Sunday, August 19, 2012

Salam aidilfitri dari saya. di jepang..


 Memandangkan esok hari raya, mohon ampun lah kepada siapa-siapa yang singgah di blok ni yang tersentap,terasa,terangsang..err,terbenci saya ke,Maaf banyak-banyak. Semua itu adalah daripada kekurangan diri saya sendiri. Selamat hari raya ya ;)

 Raya tahun nih, di sambut di negara matahari terbit. Sayu hati aku, sayu lagi hati maa abah aku kat sana. Tadi pun dah dapat mesej dari maa..sebak plak aku time-time nak pergi takbir raye tu. Bukannya aku tak balik malaysia pun, aku balik..lewat sikit je.. al maklumlah, ade kerja nak kena siap kan.muehehe..

 Ade pesanan sikit, berhati-hati lah kat jalan raya.Kepada yang masih remaja.. tak salah kau nak pergi beraya rumah member,tapi tolonglah pakai helmet kalau naik motor. Jangan lah tambah beban mak ayah kau tu.. Mano nak cari duit nanti nak bayar kos luke-luke kau nanti tu kalau eksiden. Itu kalau cedera..kalau mati.. tak ke susah mak ayah kau nak keluarkan duit plak tuh. Kesian adik-adik kecil, adik sepupu,adik saudara kau tu nanti, tak pasal-pasal mak ayah kau tak dapat nk bagi duit raya.

 Oh, bukan saya bermaksud sebegitu. Saya sindir je. Pakailah helmet,bawak hati-hati. Bab mati tu,takda sapa boleh halang. Tercekik kuah kacang pun boleh jadi asbab untuk kau mati. Nah, kat bawah nih lagu raya yang aku paling suka. lagu Mnasir dah puas dah.. X cukup rockstar..


sekian :)

Friday, August 17, 2012

complicated


perempuan
rumit, aku tak faham dengan perempuan

Bila aku dah tak suka, menyampah dengan ex ..
Kau kata, janganlah macam tu.. tak baik,
ikhtiarlah untuk berbaik-baik

Tapi dulu, ex aku jugak pernah jeles dan marah
bila mana aku wish "tahniah" atas perkahwinan ex sblm ex yg ini
habis emo tak tentu pasal.

perempuan,
kau rumit..aku tetap tak faham.

Oh ya, perempuan juga kata begitu pada lelaki
lelaki itu rumit.

sama-sama bebal rupanya.
bagus lah.lengkap.


sekian.

Monday, August 13, 2012

Hidup ibarat mancis yang menyala..

 Anda semua ada baca berita? pasal satu family eksiden di alor gajah last week? Dan yang terlibat tu adalah salah seorang pelajar yang belajar di jepun. Haih, sedih aku nak cerita. Anak baru balik dari jepun,balik nak beraya.. mak ayah mana tak happy kan? Tapi malam tak berbau.. dalam perjalanan pulang dari KLIA ke johor (tak silap aku).. tiba-tiba seekor lembu melintas. Kereta familynya tu ranap..aku tak pasti, terbabas atau merempuh terus lembu tu. Ibu dan adik nya kembali ke rahmatullah. Ayahnya masuk ICU tp alhamdulillah, dah dipindahkan keluar. Besar dugaan. bersabar lah.. dugaan semua ni.

 Memang kita hidup tak lama pun, kita je masih duk leka dengan macam-macam hal duniawi ni. Macam apa yang aku tengah buat skrg ni. :)

Thursday, August 9, 2012

apa kaitan kamera dan romantik?

 Saban hari aku dapat invitation untuk event di fb.. haih, mengeluh lah jugak..Banyak teman-teman yang satu sekolah, satu batch dah nak kahwin. Lepas raya nih saja dah 4 pelamin. Ada yang aku sempat datang,ada yang tak sempat.Nak buat macam mana, lepas raya baru sampai Malaysia.hehe.. (tak sabar nak baliklah) . Untung lah depa semua, dah boleh kahwin. hahaha..

