Saturday, March 23, 2013

ayat sastera yang banyak kosa perkosa kata

   Aku terjah blog sastera situ sini. Aku tak faham apa perkataan yang kau guna. Then aku "google". Ouh ya, aku faham maksud perkataan, tapi aku masih tak faham apa maksud tuan blog. Ada 3 kemungkinan. Satu.. aku yang terlalu lampi. Keduanya.. tuan blog yang menulis dengan penggunaan bahasa yang tak tepat. Ketiganya.. kedua-dua manusia ni punyai kefahaman berbeza. Yang pasti, hanya si menaip itu lah yang paling faham tentang cerita yang mahu disampaikan. Tak kiralah kau tulis dalam bahasa sama, tulisan yang sama... hanya tuan empunya cerita yang paling faham. So begitu juga dengan perasaan. Takziah untuk sahabat aku yang baru saja kehilangan tunangnya semalam. Kita boleh kata, sabar.. aku faham perasaan kau... aku pun pernah alami jugak... well, untuk tenangkan dia mungkin boleh. Tapi sebenarnya, sama mana pun situasi yang aku engkau lalui ,apa yang aku faham tu tetap tak akan sama dengan apa yang kau faham kan? Bertabah la sahabat. Mungkin kau rasa dugaan kau dah cukup berat. Aku mungkin tak faham perasaan kau sebab aku tak pernah alami situasi ni, tapi percaya lah, mungkin ada berjuta-juta, berbillion-billion lagi orang yang terima dugaan lagi berat dari kau ni.

Thursday, March 21, 2013

ini bukan cerita amanah saham berhad.

 Aku tak tahu..aku tak mahu tunding jari kat siapa-siapa. Yang aku tahu, orang first yang akan baca entry ini adalah aku sendiri. (If you know what I mean). Kau rasa kau amanah tak dalam bekerja? hari tu ade terbaca tweet sham kamikaze ni.. psl amanah.   Lebih kurang macam ni la..


" kalau gaji yg kita dapat rm5000, tapi kita kerja hanya untuk gaji rm2000. Nanti Allah akan tarik rm3000 tukar kpd anak nakal, hidup ssh dll" 


" kalau gaji kita dapat rm2000,tapi kita kerja macam untuk dapat gaji rm5000.Nanti Allah akan tukar BALANCE rm3000 lagi tu kepada anak yg soleh, hidup bahagia dll "


 Betul. Senior Phd aku yg sorang ini pun pernah cakap satu perkara. Well aku rasa ramai kot malaysian yg buat Phd di overseas khususnya, ramai silap guna duit geran yg diberikan tu. yg sepatutnya 3 tahun sampai jadi 5,6 tahun. Sebab apa? tahun 1,2 tu mereka tak start buat research pun lagi. Mereka pergi tour. Cerita ni kalau senior aku yg sorang tu tipu, maknanya aku pun tipu kau orang lah. So ade lah lagi senior ex-Phd yg lain pun pernah bagi nasihat, guna elok-elok duit geran yang kita dapat untuk buat research nanti. Nanti di akhirat kena soal.. Amanah tak kita? Jujur tak dalam menjalankan tanggungjawab? sendiri mau tanggung.

  

Wednesday, March 20, 2013

sejam di karaoke box , atau sejam yang ini? anda pilih.. anda bijak.




Dunia sekarang dah canggih. 
Tak perlu keluar rumah, dah boleh dengar ceramah. 

abang, kakak, adik-adik manis sekalian.. BW boleh.. takkan dgr x boleh kot.
hikss.

Saturday, March 16, 2013

Been feeling pretty bitter these days



Duduk sorang-sorang, 
Ditiup angin sejuk permulaan musim bunga,
Monyet hitam ini peneman dikala ini,
Kenang cerita lama,
Fikir masa depan.. bimbang.

Lambatnya musim panas.

Thursday, March 14, 2013

Hantaran versus logik akal

  
   Hantaran kawen. Macam mana tu? Aku pun tak faham jugak sebenarnya... tapi memang akan wujud situasi macam ni. Banyak dengar cerita kawan,cerita kenalan, cerita fesbuk, dan lain-lain.

Tingginya hantaran.... kurangkan lah sikit.
Tengok tu..langsung tak nak usaha.
Tak mampu la.. tinggi sangat tu.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Tingginya hantaran... kurangkan lah sikit.
Awak ingat saya ni secondhand ke?
Tapi awak tak pandai masak, jari kaki besar sebelah.
Tak nak sudah... cakap cinta.


Tingginya hantaran... Kurangkan lah sikit.
Dah dieorang tetapkan macam tu..
Lambat la dapat halal macam ni.
Kita ikhtiar la ape yang patut.

dan

Murahnye hantaran, betul ke ni?
Umi saya ustazah, Abi saya ustaz..
Tahu..tapi kenapa?
Mereka faham apa yang mereka ajar.
Untung saya...
Nanti Abi nak test surah Al-Mulk n Al-Baqarah taw.
erkk..

   Senyum sinis.  Apa yang aku perasan, kalau mak ayah si perempuan tu orang yang jenis "boleh la dikatakan banyak ilmu agama".. selalunya hantaran mesti murah je. Ada yang aku kenal, bdk grad oversea, muka cantik comel lotte . Boleh kata, kalau tak ada ikatan agaknya...ramai yang datang serbu. Tapi hantaran tak sampai pun 4K. Tapi... si lelaki kena la lepas ujian dulu.keh3.. ujian jadi imam, ujian hafaz Al-quran, dll. 

