Wednesday, February 29, 2012

balik jumpe orang yang paling sayang.

Hamba nak balik malaysia sekejap.. Jumpe mak ayah, jumpa bini.. eh bini takde lagi. Haha,nak jumpe awek-awek kat Malaysia. Rindu you all semua.. Rasa nak picit-picit.

So, maka saya akan senyap selama beberapa minggu. Plan nk jalan-jalan ke Melaka sekejap. Usha anak baba nyonya kjp. Keh3..Harap hidup kalian sentiasa di bawah rahmatnya. InsyaAllah. K,bye-bye.

Tuesday, February 28, 2012

sejak bila aku jadi dokter LOVE nih?

 Salam readers,dan selamat malam... serius.. serius aku agak tensen dengan manusia sekeliling. Rasa nak tampar sorang-sorang.

"sejak bila aku jadi dokter love korang? "

 Hurm.... Orang hanya akan bercerita tentang cinta,hati,orang yg dia suka pada orang yg dia percaya.. kan? Tak sebegitu mudah kot nak bercerita tentang personal matters pada orang yang tak dipercayai ..apatah lagi kalau orang yang tak rapat.

 Tapi aku,lain pulak keadaannya.. Okke,satu pengakuan berani mati aku buat nih,aku sekarang belajar di jepang,dan cintaku masih tertinggal di Kuala Luampur. Sedih tak? sedih kan? Bukanlah aku terlalu sedih dengan LDR (long distance relationship) aku sekarang nih,cuma mak aih... lek-lek sudah,nak gaduh kemana sangat kan? aku nih terpisah badai,elok je..tak mati pun.Siap kena taufan bagai lagi... okke je. Walaupun pada mulanya,perghh.. walaupun pada mulanya, aku sbg lelaki pun,air mata kadang-kadang jatuh jugaklah disebabkan cinta kan? Cewah~ Tapi lama kelamaan,aku faham dengan kata-kata orang tua tu.. 

"kalau jodoh,tak kemana"

 Bukan apa... semenjak akhir-akhir nih..ramai kengkawan mintak nasihat kat aku pasal cinta...aweklah.. Mak aih..muka aku nih muka playboy ke? muka kasanova? yang aku tahu aku hitam dan "sihat" sikit. Kalau lah setakat kawan-kawan Malaysia yg bercerita...okke,fine. Tapi keadaannya sekarang... Kawan Uganda aku pun.. Kawan korea aku pun... Kawan Jepun aku pun...

 Tetiba aku macam, erkkk... apasal citer kat aku... :'(.. muka aku nih muka orang yg sangat berpengalaman dalam bab nih ke? ouh tuhan~ Aku lagi berpengalaman dalam tidur smpai tengah hari.

 " tak nak jadi dokter love lahh"


love aku pun tak setel lagi.. sobs

ini bukan iluminati


sekali - sekale kitew pom nak camwhore macam awek- awek KPOP.hikss
Tak salah kan? 



Monday, February 27, 2012

 Salam readers. Sihatkah kalian?hehe.. Seminggu ini aku cukup-cukup bizi. Tdo pun dah lintang pukang.Ini kan pulak mkn? Kelmarin dinner aku pkol 12.30 malam.Amacam? Rock giler kan? (ape aku mengarut nih).. So kesannya 4jam lepas tuh baru aku tdo. I jaga body ok.

 Hurmm.. Aku tahu,hari ni ramai orang malaysia yang turun padang ke padang hari ni.. menentang penubuhan LYNAS kat kuantan tu kan? Aku pun sokong..kejadah ape lah nak buat kilang kat sini.Dah la terang-terang sisa tuh milik kita. Sisa tuh bukan tahi kelawar yang boleh dibuat baja,tapi sisa yang boleh membunuh. Tak lama lagi, melayu akan hilang di dunia? mungkin.. nk pindah korea la, boleh kawen dengan yoona.bye neelofa.hikss

 Cuma aku terfikir.. untung giler brader-brader yang buat printing baju nih. Maklumlah dekat-dekat pilihan raya nih.Ditambah pulak dengan rakyat malaysia ( kebanyakkannya melayu ) , memang suka bab-bab "berdemo" ramai-ramai.. sekali buat demo, berapa puluh ribu baju yang di print ye?? 

 Kalau macam ni,serius grad nanti aku nak buat bisnes printing baju,banner,iklan secara sambilan.Konfem.. setahun je lepas tu, aku dah boleh kawen,boleh beli Yamaha FZ cash!. 3 tahun lagi? kawen 2..haha

 Beringat aje la, adik-adik,abang-abang,akak-akak sekalian... sekarang nih dah nak dekat pilihan raya,semua pakat nak turun padang kan? pastuh semua pakat nak jadi hero kat TV... perkauman sana sini la. 


