Sunday, February 19, 2012

My hummingbird

 Hari ini,hari sabtu,jam 12.31 pagi aku mula menaip. Baru saja pulang berjimba dari bandar sebelah. Mengantuk lesu saja sekarang.Senior aku,balik je terus tumbang..ishh,isyaknye belum.Maklumlah, sekarang musim salji. Sejuk..sedap kalau tido kan?Joman,housemate aku dah tumbang..tinggal aku sorang. Sunyi la pulak kan? hehe..  

 Aku mahu bercerita tentang dia. Ya, tentang burung kelicap aku. Dia seorang yang sangat lemah lembut orangnya. Entahlah,first time jumpe.. terus terang aku katakan dia ni macam tomboy. Nak ajak bertumbuk pun boleh. Tapi bila dah kenal, aku tak sangka.. macam ni orangnya,lembut dalam keras luar rupanya. hurm....

 Dia degil. Dia suka provoke orang. Dia suka berlebih-lebihan kalau marah. Dia makan banyak. Dia jalan laju. Dia selalu buat benda tak senonoh. Dia suka bertindak tak matang kadang-kadang. Ya, itu perkara yang aku boleh senaraikan sepanjang pengenalan.Mungkin banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak perkara itu,kenapa aku masih tetap,malar pada si Dia?

 Bukan kerana aku suka "hitam" dia.. Tapi aku cuba untuk sentiasa hanya menatap pada "putih"nya saja. Terus terang,aku tak suka "hitam" dia. Tak salahkan kalau kita hanya mahu menoleh pada "putih" seseorang. 

"Selagi ada kemahuan untuk menjadi baik,tak mengapa"

 Pelik.. si Dia terlalu "down".. katakan yang aku ini terlalu perfect untuk dia. Sejak bila aku menjadi terlalu perfect? Aku tak alim macam imam muda. Aku tak mudah bangun awal pagi. Aku tak petah dalam berkata-kata. Aku tak pandai sangat berborak dengan orang tua. Aku tak boleh aktif macam orang lain (injured kekal). Aku pun makan banyak. Aku suka keluar malam. Aku suka mengarut. Aku tak pandai jaga hati orang. Aku sendiri tak matang lagi. Aku susah nak hilangkan marah.Lastly, aku tak hensem sangat macam fahrin ahmad. 

 Jika "terlalu perfect" yang dijadikan isu.. habis itu,macam mana Rasulullah S.A.W berkahwin? Dia bersifat Maksum.. Faham maksud aku kan? 

 Hidup ini ibarat sungai yang mengalirkan racun dan madu. Begitu juga dengan cinta. Kalau racun dan madu kau alirkan serentak,memang sampai bila pun tak akan "boleh masuk". Tapi kalau kau sekat racun,alirkan madu saja.. Aku suka,kau pun suka.Cakap pada diri sendiri.

"Tak gitu, Si Kelicap?"

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...