Tuesday, January 29, 2013

giving up?

  Putus asa? tidak sekali.. aku syukur sebab dikurniakan jiwa kental macam ini. Jatuh remuk satu badan, masih  mampu untuk bangun berdiri pada masa singkat. Maksud aku, proses pemulihan. Ya, aku di duga disini. extend. Bad thing? ya.. bad thing. Sebabnya? usah la kau tanya.. Tapi, satu saja kata daripada Prof aku disini.. memang perkara yang menjejaskan masa depan. Tapi yang pasti, pasti ada yang akan kau belajar dalam jangka masa yg kau extend nanti. rileks.. katanya. pasti . Mungkin ini jalan yang Dia nak tarbiyah aku. Siapa tahu?  Syukur,ada keluarga yang memahami, bakal keluarga yang memahami, dan dikelilingi sahabat-sahabat yang baik. Aku tahu, kehidupan selepas ini mungkin lagi mencabar.Tapi tak apa... aku percaya.Ada hikmahnya.


Thursday, January 24, 2013

terakhir..mungkin.

Cecair suam mengalir laju.
Basahkan pipi.
Aku tak dapat tahan.
Dugaan ini terlalu berat.

Bila dengar suara si ibu.
Bila dengar suara si ayah.
Bila dengar suara si dia.
Aku jadi makin sayu, tak mampu.

Maafkan anakmu kerana tak mampu jadi yang terbaik.
Maafkan aku kerana tak mampu untuk tunaikan janji.
Doakan kekuatan untuk aku untuk aku hadap dugaan ini.
Ia....terlalu berat.




Monday, January 21, 2013

Olimpik musim salju


Tak ada apa.
Cuma terkilan.
Dengan perangai adik-adik...
Si adik yang tak pernah matang.

Kau orang ni..
Pakat-pakat period bersama ke?
Boleh la nanti masuk olimpik.
Acara period beregu berirama.
Nak?

Syukur aku dah tak lama di sini.
Pandai-pandai lah bawa diri.
Aku boleh nasihat sebelum pergi.
Harap tak ada yang bunuh diri.



oh lagu tiada kaitan.
dia ni mmg kurang behave skit.

Sunday, January 20, 2013

girls~ ( tangan di dada, mata ke atas )

Mamut baru break dengan isabella, dan kini sedang bercouple dengan temah pop.

****

Mamut kucing : Hai baby...baby sihat?
Temah pop : Hai anje...ngeeee.anje sihat je...
Mamut kucing : baby...abang nak mintak tolong ni. Rasanya tinggal laptop abang terbiar macam tu je la kat hostel tu. Abes la kena pedajal ngan budak-budak tu nanti.. konfem fb kena sabotaj. wuu :'(
Temah pop : Alolololo :3 Meh temah tukarkan password
Mamut kucing : Wow...Baby,nice idea! ngeee<3
Temah pop : Tapi abang kena la percaya kan temah...hmmmm
Mamut kucing : Ye2... percaya. Fb abang kn Fb temah jugak. cayang baby!
Temah pop : Auwww... anje ni gatal taw.ngeee... ok, ape passwordnye?
Mamut kucing : malaysiawants1D78
Temah pop : ermmm....
Mamut kucing : nape?
Temah pop : ape makna 78 kat belakang tu?
Mamut kucing : xde makna ape-ape pun...saje
Temah pop : Tipu... nih mesti ade kaitan ngan ex awak, si isabella kan? kan?
Mamut kucing : Laaaa... abang x tipu la... betul
Temah pop : Ye la tu~ huh! takkan la saje-saje letak nombor kat belakang. password emel awak pun ade 78..mesti means something
Mamut kucing : takde la....abang saje2 je..
Temah pop : Tipu! Tipu! tipu!... wawawa... sampai hati tipu saya...ckp no secret between us

****

maka temah pop dan mamut kucing pun berdrama sembilu kasih satu hari, satu malam.

