Monday, April 29, 2013

dear my beloved anak kampung.

 Korang konvoi ramai-ramai sempena pilihan raya ni dengan guna motor  yang abah kau bawak pergi kerja yang gajinya langsung tak sampai 10K sebulan. Pakai otak sikit lah adik-adik.. kot ye pun nak duit minyak, duit belanja. Aku tak kisah kau nak sokong siapa. Tapi ade diantara kau orang ni tak layak pun lagi nak mengundinya. So apa yang kau nak gelabah? Duduk rumah belajar add math sampai dapat A lagi bagus. Ini sibuk nak konvoi sana situ.

 Ouh ya, aku faham je... anak kampung ni sesetengahnya memang jiwa rempit. Asal dapat duit belanja sikit pun da ok. Alah, aku tahu je korang tu bukannya berpolitik sangat pun. Korang memang suka konvoi2 ni... kan? Aku pun asal kampung. Aku kenal jiwa-jiwa anak kampung macam mana. Kebanyakkan tak ada wawasan, dan ramai lagi yang tak matang. Darah panas pulak tu.. banyak geng-geng kononnya. Kuat la kot.. tenaga orang muda kan?  Tapi tengoklah.. kau jatuh motor, seorang geng kau pun tak tolong kau. Kau kena sedar, bukan tu cara dia. Tak kira lah kau nak sokong mana. Tapi banyak lagi cara nak berhibur wahai anak kampung.

Tu naseb baik jatuh macam tu...cedera pun tak ada. kalau kau mati, kau nak salahkan siapa?

eh, kalau da mati, mati katak je la.



 Biar mekar jadi bunga yang wangi..jangan jadi bangkai kemudian hari. Kelak menyesal.


kucha lana



Harap si ibu dan si bapa terus bersabar ye.
Sudah le tu buat adegan sedih-sedih.
Ya aku tahu kamu berdua rindu.
Rindu yang hanya anak dan ibu n bapa ini saja yang faham.
Homosapiens lain takkan faham.
Kalau putus kepala kena pancung pun aku tetap akan bawa balik kertas keramat tu.
As soon as possible.



kamu, terima kasih untuk segala.
harap kamu juga bersabar.

Sunday, April 28, 2013

menanti hari esok.

 Masih lagi terjaga.. dan mungkin akan terus berjaga sampai subuh. Ini lah bahananya bila tido petang.. almaklumlah.. sekarang cuaca suam2 suku.. aku buka sliding door tapi siap berselimut tebal. Apa yang tak kena dengan aku ni?.. Rindu orang jauh? sudah pasti. Risau masa depan? itu pun ya.. Masa.. boleh mngubah macam-macam. Tak semestinya emas yang dah berada dalam tapak tangan kau tu, akan dapat kau gengam. Mungkin tak sempat kau gengam, emas dah hilang dulu. Tak apalah.. tak ada rezeki.

" kita ni kena pandai pujuk hati "

 Pujuk hati, kata si ibu. Dugaan itu ada, semua orang bakal merasa... tapi ikut level masing-masing. Kalau engkau main game pun ade level-level dia kan? xkan lah kau da sampai level 50, kau main game yang susahnya sama dengan game yg levelnya 10 aje kan? Takkan jadi macam tu... Lagi tinggi level kau, lagi kuat dugaan kau. Baik dugaan dari segi rohani, atau pun jasmani. Well, aku pasrah. Cuma perasaan geram terhadap diri sendiri tu wujud lah jugak. Sebab banyak benda yang tak tercapai disebabkan satu kegagalan. Esok, weeding antara kwn rapat aku. Senior yg tua setahun sebenarnya, tapi rapat mcm sibling da. Dulu ade la janji, nak jadi cameraman khas untuk video weeding dia ni. Da siap cari lagu dah. Tapi, xde rezeki kan?Jangan kan nak pergi weeding dia, balik Tanah Air sendiri pun tak mampu. Kesian jugak.. dia pun tak sanggup nk mencari peganti. Rela tak bervideo. Hok aloh. Terharu plak aku.

 Seorang kawan "rapat" yang baik,yang kenal kita betul-betul.. dia faham apa isi hati kita tu. Tak semestinya gf@bf , laki@bini, ibu@ayah, n adik beradik je yang kenal kita. Dia ni kira macam abang la, name pun senior kan? Terima kasih lah wahai Bakal Pengantin Baru, aku tahu mesti ade yang akan ambilkan video esok tuh. Don't worry. Takleyh dah usha2 adik manis dengan aku lepas ni. haha. May Allah bless your weeding. Kawen elok-elok. Jangan makan kicap banyak2, nanti anak hitam.haha.. ok bye




Thursday, April 25, 2013

antara kawan rapat and beyond.

Salam readers, amacam? Ogenki desuka? ( sihat ? ) keh3. Hari tu ade terbaca la satu blog ni.. bercakap pasal berkawan rapat dengan gf @ bf orang lain yang berlawanan gender dengan kita. Well, itu pendapat penulis lah kan? tak apa lah .. kesimpulan dia, tak apa nk kawan. Belum tentu lagi si mamat atau si gegurl tu akan bersama, naik pelamin nanti kan...

Tapi pendapat aku, sebagai seorang yang dah pun berpunya. Aku rasa tak patut kot untuk kau lebih2 lagi dengan bff kau yang berlainan gender, dan bff tu pulak dah ada gf atau sebaliknya. Memang jodoh itu semua tak ada sesiapa yang tahu, tapi kalau dengan perbuatan kau itu jadi sebab untuk hubungan mereka barai... mungkin selepas tu kau akan buat drama minta maaf orang yang rasa kau sebagai perampas. sampah.

