Wednesday, February 13, 2013

Gentleman atau Pak turut?


  Salam readers. Moga semua sihat-sihat belaka. Kau baca tajuk..kau tahu apa aku mahu katakan. First..kalau kau perempuan,ingin aku ingatkan yang aku ni lelaki , yang bercakap guna akal lelaki. Kalau kau lelaki, kau rasa...kau gentleman atau pak turut? Aku tak bercakap soal cinta, tapi aku hanya mahu bercakap tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Kau tahu, kadang-kadang kita ada rasa malu...kadang-kadang kita ada rasa suka... dan kadang-kadang kita memang lemah dengan kaum yang gender berlawanan. 

  Bagi aku, gentleman ni sesuatu yang kau buat tak kira lah terhadap siapa-siapa pun...tapi terutamanya pada wanita, kau buat bukan kerana disuruh. Tapi kerana kau mahu... Tetapi, sebaliknya dengan Pak turut. Pak Turut ni, kau akan ikut semua kata-kata wanita ni. Well, mungkin sebab sayang. Mungkin juga sebab terpaksa.Sebagai contoh...

Kisah si gentleman yang mahu mengoder makanan di McG
Gentleman : wah, ramainye orang...kena beratur lama ni. Konfem nak makan sini?
girlfriend : hehe..takpe la, ok je...banyak masa lagi kan?
Gentleman : hehe..takpe, you cakap je nak ape.. biar I je yang beratur. You duduk rehat ye
girlfriend : alaa tak pe ke? 
Gentleman : Iye la comel. Da, gi duduk sana
girlfriend : ( happy )


Kisah si Pak Turut yang mahu mengoder makanan di McG
Pak Turut : Wah, ramainye orang..kena beratur lama ni.
girlfriend : You orderkan la eh.hehe... saya nak duduk.
Pak Turut : okke. hehe... 
girlfriend : Ouh ya, orderkan sekali untuk sha, aiman, ngan jez. You bayarkan dulu ye
Pak Turut : okke2.
girlfriend : ( happy )


 Akhir cerita, girlfriend gentleman,girlfriend pak turut memang happy. hehe.. Ini sebagai contoh aje la.. Sebab aku sendiri ada pengalaman, dan banyak memerhatikan orang (lelaki) yang berada dalam situasi (pak turut)  macam ni. Perempuan memang suka lelaki yang gentleman...tapi kadang-kadang aku rasa ade sesetengah lelaki tu yang lebih kepada pak turut sebenarnya. Apa yang perempuan minta tolong buatkan... buat, apa yang perempuan nak... bagi (sampai berhutang-hutang) . Salah perempuan? tak jugak... Mungkin sebab terlalu sayang, atau respect. Mungkin lah.Tapi bukanlah salah kalau jadi pak turut... ye lah, kita ni tak sempurna, mungkin perlu diperintah baru buat...cuma kena sedarlah tanggungjawab lelaki tu kat mana, sebagai ketua keluarga yang memimpin... atau hanya sebagai ketua keluarga yang menurut perintah.




7 comments:

  1. kang kalau tak turutkan, lari pulak si awek comel tuu. hahaa :D

    ReplyDelete
  2. kadang lelaki ni pak turut masa bercinta je... nak ambil hati buah hati la katakan.. kerana sayang aku turutkan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah dengar, "lelaki ni lebih berusaha untuk mendapatkan, dan perempuan usahanya lebih untuk mengekalkan". ehem.. haha

      Delete
  3. aku rasa kan, ada banyak perkara yang boleh buat lelaki tu nampak gentleman...kalau tolong buka pintu keta tu biasa kan..that day aku pi makan kat IKEA..si lelaki tu tolong buang sisa makanan atas meja, bawa ke tray rubbish yang disediakan..aku rasa gentke giler balak tu depan awek dia...kan!

    ReplyDelete
  4. Perempuan ni yang complicated sebenarnya..sesetengah perempuan mahu berada di atas cakap mereka mampu..mereka kuat untuk buat apa yang lelaki boleh buat..tapi dalam masa yang sama mahu lelaki jadi gentleman pada mereka juga..bukan kah dengan guna kan ayat "Ala..kau kan lelaki..ko la beratur.." tu buktikan dia lemah jugak ke?Venus and Mars?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...