Monday, April 29, 2013

dear my beloved anak kampung.

 Korang konvoi ramai-ramai sempena pilihan raya ni dengan guna motor  yang abah kau bawak pergi kerja yang gajinya langsung tak sampai 10K sebulan. Pakai otak sikit lah adik-adik.. kot ye pun nak duit minyak, duit belanja. Aku tak kisah kau nak sokong siapa. Tapi ade diantara kau orang ni tak layak pun lagi nak mengundinya. So apa yang kau nak gelabah? Duduk rumah belajar add math sampai dapat A lagi bagus. Ini sibuk nak konvoi sana situ.

 Ouh ya, aku faham je... anak kampung ni sesetengahnya memang jiwa rempit. Asal dapat duit belanja sikit pun da ok. Alah, aku tahu je korang tu bukannya berpolitik sangat pun. Korang memang suka konvoi2 ni... kan? Aku pun asal kampung. Aku kenal jiwa-jiwa anak kampung macam mana. Kebanyakkan tak ada wawasan, dan ramai lagi yang tak matang. Darah panas pulak tu.. banyak geng-geng kononnya. Kuat la kot.. tenaga orang muda kan?  Tapi tengoklah.. kau jatuh motor, seorang geng kau pun tak tolong kau. Kau kena sedar, bukan tu cara dia. Tak kira lah kau nak sokong mana. Tapi banyak lagi cara nak berhibur wahai anak kampung.

Tu naseb baik jatuh macam tu...cedera pun tak ada. kalau kau mati, kau nak salahkan siapa?

eh, kalau da mati, mati katak je la.



 Biar mekar jadi bunga yang wangi..jangan jadi bangkai kemudian hari. Kelak menyesal.


4 comments:

  1. Hahaha..asal aku rasa post kita berkait rapat ni yong? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... isu celaka yang hangat kan. keh3

      Delete
  2. aku undi pos
    tak yah nak gaduh-gaduh
    lepas pangkah kat rumah
    masuk sampul
    pos balik ke pangkalan
    settle sudehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ni la.. bagus. Tak yah sibuk2 nak gelabah sangat eh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...