Thursday, January 17, 2013

fiksyen campur realiti


* * * * *

Aku : yo, wahssap remy tempe! Dengar cerita nak turun KL112. Buat siaran terus upload ye
Remy Tempe : a'a .. aku turun nanti. Hak eleh...sejak bila kau berubah parti ni?
Aku : Aku ubah parti? Lorrr...sejak bila aku berparti?
Remy Tempe : Dulu kan kau tak suka bersih..kau cakap orang emo. Then kau tak suke PTPTN dimansuhkan... hah. Tahu la kau tajaan JPA kan~ haha
Aku : haha...dah benda tak baik, buat apa nak sokong? Tak semua manifesto sesuatu parti tu baik bagi aku. Dah tak elok...x elok la.
Remy Tempe : PTPTN dimansuhkan pun? Susah la anak-anak kau nanti...sekarang kau cakap senanglah sebab kau dapat biasiswa tanggungan penuh. 
Aku : Aku dah agak..mesti orang fikir lagu tu. Tapi kepala hotak kau la... Da berlagak , enjoy puas-puas, tiap-tiap minggu keluar dating, tengok wayang, makan kepsi,pizza hut, beli henset baru, then kau taknak bayar PTPTN? Mintak dimansuhkan? Terang-terang kau nak lari dari tanggungjawab membayar duit yg kau pinjam.
Remy Tempe : Alah, negara lain boleh.... takkan kita tak boleh. Negara kita nih banyak sangat duit yang lesap begitu saja. 
Aku : Bab PTPTN mansuh, memang aku tak setuju. Lainlah kalau kau mintak, pinjaman tu mmg xde bunga. So kau bayar apa yang kau guna.
Remy Tempe : Hahaha..kau cakap senang. Kau tak rase...
Aku : Tapi kalau free education. Aku tak sokong dan tak bantah.
Remy Tempe : Aku tahu, Sebab tu bergantung pada pemikiran orang kita. Khususnya orang melayu. Mak bapak kerja susah-susah pun ramai lagi yang malas nak gi sekolah kan? Yang nak  merempit, nak jadi artis ramai. Naseb baik la aku ni... muke je macam melayu. Hahaha
Aku : Haremmmm, tak guna.

*******


Tuesday, January 15, 2013

sharifaktab

   Listen! (darab 10). Dengar aku nak cakap ini. Kau datang sini, kau tetamu...kau dengar sini.  Giller style makcik sharipah ni bak hang. Daripada mula-mula time Bawani berhujah tu bebudak duk bersorak,bertepuk ... bebudak tuh boleh berubah arah bersorak,bertepuk untuk dia pulak. Serius, hebat aku cakap. Dia ni ade X factor. Bebudak-bebudak pandai tuh... belajar tinggi-tinggi, pun boleh goyang.

  Mohon ampun kalau ada yang terasa. Kita nih tak patut jadi lalang. Soal hujah student dengan panel itu satu cerita. Soal, anda..si pendengar secara live. Mana nilai islamik yang ada pada hang pa semua? Bagi yang non-muslim, mana moraliti hang pa?

  Eh, dalam Al-quran memang suruh kita ikut sapa yang kuat aje eh? Nih aku nak cakap kat hang... nanti time dajjal keluar nanti, agak-agak... kau sembah yang mana? THINK.

Sunday, January 13, 2013

dialog cinta dunia

Dalam kereta, on the way pulang ke rumah.

******

Aku : Alah kau ni.... tu Kicap Boy kan ade. Takkan kau tak berkenan kot
Cat woman : Tak nak la aku... dia muda kot. Ishh..tak boleh. Tak boleh
Aku : Lorr... apsal? Muda pun apa salahnya? Dia tu, rupa ada.. jimat cermat..matang
Cat woman : Dia kan muda, macam mana aku nak respek dia? Tak boleh...tak boleh.
Aku : hahaha. Dah tu, kau nak tunggu Pakcik amek kau jadi bini muda?
Cat woman : Aku tak leyh terima giler kalau bab poligami ni.
Aku : Aku dah agak da. hahaha
Cat woman : Kau fikir logik aje lah.Buat apa kau kawen dengan aku, kalau kau nak cari lagi yang lain? haa... aku, kalau suami aku nak tambah satu lagi. Tolong la ceraikan aku dulu. Buat apa aku ada kalau dia nak cari lagi. Aku tak percaya langsung la kalau niat dia tu nak tolong perempuan tu
Aku : Alah, Cat woman.. aku faham sangat dah. Setakat nih, takde sorang pun kawan-kawan perempuan aku yang pernah bersetuju, dan sanggup terima betul-betul pasal poligami ni. Tak kira lah dia nih faham agama setakat mana pun. Sembahyang tak tinggal pun.. susah lah nak dengar, yang puak korang ni setuju bab ni.
Cat woman : Hah, betul. Kalau setuju pun, mungkin sebab anak-anak..atau sebab lain. Taknak aku berkahwin dengan lelaki macam tu. 
Aku : Haha. Ikut kau lah weyh... Jangan nanti kau yang jadi bini muda. Tak pun jadi andartu.

