Saturday, December 22, 2012

Always dare to be different.

  Durian crepe. Kau tahu durian crepe kan? Memang tengah hangat kaw-kaw dekat Malaysia sekarang ni...Tapi sebenarnya kat Indonesia dieorg panggil  durian pancake aje.. Sama aje dua-dua negara.Nak pakai nama luar bagi nampak kelas kan? kenapa tak bagi nama kuih durian bungkus aje kan?lagi lojik dan boleh diterima akal. Sebabnya kuih nih langsung tak nampak macam crepe.apetah lagi pancake!kan? haha.. Tapi cerita aku bukan pasal nama kuih ni la..

  Tak tahu lah siapa yang cipta resepi untuk durian crepe ni. Tak ade lah pulak aku nak survey pasal ni. Cuma aku nak cerita kat sini... Nak berjaya dalam apa-apa saja..kau memang kena lain dari yang lain. Maksud aku semua.. Idea kau..pemikiran kau.. tingkah laku kau.. dan lain-lain la. Tapi bergantunglah ke arah mana kan? . Contohlah.. orang kita nih. Dulu ada satu musim, semua orang nak jual nasi kukus. Orang yang mula-mula melopori idea menjual nasi kukus untung lah. Boleh dapat nama lagi...semua orang kenal.Untung pun kasar-kasar. Tapi selepas tu,10 restoren jual nasik kukus, then 40 restoren jual nasi kukus. Masa tu dah tak laku dah. Sama juga lah dengan durian crepe. mungkin 4,5 bulan lepas nih.. durian crepe tu dah jadi mcm benda yang sudah tidak rare.

 So, ceritanya disini.. nak berjaya,memang kena lain dari yang lain. Aku pun tak faham jugak dengan orang kita ni..warung sebelah buat nasi kukus... eh2, warung ni pun nak buat nasi kukus juga. Then bila tak laku, orang tak datang...mule lah mcm-mcm fitnah pula yang keluar. Sedangkan, nasi kukus tu dah terlalu mainstream sangat dah. kat KL pun berlambak dah. Kalau anda sekarang ni seorang pengusaha durian crepe, Sekarang ni..fikir-fikir lah idea kuih baru plak. Ruginya kalau kau hidup hanya sebagai pengikut. Tapi tak pernah nak jadi pelopor. rugi.. 

"idea rare yang dah jadi idea mainstream takkan kekal lama"


6 comments:

  1. aku penah terfikir.apsal kuih ketayap tu tak panggil crepe kelapa?
    resepi kulit crepe tu aku tengok sebijik resepi kulit kuih ketayap tu.cuma isi kelapa ganti dengan durian.haa.kenapa?

    p/s-mintak maaf la emo pulak sini.serabut sikit sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... biasa lah.zaman dah berubah kan? nama melayu x cukup awesome agaknye

      Delete
  2. aku pun panggil durian bungkus jer..tak koser nak crepe sangat..haha!

    ReplyDelete
  3. aku belum pernah lagi rasa durian crepe tu yong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... boleh kot try buat sendiri. Cuma nak kena ade tepung untuk kulit crepe tu je

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...