Wednesday, November 9, 2011

ganguan seksual membawa ke syurga

 Asslamualaikum para ledies sekalian......dan gentlemen jugak.hehe.Kalian nampak tajuk kat atas tuh ape? hah~ aku panas nih..panas betul ngan orang zaman sekarang.Sentuh kaki pun ganguan seksual ke? laga2 bahu...itu pun ganguan seksual ke? ishhhh typikal malaysian la yu ols~ be open minded skit la.Takkan itu pun tak boleh? Agama pun tak halang bro..menggalakkan lagi ade la. Ape? kau ingat aku nak berbicara tentang seksualiti merdeka eh? hehe...bukan itulah sahabat2 sekalian.aku maksudkan..

"saf"

"saf"

"saf"

"saf"

 Faham? korang perasan tak...kalau solat kat masjid mana2 ke....(kat malaysia),kita tak jaga sngt saf nye..  semuanya berpegang teguh dengan lirik ni

 "duduk renggang-renggang...bertambah sayang"

Aku buat pengakuan sikit la..*terexpose la pulak.. aku sekarang ade kat luar malaysia...di negara bukan islam.Tapi alhamdulillah,ade masjidnye.MashaAllah,komuniti islam kat sini jaga saf tuh giler-giler.Sampaikan tok imam yg suruh orang rapatkan saf tu yang suruh makmun rapat2 kan lagi.Maka tersentaplah aku...sebab kat malaysia,aku tak jumpe mcm ni..seriously,bukan nak cakap lebih.Kalau di masjid-masjid kita kan dah ade karpet pun,letak pulak sejadah...wah..

"kau tak rase sejadah tu lebar sangat ke?"

Sampaikan,masing-masing nak solat satu sejadah satu orang...what the hell? Aku pernah cuit-cuit orang kat tepi aku...meh le rapatkan saf,Pak Cik..last-last die buat derkkkkkk je.Aduhai..apa boleh buat? Orang tua..(melayu ortodok). Itu orang-orang tua..orang-orang muda kita?pegang tangan anak dara orang kewll je...

"selesa lebih penting brawwww"

Selesa kat sini,merana kau akhirat nanti..sebab apa? baca sini.Dah besarkan? fikirlah sikit....aku sekadar menyampaikan isi hati.sekian


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...