Saturday, March 29, 2014

kikoku ( 帰国 )


   Setelah 4tahun, tambah 1tahun extend disini, alhamdulillah... berjaya habiskan degree di sini. Penat. Letih. Hari-hari kena marah dengan orang atasan. Hari-hari kena perli dengan orang atasan. Hidup miskin dengan duit sendiri beberapa bulan kerana menunggu "permohonan perlanjutan biasiswa" itu diluluskan. Tapi alhamdulillah. Segala keperitan yang aku lalu setahun ni.. banyak bukak mata, minda aku terhadap kekurangan diri, serta menukar pandangan aku terhadap sesuatu hal sekitar aku ni. aku tak rasa apa-apa kerugian. Ya , betul.. masa aku rugi. Tapi, aku rasa aku muda lagi. Aku sedar, aku ada buat salah. Jadi aku berkeputusan untuk bertanggung jawab atas kesalahan tu. "BAIKI BALIK". Alhamdulillah. Setel sudah. Lusa ni nak balik da. Sibuknya nak berpindah rumah..nak uruskan itu ini. Haih.. Takpela.. da nak balik mesia da. Hehe.. Sorry la, tak sempat nk teruskn " ke tokyo ke kita ". Tak sempat nak sentuh laptop pun.. ini pun hapdet pakai hanset. haha.. ketar jari.

   Mungkin aku akan menyepi untuk jangka masa yang lama. Al maklum lah... rumah kampung kan. Pasang tenet pun, belum tentu dapat tenetnye. So, moga berjumpa lagi. So ini sedikit sebanyak personal detail saya. Haha



Nama : Mohd Khirul Amri Bin Hasan
Asal : Pahang
Umur : sweet 24
Facebook : khirul amri bin hasan
twitter : aiehasan
instagram : aiehasan

#kikoku : Pulang negara asal.



Wednesday, March 19, 2014

penampor kokedai supernova iron lotus.


khalipah

mahaguru

bomoh

jampi orang tue - tue

Cap Kapal layor

Jangan campur urusan orang tue - tue.



Hurm. Macam harem.

Friday, March 14, 2014

bergegar habes.

   Letih jalan-jalan ke tokyo tak abes lagi nih.... jam 1:50 pagi macam tu, aku da start tarik selimut. Mengantuk. Baru aje nak terlelap.....

Ga!

Ga! Ga! Ga! Ga!

  Aku ingatkan aku tengah mimpi ngeri apa tadi. Tapi bila da terjaga sepenuhnya... aku tengok pintu bilik aku gegar, katil bergoyang-goyang. gempa bumi ( jishin , 地震 ) ke????

Ga! Ga! Ga! Ga! Ga!

  Cuaknya takyah cakap dah. Dalam kepala aku... ini ke gempa bumi besar yang dieorang kecoh-kecohkan sebelum ni??? Ya Allah.. berlari aku keluar dari bilik.. Tapi sampai je kat pintu rumah, da senyap da.. Tak ade da. Haih, macam mana lah orang jepun area yang selalu ade gempa bumi ni hidup. Aku yang jarang-jarang merasa ni pun dah seriau. Katenya, akan ade gempa bumi susulan ( yoshin , 余震). Harap tak ade ape-ape lah.

Sunday, March 9, 2014

sarapan pagi hari ini

  Kesian keluarga mangsa yang terlibat. Terlalu ramai pakar peramal di alam sosial yang jari laju menaip, otak berkulat. Boleh kot sensitif skit. Jgn melawak sngt. Cuba fikir kalau ahli keluarga anda sendiri terlibat. Paling kurang pun cuba bayangkan nenek awak pergi buat umrah, then flight delay sbb ade taufan dekat area sekian-sekian. amacam, time tu ade tak jantung berdegup kencang?

Selalu macam ni.

  Dulu waktu Jepun dilanda bencana pun macam ni juga. bullshit. Selagi bukan mak ayah adik abg kakak dieorg yg terlibat dalam tragedi mcm ni, selagi tu la tak reti agaknya. Bodoh sangat mungkin.

  Hentikan menyebar khabar angin kalau xde bukti. Kalau rasa nak buat mesyuarat tentang sape hebat meramal ni, boleh la kot cuba private2kn sikit. Kau mungkin tak sedar, apa saja status "ramalan" yang kau update tu besar impaknya kepada keluarga mangsa yang menunggu. Bila nak belajar ni?


