Thursday, December 18, 2014

Vimax power. Nafsu kuda.

Aku tak menghalang " adik2 lelaki " yang GELEPOR nak kahwin awal. Lagi2 kalau yg masih di bangku sekolah menengah BAWAH.

DIK,

Awak kahwin pun mak ayah yang tanggung.

Awak baru saje ada PMR. Kerja apa awak boleh buat untuk tanggung anak orang?

So, nanti SPM.. lepas spm nak kerja terus? Who do you think you are? Anak kepada Dato bla bla.. Menteri bla bla? Kalau ya, tak apa. Teruskan, kalau bukan.. awak nak kerja mana lepas spm tu? Kerja kilang? Gaji sama dgn warga bangladesh, vietnam yg kerja kilang tu? Nak? Aku takut kau tak nak nanti.

Abang kenal melayu. Melayu sekarang tak mahu dah buat kerja2 yg geng2 "orang asing" ni buat. Malu. Tak ada standard. Kalau bujang... tak apa dik. Adik boleh je nk melukut tepi ketiak mak minta duit. Tapi kalau da lepas pmr kawen. 2tahun buat seks dpt anak 2. Kau ingat mak bapak nak tanggung kau 4beranak?

Betul ke awak rasa awak ready? Bro... sementara kau nak lepaskan diri sampai dpt segulung ijazah, macam2 hal kau kena lalui. Buat apa nak mencari tanggungjawab yg bukan lagi wajib untuk kau galas buat masa sekarang ni? Kalau tu besar kewajipannya, nak jd islam wajib kawen.

Tapi, tak kisah la. Lantak adik2 la. Abang bukan marah pun. Ingatkan je. Abang takpe, da cukup hampir cukup semua da syarat2 "layak" kawen. Cuma abang risau kalau satu hari terdapat anak2 kecil yg ditinggalkan ayah, ditinggalkan emak, ditinggalkn di tepi jalan.. 

Kahwin memang menutup fitnah. But, please think again. Adakah adik kawen tu nak menutup fitnah ( u tak buat, org cakap u buat ), atau supaya nafsu kuda jantan dan kuda betina dapat diteruskan serta merta secara halal?

Whatever. Jangan nanti , malam2....anak2 adik , bawak kertas, bawak kota, cakap datang dari pusat tahfiz, sekarang tgh buat aktiviti kokorikulum, kelab ekonomi, jual balm yg ditukar botol dgn harga 2X dr harga asal dekat restoren dah la.

Bye. Semoga berbahagia. Muah ciked.

Tuesday, November 4, 2014

Rindu kau

Haish, setelah sekian lamanya..

Salam readers. Sorry lama menyepi. Tak lupa blog dan tak lupa sahabat2 blogger sekalian. Love you all. Cuma sekarang,masa terlalu semput untuk aku nak berblogging. Apa tah lg nk blog walking. Aku pun tak sure uolls masih ber blogging ke tidok. Aku harap korang teruskan post entri2 bernas. Blog ni bkn stkt tmpt untuk luahkan perasaan, jual barang, tapi jadikan satu medium untuk sebarkan ilmu. Tak rugi. Dan itu sebab aku jd blogger. Adious. I miss blogging :(

Wednesday, August 13, 2014

@#$& !!!!!!!!!!!!

Aku dulu masa mula - mula buat pilihan untuk ambil jurusan kejuruteraan mekanikal ni goyang jugak. Mane tak nye,  kite ni lepasan spm, memang niat di hati betul - betul nak jadi engineer la. Tiba- tiba ade abang ni duk cakap...

" takyah ler ambil mekanikal... aku ni hah, giler susah nak dapat kerja. Setahun lebih mengangur. Last kerja yang takde kaitan langsung dengan mekanikal . Kerja office. "

Dalam hati aku.... " fuck la you . Spoil betul " . Tapi aku tetap stay dengan matlamat dan cita - cita aku. Tapi sekarang, alhamdulillah. Berjaya. Dan kawan aku yang belajar di malaysia sahaja pun elok je dapat kerja as engineer. Gaji tinggi dari aku lagi.

So..... aku nak ckp kat sini. Nak dapat kerja apa2 pun ssh kalau kau tak ada apa kejayaan.  Contoh, ade org "mekanikal"  bljr bodoh.. tp bab bercakap, english punya terrer, insyaAllah awak boleh bekerja sbg engineer yang bnyk deal dgn org. Contoh,  sales engineer. faham tak?

Yang jadi mslhnya skrg... sstgh graduan kejuruteraan mekanikal ni... english tunggang langgang, bahasa lain pun tak pandai, pointer teruk, imej teruk, teknik nk Ber interview fail, teknik nk bercakap dengan orang pun tak pandai.. so, siapa nak ambil kau kerja sekarang ni?  Kalau aku ni jadi bos, dan aku ni bapak kau sekalipun, aku fikir 2 kali nak jadikan ko engineer kat kilang aku.

Dan yang lagi teruk , bila kau fail buat sesuatu. Kau halang org sekeliling kau supaya jgn buat apa yang ko da buat. Ya, bagus. Tapi lagi tepat, kalau kau ckp kat org sekeliling kau spy jgn ulang KESALAHAN yang kau da buat. That is better.

