...cuma kreatif lebih je.hehe
InsyaAllah..aku akan buat entry sebanyak mungkin,sementara aku masih belum sibuk. lap u all bebeh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...