Thursday, February 16, 2012

owlman ke? masih misteri

 Salam readers.Moga sihat-sihat belaka.. aku ade cerita untuk anda semua. Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap aku ini terlebih berimajinasi.Mungkin akan ada yang cakap karut.Tapi first of all, aku nak tegaskan di sini,kita orang islam..kita percaya akan perkara ghaib kan? dan mungkin apa yang kita semua nampak sekarang ini,bukan semua isi yang ada dalam dunia.. bukan semua penghuni di dunia nih kita dah tgok. Mungkin baru 1%...

 Cerita nih terjadi dua tahun lepas. Saksinya orang kampung aku iaitu jiran-jiran.. serta anak-anak saudara aku sendiri. Pernah kau terbaca cerita pasal "owl man"..xpernah? nanti klik sini.

 Aku tak ada di tempat kejadian waktu itu sebab aku berada disini.Ya,aku di luar Malaysia ketika itu. Hanya mendengar cerita dari ibu ku. kes ini bukannya sehari.. Tapi orang nampak kelibat makhluk ini lebih kurang satu minggu,berturut-turut.

 "badannya besar,tinggi lebih kurang 2meter lebih,berbulu hitam lebat,tangannya panjang seolah-olah terus sampai ke kaki, dan paling seriau.. mata merah saga yg besar"



 Itu lah deskripsi yang aku dapat drpd ibu aku,serta saksi-saksi kejadian. Aneh, dia tak mengacaw manusia.. tak mengilai.. tak buat onar seperti hantu raya.. langsung tak ada. hanya seperti haiwan. Ya, seperti haiwan yang "menyinggah" sebentar di kawasan rumah aku. Maklum lah,belakang rumah aku nih,hutan belantara dan "makhluk" ini selalu muncul bila dah nak maghrib.Memang menakutkan,sehinggakan kanak-kanak yg selalunya tak sedar diri nak balik rumah,pkol 6.... semua dah sunyi sepi.

 Ini cerita dari saksi.First,Makcik J... die nampak, benda besar kaler hitam melompat dari bhgian atas pkol kelapa ke pkok kelapa yang lain,dan bila ditengok halus halusi.. matanya merah saga.ape lagi,takut lah orang tua tu. Die jugak pernah nampak,"makhluk" ini duduk bercangkung atas atap rumah sebelahnya yg jaraknya 15meter,dan rumah itu berhadapan dengan rumah aku tak sampai 10meter.

 Itu kes Makcik J, ini kes makcik S pulak, kali nih di rumah aku.. okke,tepi rumah aku ade satu tiang lampu,dan die nampak "makhluk" nih duduk atas tiang lampu tu.Klau nak ikut kan lojik akal, boleh pulak tiang lampu nih bertahan dengan beban sebesar itu. Tak lojik kan?

 Ini kes paling ganas.. maklumlah,depan rumah makcik M nih ade paya.. so selalunya sisa mknn,dibuangnya kesitu,alang2 kasik itik makan petang lah kot. Tiba-tiba petang yg dah nak magrib tu,anak die pergilah buat rutinnya macam biasa. then..... waktu nak buang,tiba-tiba "makhluk" nih datang seakan-akan mengejar.Ape lagi,lintang pukang lah budak nih.

 Itu aje lah yg aku ingt.. Aku bukanlah nak kaitkan perkara ni,dgn ideologi org putih.. Tapi ,sebab sebelum terjadi perkara nih,memang aku dah baca pasal "owlman" nih,sebab ciri-ciri yang disebutkan ooleh saksi..sangat sama. sangat sama. Bagi aku tak mustahil,sebab belakang rumah aku nih hutan belantara.. sekarang dah kena kacau.. aktiviti teroka tanah,balak,perumahan bagai.

 Maka terpulanglah pada pandangan masing-masing kan? Pasal owlman tu,pendapat peribadi aku aje.. Kalau benda tuh tak pernah wujud,tak pernah orang nampak,takkan ade cerita kan? Sama lah mcm cerita Bigfoot.. kat malaysia pun ade yg "terserempak" kan? cuma kalau nak bukti itu mungkin tak ada,yg ada hanyalah cerita.

"ingat,bukan anda saja yang menghadap laptop sekarang,tuuu yang tengah belai-belai rambut kau kat belakang tu..... "

5 comments:

  1. Hoi seramm..hoi hoi..dah la kames malam jumaat..

    takutttt

    ReplyDelete
  2. menarik! rumah area mana tu?
    sgt setuju dengan kenyataan d atas...
    xde angin masakan pokok bergoyang, tiada benda tu x kan ada cerita mengenainya....

    owlman tu klu yg x tau, g cari kat youtube...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kat kuantan.. hehe.Tapi skrg dah takde dah,syukur jugak takde.takmau eh,jumpe...seriau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...