Wednesday, October 31, 2012

To My Future Son

  Salam readers sekalian,dan tak lupa juga anakanda tercinta.Oleh kerana daddy tengok semakin lama semakin menjadi-jadi manusia-manusia kat alam maya nih buat entri style gini.. So daddy pun buat lah jugak.. ape salahnya. kan?haha... Daddy memang demand lebih pun. Tapi daddy takmo le buat entry pasal To My Future Wife plak.. kang nanti, mak no 2, no 3, no 4 kamu tu silap faham pulak. ye dak? Haha...Okaylah, To My Future Son...

1. Kamu jangan berangan nak nama panjang-panjang sampai 5 suku kate.Tak comel pun.. Nanti tak muat IC. So secara automatiknya nama kat IC pun jadi burukk . euww

2. Dah nama pun son kan? So kamu takpayah nak jadi maskulin ke, maskulit ke.. Just jadi lelaki normal je. Tak payah nak jambu-jambu ala-ala kpop sangat. Daddy tak suka. ok?

3.Kamu jangan harap la nak suruh daddy belikan benda2 gadget untuk kamu bawak gi sekolah tu. Sedar diri sikit,jangan nak berlagak sangat.Tu duit daddy..bukan duit kamu.

4.Daddy tak kisah kalau kamu malas nak belajar kat sekolah nanti. Tapi dengan syarat, Kalau fail satu subjet.. kamu duduk rumah, berhenti sekolah.Tolong mak kamu kat rumah, dan tak dibenarkan keluar kalau daddy tak bersama kamu.Kamu kena stay ngan daddy sampai umur 18tahun. Padan muka.

5.Kalau kamu nak melarikan diri,nak duduk luar sebelum umur 18thn tu...boleh.Tapi kena bayar pampasan 50% drpd pendapatan kamu time tu. Harap maklum.

6. Time sekolah, buat macho je.. takyah mengorat pun takpe.Nanti awek datang cari kita. Macam daddy dulu lah. Ini nenek kamu yang ajar nih. haha

7. Jangan perdajalkan anak dara orang.Jeling-jeling manja je..

8. Lepas makan, basuh pinggan tu. Jangan nak buat tak reti.

9.Daddy nak kamu tahu, yang daddy sebenarnya minat kat wawa zainal.Daddy tak minat Neelofa pun.

10.Daddy suruh kamu blaja rajin-rajin bukan sebab nak suruh kamu dapat no satu, senang nak kerja. Tapi untuk masa depan kamu sendiri.

11.Habiskan belajar dulu,kerja dulu... baru kawen. Fikir nak kawen tu.. time belajar ok. Sebab Daddy pun macam tu. Hidup kena fikir jauh Son.

12. Orang laki jangan nak emo-emo macam perempuan time PMS. Rileks je.. bertenang.

13. Buat kali kedua Daddy cakap, jangan nak jadi macam orang perempuan. Perempuan emo takpe lah, dah memang dia mengalami gelora dalaman. So dia perlu melepaskan.. Kamu nak gelora ape ke bende?

14. Jaga aurat kamu kalau kamu.

15. Kalau minat kat sorang anak dara nih, pergi jumpa mak ayah die terus. Jangan nak buat galak ajak keluar situ sini, naik moto sama-sama menonggek kat belakang. Balik rumah siap kamu ,Daddy rotan ngan paip getah tu.

16. Tepati masa.

17. Jangan nak berlagak melebihi kemampuan. Contohnya gaji dalam rm1k, dah nak pakai iphone 10. Jangan jadi bodoh sangat lah. Fikir masa depan sikit

18. Nak cari bini, cari bini yang rajin. Rajin serba serbi.. Macam mak kamu nih. Aumm. Muka cantik, tapi masak untuk suami pun malas.Baik tak yah kawen.