Aku bukan megah aku grad jepun, dan skrg aku jd engineer. Aku cuma nak sampaikan, rezeki tu kat mana - mana, tapi kalau kau cemerlang , insyaAllah.. mungkin jalan selepasnya tu senang la. Dan bagi adik2 yang sedang belajar, atau mahu belajar... ikhlaskan hati, makesure tahu niat nk belajar, tahu apa matlamat. Hiraukan anasir buasir sekeliling. Tak kira la dari siapa2 pun. sbbnya, nnt klau la katekan... awak kena byr ptptn. Tak rase rugi ke, da la bljr sesuatu yg bkn awak minat, pastu nak kena byr ptptn. Rugi. Taw dak. Ok caw.

@#$& : entri ini hanyalah untuk anda yang sedar tentang kepentingan berfikiran jauh, dan anda yang tahu apa cita2 anda masa spm dan anda nak realisasikan sahaja. Bagi anda yang tidak terlibat, anda simpan je la.. tak pun klau nak maki saya pun, saya okey je.. mungkin saya pun terbuat sesuatu yg tak sepatutnya saya buat.

Okey . Muah ciked. <3

Tuesday, June 24, 2014

Macam gampang

Jubo punya *malaysian.

Air asia suck
Air asia suck

Kau naik jugak
Kau beli jugak

Proton suck
Proton suck

Kau naik jugak
Kau beli jugak

Merungut tak abes2.
Macam gampang.




* : sesetengah

Sunday, June 22, 2014

stay with me.



Jaga diri kau disana.
Aku jauh disini.
sibuk.
Masa untuk family aku pun tak ada mana.
Ini kan masa kita.


Dan kau memang no2.

Tunggu.
Sabar.


InsyaAllah, nanti..
Kau boleh join group no 1.
Stay je sana diam-diam.
Jangan buas-buas.



tiada kaitan.

Monday, June 16, 2014

Timing yang celaka.

Aku tengah calling2 dengan family.

Tut tut  ( petanda kredit nak abes )

Tiba2 housemate serumah ni bergaduh. Sampai ketuk2 pintu bagai.

Tut tut

Abah dengar, di suruhnya hati - hati. Orang sekarang ni bergaduh gila2. Sampai menikam - nikam.

Tut tut

Then tiba2, bilik aku pula diketuk.

Aku terpaksa la hold skjp perbualan aku tu.

Tengah2 duk speaking.

Tuttttt......

Fuckkkkkkkkk!

Rupanya die ajak mkn sama2. yang td tu gaduh sbb kejutkan member tido mati, nk ajak mkn.

Abah aku ingatkan dieorang da rampas hanset aku dah haaa. Ingat ke aku dah kena belasah da. Al maklum la, suara housemate duk jerit2, ketuk2 pintu tu dia dengar. Hehe. Kelakar betei.

Thursday, June 5, 2014

HA JI ME.

Permulaan baru yang agak perit.

But it's okay.

Kalau mahu rasa manisnya madu, kena suap ke dalam mulut dulu madunya.

Kalau mahu suap madu, kena beli dulu madunya.

Kalau mahu beli madu, kena sediakan wangnya.

Kalau mahu wangnya, kena mencari kerjanya.

Dan lain2.

Tak ada kesenangan datang bergolek. Yang datang bergolek tu bukan " lucky". BALA sebenarnya.

Well, good luck. For me.

Aku dulu pelajar. Kini alhamdulillah. Hehe

Wednesday, May 28, 2014

Derma darah 2021

future: 2021

Hai. Darah saya type O*. Klau sape eksiden,bekalan darah tak cukup, call la sy. Ini no saya, 090643254545*. Jangan risau, darah saya halal punye. Tak perlu cuci. Saya tak makan cekelat babi pun. Saya melayu muslim. Tapi kalau ade orang cina , india perlukan darah type O*, call aje saya. Saya ok je.

Euww. Yang da mkn cekelat babi tu. Kalau cuci darah tu jd ape. Daging, kepala otak sekali tak cuci kan? So... tetap tak halal jugak. Euww. Jijik. Babi betul la.

DAPATKAN DARAH HALAL!


*tertakluk pd terma dan syarat

Sunday, May 25, 2014

aixilef <3

Bila gadis cina, model playboy berhijab, berjubah.. apa kau rase? Islam terhina? Ceh. Aku tak tahu la apa kau ( pembaca ) fikir, tp bg aku.. aku cuma rasa syukur. Alhamdulillah la. Orang seperti itu, perlukan sokongan bukan cacian. Kau tahu tak.... sebenarnya, ramai je org yg bukan islam ni, sedar akan betapa relevannya islam tp tak semua diantara mereka ini masuk islam. Mereka sdr, mereka perlu berubah kearah islam, tapi ada perkara yang belum cukup dpt meyakinkn hati mereka tentang kebenaran agama ini. Salah satu faktor utamanya sikap orang yang dah lama islam yang wujud berhampiran dgn dia ( yg berminat dgn islam ). Kau ingat hidayah tu mcm kucing? Baling je ikan kembung seekor atas lantai terus datang 2,3 ekor kucing? Mcm mana dia nk yakin tentang islam klau dikelilingi oleh orang yg da lama islam tp perangai sama mcm dia.