#lagu best untuk tido malam ni. nyte .

Wednesday, February 22, 2012

macam cinta pandang pertama



kenapa?
sebab first time dengar
tapi aku terus duk ulang-ulang sampai 2,3 kali
dan aku perasan permulaan,dan perngakhiran video ini sama
tak caye? tengok sekali lagi


Sunday, February 19, 2012

Neeloffa , kau tak setaraf Ustaz Azhar Idrus ! Kau HINA.

 Salam readers sekaliang. Sihat-sihat belake dop? hambe sihat aje sini. Kenyang makan sekut td. hehe (feeling Ustaz Azhar) keh3. Hurmm.. Ade yg tak kenal  Ustaz Azhar Idrus ke? hehe.. Semua kenal kot. Fenomena kot skrg nih.kan? Semua benda orang nak tanya kat ustaz. Bagus la tuh,tapi kadang-kadang ada soalan yg tak perlu tanya,boleh fikir sendiri je.

"itu lah, dulu mak ayah hantar kau ke sekolah, taknak belajar sunguh-sunguh"

 Ape kaitan Uztaz Azhar dengan tajuk entry? well,ustaz... ilmu agamanya mashaAllah,kalau nak bandingkan dengan aku nih, macam langit dengan bumi kan? daripada seketul isi yang aku keluarkan, dia mungkin boleh huraikan sampai seribu patah perkataan. Setuju?

 Kalau Neeloffa pulak?haha,jangan harap... dengan freehair nya, pakaian seksi, rempit sampai ke malam, teguk kencing syaitan,konfem dah pernah main..Tak lojik dia boleh huraikan macam ustaz kan? tak lojik.. Neeloffa tu~  harapkan muka je cantik

 Satu hari , Ejam kenalan kepada neeloffa, kehilangan wang sebanyak rm50... apa lagi,habis di makinya semua orang.Akhirnya pencurinya ditangkap.Dia tekad, nak hantar kes ni ke mahkamah,nak malukan si pencuri ni depan orang ramai,nak belasah puas-puas.

 "tak perlulah sampai nak pukul dia! Cukuplah dah bawa ke mahkamah tu,kawal sikit marah awak tu. Tak baik berlebih-lebihan dalam sesuatu,faham tak? munafik! " .

 Tak semena-mena terkeluar perkataan itu dari mulut neeloffa. Keadaan sunyi sebentar... Tapi terus dibalas kencang oleh Ejam

 "Sial punye perempuan, engkau sendiri lubang dah pecah nak bagi nasihat kat aku? nak dakwah aku? Kau pergi bertaubat dulu la sundal! Sibuk nak jaga tepi kain orang buat ape? kau sendiri dah macam selangkah ke neraka "

"kahkahkah..cermin diri kau dulu la cik Neeloffa oii~ kau pakai skirt pun nampak peha putih melepak dengan tatu rama-rama nak dakwah kita orang pulak? pergi balik night club la weyh! " 
sahut orang-orang sekitar itu.

*********

 Faham tak cerita aku? Ini mentaliti kita.. nak berdakwah,perlu ada ilmu tinggi-tinggi dulu,then baru dpt lesen untuk berdakwah,bagi ceramah bagai. Satu perkara aku nak cakap..

"kalau lah itu syarat yang diletakkan untuk berdakwah.... hari ini, mungkin agama kau bukan Islam"

 Apa kau ingat, para-para sahabat dulu sebarkan agama tahu serba serbi dah ke? Dalam berdakwah,tak pernah langsung ada syarat tinggi mana ilmu kau kena ada. Cuma lagi tinggi,lagi bagus. Itu saja.. dan sementara kau  hidup,kau takkan tahu level imam kau..takat mana.

"jangan pernah rasa diri ini lebih tinggi imannya dari orang lain"

 okke la, teman-teman sekalian.. nak tido. nak mimpi neelofa. NEELOFA okke~

My hummingbird

 Hari ini,hari sabtu,jam 12.31 pagi aku mula menaip. Baru saja pulang berjimba dari bandar sebelah. Mengantuk lesu saja sekarang.Senior aku,balik je terus tumbang..ishh,isyaknye belum.Maklumlah, sekarang musim salji. Sejuk..sedap kalau tido kan?Joman,housemate aku dah tumbang..tinggal aku sorang. Sunyi la pulak kan? hehe..  

