Thursday, May 10, 2012

Dulu-dulu..masa zaman sekolah.




Selagi aku berdaya untuk bernafas,
Buatlah aku tertawa dan terus tertawa,
Nyanyikan lagu indah untukku.

Cinta itu pasti..
jika tidak diluahkan dengan bibir,
Jika tidak disampaikan,
Jika tidak menjadi nyata,
Adalah sesuatu yang tiada kesudahan.
Hanyalah menjadi sinar-sinar kecil..
yang kian membuak-buak di dadaku.

Ya benar, memang aku tamak,
Tapi bukanlah terlalu berharap,
Kerana bagiku kau tiada yang lain.

Selagi aku berdaya untuk bernafas,
Buatlah aku tertawa dan terus tertawa,
Ku mahu kamu disisiku selalu.

Yang pasti jika kamu,
Ku akan mencintai,
Menghangatkan hatiku,
Ku beri hatiku padamu,
Kamu beri hatimu padaku,
Menerima sebanyak-banyaknya,
Kerna daku ada kamu.
Tapi hanyalah menjadi sinar-sinar kecil..
Kerana kamu mungkin tidak mengerti cintaku..

Tapi kerana kamu jugalah, 
Aku tak akan pernah mengalah,
Kerana bagiku kau tiada yang lain.

Oh Tuhan, tunjukkan aku jalan,
Apa yang si dia mahukan..
Apa yang difikirkan,
Siapa yang si dia mahukan..
Siapa yang melukakan si dia...

Selagi aku berdaya untuk bernafas,
Buatlah aku tertawa dan terus tertawa,
beradalah disisiku selalu.



 Serius,aku tengah addict dgn lagu ni... kenapa,mungkin sebab aku sendiri terlibat dgn benda mcm ni. Hanya mampu jadi secret admire.. haha. Dulu la, sekarang ni... tak dah. Kenapa? dah tak jadi secret dah. :) berkat bersabar .Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...