So, awak disana.. kalau ada kawan, kenalan yg hnya "suka" islam sahaja pun dah mencukupi. Kita ni ... yg kena berubah, biar jd sebab untuk dia dapat hidayah. Biar jd sebab untuk dia terbuka hati. Biar jd sebab untuk dia masuk islam. Kau tahu kan.... besar mana pahala yg kau dpt kalau tetiba mamat dr kutub utara ni masuk islam sbb hati dia terbuka nk masuk islam selepas tengok kau buat kebaikan2 kecil mcm baca doa mkn, hormat org tua..  tanpa kau sedar yg dia perhatikan kau. Err.. fhm kn mksd aku ni. Nak ajak org ke arah islam ni kdg2 xperlu ajak bersungguh pun. Tunjukkan contoh yg baik saja pun boleh jd asbab untuk si polan ni mula terdetik.. "perghh, nk masuk islam la"

Soal gadis model bikini skali skali nk berlitup pkai hijab n jubah tu tak jd mslh pun. Bukan ade pun larangan org bkn islam yg tutup aurat dlm al-quran. Haram ke.. Larangan terhadap org islam yg tak tutup aurat ade la. Tak tahu la kalau ade kan... ilmu sy ciput je. Kalau ade, tulis la kat ruangan komen tu. Nk jugak tahu kalau ade.

Islam tu lamborghini, kau salesman/promoter, amoi cantik ni pelanggan yg kejap2 nak, kejap2 tamau. Ibaratnya, mcm tu la.

Sunday, May 18, 2014

Nurse

Seorang nurse cantik,
Check blood pressure aku.

Tingginya bacaan. Awk nervous ke.. rileks la. Jangan nervous.

Makcik HR kat belakang gelak2.



hurm.

Monday, April 28, 2014

MLM !!ヽ(゚д゚ヽ)(ノ゚д゚)ノ!!

dengar cerita awak aktif ajak orang MLM sana sini.

hari-hari kutuk melayu yang malas bekerja tapi nak duit.

tapi, dah 4tahun rasenye awk duk promote MLM awk tu.

kenapa last year baru dapat pakai kereta?

buat loan pulak tewww... hiks.

ingt ke masuk hari ni, bulan depan da dapat pakai Brabus.

ayam.

     ayam gua, waktu petang tu kalau nak halau-halau supaya dia masuk dalam reban memang mimpi la. selagi tak puas dia duk kais-kais pasir tu, selagi la dia takkan masuk reban. tapi bila maghrib je, semua masing-masing da pandai duk dalam reban, tunggu aku tutupkan pintu je. Alhamdulillah, ayam aku ni baik jantan atau betina.. pandai-pandai. Tapi awk ni, duk bertonggek-tonggek tepi jalan ni kenapa? nak tunggu lori pasir datang sapu?

Wednesday, April 23, 2014

korokmung

cis.

delay.

delay.

delay.

payment da buat, kerja lembab jugak.

awak ingat, saya ni tok awak ke?

saya bayar awk.

awak buat kerja.

then saya dapat barang saya.

ontime.

bukan lambat macam ni.

haramjadahkorokmung

Tuesday, April 22, 2014

ampunkan dosa ku.

"sedang nabi pun ampunkan umat dia... ini kan kita manusia biasa"

ayat feymes drama.

ayat orang suka buat salah, then minta maaf dgn harapan org lain akan maafkan dia serta merta.

ayat orang yang ingat org yg dia buat khianat tu sama level ngan para nabi, berhati suci murni.

dey.

betul. maaf memaafkan tu perkara mulia. Tapi kau kena ingat, hati manusia ni kompleks. lagi2 hati orang tua. gila babun komplikated gitu bak hang. awok pun tahu kan.... dosa ngan manusia ni, slagi manusia tu x ampun kan kita, sampai tu la kita berdosa ngan die. neraka, neraka la.

nak salahkn die yg kita buat khianat tu , tak maafkan kita? apa hak kita si pesalah bila si teranayia tu tetap tak mahu maafkan? TAKDE HAK.

Sebab tu, ustad kan selalu pesan, ckp dengan orang..jgn sebarang cakap. tuduh org, jangan sebarang tuduh. Maki orang, jangan sebarang maki. Bila terlebih nanti, orang tak maafkan, macam mana? takkan nk g belasah dia sebab dia tak maafkan kau plak kan...

fikir sendiri.