 Aku rasa sekarang nih memang dah jadi trend kot,kahwin je nak tempah photographer.. photoshoot la kononnye. Wah-wah, romantiklah kononnye. Tapi, entah lah...aku tak nampak sangat romantiknya sebab nampak terlebih plastik pun ade kadang-kadang. Aksi-aksi dalam photo yang di shoot tu kebanyakkannya tak natural..semua mengikut arahan yang diberikan oleh photographer tu kan? Bila photographer suruh buat macam nih,kau buat macam nih, suruh buat macam itu,kau buat macam itu.Kadang-kadang sampai melampaui batas pun kau ikut buat saja.

 Mungkin bagi orang lain , lain definisinya.Bagi aku,menempah photographer untuk photoshoot weeding khususnya untuk photoshoot "sebelum" wedding nih taklah romantik mana. Tak cukup.Kalau time wedding tuh, nak buat macam mana kan? kena la ade photographer juga samada berbayar atau tidak. Aku pernah tengok satu video koleksi gambar honeymooon satu pasangan mat salleh yang di postkan di youtube. Pergh, sweet habis.. Mana tak hanya, dengan hanya berbekalkan toy camera yang sangat murah, klau kat sini boleh dapat dengan harga rm40 je, die orang ambil gambar mereka sendiri sepanjang honeymoon tu. Siap-siap terjun kolam lagi you. Buat apa bayar mahal-mahal,kalau nanti bila lepas kahwin.. kau tengok gambar kau tuh.. selain daripada gambar yang cantik, kenangan romantisnya tak ada.Yang ada hanyalah, suara arahan daripada photographer tu. Katakanlah, bila dah tua nanti, bila kau tengok gambar yang kau sendiri ambil tu..kau mesti teringat..apa yang kau sedang buat time tu bersama si dia kan?

 Sebab itu aku selalu sediakan satu kamera disisi.. dan sentiasa pastikan bateri aku full,bagaikan askar nak pergi berperang. sentiasa bersedia. Bagi aku setiap detik kau bersama yang tersayang itu sangat berharga. Shoot lah sendiri, tak perlu eh nak upah-upah photographer bagai. tak kiralah guna toy camera ke.. hanset murah ke..DSLR ke..  yang penting, kenangan waktu itu. Kalau aku? aku print gambar-gambar itu satu persatu. Sebab bagi aku, itu lagi romantik...kau boleh tulis-tulis kat belakang gambar tu. haha.. euweuw~

get a life dude!

 Aku kat sini dah hampir 3tahun setengah menghadap kerenah masyarakat jepang kat sini. Entah kenapa, aku jenis yang bukan akan cenderung untuk berbaik-baik dengan orang yang nerd-nerd,baik-baik. haha, bukan lah aku tak suka..Tapi bagi aku, aku suka dengan kerenah orang-orang yang sedikit samseng nih. Aku tak ke sekolah asrama penuh dulu pun pasal ini. Tak nak hidup bosan. Budak SBP mana ada kaki rempit..xde kan? ada ke budak perempuan yang jadi minah rempit? xde.. setakat bertumbuk tu ade lah kot.. samseng-samseng sikit. Aku sendiri pun pernah terlibat.Maklumlah, bila jadi pengawas nih..bila garang sikit ramai orang tak suka kan?  Itu yang aku suka. Eh-eh..terkeluar dari topik utama dah..

 Well, aku kat sini memang dikelilingi oleh orang jepun. Kiri kanan depan belakang memang orang jepun. Aku faham, ramai rakyat malaysia kat tanah air aku nih jakun sangat dengan budaya jepun dan korea nih. Oh ya, mereka memang banyak nilai-nilai moral yang baik.

