Monday, August 26, 2013

What's up miskinerssss!

 Salam readers. How is your Ahad? Penuh dengan aktiviti menarik ke tak? hehe.. aku penuh jugak. Perut yang penuh. Ok, tak lawak.. Biasa la, nama pun ahad. Lepak-lepak rumah aje la. Kalau sabtu macam semalam tu, kita berjimba sampai pagi. tak gitu? Sementara tergolong dalam golongan Tan Sri lagi ni. (Tanpa Isteri)

 Semalam, aku keluar la dengan teman-teman semua tu. Saje, ambil angin malam.. then tiba-tiba keluar satu soalan dari mulut si teman ni. " kau bila plak nak angkat skyline ni? ".. aku senyum saja. Sebenarnya, itu soalan lazim la kalau budak-budak datang berlajar di jepun ni. Kononnya, kereta kat sini murah katanya. Ya, memang murah. Tapi itu untuk kereta 2nd hand aje la. first hand tetap mahal. Yang bezanya, dia punya firsthand masih lagi dalam keadaan tiptop. rata-ratanya begitu lah. Itu yang menyebabkan ramai pelajar yang grad di jepun ni, bawa balik kereta ke Malaysia.

 Untung tu memang untung, tapi banyak jugak yang tak untungnya. Mindset sesetengah orang melayu ni, bila datang sini.. nak buat balik Nissan Skyline, Subaru WRC, Mazda RX8 dan lain-lain. Kadang-kadang aku tertanya jugak, dieorang ni.. balik kerja dengan kilang jepun, bukan gaji bersih terus smpai 4~5K pun tiap-tiap bulan. Paling tinggi aku dengar dalam 3.5K je.. fresh graduate kan? biasa la tu. Minyak makin naik hari ke hari. Last-last kereta tu jadi hiasan kat rumah, sebab tak mampu nak pkai. Benda ni dah bnyk jadi kat senior-senior aku tu. Bukan aku cakap kosong. Masa mula-mula tu boleh la berlagak kot.. "engineer grad jepun" lah katekan. Tapi lama-lama, nak bayar minyak pun sakit.

 For your information, jepun dah lama dah tak pakai kereta-kereta sedan macam tu. kalau ade 1000 kereta kat lot parking tu, mungkin tak  sampai 50 buah kereta 2000cc dan keatas. Kebiasaannya mereka akan pakai K-car (kereta yang cc nya rendah) yang macam produa kancil, kenari or myvi. Pasal space tu memang la satu hal. Tapi pasal minyak dan kos penyelanggaraan tu yang lagi penting sebenarnya. Aku tanya senior jepun aku tu, kenapa tak beli je kereta size sedan? "tak ada keperluan, nak buat apa? membazir je". Jepun ni dalam-dalam celaka dia, zuhud jugak rupanya.

 Nak berlagak, biar mampu. Buat apa berlagak pakai Nissan Skyline R34 tapi aset lain apa pun tak ada, nak kawen pun kena buat loan kan? Oh lupe, tapi kalau rasa diri tu anak orang kaya berada, umur da 20 tahun keatas tapi tak segan silu minta duit belanja kat parents.. No hal. Pakai la. Aku cakap ni kepada orang-orang "miskin" yang gaji bersih sebulan 5K kebawah je.


9 comments:

  1. setujuuuuu..org melayu selalu pikir sapa yg pakai kete besar manyak duit walhal keliling pinggang hutang.. haduii..bila lah nak masyarakat kita ni nak ubah persepsi mcm tu.. ke takkan berubah ? aiyooo

    ReplyDelete
  2. orang kita ...nak kata apa lagi.

    ReplyDelete
  3. ayat yang terakhir tu aku suka dan sangat setuju memang ramai orang macam tu skrg ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat. ramai. khususnya golongan fresh graduate.

      Delete
  4. eh blog url aku dah ubah missvolvo.blogspot.com :)tolong tukar ye url blog aku kat list mereka ini awesome heheheh

    ReplyDelete
  5. Aku terpegun je baca ni..

    Hurm...



    Nong andy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...