Sunday, December 30, 2012

masakan ibu VS masakan isteri

  Salam readers, dah makan? saya belum... sebab tak kawen lagi.sobss... hehe. Aku just terlintas la tadi. Orang cakap, masakan ibu, masakan yang terbaik kan? sapa-sapa pun mesti akan cakap macam tu.. baik laki-laki atau perempuan. Tapi aku konfem....bila dah berkahwin, si isteri mesti sedih giler, atau rasa nak makan orang, bila si suami ni....membanding-bandingkan masakan isteri dengan masakan mak die...macam..

" eiiii... masak ape ni? tak macam masakan emak pun!"

" Amende kari ade bawang ketul-ketul nehh? dah la manis. Nih kari kelantan style eh? "

  Mesti panas kan?? hahaha...silap hari bulan tak masak seminggu. Sekarangkan musim orang kawen...so aku just terfikir aje la. Susah jugak nak biasakan lidah dengan masakan si isteri kan? Lagi-lagi lelaki yang jenis, dari kecik sampai besar duk makan masakan mak die je... tak pernah duduk asrama, balaja tinggi2 pun masih stay dengan mak, kerja pun stay dengan mak... so lidah tu memang tersangat2 "kalih" dengan masakan mak..hah! cammano nak sesuaikan. Kena pulak, orang yang berlainan negeri macam kelantan yg suka manis dengan negori yang pedasnya tak ingat.

 Tapi aku tengok pak cik aku.... dan yang paling dekat Abah aku la, takde pun eh, sampai makan tak abes. Menambah 2,3 kali ade la. Komplen masak tak sedap pun takde. Tapi kalau setakat komplen mak aku masak banyak then tak abes tu ade la. haha..

"mungkinkah ini yang dinamakan cinta?"

Kita suka masakan mak, then kita cakap masakan mak sedap. Tapi pernah rasa masakan mak orang lain? Ada yang langsung tak sedap kan? Tapi anak-anak dia suka. Laki dia pun suka.. sebabnya bukan pasal sedap tak sedap dah.. Tapi pasal kita ni dah makan dari kecik lagi, lidah dah terbiasa. Si suami pun, sama..dah terbiasa. So perihal perempuan tak pandai masak, then xnak masak...nak makan luar je nnt bila dah kawen tu..tak yah le buat macam tu. Kalau laki kau tu sayangkan kau, die pejam mata je makan nanti. Walaupun terpaksa cirit birit tengah malam. haha. Ok, bye.


*kucing jiran ni muka tak malu skit.


4 comments:

  1. Xpandai memasak xper..janji ada inisiatif nak belajar and masak untuk pasangan masing2..despite any genders. Tapi kalau si suami duk kata macam bawah ni.

    " eiiii... masak ape ni? tak macam masakan emak pun!"

    " Amende kari ade bawang ketul-ketul nehh? dah la manis. Nih kari kelantan style eh? "

    itu tandanya dia tu anak manja mak dia dan sebenarnya belum cukup matang untuk pikul tanggungjawab as suami. heihei..

    ReplyDelete
  2. pedas cili nih...

    *kena sebijik batang hidung aku. kadang memang kecik hati penat2 masak tapi dia tak selera nak makan.. rasa tak nak masak setahun!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...