"kadang-kadang aku nampak mereka lebih islamik dari aku"

 Tapi, oleh kerana dah hidup disini.. lama kelamaan aku faham,kenapa agama itu begitu penting dalam kehidupan seharian kita.Di sini kebanyakkan mereka adalah atheist.. sampai aku mula datang ke jepun dulu.. mula-mula nak buat kawan. Kawan aku tanye, tuhan tu macam mana? tuhan tu ape? Faham tak betapa susahnya kau nak explain tentang agama kau kepada seseorang yang langsung tak tahu menahu tentang agama? Well, mungkin drpd keturunannya memang atheist,dan dia ini generasi yang ikut saja, bukan salah dia lah. Mungkin tak ramai yang tahu, yang kebanyakkan orang jepun disini.. berkahwin digereja ikut agama kristian walaupun dia bukan kristian,tapi bila mati .. ade yang mayatnya dibakar ikut adat nenek moyang mereka. Nampak tak betapa terpesongnya mereka ni? Dan mereka memang tak ada sebarang masalah untuk menyambut sebarang perayaan. Krismas mereka sambut, tahun baru buddha pun dia sambut, depavali je tak sambut..sbb tak ramai orang india disini.

 Sedih jugak ... sedangkan kehidupan dieorang lebih islamik dari kita. Tak perlu aku hurai banyak lah pasal level islamik mereka nih. Cakap pasal masa pun semua orang tahu. Tapi oleh kerana, mereka bukan jenis yang faham agama, tak amalkan agama dalam kehidupan.. hidup mereka meaningless. dull. kosong! sentiasa mencari kepuasan dalam hati. Pergi minum di bar... hangout dengan gadis-gadis,flirting-flirting, dan apa yang menakutkn, disini.. kes jenayahnya, banyak yang psiko.Mungkin sampai satu tahap kau dah tak tahu cara nk melepaskan tekanan, begitulah jadinya. Malaysia kita macam mana? Aku nampak kita semua dah ke arah situ jugak. Masyarakat kita boleh dikatakan semua beragama, tapi macam lebih kurang je aku rasa.mungkin level kita lg rendah dari mereka. mereka tak fhm agama, kita?

 Kawan satu lab ngan aku selalu ajak aku keluar malam selepas buat-buat kerja di lab. Dia beranggapan , yang aku nih xde life.. ye la, balik lab..duduk rumah. Mereka? keluar minum-minum lah. kejadahnya..dan ade jugak yang ajak berparti di nightclub.. kata senior aku..

 " nanti boleh la flirt ngan budak sekolah weyh, siap boleh buat balik rumah tu..jom le"

Kejadahnye.

 

Tuesday, August 7, 2012

istikarah

 Housemate aku gelak tadi..bila aku cakap aku nak solat istikarah. Haremmm... perkara biasa yang orang akan cakap bila solat istikarah nih, tak habis-habis pasal jodoh la kan? betul? kononnya ade dua pilihan la,empat la, tiga belas la... Come on.Istikarah itu luas, Islam?? lagi luas. Istikarah tu tak terhad pada tujuan nak dapat petunjuk pasal jodoh je. Pasal lain-lain pun boleh.

Saturday, August 4, 2012

ku coba untuk setiya

 Kenapa ya, setiap kali kita cuba untuk setia...datang pelbagai dugaan. Haha.. ouh, bukan maksud kes si gadis  aku yang curang, tapi ex-ex serta kawan-kawan perempuan yang seakan-akan cuba mendekati tu datang mendekatiku.Yang ini datang minta aku kembali, yang ini cuba untuk tarik balik perhatian, yang kawan pula macam-macam lagi lah.. yang anehnye,time aku single mingle.. takde plak nak datang,tengok muke aku pun tak nak.Tapi bila aku dah mulakan step untuk mengejar seseorang yang aku mahu hidup bersama ( alhamdulillah,sekarang masih bersama,harap cepat dapat kawen & berkekalan sampai jannah ) tiba-tiba ramai plak yang datang cuba untuk menarik-narik. Damn..

