Wednesday, November 20, 2013

Encik Shahido

Shahido : Mari-mari encik, tengok kereta baru keluaran Protest. Protest Sagu 5 namanya.
Kamal : Wah.... smartnya. Boleh saya try masuk dalam?
Shahido : Eh, boleh-boleh..sila-sila. Ini semua baru ni.. design baru, enjin pun baru.
Kamal : Oh ye ke... berapa ya harga kereta ni?
Shahido : Kereta ni kereta buatan Malaysia 100% ya Encik Kamal. Tayar untuk kereta ni kita tempah khas dari Jepun, harga rm1000 untuk empat biji tayar tu. 
Kamal : Ouh iye ke.. Habis tu berapa harga kereta ni?
Bumbastik : Apa orang ini.. ketiak ko masam. (lompat-lompat atas bumbung kereta)
Shahido : Bos syarikat tayar ni sebenarnya ada datang Malaysia. Saya ada belanja dia makan burger bakar kat ampang hari tu. Happy dia tiba-tiba joe flizziew duk sebut-sebut pasal ampang dalam lagu HAVOC dia tu. Saya suka kalau burger bakar tu taruk sos lada hitam banyak-banyak.
Bumbastik : LOLOLOLOL... walaweyhhhh.. aku nak ngorat sheila nih. boleh tak? 
Kamal : ok... tapi..
Shahido : Tapi itu baru sos. Kalau daging dia tu tebal 1 inci perghh. mak saya selalu buat macam tu. Saya la kena beli daging cincang kat pasar pagi-pagi. Takde dah orang lain. Adik saya tu nak spm kan... harap-harap la dia skor tahun ni. Haaa... tapi kalau nak tahu, nanti adik saya datang juga sini. Jalan-jalan katanya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bukan puak yang aku cerca.
Tapi engkau dengan cara engkau.
Engkau sebagai pemimpin
Tunjukkanlah contoh yang baik.
Kalau betul, tunjukkan bukti.
Kalau salah, mengaku.
Mereka tanya dalam Bahasa Malaysia.
Bukan guna bahasa BBNU.
tak susah kot nak faham.
Tak perlu buat meleret-leret sangat.
tak perlu nak belit-belit.

6 comments:

  1. Replies
    1. budak baru nak up.. macam bahasa rempit la kirenye..

      Delete
  2. Harga dia mahal gila la tu.. tu yg susah nak sebut siap meleret leret nak borak yg lain..

    Ya. Bbnu tu apa yong? Babun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nong pun tak tahu ye.. bahasa bbnu = bahasa budak baru nak up. kirenye mcm bahasa rempit la

      Delete
  3. kalau pasal keta yg baru tu KA setuju.. done follow sini !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...