******

Senyum.

Saturday, January 12, 2013

KL112

 Tak lama lagi.... entry tentang nih akan penuh di list-list blogger yang anda follow. Nih bukan ramalan kalendar mayan. Ini cerita benar..

 Perhimpunan. Orang pergi berhimpun, kau pergi berhimpun.Tapi kalau setakat pergi berhimpun matlamat tak ada.. bandar tercinta je yang kotor.Tak gitu? Bagi aku lah... tak salah nak pergi berhimpun. Kalau aku berada di Malaysia sekarang ni pun, aku akan turun padang. Sebab itu petanda kau kisah tentang nasib orang sekeliling kau. Bukan hidup sebagai penakut without kote , just nak jaga periuk nasik sendiri. Alah, mana-mana parti pun mesti ada yang kurangnya.. ikut kau lah kau nak perjuangkan yang mana. (sambil guna akal)

 Pelajar tak perlu ambil tahu pasal politik ? Why ? Memang belia kita kat malaysia hari ni ramai sangat-sangat yang tak matang lagi. I don't know why.. makin tahun, makin tak matang. Aku bercakap ni,aku merujuk pada junior-junior aku lah. Nak rujuk adik beradik..sikit sngt adiknya. So kalau tak matang, tak perlu tahu? so buat apa kau belajar mengaji masa umur 3,4 tahun tu? duk diam-diam main pasir dah la.. Tetapi...

 Pelajar sepatutnya tahu bezakan, apa yang lebih prioriti. Kalau time sekolah saja banyak contoh-contoh yang kita boleh jadikan pengajaran. Biasa la, pelajar kena aktif dalam kokurikulum kan... aktif masuk pertandingan itu, ini... sampai SPM pun terabai. Lepas SPM, UPU pun tak panggil hang. Hang cakap kat aku, apa cita-cita hang? Habak mai kat aku... Hah, lebih kurang macam tu la story nye. Bukan aku nak bash sapa-sapa.. Aku sendiri pun, kadang-kadang lebih utamakan kehendak jugak. Lepas tu menyesal la.

 Kepada adik-adik manis yg belum habis lagi final exam , yang pergi berjuang tu..abam harap adik manis cemerlang dengan jayanya lah. pointer 3.6 keatas ke... Baru pelajar awesome namenye.

" Berpolitik itu tidak salah , berpolitik 
dengan taksub dan bodoh itu yang salah"

Thursday, January 10, 2013

A date with mika


 Mika, sapa tak kenal. Sigadis cantik yang menjadi kegilaan semua pria. Aku pun tak terkecuali. Dia ni jenis yang cute, tapi seksi. Bukan pemakaian dia yang seksi... dia tu sendiri. Cara senyum, riak muka. pendek kata boleh cairkan hati-hati pria di tempat aku belajar ni. Syukur dia sekelas dengan aku.. haha

 Ada satu hari, kami sekelas nih..buat la parti.Nama saja parti, tapi lebih kepada piknik di taman. Makan-makan jajan, minum-minum jus, then bora-borak. Dari jauh aku pandang dia dan ya, seperti biasa... kewujudan aku nih macam tak ada. Mungkin tak kenal pun aku ni siapa. Tapi entah macam mana hati ni tergerak hari tu... Aku berani kan diri. Buka langkah besar yang bakal mengubah hidup aku sebagai forever alone.

 Dah habis parti tu.. semuanya , mula untuk kemas-kemas barang dan masing-masing buat hal sendiri la lepas tu. Maka aku pun mulakan lah langkah aku. Ouh, aku bukanlah player yang selalu mainkan hati sigadis. Tapi kali ni..memang aku jadi player sejati untuk Mika. Damn, she's hot.