   Bagi aku la... hantaran murah ke, hantaran mahal tu... bukanlah masalah. Yang penting, logik. Ok contohnya, si perempuan ni cantik cun melecun, hafal Al-Quran, masak serba serbi terrer, hormat orang tua, pendek kata.. perfect. So , logik kalau hantarannya sampai 30K sekali pun.  Kalau si lelaki pula dengan pendapatan bulanan 20K, bab agama semua pass dengan cemerlang, perfect. Rasenye tak salah kalau hantaran yang diletakkan oleh pihak perempuan itu murah-murah. Dapat menantu yang terbaik, nak ape lagi. So logik la kan? Yang penting sama-sama dapat faedah.

   Nowadays, aku tengok sesetengah kawan yang berkahwin dengan hantaran yang entah apa-apa..majlis kaw-kaw. Tapi sama-sama baru habis belajar atau masih belajar atau baru je nak start kerja. Aset tak banyak lagi, simpanan pun tak banyak lagi..kalau ada emergency, dah menggelabah. Apa-apa pun sebenarnya, untuk wang majlis kawen,hantaran dll ni... tanggungjawab lelaki. So,gentleman.. simpan la duit walaupun anda kini masih lagi dalam kategori "takde calon" atau "forever alone".. ini nasihat orang-orang tua kat aku la. Dengar kalau nak dengar..



" Ade ustaz ni cakap... better elakkan kahwin dalam keadaan tak berduit, takut nanti disebabkan mslh duit keluarga jadi kucar - kacir " --- logik (akal kita).

 

Monday, March 11, 2013

lagu cinta yang super manis

 Terasa geli-geli bila tengok video klip yang nak buat sweet mcm kpop kononnya. (kononnya) . Lagu sedap? boleh la.... tapi bila tengok video klip yang terlalu nak capai level sweet maksima itu buat aku rasa mual-mual. Entah la... idea-idea belon terbang warna-warni,belon sabun banyak-banyak, kincir angin warna-warni, menari ramai-ramai tu..... urghhh. terlalu kpop. Aku tak boleh terima. Perhatikan je video-video klip lagu melayu kita, idea2 photographer kita... semua sama je. Kan aku dah ckp..kita ni tak kreatif. (kita).

Friday, March 8, 2013

jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari

   Aku tak rasa aku ni orang yang sama untuk setengah tahun yang lepas.. si dia banyak mengubah. Bila tengok entry lama-lama.... idea untuk memaki hamun tu lagi pantas dari kelajuan cahaya. Langsung aku tak gentar.. langsung aku tak kisah apa kau kata. Yang penting aku puas. Tapi bila hadirnya dia, aku banyak sedar..maki hamun itu bukan segalanya. Sebenarnya bila buat macam tu... aku lebih lapar untuk maki hamun. Aku tak pernah puas jadinya. Alhamdulillah, aku sedar sekarang.. dan untuk "mek tam" , terima kasih. Jodoh kita aku tak tahu sampai bila. Sampai esok? Sampai ke pelamin? Sampai beranak tiga? Sampai Jannah? (perghh hijabster style)... Kalau aku jodoh untuk kau, dan kau jodoh untuk aku. tak kemana. Terima kasih untuk segala. Selamat ulang tahun, cinta.


Wednesday, March 6, 2013

secret admire katenye

 Salam readers sekalian... lama betul menyepi rasanya. hehe..  last entry aku ade post psl gambar "meme" tu..  gmbr sbnrnye bukan lah begitu, saje edit guna application kat hanset ni.Huhu.. dan satu lagi.. aku pernah je sebenarnye mengalami perkara macam ni. Soal secret admire... Nak terima hati tak berkenan, nak menolak kesian... then aku layan kan aja. Well, itu semua cerita kanak-kanak aku la..

  Well, sebenarnya kes secret admire ni banyak giler la time sekolah-sekolah dulu. Bukan lah maksudnya nak cakap diri ni hot staff plak kan? haha... Tapi itu la.. ( krikkk, krikkk....). ok abai kan. Ish ape aku melalut ni. Macam ni, setiap orang ade taste masing-masing kan? Kalau time budak-budak, aku yakin la semua suke budak-budak yang jenis hensem-hensem, cute-cute, kurus, putih... kan? Tok sah nak tipu la... aku nih hitam, time zaman sekolah rendah takde pun awek nak. sedih je... Tapi masa sekolah rendah, aku mana pernah sikat rambut pun. haha

 So bila naik sekolah menengah, well aku pun dah semakin hensem agaknya... rambut pun sentiasa pacak-pacak atau buat rambut sudu. Mulai saat itu ramai lah gadis-gadis sunti yang kurang sikit malunya, tanpa segan silu hantar surat layan, hantar orang perantaraan la.. tipu la tak happy bila ada secret admire kan? dapat hadiah tak putus-putus tu.. minta pizza pun dapat. Awesome habis.. Tapi lama-lama aku fikir, aku beri hati aku pada dia tu tak ikhlas... hanya semata-mata kesian, dan fikir xpela..try aje la, untung jugak boleh merasa pizza sekali sekala. Tapi sesungguhnya aku tolak cinta si gadis sunti tu ada jugak la sebab dia ni bukan taste aku.. maksud aku taste luaran. Maklum la, muda. Rupa datang dulu, baru hati bro.

  Saje je.. aku poskan dulu gambar sebelum ni tu. nak dengar pandangan kalian semua. cewah.. macam happening giler plak blog aku ni.haha.. Itu semua cerita dulu lah...masa mula-mula nak melangkah alam remaja. Sekarang? well... mungkin rupa tetap akan datang dulu macam-macam mana pun. manusia memang suka benda-benda yang cantik kan? dari mata turun ke hati. Tapi , mungkin kematangan tu dah bertambah. Bagi aku, rupa itu hanyalah bonus. Rasenye lah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...