 Aku mahu bercerita tentang dia. Ya, tentang burung kelicap aku. Dia seorang yang sangat lemah lembut orangnya. Entahlah,first time jumpe.. terus terang aku katakan dia ni macam tomboy. Nak ajak bertumbuk pun boleh. Tapi bila dah kenal, aku tak sangka.. macam ni orangnya,lembut dalam keras luar rupanya. hurm....

 Dia degil. Dia suka provoke orang. Dia suka berlebih-lebihan kalau marah. Dia makan banyak. Dia jalan laju. Dia selalu buat benda tak senonoh. Dia suka bertindak tak matang kadang-kadang. Ya, itu perkara yang aku boleh senaraikan sepanjang pengenalan.Mungkin banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak perkara itu,kenapa aku masih tetap,malar pada si Dia?

 Bukan kerana aku suka "hitam" dia.. Tapi aku cuba untuk sentiasa hanya menatap pada "putih"nya saja. Terus terang,aku tak suka "hitam" dia. Tak salahkan kalau kita hanya mahu menoleh pada "putih" seseorang. 

"Selagi ada kemahuan untuk menjadi baik,tak mengapa"

 Pelik.. si Dia terlalu "down".. katakan yang aku ini terlalu perfect untuk dia. Sejak bila aku menjadi terlalu perfect? Aku tak alim macam imam muda. Aku tak mudah bangun awal pagi. Aku tak petah dalam berkata-kata. Aku tak pandai sangat berborak dengan orang tua. Aku tak boleh aktif macam orang lain (injured kekal). Aku pun makan banyak. Aku suka keluar malam. Aku suka mengarut. Aku tak pandai jaga hati orang. Aku sendiri tak matang lagi. Aku susah nak hilangkan marah.Lastly, aku tak hensem sangat macam fahrin ahmad. 

 Jika "terlalu perfect" yang dijadikan isu.. habis itu,macam mana Rasulullah S.A.W berkahwin? Dia bersifat Maksum.. Faham maksud aku kan? 

 Hidup ini ibarat sungai yang mengalirkan racun dan madu. Begitu juga dengan cinta. Kalau racun dan madu kau alirkan serentak,memang sampai bila pun tak akan "boleh masuk". Tapi kalau kau sekat racun,alirkan madu saja.. Aku suka,kau pun suka.Cakap pada diri sendiri.

"Tak gitu, Si Kelicap?"

 

 

 

Thursday, February 16, 2012

owlman ke? masih misteri

 Salam readers.Moga sihat-sihat belaka.. aku ade cerita untuk anda semua. Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap aku ini terlebih berimajinasi.Mungkin akan ada yang cakap karut.Tapi first of all, aku nak tegaskan di sini,kita orang islam..kita percaya akan perkara ghaib kan? dan mungkin apa yang kita semua nampak sekarang ini,bukan semua isi yang ada dalam dunia.. bukan semua penghuni di dunia nih kita dah tgok. Mungkin baru 1%...

 Cerita nih terjadi dua tahun lepas. Saksinya orang kampung aku iaitu jiran-jiran.. serta anak-anak saudara aku sendiri. Pernah kau terbaca cerita pasal "owl man"..xpernah? nanti klik sini.

 Aku tak ada di tempat kejadian waktu itu sebab aku berada disini.Ya,aku di luar Malaysia ketika itu. Hanya mendengar cerita dari ibu ku. kes ini bukannya sehari.. Tapi orang nampak kelibat makhluk ini lebih kurang satu minggu,berturut-turut.

 "badannya besar,tinggi lebih kurang 2meter lebih,berbulu hitam lebat,tangannya panjang seolah-olah terus sampai ke kaki, dan paling seriau.. mata merah saga yg besar"



 Itu lah deskripsi yang aku dapat drpd ibu aku,serta saksi-saksi kejadian. Aneh, dia tak mengacaw manusia.. tak mengilai.. tak buat onar seperti hantu raya.. langsung tak ada. hanya seperti haiwan. Ya, seperti haiwan yang "menyinggah" sebentar di kawasan rumah aku. Maklum lah,belakang rumah aku nih,hutan belantara dan "makhluk" ini selalu muncul bila dah nak maghrib.Memang menakutkan,sehinggakan kanak-kanak yg selalunya tak sedar diri nak balik rumah,pkol 6.... semua dah sunyi sepi.

