Monday, November 25, 2013

cakap saja tak guna.

Kau kutuk pengurusan zakat Malaysia.
Kau celakakan cara "orang besar" mentadbir negara.
Tapi kau sedar?
Kalau esok, orang besar itu jadi petani, kemudiannya kau pula yang mentadbir negara.
Kau dengan mereka sebenarnya tak ada beza. 

Kau tengok kawan kau yang susah, ade kau pergi tolong?
Bukan maksud aku , kawan kau yang sudah minta pertolongan.
Maksud aku, ada tak kau pergi tolong mereka yang dimata kau susah.
Pernah kau pergi tolong mereka sebelum mereka bersuara?

Aku yakin tak ramai.
Kebanyakkannya kita menunggu.
Orang minta tolong, baru kita pergi menolong.
Tapi sedar tak... benda yang kita buat tu.
Sama je lah macam nak pohon bantuan daripada badan-badan kebajikan lain.
Kena isi borang, then jumpa orang tu, orang ini.
lepas tu baru dapat bantuan.

Ya, betul. Tak usaha mana nak dapat.
Kau pernah hidup susah tak?
Pernah makan nasi kosong dengan berlaukkan budu sahaja?
Pernah? 

Mereka dah susah, tapi kau mahu susahkan lagi mereka nak dapatkan bantuan.
Kau mahu mereka meronta minta tolong, baru kau nak bagi pertolongan.
Sedangkan engkau mampu.
Sedangkan kau ada mata untuk memantau keadaan manusia sekeliling.

Kalau setakat berkata kepada mereka yang susah macam ni..
"kalau nak apa-apa pertolongan, dalam bentuk tenaga ke, duit ke, bagitahu lah "
itu maknanya, kau hanya cakap niat kau.
Sama la macam berlagak. 

Kau cakap nak tolong, tapi lepas tu keadaan si susah ni pun kau tak pantau.
Nanti esok hari kau jumpa lagi, kau cakap benda sama. 
untuk apa? oh ya, niat saja dapat pahala kan?
Tapi bukan kah lebih baik kalau kau bawa terus 1kg beras, bagi pada mereka.
Buka dompet, hulur terus 2,3 keping pada mereka.

Cakap saja tak guna.
Meminta-minta pada manusia itu bukan cara islam.
Tapi memberi, ya.

Sebab itu aku cakap, cakap saja tak guna. 





6 comments:

  1. jangan marah2 yer bang..hihihihi.. biasalah tu..org kita pandai ckp jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tak marah. Tersentap dari kata-kata kawan yang bercerita sebenarnya. Ada betulnya.

      Delete
  2. Ada betulnya jugak ckp kau ni yong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah orang lain.. tapi aku rasa aku macam tu lah jugak.

      Delete
  3. yup, sesuatu yang perlu kita fikir2kan sebelum kondem orng lain kan !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...