Monday, February 24, 2014

kenapa menulis? tweet saja pun boleh.

  Salam readers. Aku start blogger tahun 2009 lagi. Then 2010 stop, 2011 buka muka baru... buka blog baru.Well, faham-faham saja la kan... hidup ini ade manis ade pahit. So blog ni boleh dikira cerita kehidupan diri lah jugak. Ada sesetengah kenangan tu bila kita kenang kita suka, ada yang sebaliknya. So itu reasonnya aku stop 2010 sekejap. haha... Banyak sangat kenangan yang tak elok untuk di kenang. haha
  Tapi kenapa menulis lagi? sekarangkan dah banyak lagi ruang untuk menulis... twitter ade, facebook ade.. satu saje sebab aku. Melalui blog ni aku dapat tulis apa yang aku mahu, panjang mana pun boleh. Cerita yang aku tulis ni tak lah terlalu menyentuh hal privasi sendiri, tapi lebih kepada idea sendiri, cerita yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Bukan pasal cerita aku tu betul atau salah. Tapi pasal "pandangan" seorang lelaki yang berumur 20an, masih bujang, baru nak abes belajar di jepun, masih menetap di jepun, dan seorang islam.
  Aku tak kisah sangat apa readers nak kata. Kalau ade yang salah, inform saja. Aku bukan menulis untuk buat duit, apetah lagi nak jadi blogger famous. Follower tercinta pun secoet. haha. Iklan sekeping pun tak ade kat blog ni haa. Aku menulis ni supaya dapat memercikkan api-api kecil dalam minda readers aku tentang idea dari kepala aku ni. Ya, aku tahu kadang-kadang idea aku ni overpelik, over menyentapkan.. haha. Tapi itu la... membaca itu jambatan ilmu. Untuk apa kau membaca banyak-banyak, kalau semua benda yang kau baca tu isinya sama belaka? Buang masa. ok, itu saja. Tak sabau iolls nak kelik mesia.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...