Sunday, October 14, 2012

Walking With Happiness

 Aku pulang ke Malaysia musim panas hari itu.. walaupun sekadar 19hari aku di Malaysia. Aku puas. Hahaha. Well , faham- faham saja lah. Kalau dah bercuti tu.. memanglah tujuan no 1nya nak jumpa family kan? Tapi biasa lah..mesti ada lagi tujuan-tujuan sampingan yg lain. haha

 Dulu aku tak boleh terima, macam mana lah 2 pasangan yang bercinta hidup tanpa dating bersama. Dating maksud aku, keluar bersama ( berdua ), makan bersama, tengok wayang bersama, dan mungkin piknik bersama. Tapi syukur lah jugak, sekarang ni aku faham.. yang cinta tu sebenarnya memang tak perlu dating-dating bagai tu. Sebab itu la ade yg cakap couple itu haram.Tak ada keperluan lain selain memuaskan nafsu je.

 Alhamdulillah, setakat nih aku dan dia belum pernah dating lah lagi walaupun hubungan tu sudah hampir setahun. Webcam pun tak pernah.. haha. Bukan tak nak... Bagi aku cukuplah dengan gambar dan suara seminggu sekali. Dating itu memang seronok, kau jumpa dia... tengok dia senyum terhadap kata-kata kau. Gerak geri mata dia.. itu tak masuk lagi part-part yang lebih dari itu.Tapi, bagi aku...cukup lah dengan berpada-pada.

"Kau bukan isteri aku lagi untuk aku labur banyak-banyak sangat"

 Kalu dah jadi isteri aku, jangan risau...semua abang jaga. Tapi anak-anak muda yang masih bersekolah, mak bapak yang tanggung.Ishh... habiskan duit dah bnyk mana agaknya. Walaupun aku sekarang ni, pemegang biasiswa JPA sekalipun pun serba-salah kalau nak guna duit untuk tujuan tak berfaedah macam tu, ini kan pulak duit mak bapak aku sendiri. Kalau jadi, sampai la kau ke jingjang pelamin...kalau tak jadi? Tak payah nak cakap lah pasal janji-janji manis tu... manusia bodoh je yang percaya 100% pada janji pakwe makwe tu. Janji sehidup semati? Makbapak aku pun xde janji-janji nak sehidup semati pun dgn aku... mengade lah kau.

 Kisah silam aku dulu mengajar aku untuk memberi mengikut had yang tertentu. Kalau kau suka dia, cukup sekadar kau cakap kau suka pada dia. Dating? tak perlu... msg-msg pun cukuplah sekadar bertanya khabar dan ingatkan waktu solat.

 Tapi ...cerita utamanya disini, aku pergi rumah si dia la cuti hari tu.. hahaha. Tapi... bukan aku seorang. Tetiba pulak mak bapak aku pun nak join sama... So memang dah jadi macam scene citer melayu lama-lama lah. Sempat jeling-jeling manja aja.. borak pun gitu-gitu je.. ouch. Dan bukan sekali, 2 kali aku datang rumah dia..haha, tamak betul. Dan sudah pasti, hujan dengan lebatnya..Tapi aku suka. nostalgik. hehe


pimpin tangan, berlari di pantai

4 comments:

  1. wah..wah..wah...
    itu jer mampu aku kata..

    tak aku tipu.. byk aku nak kata.. x tau macam mana nak kata aja..

    sgt rare lah hubungan yg macam ni...
    rasa macam dah pupus..

    tahniah lah.. semoga smpai ke jinjing pelamin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak amazing lah nong, biasa je...henda seribu daya, tak hendak sudah~ hehe

      btw, jinjing ke jingjang? :O

      Delete
  2. WAHHHH~ mcm xcaya masih ade lagi relation mcm ni.. salute spring kat awk!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...