Wednesday, November 21, 2012

secawan milo sebelum subuh

 Salam readers!! Long time no see kan? haha... Kalau dalam bahasa Jepun,cakaplah.. "Ohisashiburi!!" maksud dia lebih kurang lah.. Hari semalam memang seperti ada meeting,dan biasa lah memang takkan tidur untuk malam semalamnya (isnin). Habis aje meeting,cepat-cepat aku bersiap nak pulang ke rumah.Tapi yang peliknya tak mengantuk....well,mungkin keberkesanan livita yang aku minum petang Isnin tu kot.. Tapi............... Letak je kepala atas bantal.Terus gelap....hahaha.Bateri habis dah agaknya.

 Haih, satu benda yang paling penting bila kita sedang sibuk dengan sesuatu perkara ialah..jangan sesekali lupa orang yang tersayang.Yang paling penting:

No 0.000000000   Allah SWT
No 0.000010000   Keluarga tercinta (Ibu Ayah Adik Abg Kakak)
No 0.000000002   Orang selain daripada No 0.000010000

 Kenapa banyak sngt titik perpuluhan itu ye? Well,saya bakal engineer...setiap apa yang saya buat haruslah tepat.Paling kurang pun mesti yang paling persis. Yang paling penting.. Yang atas sekali tu. Kita nih...hidup dah diakhir zaman.Kadang-kadang terleka,terlupa yang mana satu lebih penting.Terlupa seketika Dia yang bagi kita segal keperluan untuk hidup..untuk bernafas.. untuk melihat,mendengar dan sebagainya. Kadang-kadang kita terlupa pada keluarga yang sentiasa bersama -sama kita bila kita susah,IbuAyah yang menanggung kita dari sebesar tapak tangan, kita terlupa pada orang-orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Kita leka kadang-kadang.

 Ya,kat atas tu aku tulis, Allah tu No 0.000000000. Tapi perasan tak? kadang-kadang dekat No "0" yang belakang sekali , kita tukar dengan nombor lain,yang bermakna nombor tu dah tak jadi nombor yang paling tinggi,yang menjadikan Allah tu bukan lagi yang teratas. Gadget...McD-McD... facebook... Wawa zainal... dll. Bukanlah  sampai tak boleh kita nih nak pakai Galaxy Note 2 tu.. Tapi ketaksuban kita tu kearah mana?

 Yang penting...susunan nombor tu. Ada orang sampai sanggup belakangkan keluarga demi cinta pada abang bangla, ada yang sampai tak g solat jumaat sebab nak berdating... belakangkan Allah SWT.Bukanlah aku nih ustaz untuk aku buat entry sebegini,aku just nak sampaikan.Benda-benda macam ni...kalau kita tak mendengar,kita kena membaca... dan yang paling efisyen. Kita bercakap. Cakap..dan cakap.. Cakap pasal kebesaran Allah...

 Okehlah teman sekalian, hamba nak subuh... jangan lupa,doakan saudara kita kat gaza juga ye. tata

4 comments:


  1. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  2. 12.59 malam bila aku pandang jam pc. beberapa saat kemudian ketika aku larikan jejari menaik komen-komen ini ia bertukar angka.. ko rasa berapa? ceh.. tak payah peduli :D

    lepas baca n3 ni Yong bakal engin Air (gelaran engineer kat opis aku) aku pun nak melabuhkan bantal. harap2 beteri abis supaya tak tergolek-golek susah lelapkan mata.

    teruskan berdakwah.. walaupun cuba sebesar Zarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... dunia,dunia jugak... destinasi terakhir tu jangan lupa.Barulah..yang dikejar pun dapat,yang dikendong pun tak tercicir.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...