Wednesday, April 16, 2014

puase maggi

    Salam readers. ape citer ni? ape citer ni? sihat ke tidok? hehe. pejam celik pejam celik... da hampir 3 minggu berada di malaysia. Hampir 3 minggu jugak aku tak sentuh maggi. haha.. kalau masa belajar dulu.. seminggu paling kurang sekali. Mana nak sihat.haha.
   Kalau bercerita, mesti ada yang akan cakap aku mengada kan. Tapi, apa aku kesah. haha. Sesungguhnya aku da mula rindu dengan pemandu berhemah negara matahari terbit tu. Sesungguhnya aku da mula rindu dengan layanan pekerja bank jepun yang sentiasa senyum ,senyum, senyum.
    Sebenarnya kejutan budaya jugak la bagi aku. Walaupun boleh dikatakan hmpir setiap raya aku balik.. but... entah lah, dah biasa hidup cara jepun kot. Takpe la... sampai bila nk jd manja kan? lols

Saturday, March 29, 2014

kikoku ( 帰国 )


   Setelah 4tahun, tambah 1tahun extend disini, alhamdulillah... berjaya habiskan degree di sini. Penat. Letih. Hari-hari kena marah dengan orang atasan. Hari-hari kena perli dengan orang atasan. Hidup miskin dengan duit sendiri beberapa bulan kerana menunggu "permohonan perlanjutan biasiswa" itu diluluskan. Tapi alhamdulillah. Segala keperitan yang aku lalu setahun ni.. banyak bukak mata, minda aku terhadap kekurangan diri, serta menukar pandangan aku terhadap sesuatu hal sekitar aku ni. aku tak rasa apa-apa kerugian. Ya , betul.. masa aku rugi. Tapi, aku rasa aku muda lagi. Aku sedar, aku ada buat salah. Jadi aku berkeputusan untuk bertanggung jawab atas kesalahan tu. "BAIKI BALIK". Alhamdulillah. Setel sudah. Lusa ni nak balik da. Sibuknya nak berpindah rumah..nak uruskan itu ini. Haih.. Takpela.. da nak balik mesia da. Hehe.. Sorry la, tak sempat nk teruskn " ke tokyo ke kita ". Tak sempat nak sentuh laptop pun.. ini pun hapdet pakai hanset. haha.. ketar jari.

   Mungkin aku akan menyepi untuk jangka masa yang lama. Al maklum lah... rumah kampung kan. Pasang tenet pun, belum tentu dapat tenetnye. So, moga berjumpa lagi. So ini sedikit sebanyak personal detail saya. Haha



Nama : Mohd Khirul Amri Bin Hasan
Asal : Pahang
Umur : sweet 24
Facebook : khirul amri bin hasan
twitter : aiehasan
instagram : aiehasan

#kikoku : Pulang negara asal.



Wednesday, March 19, 2014

penampor kokedai supernova iron lotus.


khalipah

mahaguru

bomoh

jampi orang tue - tue

Cap Kapal layor

Jangan campur urusan orang tue - tue.



Hurm. Macam harem.

Friday, March 14, 2014

bergegar habes.

   Letih jalan-jalan ke tokyo tak abes lagi nih.... jam 1:50 pagi macam tu, aku da start tarik selimut. Mengantuk. Baru aje nak terlelap.....

Ga!

Ga! Ga! Ga! Ga!

  Aku ingatkan aku tengah mimpi ngeri apa tadi. Tapi bila da terjaga sepenuhnya... aku tengok pintu bilik aku gegar, katil bergoyang-goyang. gempa bumi ( jishin , 地震 ) ke????

Ga! Ga! Ga! Ga! Ga!

  Cuaknya takyah cakap dah. Dalam kepala aku... ini ke gempa bumi besar yang dieorang kecoh-kecohkan sebelum ni??? Ya Allah.. berlari aku keluar dari bilik.. Tapi sampai je kat pintu rumah, da senyap da.. Tak ade da. Haih, macam mana lah orang jepun area yang selalu ade gempa bumi ni hidup. Aku yang jarang-jarang merasa ni pun dah seriau. Katenya, akan ade gempa bumi susulan ( yoshin , 余震). Harap tak ade ape-ape lah.

Sunday, March 9, 2014

sarapan pagi hari ini

  Kesian keluarga mangsa yang terlibat. Terlalu ramai pakar peramal di alam sosial yang jari laju menaip, otak berkulat. Boleh kot sensitif skit. Jgn melawak sngt. Cuba fikir kalau ahli keluarga anda sendiri terlibat. Paling kurang pun cuba bayangkan nenek awak pergi buat umrah, then flight delay sbb ade taufan dekat area sekian-sekian. amacam, time tu ade tak jantung berdegup kencang?

Selalu macam ni.

  Dulu waktu Jepun dilanda bencana pun macam ni juga. bullshit. Selagi bukan mak ayah adik abg kakak dieorg yg terlibat dalam tragedi mcm ni, selagi tu la tak reti agaknya. Bodoh sangat mungkin.

  Hentikan menyebar khabar angin kalau xde bukti. Kalau rasa nak buat mesyuarat tentang sape hebat meramal ni, boleh la kot cuba private2kn sikit. Kau mungkin tak sedar, apa saja status "ramalan" yang kau update tu besar impaknya kepada keluarga mangsa yang menunggu. Bila nak belajar ni?


Friday, March 7, 2014

besar molek.


" kau tak baik cakap macam tu "
" Tak baik hukum dia macam tu "
" Tengok lah latar belakang dia "

Hai awak.
Nape tak tutup aurat?

