Monday, July 2, 2012

kau gemok boleh lah

 Aku teringat akan aduan-aduan adik aku dulu.. haha,aduan lah sangat.. Adik aku nih,badan tuh boleh tahan gemuk la jugak.. maklumlah,baru nk membesar orangnye,makan kuat. Sekarang dah nak hensem macam abang die dah.haha. Well, dia nih walaupun gemuk,habis semua sukan die nak sapu. Lumba lari 100m pun die masuk.. Yang lawaknya,bile die dapat no 3 dlm lari 100m tu,ape kawan-kawan die cakap?


"Badan mung gemok boleh lah!! "


 Dengan penuh hasad dengki agaknya.. hahaha. Aku cume nak ckp.. orang kita,macam tuh la. Suke menyalahkan sesuatu yang tak lojik salahnya. Errr faham kah? Ini contoh besar yang aku boleh bagi lah.. Rasenye semua tahu kot pasal BERSIH kan?  Berapa orang yg salahkan abam-abam polis kita? Berapa orang yg caci maki abam-abam polis kita? Berapa orang yg hilang pertimbangan, join skali pukul abam-abam polis kita? 


 Bukan lah aku membantah BERSIH tu,malahan kalau aku berpeluang,aku pun nak turut serta join. Aku sokong pergerakan revolusi ni. Dah banyak sangat aku dengar tahi orang-orang kerajaan yg buat,tapi ditutup mata oleh sebelah pihak. Tak suci dah Tanah Tumpah Darah Ku ni. Tapi fikirlah sendiri, Polis-polis tu hanyalah orang suruhan kerajaan. ORANG SURUHAN YANG MENCARI MAKAN UNTUK ANAK BINI DIEORANG. Aku seriusly tak faham dengan perangai "orang kita" yang terlalu cepat emosi. Kau marah polis,kau caci maki polis... Gua tanya lu.. Kalau BAPAK ngan TOK lu POLIS, orang caci maki dieorang kau marah tak? Orang pukul dieorang kau marah tak?


 Ye,aku tahu,ade polis mulakan percikkan api dulu kan? Ada yg menyamar... Aku pun tak tahu lah sngt psl tu. Tapi, itu mereka yg memang berniat untuk buat. Anda yg mulanya mahu berdemo dengan aman,tapi selepas itu turut serta ikut mereka,kenapa? Berapa ramai yang ikut? See? Orang kita kalah dengan emosi.. Then kau salahkan sesama sendiri,bukan nk cari salah sendiri. 


"AMARAH KAU TU,BUAT KAU TAK LAYAK UNTUK BERDEMO"

#better duduk rumah marah orang-orang yg bakal tarik kau ke neraka nnt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...