Tuesday, December 25, 2012

Islam di jepun 1

 Salam readers... sebenarnya dah terlalu lama aku pendam nak cerita pasal ni setelah sekian lama. Aku yakin mesti ramai orang yang nak tahu, macam mana gayanya hidup sebagai muslim di negara yang bukan majoritinya muslim, atau lebih tepat lagi.. majoritinya atheist. Kenapa atheist?
  
  Satu contoh yang nyata, mereka ini orang jepun di ruangan agama pada identity card nya buddha, shinto.. tetapi selalunya hanya akan pergi ke kuil sekali setahun...iaitu 1hb Januari setiap tahun untuk bersembahyang. Tarikh tu kiranya seperti tarikh Raya cina sebenarnya...tapi diubah, dan ditetapkan pada tarikh yang sama pada setiap tahun supaya senang segala urusan. Ye lah, kalau dah setiap tahun tarikh raya berubah-ubah macam kita... susah lah dieorang nak bekerja secara produktif..agaknya. 

  Contoh yang kedua, hari ni..hari krismas. Mereka buddha, tapi krismas mereka sambut aja. Haraplah negara mereka nih majoritinya rakyat jepun.Kalaulah seperti negara kita? semua perayaan mereka sambut. Aku pernah ditanya oleh seorang kawan jepun, time aku mula-mula sampai sini.. dia tanya, "kau agama islam eh?".... " tuhan tu apa? macam mana? " ... aku dengan bahasa jepun yang agak terbatas (baru mula-mula sampai kan~) , explain macam-macam pun dia tak faham. Yang aku terkejut, bukan dia seorang yang bertanya sedemikian...dan bukan aku seorang yang ditanya sedemikian. Lama-lama aku faham... betapa susahnya nak faham tentang agama , dan konsep tuhan tu macam mana dari kaca mata seorang atheist ni. Ibarat seperti kau tak boleh nak bayangkan macam mana rasa makanan yg kawan kau gembar gembur kan.. sebab kau langsung tak pernah dengar cerita, rasa apa tah lagi..

 Banyak sebab mereka atheist. Bukan berpunca dari kehendak sendiri jugak...tapi lebih kepada keturunan...alah,mcm kita lah agama yang diwaris-waris. Punca utama Jepun ramai yang atheist adalah bermula pada selepas kalah perang dunia kedua. Ini cerita dari sensei (cikgu) jepun aku sendiri lah... zaman dahulu, orang jepun ni punyelah menghormati maharaja dieorang sampaikan menganggap raja tu seaakan-akan Tuhan. So, selepas melalui kekalahan perang... mereka di bom atomkan, dari situ timbul rasa tak percaya pada maharaja.Secara automatiknya...dah tidak percaya pada tuhan. Daripada bangsa yang percaya pada tuhan...bertukar kepada bangsa yang hanya percaya pada kudrat sendiri. Kau tak hairan ke macam mana mereka boleh membangun dengan pesat selepas kena bom tu? 

 Tambahan, aku ade lah kenalah seorang rakan jepun yang sememangnya keturunan samurai. Samurai betul.. ada lagi pedang warisannya. Die cerita pada aku, selepas tamat perang... orang jepun ni dah hilang jati diri. Semangat samurai sebagai orang jepun ini hilang... semua hilang. So tak mustahil lah kalau kau datang ke jepun, hampir 90% daripada muda-mudi jepun ni berambut perang dan mengamalkan budaya hidup barat.  " fuck!!! " kata rakan aku tu.. marah betul dia. Sehingga kan ada satu dokumentari US pasal muzik yang dibuat di jepun mengatakan.. "mereka ini terlalu teruja dengan budaya barat". Sahabat baik pun cakap macam tu.. hehe

 So, macam mana islam boleh berkembang di negara Atheist ni? First..jangan lah terkejut atau cakap propaganda freemanson ke ape.. islam sememangnya bertapak di jepun sebelum perang dunia kedua lagi. Masjid kobe adalah bukti yang nyata... dan, jangan terkejut jugak bahawa ade je askar-askar jepun pada waktu itu yang sudah beragama islam.Tetapi, ada yang cakap.. dipaksa untuk kembali pada agama asal.. ada yang cakap, tak ada apa-apa paksaan. Aku pun tak sure sangat part tu. Macam mana islam datang ke jepun tu... aku tak tahu lah. Sebab aku pun tak tanya menanya sampai ke situ. Aku cerita ni pun hanya berlandaskan pengetahuan yang sedia ada dan pengalaman sendiri.

 So, okke, setakat ni dulu...kalau ikut nak story.. memang tak grad lah aku tahun ni..haha. sebab asyik berblogging aje. ok, caw.. sambung next time.



 

10 comments:

  1. I see..thanks for sharing. Just wwondering..kalau semua agama itu menggalakkan umatnya melakukan kebaikkan..golongan atheist ni sama juga ke yong propaghandi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... lupe nak story td. Tp senang cerita, moral "atheist" si jepun ni...lebih islamik dari kita yang islam ni. Kalau mereka dapat je hidayah,then masuk islam...rasa jurang antara kita dengan dia tu sangatlah besar. Sedangkan mualaf tu al-fatihah pun x hafal lagi.

      Delete
  2. diorang yg atheist ni kawin mcm mana? aku tengok dlm drama, mcm ramai yg kristian je :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan bernas!! hehe... rata-rata kat sini,sungguhpun dia nih dikatakan penganut buddha sekali pun, selalunya kawen di gereja. Tapi bila mati.. selalunya ikut agama nenek moyang. Senang cerita, gereja tu hanyalah tempat untuk kawen, sbb nampak lagi grand,mewah,dll... die orang memang tak kisah mana-mana pun. asalkan ada "majlis",dan ada bukti kawen..itu da cukup.

      Delete
  3. aku pernah dengar pasal askar jepun dulu ada yg dah islam...
    o ya ada kawan aku sorang ni india, tapi atheis..jenuh nak yakin kan dia
    supaya pilih mana2 agama..at least ada pegangan. dalam hati aku dok doa
    supaya dia nak masuk islam sebab aweknya muslim.
    aku tak boleh nak convince dia sebab dia lagi hebat ilmu agama ni
    slalunya gitu la kan...deme ni tercari-cari pegangan mana yg nak diikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a... memang sangat berbeza kalau kita tengok orang yang mewarisi islam daripada keturunan dengan orang yang mencari "siapa Tuhan aku". sekali hidayah sampai kat dieorg, dieorg lebih hebat berbanding kita-kita nih. Solat bukan setakat cukup 5 waktu, awal waktu plak tu.. malu kan?hehe

      Delete
  4. okey.. bagus perkongsian ni Yong.. ni terus buat aku ingat dekat Akiko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong yg pernah mintak cerita nih dulu kan? hehe

      Delete
  5. oh.. inilah cerita tu..

    betul la tu.. mereka ni bila mencari tuhan.. akan cari betul-betul.. dengan hati mereka. dgn sepenuh hati..

    Yong,, mana n3 baru yg aku nampak kat dashboard tadi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...entry tu sbnrnye nak testing2 upload gambar format gif je.da delete da..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...