Bahagia ke hidup macam ni?
Tahu kan , dosa ape semua tu.

Saya tak menyokong.
Hurmm..dulu-dulu saya pernah cakap dengan kawan saya pasal orang macam awak ni.
Tapi saya pulak kena bash.
Silap saya lah kot, menghukum orang.

Mereka kata, awak jadi macam tu sebab faktor keluarga.
Keluarga awak bukan jenis yang kuat agama sangat.
Kate mereka lah.
Kate mereka, awak yang cakap macam tu kat mereka.
Mereka setuju jugak.
Faktor keluarga.


Well. Boleylahhh.

Tapi kan awak...
Ade je anak tok imam yang main barang.
Keluarga dieorang, adik-beradik die semua baik-baik.
Belajar tinggi-tinggi semuanya.
Yang perempuan tudung labuh, laki siap berserban.
Surah semua basah di mulut.
Dia seorang je macam tu.
Black sheep.
Kesian.
Dia nak salah kan siapa? macam dah kurang je " orang untuk dipersalahkan ".
Tak macam awak, awak ade family yang tak kuat agama untuk dipersalahkan.
Kan?

Tapi kalau tengok fizikal awak ni.
Dah besar molek rasanya.
Belajar pun terrer.
Boleh membaca tulisan saya lagi.
Takkan tak boleh fikir sendiri lagi.

Alah.
Sama la macam mak bagi kita rm2:00,
suruh beli air batu kat kedai harga rm1:70.
kalau kecik-kecik dulu, dapat je air batu..selalu lupa nak ambil wang baki kan.
Tapi takkan lah sekarang dah besar molek pun masih lupa nak ambil baki 30sen?

Udah la tu salahkan orang lain.
Awak merokok ke..
Awak selalu one night stand ke..
Awak tak jaga halal haram ke...
Tu semua pilihan awak sendiri yang buat.


Bendiri megah. Katakan..

" itu pilihan bodoh , aku yang dah besar molek ni buat "




Tuesday, March 4, 2014

spam comment. terasa shit sekali.

 Awat tetiba banyak comment spam ni? Adakah sebab perkara yang tak molek telah saya lakukan? pelik semacam. Sehari berduyun-duyun spam comment yang masuk. Takkan la pasal jarang-jarang post... iskkk . tak lojik.

Saturday, March 1, 2014

racist

 Orang cina ni tak kira lah berada di mana saja pun... kalau seorang die behave lagi, cakap dengan sopan santun gitew. Tapi bila da ade geng, mula lah cakap gaya macam partner dia tu duduk sebatu. Betul? Aku yakin ramai je orang setuju part ni kan. Sebab memang betul pun. Baik di orang cina di Malaysia ke, di Jepun ke ( rmh aku sebelah dengan seorang brother dari China ni ).. di Amerika ke... di China ke. Mereka memang macam tu.
 Racist ke aku bila aku kata macam ni? Haha...Aku tak rasa aku racist bila kita bercakap tentang sesuatu yang memang betul golongan itu macam itu atau macam ini. Kalau betul, apa yang racist nya? Well mungkin ade la kot, orang cina yang bila dalam group pun masih bercakap cover malu-malu gitew.Tapi setakat ni aku tak jumpe lagi la...Alahai, sama aje lah kalau orang cakap, Melayu ni pemalas, asyik fikir nak cepat kaya je. Itu racist? Hell no. Sebab bagi aku, benda tu memang kebanyakkan Melayu buat. Gua boleh bilang berapa orang dari berapa orang kawan gua yang gelabah join MLM dulu tu. Batak duit.
  So itu je la. Sejujurnya, aku tak ada masalah sangat dengan " orang cina cakap dengan nada kuat bila ber groupie " ni. Biasa lah.. maisng-masing ada "trademark" tersendiri. Tapi itu la, kalau ade mana-mana orang cina yang baca ini, terkuat suara bila bercakap tu ke,  boleh la kot cover-cover sikit ke, angkat tangan sikit ke kat orang meja mkn sebelah tu ke kan? Tak salah bercakap kuat.. just kadang-kadang tu tak semua orang suka happening-happening ni. Ape salahnya, hormat menghormati. Tak rugi pun.



Monday, February 24, 2014

cakap saja la kan?

  Menunaikan rukun islam itu wajib kan? Melengah - lengahkan berdosa kan? Kalau tak usaha untuk melakukan rukun islam (mendirikan solat sbg contoh) , berdosa kan? tak usaha... maka akhirnya, tak buat la kan? Okey.. as a muslim, aku memang ada niat untuk tunaikan rukun islam yang keempat. Aku percaya orang lain pun sama kan? (terhad pada readers muslim). Tapi kan... entah lah. Aku just terfikir, banyak mana duit yang aku spend untuk sesuatu yang bukan keperluan. Macam smartphone mahal ni hah, lens kamera, roadbike, jalan-jalan situ sini tu semua. Sedangkan, kalau nak ditotalkan kesemua kos membeli bnda alah tu semua... aku rasa mungkin aku dah mampu untuk tunaikan haji kot sekarang ni. Moga diberi ketetapan hati untuk terus menyimpan, kurangkan beli bnda yang tak berfaedah sangat.

kenapa menulis? tweet saja pun boleh.

