Friday, February 8, 2013

Part time [ full story HD 1080p ]



  Alhamdulillah. Bangun je pagi ni, dapat tengok youtube pasal ni. Melayu yang bela anjing. Apa tanggapan anda sekalian? Kebanyakkan melayu kita ni... anti kaw-kaw dengan babi dan anjing. Ada yang anti nya tu bersebab logik, ada yang bersebab diri yang tak cukup ilmu dan dia bertaklid saja.

  Ada yang anti nya tu bersebab logik itu , kerana malas nk samak..dan, takut kena gigit. Ada yang bersebab diri yang tak cukup ilmu dan dia bertaklid itu... dia faham, babi dan anjing ini..binatang yang serba serbi haram. Yelah, nama pun najis katanya. Kita, orang melayu kena betulkan perspeksi sebegini..kerana ape? kerana kata-kata macam ni lah yang akan buatkan Non-muslim fikirkan islam itu susah, terpegang anjing terus dapat dosa, dan islam ni pembenci anjing dan babi. Sedangkan dalam kita duk kecoh cakap islam mengajar penganutnya untuk sayang kepada semua makhluk-makhluk Allah.

   Aku yakin, semua orang pernah dengar cerita seorang pelacur yang berikan air kepada anjing yang tengah kehausan,dan pelacur tu masuk syurga.kan? Maknanya disini.. anjing dan babi ni.. hanya Haram di makan. Haram kalau solat kau tak samak dulu sebelum tu. Haram anjing dan babi ni.. tak sama macam haramnya arak. Arak, kalau kau hanya sebagai driver lori sekali pun kau dah dapat tiket ke neraka. Pegang babi dan anjing, tak macam tu.

  Kita ni hamba, bukan demigod.. apetah lagi tuhan. Apa hak kita untuk pandang hina pada dua binatang ni? Allah tak cipta dua binatang ni saja-saja. Allah cipta binatang ini pun, adalah sebabnya. Tak saja-saja.

  Entri sebelum ni, aku ade story pasal part time aku yang kena basuh-basuh pinggan di dewan makan tu. Reaksi orang melayu yang kini berada di malaysia? kebanyakkannya terus cakap haram.   Kita, belajar pendidikan islam di malaysia ni, sangat lah banyak ilmu yang berlubang. Ilmu situ tak cukup...ilmu sini tak cukup. Dah la tak cukup, skip pulak tu. Bukan aku nak kata ustaz or ustazah yang mengajar tu tak bagus. Tapi apa yang aku perasan, apa yang aku belajar dalam kelas tentang sesuatu topik kecil.. ustazah aku hanya akan terangkan mungkin 15%. kadang-kadang terlalu umum, sehinggakan benda tu jadi salah faham dan menjadi pegangan serong . Sebagai contoh la... soal solat jamak qasar, solat sunat sebelum dan selepas yang solat wajib tu, dan soal haramnya babi dan anjing.

  Tapi, ape-ape pun... itu sebenarnya tanggungjawab diri sendiri lah jugak nak mencari ilmunya kan? Dan bila berada di negara bukan islam. Benda-benda kecik ni lah yang akan lagi jelas kita nampak. Ok.. untuk keadaan aku. Macam aku cerita tadi.. part time aku tu kena basuh pinggan, main-main la skit dengan sisa mknn yang ada babi tu. Bila bercerita pada kawan yang ini... ada la sesetengah yang akan cakap..eh, mana boleh...babikan haram. xhalal duit yang kau dapat tu nanti.

   Kita, orang melayu.. jangan sampai jadikan sebab kita yang tak faham islam,  kaum india, cina pandang serong kat islam. Aku kat sini lagi susah nak bagi si atheist-atheist ni faham bab hukum hakam agama kita ni. Nak samak susah? Susah ke malas? sekarang ni kita dah siap ada sabun tanah dah.. so alasan "susah nak samak" tu da tak valid. oh ya, soal video kat atas ni...

"entah solat ke tidak tuh?"
"dah la mak cik tu tak tutup aurat!"

 Syurga neraka mereka, bukan kau yang tetapkan.

4 comments:

  1. Seorang uztaz pernah berkata..orang sekarang keluarkan pendapat dulu kemudian guna Al Quran untuk sokong pendapat dia tu..katanya itu salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah dezee. Aku pun xkata apa yg aku ckp tu betul.. Tp hanya sekadar apa yang aku faham.
      Sekarang ni..kita hidup zaman keyboard warrior.Setakat debat, nohal.klik saje, terus dpt hadis. Then boleh menang debat.

      Delete
  2. bela anjing tak salah, tapi kalo kena jilat dek anjing, kena samak laaa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a. samak je le... Sabun samak pun ade kan~ kicik punye hal aje tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...