Friday, May 17, 2013

sayang apa khabar dengan mu?

Makcik Jenab : Lai Lai.. mari beli ubat urat.
Wak Karman : Waduh... sebotol berapa ya?
Makcik Jenab : Sebotol 20 ringgit aja..
Wak Karman : Waduh- waduh.. mahal gilo. Wakluuuu!
Makcik Jenab : Ubat ini homemade lah... saaayangggggg.
......kerik2....kerik2.....
Wak Karman : Okay.Gimme 5 botol . 

  Berlaku siang tadi...aceh. Bukan lah nak besar-besarkan... tapi , serius aku sedikit kurang faham dengan manusia yang jenis panggil siapa-siapa saja "sayang" ni. Aku tahu ada yang memang dah biasa macam tu kan? Mungkin readers aku pun adalah salah seorang dari mereka yang aku cakap ni kan? hehe... it's okay. Aku bukannya nak maki hamun siapa-siapa. Just meluahkan pendapat . Kalau ade yang terasa, mohon maaf... dan dialu-alukan untuk karang novel di ruangan komen nanti. Aku cakap awal-awal ni hah.. no problem.

  Bukan apa... seriously? kau panggil orang yang tak dikenali pun  dengan panggilan "sayang"? Well.. kalau girl sama girl.. tukang jual barang khususnya, biasa la kot.. Tapi kalau girl yang panggil boy sayang atau sebaliknya. Itu dah pelik. Bagi aku lah.. Sebab, bukan ke sepatutnya panggilan "sayang" itu lebih baik di simpan untuk orang istimewa aje? kan? Katekan Makcik Jenab ni dah berkahwin anak 5, laki ada lagi... kalau customer dia, dia panggil sayang, apa panggilan yang dia guna untuk suami dia? well mungkin "sayang kuasa 10" kot..

 Kesan yang tak eloknya ialah kau mungkin boleh memberi harapan palsu. Baik girl atau boy.. sama saja. Yang keduanya ialah.. dengan perbuatan sebegini, anda merendahkan sedikit maruah anda tu. Letak tinggi-tinggi sikit ya. Yang ketiga, keempat dan seterusnya, aku tak tahu.. fikir lah sendiri.


10 comments:

  1. biasanya keadaan berlaku bila orang tersebut sangat peramah tak kira situasi..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peramah tak salah... over peramah tu bahaya.mengundang maut namanya

      Delete
  2. mungkin makcik tersebut seorang penyayang seluas alam lalu rugi jika sayangnya x ditebar seluas semesta.
    bagi aku perkataan sayang is only 4 my truly sayang.. i mean to future husband and child. tapi paling x gemar jumpa pesen yang belum apa2 lagi dah 'sayang2' ..oh nampak sungguh kaya dgn budaya buaya yang penyayang. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa buaya macam tu, tangtkap la.. kita ambil kulit dia. haha

      Delete
  3. Heihei..janji ubat habis jual yong.

    ReplyDelete
  4. er.. dgn anak aku atau laki aku.. atau anak-anak buah aku.. atau bebudak anak jiran aku.. aku memang panggil sayang.. contohnya nak marah tapi tak marah sangat.

    " Jangan main panas bah sayang.."

    * tone agak tinggi tapi hujungnya masih ada perkataan sayang hehe


    apa-apa pun aku tak ucapkan kata sayang sewenang-wenangnya kepada kawan lelaki atau perempuan dan org dewasa yang lainnya. sekian

    hehe.. cukup pjg tak karangan aku Yong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kawan aku yang dari sabah yang cakap, nong tu maknanya sayang. betul ka?

      Delete
  5. kdg2 bnda mcm ni mmg boleh membawa kpd salah faham.
    tp x salah budaya sayang menyayangi ni.
    err, xkan dgn mkcik2 pn salah paham kan? haha.
    anggap je sbg kasih sayang sampingan gituu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh... cinta tidak mengenal usia. haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...