  Salam readers. Aku start blogger tahun 2009 lagi. Then 2010 stop, 2011 buka muka baru... buka blog baru.Well, faham-faham saja la kan... hidup ini ade manis ade pahit. So blog ni boleh dikira cerita kehidupan diri lah jugak. Ada sesetengah kenangan tu bila kita kenang kita suka, ada yang sebaliknya. So itu reasonnya aku stop 2010 sekejap. haha... Banyak sangat kenangan yang tak elok untuk di kenang. haha
  Tapi kenapa menulis lagi? sekarangkan dah banyak lagi ruang untuk menulis... twitter ade, facebook ade.. satu saje sebab aku. Melalui blog ni aku dapat tulis apa yang aku mahu, panjang mana pun boleh. Cerita yang aku tulis ni tak lah terlalu menyentuh hal privasi sendiri, tapi lebih kepada idea sendiri, cerita yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Bukan pasal cerita aku tu betul atau salah. Tapi pasal "pandangan" seorang lelaki yang berumur 20an, masih bujang, baru nak abes belajar di jepun, masih menetap di jepun, dan seorang islam.
  Aku tak kisah sangat apa readers nak kata. Kalau ade yang salah, inform saja. Aku bukan menulis untuk buat duit, apetah lagi nak jadi blogger famous. Follower tercinta pun secoet. haha. Iklan sekeping pun tak ade kat blog ni haa. Aku menulis ni supaya dapat memercikkan api-api kecil dalam minda readers aku tentang idea dari kepala aku ni. Ya, aku tahu kadang-kadang idea aku ni overpelik, over menyentapkan.. haha. Tapi itu la... membaca itu jambatan ilmu. Untuk apa kau membaca banyak-banyak, kalau semua benda yang kau baca tu isinya sama belaka? Buang masa. ok, itu saja. Tak sabau iolls nak kelik mesia.


Saturday, February 15, 2014

jepun , islam .



" kau pernah dengar pasal reincarnation? "
" kalau macam kami ni, bila mati nanti roh kami ni akan di recycle balik la ke dalam jasad yang lain pula " 
" so kalau orang islam kan.... rohnya tu dtg dari mana? " 

" datang straigth dari Allah la... " 
" setiap orang ade satu roh "

" So bnyk roh la ni ? nape macam tu ? "

*** aku snyp, tgh fikir..lol

" macam ni... orang islam, mereka percaya pada hari kiamat, kehidupan selepas mati"
" kau percaya hari kiamat kan?"

" Aku percaya, tapi tak sangat la.. biasa je "

" ok, akan sampai masa..semua manusia akan mati"
" then bila kiamat berlaku, takkan ade sape-sape pun yang akan selamat "
" then, tak lama lepas tu, semua manusia yang dah mati ni akan hidup balik " 
" lepas tu ade macam "INTERVIEW" la dengan Allah , sama ada kau akan ke syurga ke atau ke neraka "
" kalau kau baik di dunia, dapat lah masuk syurga "
" kalau jahat , masuk neraka "

" ouh, macam tu.. so ade matlamat la kan "
" Pastu kan... kalau orang islam ni, apa pandangan korang kat orang bukan islam? "
" kita orang ni memang masuk neraka ke ? "

" haaa... betul , as a muslim mesti la aku percaya macam tu "
" sama macam orang kristian, orang hindu kan? "
" kau percaya tuhan aku, maknanya kau sembah tuhan aku.. mereka yang sembah tu, mesti lah boleh masuk syurga tuhan aku tu "
"kiranya macam tu lah konsep dia... "
" tapi tak semua orang islam akan masuk syurga pun.. ramai je yang masuk neraka"
" aku pun tak tahu lagi nanti ke mana "

" so kau cakap aku ni masuk neraka la nanti ni ? "

" yup "

" hoi... teruk giler kau. Tak agak-agak.. kasar giler "

"haha... dah tadi tanya, jawab je la.. "
" dari pemikiran seorang muslim..hehe "

" haha.. okey-okey "
" aku ni bukan la tak percaya tuhan "
" secara umumnya aku ni buddha la "
" tapi atheist "
" kalau orang luar punye atheist ni, memang die tak percaya tuhan langsung dah "
" tapi kalau jepun ni, dia atheist, tp percaya tuhan tu wujud "
" cuma kami ni, tak "beriman" sangat dah nak sembahyang-sembahyang bagai tu "
" bagi aku, tuhan yang aku nampak sekarang ni.. mak aku, abah aku, kakak aku "
" serious tak tipu, sebab itu yang aku nampak bila aku dalam kesusahan "

" oo ye ke "
" betul la tu , kalau ikutkan dieorang la yang banyak tolong kita kan "

" sebab tu la, jepun ni jenis yang tak rigid sangat beragama "
" kalau boleh kat IC tu asal ade je "

" hehe... nih, cakap tadi buddha kan? "
" nanti kalau kawen, nak kawen kat mana? "