Aku : Hai Mika.
Mika : Hai....

 Sambil aku tersenyum padanya, dan tangan aku sempat lagi mencelup jajan yang macam ala2 Mr potato tu. Entah macam mana, tangan aku ni jadi pantas terus menyilangkan tangan aku ni dengan tangan si Mika ni. Wajah mika berubah,macam marah pun ya... macam terkejut pun ya. Konfem tengah blur. Tak pun dia tengah fikir aku pervert agaknya. Haha... Tapi, aku tak biar lama-lama pun. Terus aku suapkan sekeping jajan tu ke mulut dia sambil berkata..

Aku : Sebenarnya, saya dah lama suka kan awak.
Mika : ....

 Dari wajah yang masam nak marah,berubah kepada wajah yang paling cantik. Rupa-rupanya, dia pun begitu. Ouh, nasib baik aku sempat confess kan? Then kami borak-borak sepanjang perjalan pulang dan yang paling penting, tangan dia tu masih bersilang dengan tangan aku. Jauh kami berjalan,dan dia berkata..dia mahu ambil barang sekejap di perpustakaan.Walaupun dah terpisah, percakapan masih berterusan melalui gelombang. Memang happy giler...dan kami dah decide untuk keluar berdating. Aku konfius nak bawa dia kemana.. maklum la, tak tahu citarasa dia lagi. Nak ke tempat yang happening..atau ke taman-taman? First date weyh... tapi tak lama selepas tu..

****
 aku celik. dan berkata.. "tak sempat nak dating pun lagi..arghh". itu la, tido lagi lepas asar. Kalau tido malam-malam, boleh mimpi panjang-panjang sikit. tee hee XD

Legend giler,Aku bangun petang tadi..Terus aku type cerita ni.Punye la takut lupa. 
Rupa Mika tu lebih kurang mcm nih lah.. haish, macam mana la boleh terjaga awal.. :D





Wednesday, January 9, 2013

perlu ke jadi anon?

 Salam readers yg disayangi selalu. cewah..  aku ni baca macam-macam blog, dan aku suka juga bace blog2 politik. Apa? pelajar tak patut berpolitik? Kenapa? sebab aku ditaja da aku perlu menurut perintah? gitu? Abes tu.... engkau yg ditaja oksigen free seumur hidup ni, kenapa tak ikut perintah dari Pemerintah Number One? Takkanlah, bila dah abes grad... then baru boleh untuk kami2 pelajar ni tahu tentang politik negara sendiri? Kalaulah itu ajarannya, tak mustahil lah ramai cendikiawan yang bijak pandai sekalipun tetap menjadi lembu bodoh sesuatu Parti Politik, kerana langsung tak tahu...apa tujuan , apa yg hendak dijuangkan.

 Aku nak bagi tahu ni.... bila kita komen tentang sesuatu perkara, tak bermakna kita anti..atau ada rasa dalam hati "pergi mati lah kau " tu. Tapi benda yang salah itu salah...benda yang benar itu benar. Dalam dunia ni macam tu lah kalau nak masuk syurga. Perihal memberi pendapat... damn, kau tak perlu takut... dan buanglah ego dalam diri tu. Kau tak perlu jadi anon pun..sebab aku nampak banyak sangat yang akan jadi anon kalau ke blog2 politik. Pulak tu, ada yang komen memang hanya nak menang. Ok la, kau hero.Tapi I'm sure yang kau ni takde "kote". Tahu apa itu "kote"?

 Bagi aku, yang jadi anon ni....golongan yg "penakut"..takut kena serang balik,dan takut kalau pendapat yg dilontarkan itu ditangkis dan xde idea untuk membalas, tak mahu malu kemudian hari, dan mungkin tak mahu di cop oleh orang lain. Kalau yakin,betul kau rasa apa yang kau nak cakap, cakap. Kalau rasa samar2 pun, cakap. Barulah kau tahu,kedudukan kau tu dimana. Alah, nih bukan part politik je...sifirnye senang. Sifirnya sama seperti kau mahu confess rasa cinta kau pada seseorang. Sepuluh tahun kau jadi secret admire, sepuluh tahun kau tak tahu kedudukan kau dimana. oyeah... kotor sikit entry aku kali ni. haha

"Buat apa nak malu. Buat apa nak takut. "

Monday, January 7, 2013

kita ni buta, mungkin.