 Bukanlah maksud aku, aku ini hot giler, sampai orang perempuan kejar mengejar cari aku. bukan. Aku just terfikir, mungkin ini dugaan..salah satu ujian cinta ni,kita akan diuji melalui kesetian la. Sebabnya, dalam dunia nih..bilangan perempuan makin bertambah.. and for sure, bilangan gadis-gadis cantik,ayu,baik perwatakan,comel lotte juga bertambah. Kalau dengan yang "sekarang" ini pun kau tak boleh nak setia, nanti bila dah kahwin.. Lagi susah hidup kau. Lagi-lagi bila dah ada anak,dan time tuh hati kau start nak goyang suka kat minah tu la,janda nih la.. satu perkara je yang aku pegang dari dulu sampai sekarang...

" kau tak boleh halang orang lain untuk suka pada kau, tapi kau boleh halang diri kau sendiri daripada berperasaan suka,cinta terhadap orang lain"

 Akan ada yang cakap, "soal hati nih mana boleh paksa-paksa" "cinta nih kadang-kadang tak boleh dikawal, dia datang dengan tiba-tiba" then lepas tu keluar lah statement daripada mulut si suami/si isteri yang sudah beranak 5 orang.. " kami sudah tiada perasaan antara satu sama lain" .Itu statement yang dibina atas dasar melepaskan diri kerana nafsu kau aja.

 Mungkin kali ini, hubungan aku dengan sigadis ni lebih underground. Berbalas-balas komen di FB pun tidak,apetah lagi nak buat status in a relationship with si gadis bagai tu. So, ramai yang tak tahu, aku dah tak single. KOT. muehehe..perasan betul.

Friday, August 3, 2012

stay calm and "mengucap banyak-banyak"

 Perasaan ini kadang-kadang buat diri ini jadi kurang stabil..perasaan marah, jeles, meluat, dengki,tak puas hati.. dan lain-lain. Aku sedar satu perkara , tak ada apa yang perlu di panjang-panjangkan kalau bergaduh dengan yang tersayang. Just stay calm, and mengucap banyak-banyak. Jangan terlalu sibuk merebut title juara debate antara orang tersayang,baik mak ayah, adik beradik, pasangan suami isteri, kekasih, mahupun kawan-kawan. Percayalah, hubungan yang anda bina itu lebih berharga dari segala-galanya. Memang betul, kata orang..kalau tak diluahkan, nanti bernanah lah hati tu. Tapi bukan itu masalahnya.. masalahnya bagaimana cara kita menghadapi masalah itu, dan cara kita mengatasi. 

 Kau tahu bukan, setiap orang lain perwatakan, lain permikirannya.. Jadi lain cara yang kau gunakan untuk meluahkan ketidakpuashati kau tu, lain lah keputusan yang akan kau dapat. Sebagai contoh, girlfriend kau ni seorang sangat mudah terasa, tak boleh berkasar sedikit. Tetapi kau pula sebaliknya..boyfriend yang sedikit kasar orangnya. Nampak tak, bagaimana cetusan-cetusan api ini sangat mudah nak terhasil? sedikit sahaja kesilapan, tak mustahil.. hubungan cinta mereka ni boleh berakhir. So bagaimana? Perlu ke si boyfriend marah dengan lantangnya girlfriendnya jika girlfriendnye melakukan satu kesilapan? dan Perlu ke si girlfriend terus nak emo dan sentap sahaja,tanpa memikirkan isi yang ditegur oleh si boyfriendnya? 

 Kita masing-masing punya akal. Sebelum kita bergerak untuk melakukan sesuatu yang melebihi batas, fikir dahulu apa cara,dan isi yg hendak disampaikan atau diterima. Itu baru matang namanya.

 

Thursday, August 2, 2012

This Is How I met Her Father

 Salam readers..hehe.Ini bukan drama Mat salleh yg seperti korang tengok tu..  How I Met Your Mother tu.. hehe,Oh ya..aku rasa Robin tu cun lah. Ini cerita macam mana aku nak berjumpa dgn gadis idaman kalbu aku nih. Bermulanya....

