Sunday, August 19, 2012

Salam aidilfitri dari saya. di jepang..


 Memandangkan esok hari raya, mohon ampun lah kepada siapa-siapa yang singgah di blok ni yang tersentap,terasa,terangsang..err,terbenci saya ke,Maaf banyak-banyak. Semua itu adalah daripada kekurangan diri saya sendiri. Selamat hari raya ya ;)

 Raya tahun nih, di sambut di negara matahari terbit. Sayu hati aku, sayu lagi hati maa abah aku kat sana. Tadi pun dah dapat mesej dari maa..sebak plak aku time-time nak pergi takbir raye tu. Bukannya aku tak balik malaysia pun, aku balik..lewat sikit je.. al maklumlah, ade kerja nak kena siap kan.muehehe..

 Ade pesanan sikit, berhati-hati lah kat jalan raya.Kepada yang masih remaja.. tak salah kau nak pergi beraya rumah member,tapi tolonglah pakai helmet kalau naik motor. Jangan lah tambah beban mak ayah kau tu.. Mano nak cari duit nanti nak bayar kos luke-luke kau nanti tu kalau eksiden. Itu kalau cedera..kalau mati.. tak ke susah mak ayah kau nak keluarkan duit plak tuh. Kesian adik-adik kecil, adik sepupu,adik saudara kau tu nanti, tak pasal-pasal mak ayah kau tak dapat nk bagi duit raya.

 Oh, bukan saya bermaksud sebegitu. Saya sindir je. Pakailah helmet,bawak hati-hati. Bab mati tu,takda sapa boleh halang. Tercekik kuah kacang pun boleh jadi asbab untuk kau mati. Nah, kat bawah nih lagu raya yang aku paling suka. lagu Mnasir dah puas dah.. X cukup rockstar..


sekian :)

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...