19.Kamu pun kena belajar masak, in case isteri kamu nanti sakit, uzur ..tak boleh nak masakkan untuk kamu.So, kalau time tu dah ade anak-anak.. dah boleh berjimat kan, daripada beli makanan kat luar tu~

20. Ingat , kamu tu orang apa. Kamu tu orang islam. So bertindak, dan berfikir pun macam orang islam. Faham?

 Banyak lagi daddy nak cakap, tapi dah masuk maghrib kat sini. ok tata my beloved son.XOXO

Friday, October 26, 2012

The Korbaners-Pumped Up Kicks

 Salam, and good morning readers yang dikasihi sokmo.Tak lupa juga, Salam aidil adha untuk anda-anda disana. Tahun ni..masuk tahun keempat aku beraya haji di perantauan. Well, mungkin bagi sesetengah orang ...Raya Haji nih apa lah sangat kan...mungkin orang tu orang key'el.Tapi orang pantai timur sebaliknya.. Raya Haji sangat-sangatlah meriah.Lagi-lagi area Kelantan dan Terengganu.. Sebenarnye, agak sedih la jugak semalam. Bukan sedih pasal tak dapat beraya di Malaysia yang happening tuh. Tapi sedih sebab pada-pada hari macam ni, tak dapat bersama keluarga tersayang, tapi bertungkus lumus siapkan kerja di Lab.

 Haha... Life aku sekarang ni macam ape ntah... pergi Lab pagi,balik malam. Kadang-kadang esok pagi. Tanpa tidur.. Semalam pun pukul 3 pagi baru balik. "giler".Memang langsung takde life lah sekarang nih. Kalau kerja kuat buat aku selim xpe lah jugak..Ini mana nye nak kurus... stay up malam-malam, perut masuk angin kan? tahu je lah aku buat ape kalau dah macam tu. Aku tak tahu sangatlah budak-budak yang buat degree di Malaysia ni macam mana. Tapi dengar ceritanya ade je yang sampai tak balik rumah.So, macam lebih kurang lah. "kot".. aku tak tahu.. hehe

 Semalam aku call rumah...biasalah.Nak raya kan...sibuk macam mana pun kena fikir hati orang tua. Kalau time belajar nak call family pun susah, nanti bila dah kerja, dah beranak-pinak,lagi liat nak call. Sedangkan mereka tertunggu-tunggu panggilan kita kan? Tapi, Maa Abah aku nih memang kaunselor terbaiklah.. Sentiasa supportive.

"Kesiannye ke mung. Takpe la... berkorban lah sikit.Tahan lah ye..
tak lama dah pun. "

" Biasalah tu... Nak berjaya ni bukan senang.Mung kena sabar lah banyak-banyak."

 Ayat nih buat aku terfikir dalam-dalam yang kalau nak berjaya, memang kena berkorban. Kalau rasa diri tu taknak hidup susah,tak apa.Tapi kau takkan naik ke level yang lagi tinggi lah dalam kehidupan kau tu. Perlu berkorban demi masa depan.Yang penting ikhlas kan hati la kot nak buat sesuatu perkara tu. Bukan belajar sebab nak berlagak dekat kawan-kawan yang tak dapat peluang nak masuk University. Ada je orang macam tu.. Tapi yang berlagaknya, bukan anak saja.. Mak Ayah pun join skali. Padahal anak masuk kolej swasta aje pun. Swasta kan? kau tahu aje lah.. tak mohon pun dapat.Janji ada duit.

 Eh, melalut pulak.hehe.. Seriusnya, aku mungkin takkan pernah lupa susah payah aku kat sini.Ayuh, caw ke kelas pulek~

#nak berjaya,kena berkorban. Macam minah nih lah jugak.

Tuesday, October 16, 2012

I'm not living

 4 cawan kafein aku teguk semalam. Pagi-Ali white Coffee , Tengah hari - Shiro Bara Ko-hi (caffee latte jepun ) , Petang - expresso , Pagi - Blendy (kopi brand jepun)... dan ya.aku tak tido lagi nih. Ini semua gara-gara nak siapkan kerja untuk meeting pagi tadi. Last-last kena marah jugak... Cammano? demmit... rasa nak bakar satu jepun ja.Harem...

 Ok, jum tido.. krokk

Sunday, October 14, 2012

Walking With Happiness

 Aku pulang ke Malaysia musim panas hari itu.. walaupun sekadar 19hari aku di Malaysia. Aku puas. Hahaha. Well , faham- faham saja lah. Kalau dah bercuti tu.. memanglah tujuan no 1nya nak jumpa family kan? Tapi biasa lah..mesti ada lagi tujuan-tujuan sampingan yg lain. haha

 Dulu aku tak boleh terima, macam mana lah 2 pasangan yang bercinta hidup tanpa dating bersama. Dating maksud aku, keluar bersama ( berdua ), makan bersama, tengok wayang bersama, dan mungkin piknik bersama. Tapi syukur lah jugak, sekarang ni aku faham.. yang cinta tu sebenarnya memang tak perlu dating-dating bagai tu. Sebab itu la ade yg cakap couple itu haram.Tak ada keperluan lain selain memuaskan nafsu je.