*************************************

 "Maa rasa nak mkn pizza la yie.." kata ibu . "oh ye ke? hah..okke je... sy masak la esok tgh hari tu" (ptg tu aku nak g ke KLIA,nak balik jepun dah).  "Hah,molek la tuh abang long..nak jugak" kata adik bongsu kot.. cewah,mcm aku nih takde kerja je. " Tapi brg-brg takde...nak buat macam mane... " . Maka ibu berkata " Ala... cheese dah ade la dalam peti tu" . wah..boleh tahan bersemangat..adik aku plak buat-buat muke macam minta penampar. Haish.."oh...hurm,takpelah..esok pagi sy g keluar ke bandar la skjp.Alang-alang tu saya nk g ambil barang kawan sekejap"

 Barang kawan? hehe.. ok.Ini penjelasannya.. ada seorang gadis ini. Eh,bkn gadis biasa.. special skit. "Awak.. saya tertinggal ubat ngan jam lah" "waa,mcm mane nih?" kata si gadis. "Laa...ade ke tertinggal, dah tu kire mcm mane nih? ubat awak tu takleyh kan klau tak makan sehari? " .. "a'a.. macam mane nie"... Taklame kemudian,  " awak,nanti saya suruh abah pass kan barg tu kat awak ye .." kata si gadis. "hah?   eh.. mesti abah awak tak tahu kan jln ke rumah saya kan..takpe lah,saya g ke bndr..jmpe kat sana ok? " balas dari aku. " abah mmg nak hntr atuk ke hospital kekgi,jmpe kat hospital sana je ok? alahai..mcm menyusahkan lah pulak". Maka aku dengan machonya berkata " alah..ok je la,bkn jauh sangat pun"  Kate orang, awek punye pasal lautan berapi sanggup ku redah,ini kan pule jalan raya.

 Tapi yg nak dijadikan ceritanya,keesokkan hari tu aku tdo selepas subuh,pkol 10 baru bngun.Sperti yg dijanjikan dgn ayah si gadis..kami berjumpa di hospital jam 11tgh hari.maka apa lagi,lintang pukang lah jawabnya. Bawak motor pun sampai nak meletop je enjin.Maklum lah, Honda Wave aku nih palimg laju boleh smpai 105km/h je. Tapi malang tak berbau sialan ;ah pulak..tetiba ade pakcik polis buat road block.. hujan turun renyai- renyai.Aku cuba buat muka selamba dengan harapan pakcik polis tu lepaskan aku mcm tu je,tapi tak dpt...

 "mana lesen dek,nak tengok" kata pakcik polis.. "eh,awak kena tmpl L kat moto awak ni,mana sticker? " "mcm nih lah...." (aku dah bayangkn pakcik nih nak mintak rasuah..haha)  "sy nk saman awak pasal kes tak tampal L nih pun alang2,nnt kalu kena denda kena bayar rm200,pastu ke dimerit lg.So sy saman awak atas xde cermin sisi je lah ye.. baru rm50"...maka aku pun cepat2 berkata,ok bang... selepas tu aku terus berlalu dengan behave depan pakcik2 polis tu...dan selepas itu pecut mcm palesit. Hujan turun makin lebat, dan aku dah nak smpai ke hospital. Sesampai je aku di hospital..hujan berhenti.  "CISSSSSSSSSSS" dlm hati.

 "hello,assalamualaikum pakcik..sy sampai dah ni,pakcik kat mane ye skrg ni? ".. " wslm,smpai dah ke? ok2..pakcik g kat awak..jmpe kat farmasi lah" sahut pakcik.. (si gadis dah siap bg no ayah nya kat aku) . "ok2 pkacik2.."... tunggu dah jmpe..kami borak2,siap pergi minum teh tarik skjp. haha... Alhamdulillah,ayah si gadis ni sngt sporting orangnya. Suka melawak.. Aku nmpk lah sedikit masa hadapan aku kat situ.ewah-ewah..haha.

