Thursday, January 10, 2013

A date with mika


 Mika, sapa tak kenal. Sigadis cantik yang menjadi kegilaan semua pria. Aku pun tak terkecuali. Dia ni jenis yang cute, tapi seksi. Bukan pemakaian dia yang seksi... dia tu sendiri. Cara senyum, riak muka. pendek kata boleh cairkan hati-hati pria di tempat aku belajar ni. Syukur dia sekelas dengan aku.. haha

 Ada satu hari, kami sekelas nih..buat la parti.Nama saja parti, tapi lebih kepada piknik di taman. Makan-makan jajan, minum-minum jus, then bora-borak. Dari jauh aku pandang dia dan ya, seperti biasa... kewujudan aku nih macam tak ada. Mungkin tak kenal pun aku ni siapa. Tapi entah macam mana hati ni tergerak hari tu... Aku berani kan diri. Buka langkah besar yang bakal mengubah hidup aku sebagai forever alone.

 Dah habis parti tu.. semuanya , mula untuk kemas-kemas barang dan masing-masing buat hal sendiri la lepas tu. Maka aku pun mulakan lah langkah aku. Ouh, aku bukanlah player yang selalu mainkan hati sigadis. Tapi kali ni..memang aku jadi player sejati untuk Mika. Damn, she's hot.

Aku : Hai Mika.
Mika : Hai....

 Sambil aku tersenyum padanya, dan tangan aku sempat lagi mencelup jajan yang macam ala2 Mr potato tu. Entah macam mana, tangan aku ni jadi pantas terus menyilangkan tangan aku ni dengan tangan si Mika ni. Wajah mika berubah,macam marah pun ya... macam terkejut pun ya. Konfem tengah blur. Tak pun dia tengah fikir aku pervert agaknya. Haha... Tapi, aku tak biar lama-lama pun. Terus aku suapkan sekeping jajan tu ke mulut dia sambil berkata..

Aku : Sebenarnya, saya dah lama suka kan awak.
Mika : ....

 Dari wajah yang masam nak marah,berubah kepada wajah yang paling cantik. Rupa-rupanya, dia pun begitu. Ouh, nasib baik aku sempat confess kan? Then kami borak-borak sepanjang perjalan pulang dan yang paling penting, tangan dia tu masih bersilang dengan tangan aku. Jauh kami berjalan,dan dia berkata..dia mahu ambil barang sekejap di perpustakaan.Walaupun dah terpisah, percakapan masih berterusan melalui gelombang. Memang happy giler...dan kami dah decide untuk keluar berdating. Aku konfius nak bawa dia kemana.. maklum la, tak tahu citarasa dia lagi. Nak ke tempat yang happening..atau ke taman-taman? First date weyh... tapi tak lama selepas tu..

****
 aku celik. dan berkata.. "tak sempat nak dating pun lagi..arghh". itu la, tido lagi lepas asar. Kalau tido malam-malam, boleh mimpi panjang-panjang sikit. tee hee XD

Legend giler,Aku bangun petang tadi..Terus aku type cerita ni.Punye la takut lupa. 
Rupa Mika tu lebih kurang mcm nih lah.. haish, macam mana la boleh terjaga awal.. :D





8 comments:

  1. caittt!! waaaa adrenalin aku dah meluap-luap ni nak tahu citer dating....potong karan la mimpi cenggini...adehhh Yong cepat cari makwe...rugi tau hidup sensorang neh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan? frust aku bngun tido tu... keh2.

      btw LW, aku xde la makwe... bakal isteri ade le.hak3

      Delete
  2. DAH AGAK DAH!!!Hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... aku pun pelik... masa aku confess,sambil suapkan jajan je.. lek je.. padahal, mimpi rupanya. patut la.. haha

      Delete
  3. hahahaha dah taw confirm mimpi HHUHUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... awek jepun mana lah nak berkenang kat lelaki pujaan malaya kulit hitam nih.

      Delete
  4. ewah..ewah.. Yong!

    Mika.. cantik muka tu. aku pun ada tulis watak nama Mika. Tapi watak tu kononnya gadis pelik yg di sangka gila.. tapi sebenarnya gadis itu ada deria ke enam yg mana dia leh lihat hantu/ roh dan benda-benda pelik.. sebab tu kelakuan dia pelik serupa org gila..

    tapi yong.. malang sekali kisah itu masih tergantung smpai sekarang dan mungkin membusuk tak kesampaian hahaha...

    kirim salam sama Mika ko tu nanti ya.. malam nanti hehe!


    -Nong Andy-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...