Thursday, March 14, 2013

Hantaran versus logik akal

  
   Hantaran kawen. Macam mana tu? Aku pun tak faham jugak sebenarnya... tapi memang akan wujud situasi macam ni. Banyak dengar cerita kawan,cerita kenalan, cerita fesbuk, dan lain-lain.

Tingginya hantaran.... kurangkan lah sikit.
Tengok tu..langsung tak nak usaha.
Tak mampu la.. tinggi sangat tu.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Tingginya hantaran... kurangkan lah sikit.
Awak ingat saya ni secondhand ke?
Tapi awak tak pandai masak, jari kaki besar sebelah.
Tak nak sudah... cakap cinta.


Tingginya hantaran... Kurangkan lah sikit.
Dah dieorang tetapkan macam tu..
Lambat la dapat halal macam ni.
Kita ikhtiar la ape yang patut.

dan

Murahnye hantaran, betul ke ni?
Umi saya ustazah, Abi saya ustaz..
Tahu..tapi kenapa?
Mereka faham apa yang mereka ajar.
Untung saya...
Nanti Abi nak test surah Al-Mulk n Al-Baqarah taw.
erkk..

   Senyum sinis.  Apa yang aku perasan, kalau mak ayah si perempuan tu orang yang jenis "boleh la dikatakan banyak ilmu agama".. selalunya hantaran mesti murah je. Ada yang aku kenal, bdk grad oversea, muka cantik comel lotte . Boleh kata, kalau tak ada ikatan agaknya...ramai yang datang serbu. Tapi hantaran tak sampai pun 4K. Tapi... si lelaki kena la lepas ujian dulu.keh3.. ujian jadi imam, ujian hafaz Al-quran, dll. 

   Bagi aku la... hantaran murah ke, hantaran mahal tu... bukanlah masalah. Yang penting, logik. Ok contohnya, si perempuan ni cantik cun melecun, hafal Al-Quran, masak serba serbi terrer, hormat orang tua, pendek kata.. perfect. So , logik kalau hantarannya sampai 30K sekali pun.  Kalau si lelaki pula dengan pendapatan bulanan 20K, bab agama semua pass dengan cemerlang, perfect. Rasenye tak salah kalau hantaran yang diletakkan oleh pihak perempuan itu murah-murah. Dapat menantu yang terbaik, nak ape lagi. So logik la kan? Yang penting sama-sama dapat faedah.

   Nowadays, aku tengok sesetengah kawan yang berkahwin dengan hantaran yang entah apa-apa..majlis kaw-kaw. Tapi sama-sama baru habis belajar atau masih belajar atau baru je nak start kerja. Aset tak banyak lagi, simpanan pun tak banyak lagi..kalau ada emergency, dah menggelabah. Apa-apa pun sebenarnya, untuk wang majlis kawen,hantaran dll ni... tanggungjawab lelaki. So,gentleman.. simpan la duit walaupun anda kini masih lagi dalam kategori "takde calon" atau "forever alone".. ini nasihat orang-orang tua kat aku la. Dengar kalau nak dengar..



" Ade ustaz ni cakap... better elakkan kahwin dalam keadaan tak berduit, takut nanti disebabkan mslh duit keluarga jadi kucar - kacir " --- logik (akal kita).

 

6 comments:

  1. org sekarang 'hantaran dunia' je yg di pandang hantaran negeri abadi pandang sambil lewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya tak ramai yang pandang hantaran negeri abadi tu

      Delete
  2. Dezee personally pandang hantaran kahwin ni lebih kepada bantuan untuk sediakan majlis kenduri bagi belah sana..selalunya hantaran tu naik kerana campur tangan sedara..murah dikatakan dah barai..tinggi dikatakan jual anak..kat mana harga yang sedang tu berad sebenarnya kita pun tak tau kat mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi pasangan tu tak hidup terbeban selepas kawen tak ade masalah rasenye..tapi semua org tahu kot, berserdahanan tu lebih baik.

      Delete
  3. ahah ! bab KAWEN. ini guwa like ! ehee =P
    betol.guwa selaku wanita mensokong spnuhnye
    statement Yong ini ! ehehehe

    kalo yg pmpuan kemain lg nk bakal IMAM.
    pmpuan pon kena la jd bakal CHEF terbaek.
    utk perut bakal IMAM jugak pun. kan? kan? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. semestinya. perlu wujud win win situation

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...