  Kau tengok orang yang dekat dengan kau, kau tahu dalam dia ada bermacam - macam organ bukan? dan organ itu plak terdiri daripada bermacam-macam sel, dan sel itu pulak takkan berdiri tanpa ada benda lain yang menyokongnya. Tak gitu?

  Ok, sekarang bayangkan bumi tu seperti sel yang terdiri daripada kita-kita yang menyokongnya. Kau nampak? atau masih belum? hehe

Tak lojik la kalau hanya satu sel yang ada. 

Tak lojik la kalau hanya satu organ yang ada.

Tak lojik la kalau hanya satu manusia yang ada.

 Nampak? atau masih buta? Kalau masih buta... pergi baca tafsir Al-quran sekarang. Tak perlu kau tunggu ada tulisan nama Dia dekat mana-mana haiwan,pokok,gumpalan awan bagai baru kau nak sedar.

Saturday, January 5, 2013

egois

  Aku kenal kau sebagai insan yang penuh dengan ego. Dulu aku tak kisah , tapi tidak sekarang.  Terlalu ego sampai tak mampu nak ucap maaf itu sendiri. Kau rela post di alam maya.. hek eleh. Aku dah block kau la... takdenye aku nak pergi tengok page kau tu. Haih, ini pun pasal adik manis yang sampai kan cerita, suruh aku tengok. Tapi maaflah, hati aku dah tertutup. Cara macam tu ke minta maaf dengan orang? Sapa ajar.

  Dah la... pergi main jauh-jauh. Tak perlu datang nak "like2" kalau tak ada apa nak bicara. Nanti tak pasal aku sembur bisa. Kau jugak merana nanti.

mungkin aku pun




Friday, January 4, 2013

black and yellow




  Haih, hidup lagikah dikau wahai black dan yellow? tunggu abang balik, nanti kita boleh 
makan sama-sama , tido sama-sama lagi.

Thursday, January 3, 2013

Terima aku seadanya


Bukan aku yang tak tahu. 
Aku sedar aku begitu. 
Tapi hey, kau kata kau cinta. 
Mengapa kau asyik bersuara?

  Terima aku seadanya... aku yakin,ini frasa ayat yang menjadi trend orang yang bercinta, telah bercinta, atau sedang mahu bercinta. Memang betul, kita nih..kalau dah bercinta,niat mahu hidup bersama till jannah gitew. Tapi Come on lah, nak till jannah macam mana kalau kau suruh pasangan kau tu terima kau seadanya. Baik pun telan...buruk pun telan. Boleh masuk syurga macam tu?

 Buruk yang aku maksudkan itu bukan buruk fizikal. Buruk perangai.. contoh, mulut lazer, pemarah, pengampu, pencuri, pengumpat, pedendam dan lain-lain. Negatif kan? Sebabnya aku selalu dengar cerita sama ada dari mulut telinga, mahupun dari nukilan bloggers.. Kau marah bila pasangan kau pertikaikan perangai kau, sedangkan apa yang kau buat tu memang salah, dan kau masih klaim yang pasangan kau tak terima kau seadanya. 

 Iye betul, perlu terima seadanya....tapi pasangan yang berlawanan tu.Tolong sedar, yang diri tu memang tak sempurna..so "aku kena jadi lebih baik". Ini, bila ditegur...kau marah. Bagi aku, frasa ayat tu memang tak boleh nak guna sngt lah... sebab aku hanya akan berkata pada orang yg minta aku terima dia seadanya tu dengan syarat dia berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalu tak ada niat untuk berubah, jangan harap untuk orang lain terima kau seadanya. Damn, emo plak aku.... padahal,just terbaca ayat twitt kawan2 aje pun. puii...

"terima aku seadanya (sahaja) maksudnya aku nih jenis tak sedar diri, dan aku tak nak berubah, sila faham yang aku ni bodoh sombong"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...