Monday, September 9, 2013

suatu petang dan dot dot dot

 Pada suatu petang, aku dengan sepupu-sepupu aku nih main sorok-sorok. Oleh kerana semua masih kecik-kecik lagi time tu, kami dengan selamba badaknya tanpa rasa takut langsung menyorok kat dalam hutan. Maklum lah, kampung kan. Sebenarnya, hutan kat rumah kite orang tu.. harimau pun selalu je jalan-jalan cari makan. Tapi itu la.. disebabkan masih kecik lagi, degil .. rasa takut tu tak ada langsung, Tahu main je.

 Then ada la satu masa tu, aku dengan sepupu aku yang sorang ni... menyorok kat belakang semak yang satu ni. Entah kenapa, tangan aku gatal sangat nak petik satu daun ni.. daun ni warna merah, sedangkan daun lain yang satu pokok tu semua hijau. Then aku ambil, then aku gatal-gatal pulak nak pergi makan. Rasa masam, dan manis. Pelik. Langsung tak ada rasa pahit.

 Tak lama lepas tu, aku dengan sepupu aku ni jalan-jalan ke belakang sikit. Then, kau tahu apa aku jumpa.. sarang tebuan yang tingginya hampir 3 kaki (nak sama tinggi dengan aku). Aku tercegat..terkejut sampai jatuh rebah ke belakang. Then kami lari lintang pukang. Takut jugak kot-kot kena kejar. Then bila sampai rumah, aku check la jugak.. kot2 dapat superpower ke ape. Yela, dah makan daun "pelik" tu kan? haha.. tapi takde..kena marah dengan mak je sbb main dalam hutan. hishh.. So, oleh kerana tak puas hati, selepas beberapa hari tu, aku pergi balik tempat tu. Pergi sorang je tu. Berani gilo.

Aku dah tak jumpa sarang tebuan tu. Pokok yang paling hampir dengan sarang tebuan tu pun macam dah tak ada. Pelik. Sangat pelik. Then, aku nampak ada pokok yang daunnya macam yang hari tu, warna merah. Tapi bila rasa..pergh,kelat macam peria. Haih, entah lah.. misteri jugak sebenarnye. Aku pun tak tahu kenapa aku cerita psl ni. haha.. Tapi yang aku selalu dengar orang tua cakap.. Kalau jumpa sarang tebuan besar atau ular besar dalam hutan, itu maknanya tempat tu berpenghuni. Jaga-jaga.



8 comments:

  1. Ooooo.. aku suka cerita kau ni. mistik. :D

    p/s: aku ingat kau perempuan memula... kekeke. :P

    ReplyDelete
  2. Wah.... best la citer ko. Tus aku ingat. Arwah abang aku panjat kelapa. Aku n adik kat baeah tunggu. Mana tahu abg jatuhkan buah kelapa kat pokok yg ada sarang lebah..

    Di pendekan cerita kami yg berdua telah gemuk2 secara mendadak kakakakkaka...

    * ko jumpa rumah org halus ke yong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tak tahu la. jumpa tebuan dengan daun merah je

      Delete
  3. misteri tu smpai skg masih kau ingt. heh~

    kemainn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi catherine. hehe.. modal nak bercerita kat anak cucu nanti ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...