" haha.. haaa, kalau yang tu ikut kristian la kot "

" pulak... nape tak ikut buddha "

" well, kalau ikut buddha ni lecer.. bnyk bnda kena buat" 
" lagi pun tak ikut trend la kan.. " 

" haha, part tu yang aku tak faham dengan orang jepun ni.. kejap buddha, kejap kristian "

" hurmm.. aku pun tak tahu jugak, aku ikut trend aje la "
" dapat lah cuti lebih kan.. " 
" dapat cuti krismas, cuti tahun baru "

"ouh..haha..gitu pulak"



# menaip senang, nak meluahkan seketul-seketul ilmu secoet didada untuk bagi mereka faham tu, Allah saja yang tahu. Aku tahu dia ni macam mencari "tuhan". Selalu tanya pasal agama. Tapi dalam masa yang sama, selalu jugak ajak aku pergi ke nightclub. haha.. Aku harap, kawan aku sorang ni dapat hidayah untuk masuk islam satu hari nanti. Ganbatte.

# ikut trend : Malaysia kita.. akan jadi macam jepun satu hari nanti kalau keadaan "trend kawen gaya barat" ni berterusan. 


Wednesday, February 12, 2014

menutup kemaluan yang tak mahu ditutup sebenarnya

" aku turn on dengan lelaki pandai masak "

 Apa semua ni? Hang ingat lelaki macam aku ni boleh tergoda la dengan statement malas kau tu? kamon la. Anda sepatutnya rasa tercabar. Bukan nak turn on. Alasan nak menutup kemaluan yang tak mahu ditutup....Cakap je la macam ni. 

" Aku ni pemalas. Masak malas, sebab tu tak pandai. Serius pemalas. Kalau boleh lepas makan tu terus nak terjun atas katil, golek-golek. Harap dapat lelaki yang pandai masak. "



Friday, January 31, 2014

bakat.

 Aku tengok ramai je orang yang tak berbakat melukis, tapi tak habis-habis nak mendoodle situ sini. Salah seorangnya, aku lah kot. Aku tak tahu, tapi aku dan adik beradik memang waktu kecik-kecik, maa cakap... benda first yang aku adik beradik paling suka adalah kertas dengan pensil. Kalau tinggalkan saja aku dengan pensil dan kertas, aku duk sorang-sorang kat rumah pun tak apa. Sampaikan kalau parents aku nak keluar ke mana-mana, dieorang bawakkan buku dan pensil. Aku lah hardcore sikit.. tapi behave. Adik-adik aku nih... tak cukup kertas, abes dinding rumah di conteng nya dengan gambar lori. ye. Lori... aku tak faham kenapa, tapi setiap kali dieorang melukis "lori" tu.. imaginasi tu meleret sampai buat bunyi lori. Padahal lori lukis pun tak siap lagi. Serius... imaginasi tahap dewa adik-adik aku ni. 
  Tapi itu lah... bila dah besar-besar ni rasa "minat melukis" tu dah hilang... "bakat"? aku tak sure... time sekolah, boleh la "dikatakan mat kreatif".. Tapi, aku prektis aje kot. Sekarang ni xdak masa da nak prektis2. Kalau la diberikan pensil dan kertas sekarang ni agaknya, lukis lambang nike pun fail agaknya. Aku kagum la dengan anda-anda sekalian yang tak pernah hilang minat dalam mengasahkan bakat seni tu. Bagus la.. teruskan. Memang tak semua orang dilahirkan dengan bakat pun. Nak terrer kena usaha asah sendiri. 

Sunday, January 26, 2014

awwwww.... so sweet. tahi

 Untuk mencapai level orang sekeliling kau cakap kau "lelaki sweet" pada gf/bini/mak atau "perempuan sweet"  pada " bf/bini/abah" kau tu, kau kena cukup satu syarat. Cukup je satu syarat ni, konfem orang sekeliling kau akan cakap benda macam tu. Jangan risau. Nak tahu ape syaratnya. Syaratnya, kau dan pasangan kau, atau paling-paling kurang salah seorang kau tu mestilah memiliki wajah yang cantik, hensem, pandai bergaya, berbadan slim, sasa, dan sudah pasti mempunyai ramai peminat. Sebab.. pernah ke kau tengok orang komen.. "waaa sweetnya".. kat artis2 yang tak hensem  ? ade ke orang cakap macam tu kat mereka yang gemok,debab tu? pernah? tak kan.. aku malas la nak cakap nama artis. kena saman nanti. susah. haha... Tapi itu la aku nak bagitahu. Kita skrg ni hidup dlm dunia yang serba serbi pandang rupa. Bullshit lah kau tak pandang rupa. Cuba check ig.. ade tak follow artis-artis yang muka tak seberapa? mesti follow semua yang cun-cun , hensem-hensem aje kan... haha.

 Well ..takpe la.. bagi anda-anda yang merasakan diri tak seberapa tu sekalian, tak perlu down. Awk ber romantik-romantik kepada pasangan bukan sebab nak orang tengok atau cakap "sweetnye mek atidoharis " .. kan. Buat untuk happykan pasangan la. That's better. Last-last semua tu untuk hubungan awak dengan pasangan awk jugak. Dunia teknologi ni buatkan kita terlalu mengharapkan "pujaan" orang. Masak cekodok ikan bilis pun nak bagitahu satu fb. whatthehell..  ok. itu saje.