 Rancak kami berbual.. pasal si gadis,pasal kerja , pasal cuaca sekarang, dan ya...pasal lokasi rumah si gadis itu.Tak sempat aku nak abis kan roti bun aku...datang kenalan pakcik ni.MashaAllah...suasana macam dalam cter matrix yang ada kamera pusing-pusing tu. Senyap... Pakcik senyap.. aku pun senyap.. Ouh demmit.. maka tak lama selepas tu, aku pun borak-borak lah sikit lagi, dan disebabkan dah mati akal.. aku pun.. minta kebenaran untuk mengundur diri lah.. Lagipun, memang aku tengah rush pun.Nak beli brg2 nak buat pizza lagi. Aku capai helmet, start honda wave aku... dan mula untuk keluar dari kawasan hospital itu.

 Ya Allah, ape lah dugaan... belum sampai lg ke pintu keluar hospital itu.... hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya...dan aku,langsung tak pakai baju hujan. just nice... Tak pasal-pasal,aku stop tepi rumah orang,hanya untuk pakai baju hujan. Maaflah tuan rumah, saya bukan mat pit yg tengah usha line nak pecah rumah tuan. Hujan masih turun dengan lebatnya, dan aku stop di balai polis sekejap. Langsaikan saman bro.. takkan nak fly ke japang dan tinggalkan saman suruh mak bapak pulak yang bayar kan? seperti biasa.. aku keluar je dari balai polis tu.. hujan tadi stop... aku tahu tak elok, tapi yang aku buat time tu adalah mengeluh. haih..

 Kali ini, aku tetap dengan baju hujan aku... keluar untuk ke supermarket CP.. nak beli barang buat pizza.. dan ya,sekali lagi..hujan turun dengan lebat yang sangat giler. Tapi kali ini,no hal..sebab aku dah berbaju hujan. muehehe...maka aku pun merempit laju sampai ke supermarket CP. ouh ya,smpai saje,aku terus meluru masuk ke bahagian sayur-sayur. Damn...mahal giler.Tak jadi... aku pergi plak ke pasaraya TM. oh ya..kali ini,tak hujan.. Siap membeli barang-barang...sempat lagi aku usha gula-gula dan jajan nk bawa balik ke japan.bekalan untuk setahun lah katekan. konfius...nak ambil cadbury..atau kek lapis apollo. Last-last aku amek gula-gula fruitplus.haha...

 Maka,dah setel semua.. aku pun bertolak pulang,dan tak perlu aku cerita apa yg terjadi selama aku atas motor tu. Kasut yang aku nak bawak ke Japang ni,basah kuyup...ouhhhh.sadis.Nasib baik ade peti besar gedabak kat rumah aku tu. haha. Maka pizza pun siap, family dapat merasa.. dan ya, si gadis pun. Dia hantar aku kat KLIA hari tu, dan begitu lah caranya aku berjumpa ayah dia.


Wednesday, August 1, 2012

BENCI

  Pernah kau rasa,perasaan benci pada orang yang dahulunya kau benar-benar sayang? Aku sedang merasakan... Betul lah kata orang, bila sayang...jangan berlebih-lebihan.Macam aku sekarang ini, dulu kalau boleh tiap-tiap malam nak jumpe via skype.Sekarang? nampak saja nama si dia di mention kan dimana-mana..samada di facebook,mahupun di twitter, aku jadi seolah-olah orang yang tiada imannya. Habis keluar maki hamun, carut marut aku. Bukan kerana aku jenis yang tak mudah memaafkan seseorang.Tapi aku jenis yang sebaliknya. Tapi berkaitan dengan hal si dia ni, entah lah.. mungkin makan dalam sangat.Sudah hampir melibatkan keluarga aku dan keluarga dia sendiri. Tapi aku masih tak faham kenapa dia buat begitu, kerana die terus senyap,tanpa mahu memberi sebarang penjelasan dan bertindak seolah-olah semuanya ok. Aku benci.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...