Friday, March 7, 2014

besar molek.


" kau tak baik cakap macam tu "
" Tak baik hukum dia macam tu "
" Tengok lah latar belakang dia "

Hai awak.
Nape tak tutup aurat?

Bahagia ke hidup macam ni?
Tahu kan , dosa ape semua tu.

Saya tak menyokong.
Hurmm..dulu-dulu saya pernah cakap dengan kawan saya pasal orang macam awak ni.
Tapi saya pulak kena bash.
Silap saya lah kot, menghukum orang.

Mereka kata, awak jadi macam tu sebab faktor keluarga.
Keluarga awak bukan jenis yang kuat agama sangat.
Kate mereka lah.
Kate mereka, awak yang cakap macam tu kat mereka.
Mereka setuju jugak.
Faktor keluarga.


Well. Boleylahhh.

Tapi kan awak...
Ade je anak tok imam yang main barang.
Keluarga dieorang, adik-beradik die semua baik-baik.
Belajar tinggi-tinggi semuanya.
Yang perempuan tudung labuh, laki siap berserban.
Surah semua basah di mulut.
Dia seorang je macam tu.
Black sheep.
Kesian.
Dia nak salah kan siapa? macam dah kurang je " orang untuk dipersalahkan ".
Tak macam awak, awak ade family yang tak kuat agama untuk dipersalahkan.
Kan?

Tapi kalau tengok fizikal awak ni.
Dah besar molek rasanya.
Belajar pun terrer.
Boleh membaca tulisan saya lagi.
Takkan tak boleh fikir sendiri lagi.

Alah.
Sama la macam mak bagi kita rm2:00,
suruh beli air batu kat kedai harga rm1:70.
kalau kecik-kecik dulu, dapat je air batu..selalu lupa nak ambil wang baki kan.
Tapi takkan lah sekarang dah besar molek pun masih lupa nak ambil baki 30sen?

Udah la tu salahkan orang lain.
Awak merokok ke..
Awak selalu one night stand ke..
Awak tak jaga halal haram ke...
Tu semua pilihan awak sendiri yang buat.


Bendiri megah. Katakan..

" itu pilihan bodoh , aku yang dah besar molek ni buat "




Tuesday, March 4, 2014

spam comment. terasa shit sekali.

 Awat tetiba banyak comment spam ni? Adakah sebab perkara yang tak molek telah saya lakukan? pelik semacam. Sehari berduyun-duyun spam comment yang masuk. Takkan la pasal jarang-jarang post... iskkk . tak lojik.

Saturday, March 1, 2014

racist

 Orang cina ni tak kira lah berada di mana saja pun... kalau seorang die behave lagi, cakap dengan sopan santun gitew. Tapi bila da ade geng, mula lah cakap gaya macam partner dia tu duduk sebatu. Betul? Aku yakin ramai je orang setuju part ni kan. Sebab memang betul pun. Baik di orang cina di Malaysia ke, di Jepun ke ( rmh aku sebelah dengan seorang brother dari China ni ).. di Amerika ke... di China ke. Mereka memang macam tu.
 Racist ke aku bila aku kata macam ni? Haha...Aku tak rasa aku racist bila kita bercakap tentang sesuatu yang memang betul golongan itu macam itu atau macam ini. Kalau betul, apa yang racist nya? Well mungkin ade la kot, orang cina yang bila dalam group pun masih bercakap cover malu-malu gitew.Tapi setakat ni aku tak jumpe lagi la...Alahai, sama aje lah kalau orang cakap, Melayu ni pemalas, asyik fikir nak cepat kaya je. Itu racist? Hell no. Sebab bagi aku, benda tu memang kebanyakkan Melayu buat. Gua boleh bilang berapa orang dari berapa orang kawan gua yang gelabah join MLM dulu tu. Batak duit.
  So itu je la. Sejujurnya, aku tak ada masalah sangat dengan " orang cina cakap dengan nada kuat bila ber groupie " ni. Biasa lah.. maisng-masing ada "trademark" tersendiri. Tapi itu la, kalau ade mana-mana orang cina yang baca ini, terkuat suara bila bercakap tu ke,  boleh la kot cover-cover sikit ke, angkat tangan sikit ke kat orang meja mkn sebelah tu ke kan? Tak salah bercakap kuat.. just kadang-kadang tu tak semua orang suka happening-happening ni. Ape salahnya, hormat menghormati. Tak rugi pun.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...