 Ini cerita dari saksi.First,Makcik J... die nampak, benda besar kaler hitam melompat dari bhgian atas pkol kelapa ke pkok kelapa yang lain,dan bila ditengok halus halusi.. matanya merah saga.ape lagi,takut lah orang tua tu. Die jugak pernah nampak,"makhluk" ini duduk bercangkung atas atap rumah sebelahnya yg jaraknya 15meter,dan rumah itu berhadapan dengan rumah aku tak sampai 10meter.

 Itu kes Makcik J, ini kes makcik S pulak, kali nih di rumah aku.. okke,tepi rumah aku ade satu tiang lampu,dan die nampak "makhluk" nih duduk atas tiang lampu tu.Klau nak ikut kan lojik akal, boleh pulak tiang lampu nih bertahan dengan beban sebesar itu. Tak lojik kan?

 Ini kes paling ganas.. maklumlah,depan rumah makcik M nih ade paya.. so selalunya sisa mknn,dibuangnya kesitu,alang2 kasik itik makan petang lah kot. Tiba-tiba petang yg dah nak magrib tu,anak die pergilah buat rutinnya macam biasa. then..... waktu nak buang,tiba-tiba "makhluk" nih datang seakan-akan mengejar.Ape lagi,lintang pukang lah budak nih.

 Itu aje lah yg aku ingt.. Aku bukanlah nak kaitkan perkara ni,dgn ideologi org putih.. Tapi ,sebab sebelum terjadi perkara nih,memang aku dah baca pasal "owlman" nih,sebab ciri-ciri yang disebutkan ooleh saksi..sangat sama. sangat sama. Bagi aku tak mustahil,sebab belakang rumah aku nih hutan belantara.. sekarang dah kena kacau.. aktiviti teroka tanah,balak,perumahan bagai.

 Maka terpulanglah pada pandangan masing-masing kan? Pasal owlman tu,pendapat peribadi aku aje.. Kalau benda tuh tak pernah wujud,tak pernah orang nampak,takkan ade cerita kan? Sama lah mcm cerita Bigfoot.. kat malaysia pun ade yg "terserempak" kan? cuma kalau nak bukti itu mungkin tak ada,yg ada hanyalah cerita.

"ingat,bukan anda saja yang menghadap laptop sekarang,tuuu yang tengah belai-belai rambut kau kat belakang tu..... "

tolong ( khas untuk melayu )

tengok video di bawah ini
tolong
tolong prihatin tentang saudara mara kita
aku tak tahu
di tempat aku sendiri pun
setakat mana yang aku boleh bantu

masalah ini , bukan kecil
Tapi sangat besar
ini saudara kita 
aku rasa macam something tak kena
sebab ramai orang sibuk kecoh pasal perkara yg tak perlu
valentine?
neelofa?
budak pavillion?
minyak,gula naik?
politik?
nihhh
pasal masa depan kita
berapa ramai yang kesah?
berapa ramai?

berapa ramai?

Malaysia mungkin takkan terjadi perkara sebegini
Tetapi mungkin hanya "mungkin"
kita tak tahu

mampukah anda akan kemungkinan itu?
mampu?

aku cuma terdetik malam ni
apa yang mampu aku buat?
hanya fikir then buang saja?
hanya menaip saja?
hanya jadikan topik berbual saja?
hanya jadikan point-point dalam karangan saja?
hanya mampu menderma saja?
hanya mampu berdoa saja?
berjuang sama?
mampu?

gelak-gelak jugak
jangan lupa 
agenda saudara kita


mesti orang pelik,kenapa aku suka mention "melayu"
sebabnya satu saja
melayu itu sendiri dah membawa muslim
dan golongan ini nampak sangat tidak sedar.
sekian

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednessday


masih belum terlambatkan,untuk sesi WW? hehe


khas untuk semua 
yang rasa malas-malas
yang asyik bercakap tapi habuk takde
yang terlalu penakut untuk berubah
yang terlalu risau akan risiko
dan yang terakhir
yang menaip.

cuti sudah start..

 aiyok~ aiyok~ cuti dah start... dan aku rasa seakan-akan rajin untuk bermain dgn photoshop.. rasa nak buat header baru.keh3

Tuesday, February 14, 2012

suka nak picit-picit


suka aku usha blogger sorang nih
kiut molek
rasa nak picit-picit
haha
takpe kan?
tapi aku tak kawen lagi
....

tapi takpelah,
abam setia
setia pada blogger.


#dialah

Thursday, February 9, 2012

Burger tepi jalan dan Burger McD

 Salam readers-readers sekalian.cewahhh.. mcm ramai lah pulak readers aku kan? Baca status fb sorang mamat nih.Buat aku terfikir akan sesuatu..

