Saturday, March 23, 2013

ayat sastera yang banyak kosa perkosa kata

   Aku terjah blog sastera situ sini. Aku tak faham apa perkataan yang kau guna. Then aku "google". Ouh ya, aku faham maksud perkataan, tapi aku masih tak faham apa maksud tuan blog. Ada 3 kemungkinan. Satu.. aku yang terlalu lampi. Keduanya.. tuan blog yang menulis dengan penggunaan bahasa yang tak tepat. Ketiganya.. kedua-dua manusia ni punyai kefahaman berbeza. Yang pasti, hanya si menaip itu lah yang paling faham tentang cerita yang mahu disampaikan. Tak kiralah kau tulis dalam bahasa sama, tulisan yang sama... hanya tuan empunya cerita yang paling faham. So begitu juga dengan perasaan. Takziah untuk sahabat aku yang baru saja kehilangan tunangnya semalam. Kita boleh kata, sabar.. aku faham perasaan kau... aku pun pernah alami jugak... well, untuk tenangkan dia mungkin boleh. Tapi sebenarnya, sama mana pun situasi yang aku engkau lalui ,apa yang aku faham tu tetap tak akan sama dengan apa yang kau faham kan? Bertabah la sahabat. Mungkin kau rasa dugaan kau dah cukup berat. Aku mungkin tak faham perasaan kau sebab aku tak pernah alami situasi ni, tapi percaya lah, mungkin ada berjuta-juta, berbillion-billion lagi orang yang terima dugaan lagi berat dari kau ni.

8 comments:

  1. guna bahasa yg bersastera..kadang2 susah nak faham maksudnya..

    ReplyDelete
  2. kau pun apa kurangnya yong.. kadang kala main bahasa juga.. :)

    takziah kat kawan ko tu yong

    ReplyDelete
  3. aku rasa seperti ada yang keempat yong. haha

    ReplyDelete
  4. Dezee selalu tanya balik bila x faham..kadag2 mereka malas nk layan juga.bertanya sendiri utk sesuatu yg pasti lebih baik dari guna tafsiran sendiri..sampaikan salam takziah pada sahabat anda yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah lama sangat dah ni kalau nk sampaikan takziah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...