Saturday, January 12, 2013

KL112

 Tak lama lagi.... entry tentang nih akan penuh di list-list blogger yang anda follow. Nih bukan ramalan kalendar mayan. Ini cerita benar..

 Perhimpunan. Orang pergi berhimpun, kau pergi berhimpun.Tapi kalau setakat pergi berhimpun matlamat tak ada.. bandar tercinta je yang kotor.Tak gitu? Bagi aku lah... tak salah nak pergi berhimpun. Kalau aku berada di Malaysia sekarang ni pun, aku akan turun padang. Sebab itu petanda kau kisah tentang nasib orang sekeliling kau. Bukan hidup sebagai penakut without kote , just nak jaga periuk nasik sendiri. Alah, mana-mana parti pun mesti ada yang kurangnya.. ikut kau lah kau nak perjuangkan yang mana. (sambil guna akal)

 Pelajar tak perlu ambil tahu pasal politik ? Why ? Memang belia kita kat malaysia hari ni ramai sangat-sangat yang tak matang lagi. I don't know why.. makin tahun, makin tak matang. Aku bercakap ni,aku merujuk pada junior-junior aku lah. Nak rujuk adik beradik..sikit sngt adiknya. So kalau tak matang, tak perlu tahu? so buat apa kau belajar mengaji masa umur 3,4 tahun tu? duk diam-diam main pasir dah la.. Tetapi...

 Pelajar sepatutnya tahu bezakan, apa yang lebih prioriti. Kalau time sekolah saja banyak contoh-contoh yang kita boleh jadikan pengajaran. Biasa la, pelajar kena aktif dalam kokurikulum kan... aktif masuk pertandingan itu, ini... sampai SPM pun terabai. Lepas SPM, UPU pun tak panggil hang. Hang cakap kat aku, apa cita-cita hang? Habak mai kat aku... Hah, lebih kurang macam tu la story nye. Bukan aku nak bash sapa-sapa.. Aku sendiri pun, kadang-kadang lebih utamakan kehendak jugak. Lepas tu menyesal la.

 Kepada adik-adik manis yg belum habis lagi final exam , yang pergi berjuang tu..abam harap adik manis cemerlang dengan jayanya lah. pointer 3.6 keatas ke... Baru pelajar awesome namenye.

" Berpolitik itu tidak salah , berpolitik 
dengan taksub dan bodoh itu yang salah"

7 comments:

  1. Dezee x berjuang untuk sesuatu yang Dezee xfaham..heihei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, yong pun bnyk yg yong tak faham dengan manifesto ahli politik ni.Kadang-kadang nampak sangat berpolitik sebab nak menang. Haih..

      Delete
  2. Na sampai skrng tak pernah faham politik kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham tak ape Na... Tak ambil tahu tu tak boleh. Sebab tu masa depan Na jugak nanti.hehe

      Delete
    2. Betul tu Jna..sekadar update kan diri dengan situasi jer. Knowledge..

      Delete
  3. Yong.. aku malas nak ambil tahu.. tapi terambil tahu juga haha.. dah tercanang sini sana.. tv internet segala.. mau tak mau memang tahu juga la



    -nong andy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kita ada internet kan? hehe..bukak je mana2 mesti keluar pasal politik hari ni. Orang kita nih da taksub sngt da dengan politik

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...