"pemikiran rakyat kita"

 Aku suka topik nih,sebab satu je.. aku sekarang berada di negara yang moral rakyatnya ternyata lebih tinggi dari kita,dan bijak. Nak bandingkan dengan Malaysian? macam burger tepi jalan dengan burger mcD la.. sama-sama burger,tapi rasa dan kualiti berbeza.

 Taknaklah sentuh banyak topik,nantikan takde yang nak bace pulak kan? Cuba fikir satu perkara,mcm mana rakyat kita berhadapan dengan masalah harga barang yang semakin naik. Fikir lagi..

"Harga barang selalu naik,tapi kita tetap boros"

 Tak setuju?Kau tengok lah sendiri...contoh yang paling kecil lah.. ada satu kedai runcit,yang barang-barangnya mahal giler..Tapi orang-orang kawasan perumahan itu kekal macam tuh jugak. Masih jugak beli barang di kedai yang sama.Alasan,satu tu je kedai kat situ..kedai lain jauh.So,klau aku sebagai tauke kedai pun,ape aku kesah kan? jual 2kali ganda drpd harga sebenar pun orang datang beli jugak. Takde ape yg hendak dirisaukan.

 Itu contoh kedai runcit.Tapi yang lain? memang harga brg naik.Tapi klau kau berjimat.. no hal la. Contohnya,bawak bekal nasik ke pejabat ke,air ke, beli brg scra pukal ke... Bayangkan sajalah kalau sepinggan nasi goreng pun dah boleh cecah 5 ringgit. Sedangkan kalau kau masak sendiri,ntah-ntah baru 2 ringgit kosnya.

"kurang bijak,tapi bodoh lebih"

 Nak tahu kenapa? Sebab setiap kali barang naik... kau hanya mampu merungut dengan bangangnya. betul kan? Memang betul,kos hidup di Malaysia boleh dikatakan lebih tinggi daripada hidup di jepun.Serius,aku tak tipu.Tapi,kalau pengguna yang tak beli? nak tak nak..peniaga kena mengalah la kan?takkan nak stay pada harga yang sama. sape nak beli?

"tapi,macam ni lah kita"

Sunday, February 5, 2012

girlfriend itu kawan perempuan

 Assalamualikum,dan Salam Maulidur Rasul ya ente-ente sekalian.hehe.... Oleh kerana ink printer aku dah habis,maka tergendala lah semua kerja-kerja aku mlm nih.Oh bagus betul kan? Kena tunggu mata hari terbit baru boleh keluar beli. Ishhhh...

 Aku rapat dengan seorang perempuan. Dia baik, dia cantik, cukup budi bahasa, tutur bicara, lemah lembutnya.. Pendek kata kalau di hadapkan kepada mak ayah aku,konfem terus setuju time tuh jugak kalau aku minta izin nak kawen.hahaha.. Tapi malang,... bukan aku yang malang..semua yang malang. Kami hanya kawan..

 Definisi kawan itu sendiri membawa pelbagai maksud.Bagi aku,kawan tak perlu ramai.. biarlah hanya seorang.Tapi apa yang penting, dia benar-benar menganggap kau sebagai kawannya,dan menjalankan tanggung jawab sebagai kawan terhadap kau.

 Tapi kalau kawannya berbeza jantina? iya.. seperti aku sekarang ni.Jaga-jaga teman.. Jaga batas.. mungkin caring itu perlu,tapi jangan lebih drpd caring kau pada teman sejantina dengan kau.Mungkin sayang itu perlu,tapi jangan lebih drpd sayang kau pada teman sejantina kau. Itu... jika kau hanya mengganggap dia hanya sebagai kawan lah. Tak kira lah dia tuh, Tomboy ke Pondan ke. Otak kau masih boleh fikir lagi kan?

 Aku terfikir malam ni.. ya aku memang agak rapat dengan girl-friend aku nih.Well,mungkin sama-sama sekolah dulu, mungkin sama-sama tahu kisah silam masing-masing, mungkin sama-sama faham kekurangan masing-masing kot.Mungkin itu yang menjadikan aku dgn dia ni rapat.Tapi, apa-apa pun,hanyalah sekadar kawan.Tidak pernah lebih.Tapi, aku risau.. risau kalau memberi harapan secara tak sengaja. Bila dah sampai tahap itu... mungkin kalau diterima makan hati , kalau ditolak hati disana yang hancur.

 Bukan tak sudi, tapi masih belum terbuka. Gile ape... hot stuff kot. That's why lah kena jaga batas.. jangan terlebih,jangan terkurang. Biarlah berpada-pada,

"aku nak get ready dulu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...