Thursday, January 23, 2014

KYREN THOMAS - Selamat Pagi Sayang



 Kalau la aku boleh main gitar macam ni gayanya. Dah lama boleh buat duit sampingan dengan busking tepi jalan. Catchy habes.. 

Selamat pagi, ouh sayang ku.
kembalikan lah cintaku, mulai lah hari baru.

cewah.

Sunday, January 19, 2014

ilmu kawen. meh-meh.

Kalau "baru kawen" memang kena post gmbr peluk2/gmbr over intim ngan laki bini ke facebook or twitter or instagram atau lain-lain lagi?  Citer la.. nak jugak tips-tips. Ye lah. Dah dpt "greenlight" kan. Ramai je kawan kitew yang baru kawen buat gitewww. Kitewww tak kawen lagi. Kitew nak kawen jugak nanti. Kalau perlu, nanti kitew nak tambahan satu dulang hantaran topup mobile internet je kat bakal bini. em em.







Friday, January 17, 2014

groupie and the spirit of asabiyah

 Aku pelik dengan "designer baju" sekarang ni. Adakah kau dah terlalu "tak kreatif" sehinggakan masih meneruskan idea untuk design baju "negeri". Sekarang pulak, dah bergerak ke "group" yang lagi kecil. Tadi aku jumpe T-shirt "BESUT". Lawak la korang ni. Jadi designer, tapi idea semua nak sama. Oh ya, akan datang ni akan ada lah mereka buat T-shirt kampung pulak agaknya. "UNCLE FROG VILLAGE", "KUANG HILL", "SNAKE RIVERer" dan lain-lain... do more lah! cukup-cukup lah tu meniru. Hentikan kebullshitan ini.

Wednesday, January 8, 2014

jepun, masa, kibishii

Aku tengah rendam mee segera yang aku beli kat koperasi td. Then ade la senior jepun sorang ni pun makan mee segera jugak. Tak lama lepas tu, aku pun terus la bukak .. start nak makan. Pastu dia nih tanya.. "weh, kejap giler. tak sampai lagi 3 minit "... aku macam ternganga tanpa kata. haha. Rilek la wei..mee segera je pun. Takkan nak rendam mee segera aje pun. huishhh..  kibishii sungguh. 

kibishii = tegas 

Tuesday, January 7, 2014

pbsm, cpr, capati dan pondan

    Aku dulu sekolah rendah, pbsm je.Entah kenapa, mungkin sebab parents aku tak berkenan sangat dengan pengakap nih, pastu dari kecik duk suruh jadi doktor. Mungkin sebab tu aku masuk PBSM kot. Ok lah.. dapat lah jawatan as komander time kawad tu. Darjah 6 kot. Ape lah sangat.

   Tapi bila masuk sekolah menengah, start masuk kadet polis. Tapi oleh kerana cikgu yang handle kadet polis nih jenis yang macam berat sebelah, mereka yang berpangkat pula menipu mereka yang muda-muda, maka kami ramai-ramai lari dari kadet polis next year tu ( time tu form 3) . Mana taknya, kawad kaki setiap petang. Katanya, nanti nak ada latihan menembak guna M-16. So, semangat lah kan semua. Asal dapat menembak, baru lah dapat berlagak dengan budak PKBM. Last-last, hanya mereka yang berpangkat sahaja akan pergi latihan menembak tersebut. Hampeh, janji dah dicapati.

   Last, bila form 4~5 aku join st.john ambulance. Motif dia sbb baju dia smart.. lol.. Tapi ok lah. Aku rasa time tu lah kot baru rasa ilmu yang belajar dalam unit beruniform tu berguna. Sebagai contoh, berapa ramai yang tahu buat cpr. Maksud aku dengan cara yg betul. Bukan main push2 dada, then comolot2 mulut mangsa tu je. Kalau lah mangsa tu ada 20% je lagi chance nak hidup, dengan cpr kau yang silap tekniknya tu.. kau mungkin sebenarnya boleh membunuh dia. Jaga-jaga brader.

  Tapi aku pelik la jugak. Bila jumpa geng2 waktu persediaan before dtg jepun dulu..kaw2 kena bahan bila ckp dulunya pbsm or st.john ambulance. Katanya, geng2 pondan. Tapi sekolah aku, semua jenis taff2 je semua yg masuk st.john ambulance ni. Macam mana tu? haha

Thursday, January 2, 2014

get ready.

 Aku penuhkan hampir separuh hari pertama untuk 2014 ini diatas katil. Ouh yeah..... cuddle-cuddle ngan batal busuk je. Then bangun, makan.. layan supernatural season 8. Then bersihkan dapur, siang ayam 2 ekor, masak dan makan, then layan balik supernatural. Muahaha. produktif la tu kan? Calon menantu pilihan makcik-makcik satu malaya ni.

#tiada kaitan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...