 Alhamdulillah, setakat nih aku dan dia belum pernah dating lah lagi walaupun hubungan tu sudah hampir setahun. Webcam pun tak pernah.. haha. Bukan tak nak... Bagi aku cukuplah dengan gambar dan suara seminggu sekali. Dating itu memang seronok, kau jumpa dia... tengok dia senyum terhadap kata-kata kau. Gerak geri mata dia.. itu tak masuk lagi part-part yang lebih dari itu.Tapi, bagi aku...cukup lah dengan berpada-pada.

"Kau bukan isteri aku lagi untuk aku labur banyak-banyak sangat"

 Kalu dah jadi isteri aku, jangan risau...semua abang jaga. Tapi anak-anak muda yang masih bersekolah, mak bapak yang tanggung.Ishh... habiskan duit dah bnyk mana agaknya. Walaupun aku sekarang ni, pemegang biasiswa JPA sekalipun pun serba-salah kalau nak guna duit untuk tujuan tak berfaedah macam tu, ini kan pulak duit mak bapak aku sendiri. Kalau jadi, sampai la kau ke jingjang pelamin...kalau tak jadi? Tak payah nak cakap lah pasal janji-janji manis tu... manusia bodoh je yang percaya 100% pada janji pakwe makwe tu. Janji sehidup semati? Makbapak aku pun xde janji-janji nak sehidup semati pun dgn aku... mengade lah kau.

 Kisah silam aku dulu mengajar aku untuk memberi mengikut had yang tertentu. Kalau kau suka dia, cukup sekadar kau cakap kau suka pada dia. Dating? tak perlu... msg-msg pun cukuplah sekadar bertanya khabar dan ingatkan waktu solat.

 Tapi ...cerita utamanya disini, aku pergi rumah si dia la cuti hari tu.. hahaha. Tapi... bukan aku seorang. Tetiba pulak mak bapak aku pun nak join sama... So memang dah jadi macam scene citer melayu lama-lama lah. Sempat jeling-jeling manja aja.. borak pun gitu-gitu je.. ouch. Dan bukan sekali, 2 kali aku datang rumah dia..haha, tamak betul. Dan sudah pasti, hujan dengan lebatnya..Tapi aku suka. nostalgik. hehe


pimpin tangan, berlari di pantai

Friday, October 12, 2012

Mulan berjubah seksi sekali

 Wanita berjubah nampak lebih seksi "sometimes".. Aku bukan berkias nih.Straight terus.. Sebab kadang-kadang tu nama sahaja jubah, tapi ketat serta jarang,  sampai jelas kelihatan Gunung Everest serta Jurang Mariana.

 Okke, bayangkan... seorang perempuan nih pakai seluar dalam.Tapi pakai jeans.. Seorang lagi, pakai seluar dalam, tapi pakai jubah ketat. Yang mana lebih mengiurkan? Ehem2~

 Saje je mention seluar dalam tu, nak suruh fokus kat bahagian bontot la. Saya sebagai lelaki, saya memang suka pun~ okke je.. pakai la.Sila-sila~

Saturday, October 6, 2012

Si gemok + flashmob = flashmok

 Fenomena flashmob nih masih tak habis-habis lagi kan? Bukan sahaja di Malaysia.. di negara-negara lain lah jugak. Tapi disini...... serius aku tak pernah nampak atau pernah dengar sekali pun lagi. Ape yang best sangat ye flashmob? Sampai semua orang beria-ria nak buat? Adakah ia terlalu cool atau awesome? Adakah ia akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing atau kurang gemok debab?

 Well, betul la...menarik sebenarnya flashmob nih. Joget ramai-ramai. Laki perempuan joget sama... menonggek - nonggek. Aku suke..hikss.. Paling kurang pun, boleh lah tambah kenalan kan? Buat kawan baru.. Tapi kan...tapi kan.... kenapa banyak sangat Flashmob kat Malaysia ni?? Kalau skali skale nampak menarik lah jugak. Ini... Buat event nih.. ade flashmob, event tu ade flashmob.  Tak menarik bro... Tak kreatif.