Point aku kat sini, hormat la hubungan orang lain.. walaupun kau menyampah dengan bf@gf bff kau tu. Hormat apa yang mereka berdua nak. Kau pun mahukan bff kau bahagia kan? Tapi kalau kau memang ade perasaan kat bff kau tu... aku tak tahu la. go die lah.

Time kau forever alone, tak ade bf @ gf tapi ada kwn gender berlainan yang rapat dengan kau.. boleh la ckp mcm tu. haha.. Jodoh ditangan Tuhan ye? Fikir, kalau anda sendiri ditempat bf@gf bff kau tu. Amacam? Jeles ada, marah pun ada. konfem. Takkan bila dah kawen, kau baru stop dah contact2 dgn bff kau tu. Takdenye tiba2 senyap macam tu.

Aku tak percaya karma. Aku bukan keling.. Aku melayu islam. Aku percaya balasan itu ada untuk orang yang menyakiti orang lain. Jangan nanti dah kena atas batang hidung sendiri, baru sibuk nak menggelabah.peace yaw!


Wednesday, April 24, 2013

Tsuji, son of a beach.

  Tsuji, itu nama kawan japanis aku kat sini. Dia ni agak matang sikit lah perangai... jenis rajin giler-giler. Suka belajar katanya..  Ada lah satu hari tu, dia minta ajarkan dia English sebab nak ambil exam dalam beberapa bulan lagi. Then tiba-tiba dia tanya...... kenapa kalau si westener marah - marah, dieorang selalu cakap " son of a bitch! " .... kenapa? bitch tu kan anjing. Apa kaitan anjing dengan orang yang dia marah tu?. Maka aku pun gelak guling-guling lah jawabnya.. Haih, dalam banyak-banyak perkataan.. itu yang dia curious nak tahu.  Well, sebenarnya tak kira la bahasa apa pun kita belajar, tapi serius apa yang aku perasan.. kita lebih cenderung untuk belajar bahasa yg "tak molek" terlebih dahulu.. baru nak belajar bahasa yg " molek" .. or.. mungkin sebab aku ni lelaki. So lebih cenderung untuk belajar benda-benda macam tu.haha... tanya si melayu, boleh cakap cina tak? tak tahu... boleh mencarut dalam bahasa cina? habis keluar. konfem... Kenapa ye?




 Oh ya, si jepun jarang bagi nama haiwan kat manusia...kalau ada pun babi aja kot. Itu pun gelaran untuk si gemok yang kuat makan, bukan maki-maki.Tapi tak macam malaysian kita, khususnya melayu... babi la, anjing la, tapir la. itu baru haiwan... belum lagi setan, iblis. Kesian si jepun, perkataan nak memaki hamun tu terhad. TERLALU HAMPIR KEARAH ISLAMIK. Meh la belajar maki hamun dalam bahasa melayu yang kaya ni. ahakz!

Monday, April 22, 2013

hutang itu tiket ke neraka.

 Salam readers... lama tak menaip..dan tiba-tiba buat come back nak cakap isu serius. haha.. takpe kan? untuk kebaikan bersama. Harap lah anda baca penulisan saya ini dengan tekun..  Aku yakin, ramai diantara kita pernah berhutang. Well, mungkin semua pernah berhutang dan akan berhutang. Dunia zaman sekarang ni berapa ramai sangat yang mampu beli kereta secara cash? beli rumah secara cash? ade? Kalau ada... dia memang kaya. Aku respek banyak-banyak.

 Kau tahu tak? Aku ade cerita pasal hutang. Mungkin ade yang pernah dengar, mungkin first time. Ceritanya lebih kurang macam ini lah. Ade la si polan ini hidup di zaman Rasulullah SAW... dan  nak dijadikan cerita ajal dia sampai. Bila tiba waktu untuk solat jenazah, Rasulullah SAW sendiri TAKNAK menjadi imam untuk solat jenazahnya. TAK NAK. faham kan? kerana apa? Arwah si polan ni masih lagi ada hutang yang masih belum dijelaskan. Bayangkan, dimana kedudukan orang berhutang di mata Baginda?

 Mungkin hidup dalam dunia sekarang ni memang kita tak boleh nak elak dah dengan berhutang nih. Tapi Berhutang itu tak berdosa. Yang menjadi berdosanyaseseorang itu ialah, apabila kita mampu untuk menjelaskan hutang, tapi kita sengaja melengah-lengah kan atau langsung tak membayarnya. Orang yang sengaja melengah-lengah kan hutangnya ni.. tahu saja la. Dia akan tanggung dosa sepanjang tempoh dia melengahkan hutang dia tu. Benda ni besar, tapi sesetengah orang tutup mata seolah-olah benda ini kecil. Contoh paling mudah, yang paling senang nak nampak... PTPTN. aku tahu, ramai yang mahu dimansuhkan PTPTN tu kan? takpe la.. itu topik lain. Sekarang ni, PTPTN itu dikira hutang la kan sebab dikira sebagai pinjaman kan? berapa ramai  yang tidak liat nak membayar PTPTN dia tu? fikir sendiri...

 Biar mati dalam keadaan papa, jangan mati tinggalkan hutang kat anak bini suruh mereka pulak yang bayar. Itu, bangsat namanya.




*cerita pasal Rasullah SAW imamkan solat jenazah tadi tu ade lagi, tapi aku lupa ending dia.. 

Saturday, April 6, 2013

sure thing.

Jam 1:05 am disini. "Trails and ways - sure thing" berkumandang.. penuhi setiap ceruk gua konkrit "baru" ni. Sempit. Tapi lebih baik syukur dengan apa yang ada, dan syukur dengan apa yang kita dapat kan? itu kan lebih baik. DIA pun suka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...