"kepala otak kau mendatar"


Thursday, October 4, 2012

suck it and see it. party hard

 Salam readers, Aku dah start sem baru,dan alhamdulillah rasa lebih bersemangat.Muahaha..Maklum lah, baru topup kasih sayang time balik hari tu kan? haha. Ok2...hari ni bukan nak bercerita pasal jiwang-jiwang or lovey-lovey.Tapi pasal party. Bukan Parti Politik tuh.. kalau ade yang nk baca pasal politik, pergi lah blog lain ye. Ok je.. Aku nak cerita kat sini, pasal parti yang kita selalu buat tu la.. macam birthday party tuh.

 Di Malaysia, kalau sebut aje parti.. rasenye tak ada beza sangat kot dengan budaya baratnye. Ada makan-makan, muzik-muzik kuat, game-game sikit kan? Ada parti yang liar, ade jugak parti yang behave. Ada yang kalau tok imam join pun tok imam tak marah, dan ada yang sebaliknya. Tapi yakin, bagi sesiapa yang sampai ke jepun, belajar kat sini ke..kerja kat sini ke.. susah sekali anda nak tengok anak-anak muda kat sini buat parti liar. Memang tak ade.

 Di Jepun, kalau disebut parti ataupun lebih dikenali sebagai "nomikai"...kau akan makan, minum2, dan bercakap-cakap. itu je la.. Sebenarnya, ia lebih kepada keluar dinner sama2.Tapi kalau biasa kau dinner rm10, hari tu mgkin kaun dinner rm50 agaknya. Sebab ape? minum-minum lah! Ya Minum Sake (arak jepun) @ beer! Tapi aku takde lah pulak nak minum-minum kejadah tu semua kan? abes2 pun aku minum jus aje la..

 Bagi kita yang tak minum ni, adui la... bosan giler. Setakat keluar makan2 gitu je.. Dah la lepas tu, bayaran mknn tu di bahagikan samarata.. kurang adil la kan? haaa.. Tapi, apa yang bagusnye.. behave. Aku suka part behave tu. Bising pun, tak kacaw orang.. tak ganggu jiran. Yang lagi bagusnya, tengah-tengah mabuk tu pun dieorg boleh lagi bersih-bersihkan tempat party (kalau buat kat dewan la). Respek lah jugak.. berhibur macam mana pun, tanggungjawab tu tetap tak tinggal. Kita, ade? takdenyeeee.. Sambut Maulidur rasul pun lah, sampah berterabur mcm hujan sampah.

 Eh, melalut ke sampah pulak.. ok2.. Jepun nih, negara yang serba pelik. Ntah le.. aku pun tak tahu,haha. Maklum lah, kita dah buat kawan.. selalu la mereka akan ajak ke parti. Lagi-lagi kalau dah bekerja. Phew.. kalau tak pandai mengelak, duit simpanan memang habis kat situ aje la.

Monday, October 1, 2012

Buka minda,bukan seluar.

 Hari tu aku balik la Tanah tumpah negara ku nih.. hurmm... banyak benda nak komen.Tapi nanti dikatakan sebagai insan yang tak bersyukur dan lupa diri. So aku bagi 2 je la. Sikit aje kan.

1. Bas , LCCT-KLIA
 Nape lah kecik sangat basnye,taw dah shuttle bus kan? orang bawak bagasi besar-besar.. Last2 nak ke KLIA pun susah. kena berhimpit-himpit dengan bagasi besar tu. Tak ke lecer tu.. Aku pernah smpai korea, jepun. Kat negara ni, kalau name je Shuttle bus, seatnya sedikit dan menghadap masing2, dan ya.. ada tempat untuk letak barang, beg2 tu semua. So, lega lah sikit kan? Mungkinlah pasal bayaran pun murah.. Rm2:50 je kan. So, asalkan boleh sumbat ramai orang,bos besar puas hati. Habis citer

2.Information center
 Aku rase muke aku nih dah cukup melayu, kulit hitam manis pulak tu.. Tapi napelah nak speaking jugak. Cakap je lah Bahasa Melayu.. berfikir 2,3 kali aku nak reply dalam bahasa apa. Reply dalam bahasa Jepang pun nice jugak kan? Haih, sampai bila la Malaysian nak kekal macam ni. Konfem kalau Malaysian tak berubah.. kita guna English as bahasa utama. Goodbye Bahasa Melayu.


ok, goodbye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...